Tuesday, June 21, 2016

Apa Rasanya Menjadi Seorang yang Single Selama 5 tahun?



Apa rasanya menjadi seorang yang single selama 5 tahun?
Kadang-kadang orang tanya aku macam mana aku boleh single lama. Lama ke eh 5 tahun tu?

Aku sebenarnya bukanlah someone yang suka sangat ceritakan hal peribadi aku dalam blog. Cuma kadang-kadang terasa nak bercerita atau meluahkan so, alang-alang dah ada blog so taip jelah kan. 

Aku ada satu masalah ni yang dia mula menjadi sesuatu yang menjengkelkan aku. Bila orang tanya aku single ke? Aku jawab ya, dan dia jadi satu kesinambungan pada soalan yang seterusnya. 

Kenapa single? Tak percayalah.

Mesti kau memilih kan? 

Tak baik sorok pakwe.

Kadang-kadang dia dah mula jadi soalan yang buatkan aku sedih sedikit.

Truth to be told, aku bukanlah someone yang mudah jatuh cinta, tak mudah bercinta dengan orang, tak mudah berskandal or bergatal-gatalan dengan orang. The only person (man) who used to know me well was my ex-boyfriend (yang dah pun berkahwin dengan wanita pilihannya). Jadi lepas aku putus cinta around July 2011, that feelings hurt so bad. Putus pun bukan sebab orang ketiga. Cuma, ada waktunya kita akan sedar bila kita tak sesuai bersama & teruskan bersama hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi waktu tu aku rasa, minta untuk dilepaskan sangat menyedihkan berbanding ditinggalkan. Somehow mungkin sebab aku pernah sayang, jadi aku janji dengan diri sendiri walau apa pun jadi aku akan cuba bertahan. Jadi bila aku sendiri yang minta dilepaskan, perasaan tu ibarat aku mungkir janji pada hati sendiri that I won't repeat that to any other person. Kalau aku betul bercinta pun dia akan jadi someone yang aku nampak future aku bersama dia, yakni future husband.

Sejak tu aku jadi selesa single. Orang selalu tak percaya. Mula dengan dah single setahun, then dua tahun..tiga tahun..then ehh! 5 tahun meh?? Sesetengah orang memang tak boleh hidup bersendiri lama. Dia kena attach dengan someone. Kena ada someone nak buat apa pun dalam hidup dia, kena manja-manja ke dating ke apa. Untuk aku, aku banyak muhasabah diri aku lepas putus cinta tu. Setahun lebih lepas putus tu aku terbang ke luar negara untuk sambung belajar. Course pun sibuk. Aku cuba sebaiknya untuk dekatkan diri dengan Tuhan. Sebab aku rasa macam berdosa masa bercinta sebab kita attach sangat dengan pasangan yang bukan betul jadi suami kita. Jadi kita punya dependency jadi kurang pada Allah secara tak sedar. Lagipun aku takut, sebab orang perempuan ni dia ada sifat manja dia (termasuklah aku kan, peace!!), aku takut termanja lebih pada yang belum tentu jadi husband. Lagi mudah bahasa sebenarnya aku takut mendekati zina. Honest ni. Bila pasangan berdua-duaan, kalau dah sayang, paling tak pun mustahil kau takde rasa nak terkam pasangan kau kan? Cubit-cubit pipi lah pegang-pegang tangan lah. Aku tak yakin ni dengan diri aku sebab tu aku elak. Aku ni bukan malaikat kot. Aku nak jaga maruah diri aku. Aku tak boleh brain macam mana kau panggil someone "Sayang", lepas putus, few months after that panggil orang lain "sayang" lagi, & tiap kali tukar pasangan kau panggil pasangan kau "sayang". Berapa banyak sayang kau ada dalam hidup kau ni? Tak special nya rasa. Aku nak la panggil someone tu "sayang" tapi he's the only one in my life. Aku takut juga nak bercinta sebab aku tengok sekeliling aku..

Aku melihat ramai perempuan bertudung, tapi membiarkan diri dipeluk, disentuh, diraba, dicium, dijadikan tempat melempiaskan nafsu, hilang dara. Aku jadi malu. Sebab aku pun bertudung. Somehow orang akan hilang respect pada perempuan bertudung. 

Aku melihat ada antara kawan aku yang dengan selamba menayang love bite pada dada yang dibuat oleh boyfriend tapi end up kahwin dengan orang lain. Aku rasa macam nak tanya, kau malu tak sekarang?

