Macam aku ni, setiap tahun aku mesti ada satu diary planner. Tak kisah lah macam mana pun rupa dia janji tebal sebab aku tahu aku ni suka menulis dan biasanya bila dah hujung tahun sampai tak cukup muka surat dah aku tulis. So, kenapa aku nak cerita tentang dairi harini?
Sebenarnya aku agak kecewa dengan dairi aku semenjak dua menjak ni.dah dua tahun la kira. Aku rasa dairi aku membosankan T_T sebab tak berapa nak warna warni sangat. Dan terasa macam sangat skema mempunyai dairi begini. Ahh.tiada seni dan warna menarik T_T
Meh aku cerita pasal dua jenis dairi yang aku ada.
Ini ialah dairi sekarang. Warna oren. Memang tak pernah hilang lagi sebab warna ang-ang. Aku selalu dapat dairi ala-ala eksekutif ni sebab hurm, ayah aku lecturer jadi selalu lah jugak dapat benda alah ni tiap tahun. Tapi dia nak guna satu aje. Yang lebihnya akulah tu yang cilok.
Huwaaa..kau tengok lah dalam dia. Siap leh letak business card. Padahal business card pun takdek. Masa aku keluarkan dairi ni masa jumpa kawan-kawan kan, diorang gelakkan aku. Cakap "perghh kau ni, belum kerja lagi tapi planner dah macam CEO" Sebab semua info penting aku suka catat dalam ni. Bukan pada hp.
So biasalah planner macam ni mesti ada calender setiap bulan. Part ni aku memang paling suka sebab aku boleh merangka jadual aku dengan baik. Aku boleh bulat-bulat, buat bintang ke,ikut suka hati cekadak aku. Then,Sebab ada kelas swim, jumpa kawan, jumpa client (ni memang tipu lah) boleh lah isi kan. Kalau gi kelas agama pun aku catat dalam ni juga isi-isi ceramah ustaz. Sebab aku suka semuanya dalam satu. Tak suka sekerat dalam beg, sekerat dalam pencil box.
Tapi kan, aku paling menyampah sebab ada grid line. Aku paling tak suka dairi yang ada garisan melintang macam ni sebenarnya. HUwaaaa.. T_T Sebab entahlah, macam ada tendency untuk menulis mengikut garisan. Macam..Hurmm..korang paham kot maksud aku. Aku rasa untuk mengurangkan kebosanan menulis pada dairi ini aku harus membeli pen berwarna-warni Stabilo tu lah.
Ok yang dairi oren ni dairi sekarang.
Yang kat bawah ni dairi dua tahun lepas.
Corak tiles Islamic. Aku beli masa lawatan belajar di Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur.
Aku suka sebab dia kosong. Aku boleh tulis ikut suka hati cekadak aku. Boleh senget-senget. Sampai nak tulis pun terteleng habis kepala aku.
Part ni aku paling suka. Kadang-kadang pergi library duduk-duduk bukannya baca buku. Pergi amek buku gambar best-best lepas tu melukis. Kalau buku ni ada garisan, kan ke tak best. Tak feel lah aku nak melukis maah..
Tak cukup dengan lukis pakai pen artline aku bantai water color pulak. Erkhh.. Tapi aku kena sidai kejap sebab tak boleh tutup selagi belum kering. Heee..macam-macam jugak aku ni eh.
Aku suka. Sebab entahlah. Aku bebas menulis sambil melukis. Ada tips exam la. Macam-macam.
Pen pulak haruslah berwarna warni sikit. Yang ni aku salin strategi dan pembelajaran berkesan. Sebab aku ni kalau jumpa info yang menarik yang aku rasa bagi manfaat kat aku, aku suka salin supaya bila aku belek balik, aku akan motivate diri aku berulang kali.
Yang ni pula ala-ala luahan hati sebab rasa down giler masa study. Aku macam tulis surat untuk diri aku sendiri la " Dear Sofiya,I know it is a bad day for you. But you'll never cry, wouldn't you? bla..bla..bla..Be heartless Sofiya." hah lebih kurang gitu la. Giler motivated lah kononnya bila baca. Sekarang bila baca balik tersenyum aje. Dah habis belajar dah rupanya aku ni.
