Friday, May 5, 2017

Trip ke Pakistan- Day 2 [Kenduri Kahwin di Pakistan]

12 March 2017 (Ahad)- Pagi tu sedang bersiap, bersolek & betulkan tudung, ayah Waqas bertanya pada aku & kawan. Kenapa kami semua ni tak kahwin lagi? Dia pelik sangat. Ayah Waqas boleh cakap English sikit-sikit. Kadang-kadang macam ayam dengan itik jugaklah kami berkomunikasi. Uncle Zahid tanya, kenapa tak kahwin lagi (muka berkerut-kerut aku pula yang risau) ? Mak dengan ayah tak arrange ke? Aku geleng. Aku kata kat Malaysia tak sama macam kat Pakistan. Di Pakistan, mereka masih ada budaya macam India sikit. Anak perempuan, lepas habis sekolah je, umur 20 tahun macam tu dah dicarikan jodoh. Umur 25 tahun ke atas, dah dikira agak berumur. (OMGeee). Dan mereka, terutamanya yang golongan tua, masih mengamalkan cari jodoh ikut kasta. Kasta ni boleh tahu dari surname nama mereka. Saba pernah kata, kalau macam aku ni, sebab ada keturunan Syed-Sharifah, macam kasta tinggi kat sana. Tapi aku jelaskan pada mereka, kat Malaysia tak rancak mengamalkan arranged marriage. Selalunya pepandai cari sendiri je.Jarang dengar, bukanlah takde. & Takde pun ikut kasta nama. Kalau ikut background family nak sekufu tu ada la. Atau Datuk A nak kahwinkan anak dia dengan anak Datuk B. Ya know, orang-orang kayerr punya arranged marriage gituh. Then aku cakap kat Uncle, ermm..takdelah Uncle, belum sampai jodoh. Dia masih pelik. Kenapa? No facebooking? no chatting2? Whatsapp no heii? (Pandainyaa orang tua ni wey!! terkebil-kebil aku dibuatnya). Aku kata "ada, tapi susahla, kami busy..career women!" (Acah sangat kan jawapan). Pastu uncle cakap lagi. "Saba career woman too, now she's married." (sambil angkat tangan tanda kenapa kami tak boleh walaupun berkerjaya). Haihhhh.. sentap ittew. Senyum jela cakap jodoh tak sampai lagi, suruh Uncle carikan jela.



Kat sana jarang hujan. Jadi tempat perkahwinan ni sebenarnya tanah lapang. Sebab tu boleh dihamparkan karpet. Jangan terkejut sehari lepas kenduri, aku lalu balik kawasan ni. Terkejut aku rupanya kat tanah lapang ni banyak botol-botol sampah. Patutlah bila dalam khemah, walaupun cantik, tapi jalan tak rata. Ada bonggol-bonggol bawah karpet. Persoalan aku terjawab dah apa benda bonggol-bonggol tu sehari lepas kenduri. Hehe. Nasib baik waktu kenduri aku tak pakai kasut tinggi. 


Masa nak ke kenduri Waqas tu, ada la satu pengalaman lawak sikit. Family Waqas ada satu kereta. Tempat kenduri tak jauh pun dari rumah dia. Jadi adik Waqas suruh pergi seorang-seorang. Aku pun pelik la kenapa kena pergi one by one. Masa tu tengah kalut. Pastu adik Waqas kata boleh tak pergi sorang-sorang? Aku pun pelik soalan apeni? Pastu dia kata naik motor. Aku macam whoat?? Dah lama gila tak naik motor. Ada sorang bhaia menunggu di luar. Dia yang tunggang motor. So malu. Pastu aku konfius nak duduk macam mana. Sebab kat Malaysia kan kita duduk satu kaki sebelah kanan, satu kaki sebelah kiri. So seimbang la kan. Tapi aku perasan kat sana perempuan dia naik motor sopan. Mengiring. Ayu sangat. Pastu aku jiwa kacau, dahla bertahun tak naik motor, pastu konfius pulak tu. Then aku fikir, kau nak selamat ke kau nak ayu? Aku pilih selamat. Sebab aku takut aku yang rasa nak terjatuh kalau duduk mengiring, dengan takde helmet. Kat Lahore memang jenis penunggang motorsikal ramai tak pakai helmet. Sekali lepas tu kawan-kawan aku bukannya naik motor. Diorang naik van pakcik sebelah, jiran Waqas. Lepastu diorang gelakkan aku siap adik Waqas tanya aku duduk macam mana. Cheeky gila dia tu.


Okay pengalaman menghadiri kenduri kahwin orang Pakistan, like purely Pakistani. Mula tu kami sampai dalam pukul 1pm. Tunggu orang ramai datang dulu. Perut dah lapar. Dalam pukul 3 barulah pengantin masuk diiringi dengan lagu-lagu. Bila pengantin dah sampai, barulah guest semua boleh makan. Berbeza bukan dengan di Malaysia di mana tetamu datang boleh makan dulu, dah sudah boleh balik walaupun kadang tak sempat pun tunggu pengantin masuk sebab kejar kenduri seterusnya ke apa. Kat Pakistan tak. Sebab tu macam culture diorang, macam hormat pengantin la. Dah sampai baru guest makan. Tapi kan, makanan diorang pun tak macam Malaysia. Aku rasa orang Malaysia ni memang monstorous kuat makan. Kenduri tu, ada nasi briyani dengan satu lauk sahaja. Iaitu ayam macam masak merah. Boleh pilih nak makan briyani ke nak makan roti naan dengan lauk yang sama. Lepastu ada satu dessert iaitu fruit salad. Atas meja ada satu botol 1.5 liter air coke, satu botol air Sprite dan satu botol drinking water. Takde nya nak berulang isi air dalam bekas besar tu. Kat sana, aku suka sangat tengok baju tetamu yang datang. Baju tradisional mereka tapi dengan sentuhan moden. So nice & sopan.