Aku berdepan dengan kawan yang apabila pakwe dia tinggalkan dia, dia marah. Dia kata "Aku tak halalkan dia french kiss aku & raba aku!" Beristighfar aku. Apa hak kau nak halalkan atau haramkan benda yang haram ni? Bingung aku jadinya. Dunia ni memang fana. 

(perkara di atas ni macam perkara normal je kan sekarang but to me they are not right)

Ya, memang aku budak Subang Jaya yang orang selalu kaitkan dengan sosial. Masa mula masuk belajar dulu pun ada budak lelaki yang ingat aku jenis clubbing sebab aku budak Subang Jaya.  Hakikatnya aku consider diri aku tak mudah terjerumus dengan keadaan/orang sekeliling. 

Aku jadi berhati-hati. 

Ok kita zasss kejap kata-kata orang kat aku. 

1)Kenapa single? Tak percayalah.
Me-Kalau aku yang ngorat kang setepek pula kena perigi cari timba. (which zaman sekarang ni, aku rasa tak valid dah perigi cari timba ni.Laki zaman sekarang tak taulah pemalu ke apa nak harap make a move first tu macam zzzZZzz..kiamat datang dulu kot) Then, sesetengah orang pulak cakap (ni diorang cakap tau bukan aku sebab aku ni noob je sebenarnya). Ada member kata maybe sebab orang takut. Sebab aku arkitek, educated, study oversea pulak tu. Rupa pun ada *hikhikhik tersedakk!* Laki senang rasa insecure. Bila aku kenang balik.. Hmm, sebab aku pernah tanya member laki yang dah lama kenal aku dari zaman sekolah, dia kata, aku lain. "Kau tak macam perempuan lain yang tipikal" Aku tanya, habis tu kau rasa laki akan insecure dengan aku? Kalau kau? "Hmm,insecure lah jugak.." And then ada few guy friends yang dengan honestnya cakap "kau ni sesuatu." atau "kau punya direction ni lain macam tak macam normal perempuan lain.." Aku sampai sekarang tak paham. So is it something good or bad? *sedih sebab tak clear* Sebab diorang ni kawan bukan my other half. Kalau my other half, maybe aku akan paksa dia duduk depan aku diam-diam, jangan lari! dan tanya "apa yang kena dan tak kenanya dengan I ni, boleh you explain secara telusnya? I need to know." Aku harap aku akan bertemu jodoh dengan someone yang nampak diri aku sebagai seorang wanita, hati aku, bukan benda-benda luaran yang duniawi sangat nih. 

So kalau orang tak percaya aku single aku nak buat camne? Gasak korang lah kan? Disebabkan aku ni agak reserved lah kot, aku memang jenis tak bercerita sangat hal peribadi. kawan-kawan yang kenal aku memang pantang kalau ada gosip ura-ura kalau aku berkawan dengan mana-mana guys walaupun bukannya ada apa-apa sangat. Sometimes ada yang suka korek-korek rahsia pasal aku & talked among themselves like so funneh (kau hingat aku retiss? tak laku weh gossip pasal aku ni)Tapi diorang yang teruja sebab aku lama single so diorang excited kalau aku menuju ke arah ada pasangan tu. Which aku rasa last-last diorang bosan menunggu dan aku yang akan kena setepek "Kau ni boleh tak jangan heartless sangat Sofiya?!" Habeh tu,aku pulak yang kena? Apa salah aku sebenarnya? aku confuse. Susah bila orang rasa kita terlalu berahsia & sorokkan somebody. 