Dan disebabkan takde kalender yang kotak-kotak ikut bulan tu. Al-maklumlah kertas dia blank je semua. Makanya aku dengan bajet hebatnya buat kalender aku sendiri. Sempo-sempoi sudah lah. Yang pangkah tu semestinya countdown untuk submission day bagi projek. Siap ada note kecik " SUBMISSION DAY WOI !!" Dan masa tu pula nak raya makanya ada note "RAYA-Makan ketupat! Yeyeay!" Boleh pula begitu kan. Dah nama pun dairi. Dairi= tempat luahan isi hati cekadak sanubari anda. Paham tak?
So korang ada dairi tak? siapa yang cakap isi dalam handphone a.k.a gadgets tu.. Baik diam. (-_-') Aku memang traditional sikit. =P
Salah satu cita-cita berangan aku ialah untuk design dairi sendiri. Ataupun paling simple sekarang ni aku kena tukar dairi baru. hukhukk.. Aku cari kertas kosong then pergi bind. =B
cantek lukisan ;)
ReplyDeletetaon nie taon pertama saya tak tulis diari...diari saya kebnyakkan diari yg ada kalendar tue la...mcm skema je kan..hehe
ReplyDeletecantik cantiknya diary dalam ni :D
ReplyDeleteada diary memang sangat bagus.hehe. tapi saya jeles je dengan lukisan di atas tu. sebab cantik. kenapalah tangan saya tak pandai melukis?*nangis sebab sedar diri tangan kayu* ;p
ReplyDeletecomei jea diary kak sophie yang dua tahun lepas tuh . akak kira rajen woo sampai tak cukup mukasurat nak tulis , kalau saya awal2 tahun jea semangat . hujung2 haghammmm jea . :D
ReplyDeletecantiknya u lukis sophie (:
ReplyDeletesy x de diari sbb sya lebih suka simpan memori2 terindah dalam fikiran saya.. hehe..
ReplyDeleteTips Menghilangkan Rasa Takut Tengok Cerita Hantu
Hehehe EB pn ada diari..
ReplyDeleteTp diari EB confirmla skema pnya..
Mcm diari CEO Sophie ckp tu..
Yela EB pn keje kat MOF kn so mesti la diari mcm tu..
Mmm pnuh dgn maklumat2 dan info2 pasal meeting smua dlm tu.. Blh dkategorikn dlm 'RAHSIA' maklumat2 dlm tu..
p/s: EB ada bnyk diari sbb bos pn bg lg kekdng lepas tu ada lg company2 luar bg jg.. Slain tu dpt la juga kalender2 besar gedabak tu.. Yg planner tu.. hehehe..
saya takde diari ni sebab saya jenis tak konsisten. tapi belog tu dikira diari lah jugak hehe :D
ReplyDeletepndai noh lkis.tbik arh!!haha..creatv cnteng diari 2.hihi
ReplyDeletenice. baru la tersusun sikit hidup ni. hehe. nak kene ada planner gak ni. hehe
ReplyDeletekak sophie...hai2.. saye suka post ni. Coz i'm having trouble jgk dgn diari ni. Tak cukup ruang nak isi. Hikhikk tu yg jadi tak terurus.
ReplyDeleteAkk berbakat eh melukis. Comel je :P
btw, thanks sbb comment dkt post saye yg psl earthquake tu. (: thanks for ur concern. Insya-Allah evrything is gonna be fine.
takde diari la sophie.sebb dlu time ML ade diary, abg ML suke curi2 bace.time tu kecik lg.then terus tobat xmo tulis pape da. huhu...
ReplyDeletekak, yana pun ada, tapi jarang2 nak tulis... bila nak beli kemain lagi, tapi dah beli, sayang nak tulis, takut comot! hahahahaha.. wah, siap boleh lukis2 lagi dairi akak.. cantik! =)
ReplyDeletegile cantik lukisan tu...
ReplyDeletesy pn pkai diari camni. haha. memang best leh tgok 'bulan2', page belakang sekali ade plak bhgn kewangan, leh tls due keje, macam2 lagi la. mmg best!!
gile cantik lukisan tu...
ReplyDeletesy pn pkai diari camni. haha. memang best leh tgok 'bulan2', page belakang sekali ade plak bhgn kewangan, leh tls due keje, macam2 lagi la. mmg best!!
wahhh sgt impress dgn lukisan sofi!siap ade lukisan kremlin lagi tuh:) hehe..ade diary:) tiap tiap tahun ade:) hee tp tulis bila sakit hati,bila nanges je..bila happy sgt2 :) n ade jugak diary belog yg privacy punye..hihi
ReplyDeleteOE kalau luahan2 hati, OE ambik kertas A4 then tulis semua apa yang OE nak...
