Monday, December 27, 2010

10 Pelakon Lelaki Melayu Yang Aku Kagumi Lakonannya

Entri ni aku tak maksudkan pelakon lelaki Melayu yang hensem ke apa. (dari segi luaran) . Tapi aku kagumi lakonan mereka nih. Semua pelakon pandai berlakon (ehh yeke?) Tapi ada pelakon-pelakon tertentu yang lakonan mereka memang mantopz bomb kebabooom bagi aku. Nak tahu siapa? Mari usha di bawah nih!

1) Rosyam Nor

Siapa yang tak setuju dengan aku nih memang nak kena belasah ni.Hmpphhh! Dari zaman aku kecil sampai sekarang. Kalau ada drama-drama Melayu yang si Rosyam Nor ni berlakon aku mesti rasa mcam " ehh, ni macam kena tengok ni.." Kalau nama drama aku honestly tak ingat. Tapi siapa tengok yang drama Rosyam ni jadi tukang angkut sampah yang ada anak dua orang dan jaga mak dia, yang isteri dia meninggal tu? huhu..Banyak lagi lah cerita sedih. Jadi bekas banduan la, jadi kekasih-kekasih lah. Beliau ni juga pandai melakonkan watak jahat. Wowww.I likee.. Bukan semua pelakon boleh melakonkan watak jahat kan.


2) Zamarul Hisyam

(pilih gambar ni sebab nmpak suweet)

Ramai kawan aku setuju yang Zamarul Hisyam ni tak masuk dalam kategori kacak. Tapi ada something pada wajah dia yang menarik. Macam sweet gitu.hehuehehue..  Zamarul ni pun sama. Part-part nak berlakon watak jahat ni memang menjadik lah! Aku suke kalau dia berlakon. Bab berlakon jadi anak derhaka memang best. Siapa ingat yang dia jadik anak derhaka mati dalam keadaan menakutkan tu? Dulu-dulu kan, aku tengok telemovie Kem 505 tu.Dulu macam crite favourite aku. Haha.. tak boleh blah kan.

3) Fauzi Nawawi

Ohh mann! Fauzi Nawawi ni macam paling sesuai lah berlakon watak jahat. Sampai aku rasa dia dah tak sesuai dah berlakon jadi watak baik. Hahahaha. Jahat giler aku. Serious! Memang menjadik sangat dia berlakon cerita jahat. Adui, siapa ingat eh tajuk cerita ape entah dia berlakon jadi lelaki yang sangat jahat, main perempuan, derhaka dengan parents sampai dia kena Aids ke apa then muka dia bertukar jadi babi sekejap. Haa. Tajuk dia 'Sebelum Akhirat'. Sampai aku rasa nak nangis-nangis je dia tolak dan halau parents dia keluar dari rumah. Keji betul. Kalau lakonan pelakon tu berjaya buatkan aku rasa dia sangat annoying, bermaksud dia berjaya lah kan lakonkan watak tu? Gempak..


4) Fezrol Khan
Si vampire. Perasan tak bentuk muka dia sesuai jadi vampire? aku pun tak perasan sampailah seorang kawan aku ni bagitahu " eh muka dia sesuai berlakon jadi vampire lah" aku macam "ehhh..yeke? kalau macam tu boleh lah jadi Edward Cullen Malaysia" (lah sangatttt kan..) Tapi apa-apa hal pun, aku sangat suka watak dia dalam drama Ezora tu. T_T macam dah jatuh cinta dengan watak tuu.. Uuuhuuuuuuu.. Tapi kenapa adik dia lakonan Dynaz mesti annoying? ahh.. see! tengok. Kan dah kata kalau lakonan pelakon tu memberi tamparan hebat *piangg!!* mesti bermaksud pelakon tu pandai berlakon kan.


5) Sam Shaheizy

Hahahaha.. kejap, letak gambar ni terus nak tergelak teringat Movie Adnan Sempit. Siapa belum tengok tu perilah cari DVD ke apa. Serious aku rasa lawak. Tengok movie ni sambil pakai ear phone memang orang ingat aku tak betul sebab gelak sorang-sorang. Gelak over pulak tuh. (-_-') Gelak sopan-sopan tahan lagi. Lakonan Sam ni selalunya genre lawak la. Memang menjadi kalau dia berlakon lawak. Kalau dia berlakon watak annoying macam dalam Syurga Cinta tu pun menjadik jugak. Aku percaya ramai perempuan yang minat Sam ni sebab dia handsome.

6) Aaron Aziz 
(apesal gambar Aaron Aziz ni aku nak letak dua? Nampak sangat pilih kasih doh. Kesian pelakon lain. Chewah! Ada diorang kesah? Boo~ kat diri sendiri.)