2)Mesti kau memilih kan?
Haih, ni yang susah ni. Kita perempuan, kalau nak kahwin, mestilah nak cari someone yang boleh sama-sama menguatkan iman masing-masing, yang ada ciri-ciri boleh jadi ayah yang baik pada future anak-anak kita kan. Someone yang aku nak bersamanya bukan kat dunia sahaja tetapi juga di akhirat. So apa salahnya memilih sebagai life investment? Takkan nak main ceduk je mana-mana laki, kang tak pepasal dapat yang malas kerja, solat bocor, kaki pukul la tak bertanggungjawab la apa kan? Takde pulak aku memilih dalam doa aku aku mintak nak husband kaya ke, hensem ke apa. Aku ni sederhana & simple je sebenarnya. Soal hati dan perasaan ni kan, aku memang tak suka main-main. Sedih tau kalau hati terluka. Aku kan, kalau kawan yang betul-betul bestfriend, dia biasanya tahu yang aku ni jenis bukan main-main kalau bab hati & perasaan jadi diorang biasanya takkan cakap yang aku ni memilih sebab betapa diorang tahunya aku ni macam mana orangnya. Tapi yang biasanya mulut takde insurans kata aku ni memilih biasanya adalah orang/kawan biasa yang tak rapat pun. Pastu kau nak point out aku memilih without knowing me & my history?? Tambahan pula aku ada trust issue dengan lelaki yang mana aku merasakan susah sangat dah nak jumpa laki yang setia & jujur. Kalau aku cerita this chapter of my life nih maka korang haruslah sediakan tissue. So tutup that chapter sudeh. 

3)Tak baik sorok pakwe.

Ni biasanya member laki lah. Especially member sekolah. Al-maklumlah sejak study archi busy manjang, gathering ke apa jarang jumpa. Tup tup mostly dah kawin. Nampak aku je tanya mana pakwe? Aku dengan muka confusenya.. "Err..takde?" "Alaa kau! Takyah nak sorok-sorok sangatlah pakwe kau". Ouch! Seperti dicucuk jarum peniti!. "Takde pakwelah untuk disorok!!" Susah betul lah. Aku asyik kena convince orang sampai kadang-kadang aku iyakan jelah.. "Ha pakwe? ooo dia busy tak dapat join." *senyum dalam hati bagai dicucuk jarum peniti.isk!* Habeh cerita. Senang.

Aku sentiasa percaya dengan rezeki datangnya daripada Allah. Ada orang kawin lagi awal itu rezeki dia. Rezeki aku maybe aku tak kahwin lagi, tapi aku enjoy hidup aku, takyah jaga orang lain lagi jaga diri sendiri sudeh, katil conqueer sorang-sorang (like tak dapat bayangkan kongsi katil?helloo my territory okay??), travel macam gila sebelum balik Malaysia. Masa tu memang tak pikir lah nak kumpul duit nak kahwin kan sebab macam hellooo? I iz nak kawin dengan sapa? or sapa nak kawin dengan I ni? Tak nampak bayang.

Lagipun the past 3 years ni tahun yang menyiksakan aku sebenarnya. Perit tapi aku telan semua. Aku paksa untuk telan because I had no choice.. Tahun lepas pun aku heartbroken. Tak bercinta tapi heartbroken. Camne tu? So tahun ni macam healing moment. Sometimes orang tak faham yang aku perlukan space sementara waktu. Cuma masalahnya, aku taktahulah kenapa dugaan sangat ni tapi kenapa? kenapa laki orang (suami orang,tunang orang,boyfriend orang) yang selalu cuba nak mendekati? Boleh tak berambus & I need my own space to breathe? Apa laki single dah pupus ke mende? Ni la dugaan aku sebenarnya. Sebab tu aku kata susah nak cari laki jujur & setia. Sometimes, yang isteri/tunang/girlfriend bukan main tagged suami/tunang/pakwe sebab anniversary la apa, dipuji melambung suami/pasangan as the best husband bla bla bla.. Tapi, wey! husband kau/tunang/bf main message dengan aku sebab dia bosan dah kenapa? Kenapa nak ajak aku keluar ni? kenapa nak wish good morning good night ni?kenapa nak attention ni?Rasa nak lempang sekor-sekor.  Nak report je rasa kat bini/tunang/gf masing-masing tapi aku taknak porak-porandakan hubungan orang. So aku lah yang kena lari. Sebab aku taknak satu hari nanti, benda ni kena kat aku balik. Kalau aku ada husband & husband aku bermesra dengan perempuan lain, SEDIH GILA!. So, jangan buat kat orang. Cuba bayangkan if aku ni jenis melayan? tak ke rosak hubungan orang lain? Then sebabkan laki-laki durjana macam ni lah buatkan aku rasa ada trust issue dengan lelaki & still, orang kata aku yang memilih? Tengok sikit laki sekeliling zaman sekarang macam mana, macam mana tak memilih kan? Aku jenis senang je, kalau ada jodoh tak kemana. Kalau jodoh takde kat dunia, aku boleh duduk dengan parents aku & jaga diorang. Lagipun, hidup pun belum tentu lama mana. Mana tahu hidup tak lama, wallahualam kan.