ReplyDeletelepas tu, entah OE campak g mana benda tu OE pun tak tahu...
lepas tu lupa masalah yang OE dapat tu sebab dah buang dengan kertas tu sekali...
alahai...
kamu punya diari memang best... macam ibu OE punya yang warna oren tu...
yang lagi satu tu... wow... cantiknya lukisan... bestnya...
(n_n)
waa lawo akk lukis ;D
ReplyDeletehahaha, diari aku macam aku sorg je paham...
ReplyDeleteconteng2 sana sini, tp bila bukak, aku boleh angguk2 paham...
tp keblakangan ni aku kurg sikit tulis diari, sbb satu je, aku selalu tido awal skang..hahahah
fuyooo, siap boleh lukis2 lagi dlm diari. hihi. ee ada diari dan planner jugak
ReplyDeletestart dok cni dla x smpat dh nak conteng2 lam diari..kalo kat pahang dulu mmg x cukup buku..time meeting je rajin menconteng..xtawlah dh jd pemalas giler skang ni..
ReplyDeleteWah...diari anda sangat cantik Sophie.especially sbb ada *sketching gempak di dalamnya.* hihi.Dulu akak ada gak diari dari darjah 6 sampai habis bljr.skrg my diari is my blog kot..huhu
ReplyDeletehaha.. you remind me of my college time.. i also love to doodle in my diary a.k.a sketch book!
ReplyDelete*archi students, 2006 grads*
saya dah fobia nak buat diari, heh
ReplyDeleteta pena ade diary..tkut org lain curi2 baca..hehe..
ReplyDeletefuh..taktau pulak cik sophie ni hebat melukis
ReplyDeletetiba2 kan dla konpiyus..eh, DAIRI ke DIARI???siap bukak kamus tgk..ke mmg in BM jadi DAIRI?tapi dalam kamus DIARI..nmpk sgt dah lama dla tinggal skolah smpai konfius nk eja camne..xpelah as long dorang faham kan..
ReplyDeletekak, jom tukar link blog nk??
ReplyDeleteJom tingkatkan traffic blog amda dengan join bloglist Firdaus Kasim
Daaaayyymm! Cantik gila lukisan Sydney tu :] You have a talent to make your own diary. Nisa suka diary yang ada macam bentuk lukisan. Any kind of arts will do.
ReplyDeleteI used to have a diary when I was in the university but tak mahu guna dah because a friend of mine curi-curi baca. Bila dapat tahu (dia sendiri yang bagitahu), terus Nisa stop writing. Tak suka orang baca :[
Tada pengalaman orang curi-curi baca ke?
1. diari besar, mesti handbag pon besar nih! =D
ReplyDelete2. sangat cantik lukisan sophie! =D
3. siap2 ade notes ingatkan buku nota tadi! =D
4. teringin nak berdiari jugak! (jenis org tak berperancangan yang baik!huhu)
5. kite suke buku buku kecik yang leh muat handbag leh bawak kemana2! =D (tp bukan diari pon =.=')
nana de jual inner..ssuai dpakai dgn sirya n shawl..jom usha
ReplyDeletehttp://nanaadnan90.blogspot.com/2011/03/berminat.html
cun tol lukisan !!
ReplyDeletekak, sy pun dah masukkan link.. thanks taw
ReplyDeletehaha. ada. ada.. diary since sekolah rendah. bile bace balik rase nak tergelak. n i was like, eh? ape ke teruk sgt aku dulu? haha. tapi best kan. sentimental value tu :)
ReplyDeletesophie. nama kita sama. gimme 5. hehe.
masih ada diari tapi jarang isinya.
ReplyDeletesuka gk ada diari
ReplyDeletetp bila dh tulis
terus lupa pd blogspot
mase kecik2 dlu ade wat diari. pahtu tulis la suke sgt kat the rock dalam wwf tuh..tp..abg dgn budusnye bace diari. pahtu bg tau sume org. oke. malu. da takde diari lg da
ReplyDeleteagain.