Kat sana rata-rata kenalan Saba & Waqas mengenali kami. Kami dianggap tetamu dari Malaysia la gitu. Kami dilayan dengan sangat baik. Rasa macam saudara mara gituh.



Kami berempat bergambar dengan pasangan pengantin dan adik Waqas.





Bergambar bersama budak-budak comel Pakistani. Kan aku kata kan budak-budak kecik kat sana comel-comel. Rasa nak bawak balik sorang je. Haha. (kau hingat souvenir?!)
Tapi memang comel, kalau yang kulit putih tu siap pipi merah-merah macam pakai blusher. Mata bundar, hidung mancung terletak. Haih, kecik lagi dah comel. 


Dengan adik Waqas seorang lagi & anaknya yang super cheeky!



Reflection dalam cermin pun jadi.


Camnila meriahnya suasana perkahwinan di Pakistan. Budget perkahwinan kat sana lebih kurang je macam kat Malaysia. Maybe lebih sebab pengantin perempuan punya pakaian kena ada lebih barang kemas gittew..

Haih, bila tengok gambar rasa macam nak pergi lagi. 

Lepas balik dari kenduri, kami pulang semula ke rumah keluarga Waqas. Masa ni rasa macam kesian sebab kan orang baru kahwin. Sebolehnya taknak kacau diorang. Tapi Waqas ni sekali join dalam perbincangan kami tentang trip seterusnya yakni keluar dari Lahore. Kami punya planning nak pergi Islamabad lepas tu kawasan pergunungan menghala Utara Pakistan. Murree & Ayubia. Kami ada deal dengan orang Pakistan ni, yang merupakan travel agent la, deal dari Malaysia lagi. Sebenarnya, masa di Malaysia lagi hati aku rasa tak best dengan diorang ni sebab aku rasa macam kena tiow. (Tapi aku rasa Tuhan tu memang jadikan instinct perempuan ni kuat). Sebab bila tengok kat website lain, harga tak semahal tu. Travel agent yang ada website pulak aku ada whatsapp, sampai almost everyday mintak quotation, cakap nak bagi tapi hampagas betul, sampai balik dari Pakistan tak dapat quotation. Bengang tau sis! Tapi sebab aku malas nak fikir sebab last minute sangat otak aku penat & rasa baik sampai Pakistan dulu tanya pendapat orang sana sendiri kan. Takde bayar deposit dulu pun. Ternyata instinct aku betul. Saba & Waqas pun kata mahal. Sebab orang tu nak charge kami PKR10,000 (hampir RM450) sehari untuk sewa kereta & driver sahaja. Fuel, toll, makanan driver & tempat tinggal driver atas kami. Dan kami kena pergi Islamabad sendiri dari Lahore (makan masa 4-5 jam kalau tak rosak) naik bus Daewoo (macam bas express diorang la). Perjalanan kami dipermudahkan bila cousin Waqas sendiri ada contact number travel agent kat Lahore. Dia tanya quotation untuk ke Islamabad & jalan-jalan sana, driver boleh cakap English, berapa. So orang tu kata PKR5000 sehari, dia akan ambil dari Lahore, harga tu termasuk sewa kereta & driver (driver segak kemas okay bukan lekeh-lekeh uolls, habislah iman aku camni semalam dah senipis kulit bawang harini nak nipis mana lagi hahaha). Makanan driver, fuel, toll, penginapan driver, kami kena tanggung. At least much better lah daripada PKR10000 sehari tu melampau nak mati. Aku tahu Saba & Waqas maybe risau sebab kami semua perempuan. Orang Pakistan sendiri cakap, jangan percaya sangat orang sana. Abehtu apa la kami nak jangka kan. Tambah lagi aku ni, selalu husnuzon kat orang je rasa macam semua orang pun baik. huhuhu.. Bagi aku, aku rasa okay je sebab pernah travel Europe all girls juga. Tapi bak kata orang Pakistan sendiri (quote dari adik perempuan Waqas yang comel tu), malam sebelum gerak tu dia lepak kat bilik tidur dengan kami, dengan mata besar buntang dia renung dalam-dalam mata aku.. "you have to be really careful. This is Pakistan.. don't trust anybody easily. You don't know Pakistani people." Gulp~ gerun gila sia budak ni weh.


Jadi malam tu kami tidur dalam jam 11pm sebab esok nak gerak pukul 7. Pakistan punya waktu 3 jam lagi lambat dari Malaysia. So sebenarnya memang mengantuk gila la sebab pukul 2am kat Malaysia.

p/s: Entri seterusnya pasal kami ke Islamabad pula! Berpeluang keluar daripada Lahore. 

Nah tengok peta sikit. Yes true dah tak jauh sangat dari Kashmir tapi kami dinasihatkan untuk tak pergi bahagian sempadan Pakistan-India, sebab dikhuatiri tak selamat. 

3 comments:

  1. Wah bestnya, tk sabar tunggu next entri.

    ReplyDelete
  2. Hebat. #friendshipgoals betul ni, sanggup fly pergi pakistan attend member kawen. Menarik. Cepat cepat update miss sophie! hehe

    ReplyDelete
  3. Waiting your next entry ;)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...