So menjadi single selama 5 tahun ni, kalau life jenis busy cam aku ni, memang kejap je rasa masa berlalu. Aku consider diri aku still okay la. Sebab aku suka sibukkan diri sendiri. Handphone pun jenis campak-campak je, siap sometimes malas betul nak bukak whatsapp. Bila kat UK tak terasa sangat sebab masing-masing students & orang tak kan pressure kau. Cuma bila balik Malaysia ni terasa dia punya aura pressure tu. Ada satu waktu tu, aku tak tahulah ni macam Allah nak pujuk ke apa wallahualam.. Hari tu kawan baik time sekolah kahwin, seperti biasa kawan-kawan baik lain akan gather, semuanya dah kahwin dengan pasangan masing-masing. Di sebalik aku rasa laki memang ramai tak boleh percaya, I'm glad to see that my best girlfriends jumpa jodoh dengan lelaki yang baik, sangat tersentuh hati bila tengok cara suami diorang pandang diorang tu macam penuh kasih sayang. Macam alahaii suweet nya! Aku la yang excited jadi tukang tangkap gambar pasangan-pasangan yang ada sebab aku happy gila tengok diorang. Tapi bila balik, aku terasa sesuatu yang missing. (yang biasanya aku tak rasa apa-apa sebab busy tapi tetiba terasa pulak time tu). Aku tanya diri aku "Dear future husband..where are you?" Then aku baring sebab penat.Pastu aku saja bukak instagram. The first post update yang naik kat wall aku ialah dari post kawan aku, just a simple quote tapi macam halilintar dia punya menusuk kalbu tu. Quote tu tulis"

"Good things take time"


Oh mai, ini suratan kah kebetulan Ya Tuhan? *mata bergenang*
Hanya padaMu aku berserah. 
dan redha.
hehehe..

p/s: Entri ni takde niat untuk apa-apa sekadar share je. If korang single lebih 10 tahun & rasa my life not that bad just, please don't say it. I don't need it at the moment. Like I said, I am just sharing. & ye, aku masih cuba memperbaiki hidup aku. Maybe aku tak pakai tudung labuh, maybe aku tak pakai baju yang labuh sangat or muslimah style sangat tapi deep down inside aku slowly sedang berubah ke arah kebaikan dari dalam, dan luaran. Siapa lah taknak masuk syurga.  

26 comments:

  1. well said sis...i feel u...
    minta dilepaskan tu sebenarnya macam pijak hati sendiri.
    pastu entah kenapa sebenarnya dalam nak bagi diri sendiri ruang, sebenarnya satu hari nanti harap boleh get back...but...
    bila dapat tahu dia ada gf dah, lagi sekali pijak hati sendiri...

    :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Once dah decide nak dilepaskan tu better takyah berharap apa lagi dah kot. kalau move on, jangan pandang belakang lagi dah. Stay strong babe!

      Delete
  2. Deep betul post ni, Sophie.. Need a lot of courage to share ni. Betul, siapalah taknak masuk syurga :) Selamat berpuasa eh Sophie. Take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deep kan. & yes, need courage to write. Still, I feel like writing a part 2 of this entry. Sebab rasa macam tak habis citer pulak. Haha. Selamat berpuasa too Bash. Take care too! Hope boleh jumpa lagi sembang lama sikit.

      Delete
    2. Hahah! Nevermind, if ada part 2 pun Bash still akan baca 😉

      Delete
  3. I feel you sis. and i understand pasal laki org msg segala tu. Well, i'm on the other side. part wife. not to scare u but yes we have problems right now which may lead to separation.which is because perempuan melayan. good for you that u stand up for your own right. there's not much woman left to do that nowadays. but there is a good guy out there for u. after semua ni jadi, i somehow become like u, busykan diri dgn keje kan malas nak peduli semua. and pasal insecure tu. yes. man do feel insecure if woman are more superior than them. anyway, tawakal dan redha. your time for your man will come. if not dlm masa terdekat ni, masa ni utk kita berbakti balik kat parents kan sebelum nak berbakti kat suami. mulut org tak dpt ditutup. so just live your life to the fullest. you did good ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear. And I'm really sorry about your situation. *virtual hugs*. Tulah, banyak kes cerai berai sekarang ni. & kes suami layan perempuan lain tu macam normal dah dengar. Tapi sama jelah, isteri pun ada gak yang main kayu tiga kan. Hidup di akhir zaman katekan. Yang penting kita jangan buat kat orang. Yup, memang tengah cuba berbakti balik pada parents. Thank you. Hope all is well with you dear.