ReplyDeletei admire ur lukisan lah
sophie dulu amik architecture kan ? memang betu pandai lukisla sophie ni . wittttwittt
ReplyDeletesuke lukisan russia tu..cantek! :)
ReplyDeletecik najwairina: thanks =)
ReplyDeleteanies anessa: kalau diary skema takpe. lebih organise =)
Izyan Nasuha Masri: thanks =)
Lia Insyera: setiap orang ada kelebihan masing-masing. mungkin kelebihan awak yg lain tu lebih best.
Sha: hihih.banyak conteng2 aje dik..
nurulSYAFIKA: heheh.. thanks pika =)
Firdaus Kasim: memori boleh lupa. ;p
EB: Waahhh..mesti life EB jadi organised giler kan..
Yong Sofea: heheheh..pun boleyhhh.. tp dlm blog tak boleh cerita yg private sgt la.huhu.
dyana: hehe.tengkiu..
FarhanaLicious: yup.agak tersusun la kalau ada planner sebenarnya.
Fyra M: lorhh..sama lah kita ni.Yela, Fyra kan duduk Japan mesti byk benda nak crita. Ok, most welcome. =B
miszlullaby: hee jahatnye abang ML.. tp Sophie sendiri tak tahu ade tak adik beradik sophie curi2 baca diary sophie.hehe..
ReplyDeleteliyanaziz: lorhhh..ada pulak sayang nak tulis. macam budak2 pulak. sbb dulu akak pun macam tula.hahahaha.
wath: thanks..tp lukisan tu biasa-biasa je sebenarnya sbb quick sketch.huhu.. yup, bajet kewangan pun penting gak.
alexa yussida:thanks. wahh..banyak juga blog alexa ade ehh..
Orkid Edyline: wow, good idealah OE. kalau sedih, tulis then buang.mungkin lega skit eh..
twinkle-twinkle: tengkiu..=)
cEro: wowww..tak sangka lelaki pun ada diary. =B
eesyaheera: mungkin trademark budak archi kot ee lukis2 kt mana2 aje yg boleh lukis.
d_LA: bukan pemalas tu.. dla busy sgt kot sampai rs penat.
airaniez wirdani: huhu..tak gempak mana pun sebenarnya but anyway much thanks kak. wow..rajin giler kak aira tulis dairi. tabik ahhh!!
ReplyDeleteFab Fifi: hehe..gimme five kak!! =D
ama: ngeee..ni mesti kes org lain baca diary awk ni..
FarhanaFabulous: wahh..sgt insecurenya kamu.huhu..
The Sharkox: erkk..huhuhu..
dLA: Alamak sophie sendiri dah terkonpius. hakhak..
Nisa: hehe..thanks Nisa. =) Tapi sekarang Sophie dah jarang melukis la. Hurmm.. sebenarnya Sophie pun tak tahu kalau ada org baca ke tak.
Katekatekite: kalau bawak diari ni tak bawak handbag pun, bawak beg besar yg mcm beg gi class tu terus.hahaha..
bila hati berbicara: thanks.
vampire's lovex: thanks
soffea: rajinnya tulis masa skolah. I takde diary pun masa skolah rendah dulu. Yeahhh high five!!
Ryann: akak kan busy.huhu..
ReplyDeleteazalia hjsalleh: uiksss..pun boleh?
naddia: adusss...sumpah malu ehh..suka the rock pulak tu.hehehe..
cik jari: huhu..tengkiuuu. =)
pengemis dunia: heheh..thanks. pandai tu takla.boleh2 jela..
ekmal: hehe tengkiu.. =)
as salam..
ReplyDeletehaha~ saya pun ada diari planner. tapi hal2 personal takde la sangat simpan dalam tu. simpan dalam tepon. sebab ada lock. haha~
gaya diari planner saya lebih kurang macam sophie punya. tapi takde la ghupe girl punya diari berwarna warni~
ni versi..eh.semua diari saya berwarna hitam. walaupun saya bukan peminat warna hitam. haha~
dalamnya, ada tambahan sikit la.bab2 gambar yang dah di print dan disimpan dalam 'poket' khas yang saya buat sendiri bagi setiap page. kadang2 ad la selit kad2 yang boleh diisi dalam tu macam kad bisnes. kalau bab2 mencatit tu, memang kat page terus. semua maklmuat tambahan, ada dalam poket tu. hoho~
grid line? padam guna liquid paper?
huhu..wah! sophie siap lukis?/
wah! pertama kali dengar!
wow~ menarik! tak keronyok ke kertasnya lepas kering? huhu
nak design diary?
ReplyDeleteakak nak 1..ngeh..ngeh