      Delete
    2. Macam normal dgr. dulu dgr2 jer dari org mcm tak percaya kan. bila dah kene batang hidung sendiri. Eh eh. memang ada jenis perempuan mcm ni rupanya. Erm erm. mmg tak kurang nya isteri main kayu tiga. pendek kata, terpulang dgn iman masing2 semua nya. everything will go smoothly. Doa kita Allah pegang satu persatu dan insyaAllah akan dilepaskan saat kita betul2 bersedia dan perlukan sbnrnya. I know its easier said than done, been there. but sometimes, its just good to hear comfort words. Thank for the hugs. Giving it back~ **hugs**

      Delete
  4. Hi Sophie. I kagum dengan orang yang boleh single lama lama, I nampak dorang sebagai orang yang independent sangat. sebab I sendiri dulu jenis sikit sikit harapkan boyfriend blablabla pentingkan bf dari kawan. macam macam lah. skrg dah kahwin ada family sendiri pastu baru rasa, eh i takde kawan rupanya. ex je berderet and dah tentu nya I takkan kawan dengan dorang lah. ahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Mommy Cici. Iya, tak dapat dinafikan memang I agak independent. (which is good and bad at the same time) Hehe, lawak pulak baca kisah you ni. Takpela, masih belum lambat untuk make new friends. Kawan pun penting jugak. Semua benda kena balance dalam hidup ni kan..

      Delete
  5. gigih kite bace. hehehe

    kawan kite ramai single. ada yang memang suka single, yang tak suka single pon ada.

    tepuk dada tanya iman. sya sokong part bf/tunang/husband msg2 padahal ko tayang konon bahagia. maafkan je la dorang.. most cases, orang lelaki mmg macam tu. terpaksa berpijak di bumi nyata. nak cari lelaki yang reserved untuk spouse die je, memang one in a million kot.

    teringat sya penah tercakap kat sorang akak ni (shes single) "akak memilih sangat kot", actually xde niat. sya ingat die married skali single. nak coverline terkuar ayat tu (booo me!)

    jwpn die sya suke - "nak cari husband, mesti la pilih betol2 sya"
    next time org kate memilih, jawab of courseee! sambil exaggerate (lompat sket, buat muka beria ke)
    hahahaha.

    single or not single, let us live a life penuh barakah. insyaallah, aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, memang orang yang setia ni sukar didapati. Ha next time kalau ada orang yang single jangan sembur kata dia memilih. Maybe ada reason yang kita tak tahu. Yup, cari redha Allah (ustaz pesan). But I am finding my own happiness my way. So insyaAllah. Amiin juga.

      Delete
  6. Orang sekarang suka associate single dgn loser, memilih, or just plain tak laku.
    Silap tu sebenarnya.
    Gejala sosial mmg berleluasa dah, raba-raba dah jadi public, yg tak public tak tahu pula apa dah jadi.
    Apa yang penting, Sophie, just be the best you you can be.
    Kalau alone is best for now, let it be.
    Next time kalau kau jumpa seseorang yg boleh jadikan kau better, then that's the time.
    Just keep on praying dan never lose hope.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks cero. Tabah kau baca sampai habis ye. Hahahaha..
      Alone tu dah biasa. Orang sekeliling yang bising tu yang tak biasa sebab sebelum ni aku tiada di Malaysia. But aku okay saja.. 'redah je' pesen aku ni.. Lagipun aku nak focus career sekarang..

      Delete
  7. Assalamualakikum sophie. Perfect entry perfect ending. Da lama follow blog, tapi baru terasa nk comment. apa yg nanie nampak memang cara pemikiran dah totally matang. memang susah nak bentuk diri kita. But apa yg nanie belajar dr entry ni kena ubah dulu diri kita insyaallah benda yg baik akan dtg.

    Ya ALLAH , memang nanie rasa terkesan dgn entry. good point and jeep writing okay.

    take care dan salam perkenalan. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Salam perkenalan too. =)
      Thanks for the comment. Really appreciate it.

      Sophie akan amek advice tu, kena ubah diri insyaAllah benda yang baik akan datang =) thanks. Take care too.

      Delete
  8. Salam..maaf mencelah yer..direct to point

    saya nak tanya apa beza auto cad dengan sketch up..saya nk buat desingner banggunan..tpi saya confius la nk guna app ape..sya ada usha member dia kata guna app achicad lah mudah sikit or BAX ape ape lah..tpi saya expert pakai skech up..orang kata cad ni payoh sikit untuk detail nya.blh tak saya tranfer file cad ke sket cap..kira combine la..dan satu lagi laman web mana yer ada applikasi tu.saya nk download and start drawing now..kalo ada info pm la.tq

    #selamat berpuasa semua
    #selamat menunaikan teraweh malam nti
    #selamat pi baza ramadhan
    #selamat cari kuih kuih pelik
    #singoh singoh lah ganu..
    Bye..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Though it feels awkward to answer this kind of question unrelated to the entry, but since you've asked.

      Autocad lebih pada draughtmanship. 2D, buat working drawing. Sketch up lebih pada 3d. Kita panggil export/import file kalau nak import cad dalam sketch up. Dan direct to the point jugak, cara-caranya awak boleh cari dalam youtube atau Google search. Nescaya banyaklah tutorial yang akan keluar berserta cara-cara & website mana yang awak boleh download/dapatkan crack.

      Good luck.

      Delete
  9. Kenapa auto cad boleh buat kertas a0 u.tuk print sedang kan sketc up tak dapat print . Adakah cad ni untuk draffting je..x paham la..byk la x faham..kalau pakai photo shop buat drawing jadi tak..

    ReplyDelete
  10. Mencelah sikit. autocad apa2 size pun boleh print. so takde masalah a0 ke a8 ke. semua boleh print asalkan scale betul. cad mmg utk drafting. sketchup boleh jer printing. tapi itu more tu 3d. utk buat perspective. kalau nak cantik lagi perlu render dulu. Photoshop pun penting tapi bukan lah semata2 utk drawing plan. tapi lebih ke coloring plan or utk cantik and naikkan lagi kualiti 3d selepas dirender. editing la perlu lebih ni. senang cita. part mana tak faham. amik keypoint, then google. byk site yg mengajar apa maksud sbnrnya. banyakkan bacaan insayaAllah boleh faham sikit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah..saya try dah buat macm tu..tak dapat jugak..saya search and research dah..tpi saya tak dapat..macam macam dah usha dahh..sampai abis kota tenet..hanya tunjuk cara nak sketch drawing ..dah la dalam bahasa ingeris.adoi.. Eh eh betul ke sket cap blh print dalan a0 ..kalau sket cap combine dengan photoshop boleh kaya aq haha..tpi susah.la dahh lah hari raya yg ke4 ni kena summit dah..kalau lah boleh buat..tpi terfikir jugak rupanya aq ni x expert lagiiii uhaaaahaha still noobb tahap dewa zeussss hahaha..(laugh evill)
      Ape ape pun terima qaseh la ztie bagi cadangan dan tidak lupa jugak kepada tuan blog ni sudi spend time haha..tq la..chow dulu la nk tido jap
      bye
      Hihihi (laugh pontianak x laku)

      #selamat bepuasa yer kepada reader
      #selamat menunaikan solat teraweh mlm ni
      #jangan ponteng pose tau
      #jgn lupa bayar zakat fitrah tu..
      #jgn lupa yer...hihihihi

      Delete
  11. Macam aku lambat komen....wakakaka baru baca 2020....Asalam..Aku lelaki..macam aku sorang je lelaki baca ni...Tapi aku rase patut lelaki baca...Sebagai lelaki kena fkir macam perempuan fkir...bukan senang jadi dorang...y ada adik/cousin prempuan tak takut ke terjerumus benda gila2...Btw aku rasa admin dah kawin ...Harap2 dah kawin....Y dpt untung bukan senang nak cari...Aku single 10 thun wakakakakak...Masih bersabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak screenshot lah kasi suami baca. hahaha. ye saya dah kahwin. Alhamdulillah =)

      Delete
  12. Thank you sistur, mesti dah kahwin Kan? Semoga berbahagia sistur. Setuju dgn Susah nak cari lelaki yg setia dan jujur zaman skrg. Sy pun baru lalui perasaan heartbroken ni, dah sebulan lebih jugak. Hopefully, dpt jodoh yg terbaik.

    ReplyDelete
  13. hye saja nak drop a comment :)
    Thanks for sharing.

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...