Siapa tak suka Aaron Aziz? Alhamdulillah. Bagi aku sorang aje suka kat dia ok. Harharhar. Abang sasa ni pun favourite aku. Kalau dia berlakon. Aku rasa macam "huuu..cairnyaaa.." walaupun dia tengah berlakon watak jahat. Watak ala-ala suweet-suweet yang dia berlakon ialah dalam cerita Emel Emelda. Time tu tengok mesti senyum sorang-sorang sebab syok sendiri. Eee.. Gedik! Lepas tu jeles dengan Sharifah Amani sebab dapat peluk abang sasa. Masa mula-mula tahu dia sebenarnya dah ada bini aku macam kecewa sikit (eh banyaklaaa jugak) Perghhh! Mcam lah dia nak kat aku kalau dia single pun . Hahaha Loser~  T_T

7) Ngasrizal Ngasri
Ok nama glemer beliau ialah Bell. (macam takde kena mengena langsung kan dengan nama betul dia?) Memang dari kecil lagi dia dah berlakon. Dan lakonan dia tak pernah menghampakan aku. Aku paling kagum dengan dia sebab dia pandai berlakon jadi orang kurang upaya (cacat) . Huisyh! Bukan senang tu. Tapi dia ni nampak macam awet muda lah. Macam dari dulu sampai sekarang nampak sama aje. Apa petua entah.


8) Fizz Fairuz

Aku rasa dia ni agak baru lah jugak kan dalam arena lakonan tanah air. cehh ayatt! Aku mula minat dia sejak tengok drama Kekasihku Seru. Oh. drama seram Melayu favourite aku. Aku ni bukanlah orang seni. Tapi somehow aku perasan lah, Fizz Fairuz ni berjaya memvariasikan watak lakonan dia.  Maksud aku, dia punya watak ada pelbagai. Daripada watak jahat, annoying, watak baik, superb baik macam dalam drama Nur Kasih. Aku rasa dia boleh jadi lebih berjaya daripada sekarang.

9) Que Haidar

Aku sepatutnya letak Que Haidar kat no.2 tapi aku boleh pulak tertinggal dan masukkan dia di no.9.Sorry abang Queque. Aku sangat minat dengan lakonan Que Haidar ni. Seriously sangat terer berlakon. Aku tak boleh lupa lakonan dia dalam filem Rock dengan Zombie Kampung Pisang weh. Memang gelak besar lah aku. Lakonan dia memang entahlaa tak tahu nak describe macam mana, tapi aku memang suka gilerr. Dari watak kelakar, baik, jahat macam dalam Lagenda Budak Setan. Serba boleh lah pendek kata si Que Haidar ni. Lagi pendek kata, kalau apa-apa cerita dia berlakon, aku mesti nak tengok.

10) Bront Palarae
Mula-mula dulu aku ingatkan apesal lah nama dia sebegini pelik. Then barulah aku tahu nama sebenar beliau ialah Nasrul Suhaimin. heheh. Nama betul pun dah sodap. Apola ekau ni jang. Mesti buruk kan aku cakap nogori. Apa-apa lah. Tapi aku tetap suka abang Bront Palarae yang kachak nih. hikhik. (kenapa gaya cakap mesti nak gedik entah). Banyak juga dia berlakon. Antaranya dalam drama Cindarella, movie Castello, Setem. Antara drama yang lama dah yang dia berlakon aku tak ingat tajuk dia apa tapi yang Ary Malik berlakon kehilangan suami tuh. Suami dia si Bront Palarae lah berlakon. Ohya, lagi satu, Abang Bront nih pandai cakap bahasa Thailand. Sebenarnya aku rasa nama dia lagi sedap kalau bubuh Bronze Palarae kot. Gangsa sikit kan.


Okey tu lah dia senarai 10 pelakon lelaki Melayu yang aku kagumi. Aku kagum dari segi lakonan jela. Dari social life diorang, aku tak kisah pun. Nak berbini bergirdfriend sexay mana pun, nak amek dadah ke arak ke. Aku takde hak nak kata apa-apa cuma aku nak bagitahu yang aku memang kagum lah dengan lakonan mereka. Semua mereka ni aku pernah tengok mereka berlakon pelbagai watak, watak baik,sederhana baik, jahat, super jahat. Ha tu jelah nak cakap. Aku harap mereka ni berlakon banyak-banyak lagi filem dan drama tempatan. Jangan bagi peluang kat pelakon lain dah.Wahaha. keji.Ok bye. 
 

p/s: eh jap.tahniah Malaysia menang 3-0. Tapi kalau aku dapat siapa yang main laser kat pemain Indonesia tu memang aku laser lah mata dia sampai buta! MEMALUKAN BETUL...

20 comments:

  1. yes yes..semua ni nis pun sukaa
    rosyam nor la paling menyengat,semua watak dia boleh berikan emosi yg sebaiknya

    aaron aziz lak paling ensem

    huhu

    ReplyDelete
  2. yeahhh...lbh krg la pilihan2 kita...menunjukkan dorang mmg terbaik la...(tp sy suke adi putra..sbb die kacak) ngeee

    ReplyDelete
  3. eh eh abang fahrin ahmad manaa? wuuuuu

    ReplyDelete
  4. yana pilih fizz fairuz & zulhuzaimy.. hekhekhekhek.. erk, zul x masuk carta pulak.. kikikiki

    ReplyDelete
  5. ramai2 tu paling suke shaheizy sam je kot..dan mebi que gak..hehe..

    ReplyDelete
  6. @ aipp, kenapa bf I si Aaron Aziz tu ade dekat sini? LOL.=p

    ReplyDelete
  7. huuhu..semuaaa yg sophie suka neh mmg terbaikk lahh...huuuhu..tapi zulhuzaimy pun best.!

    ReplyDelete
  8. fizz fairuz best je dia berlakon.... tenang je

    ReplyDelete
  9. suka rosyam sejak tengok lakonan mantap dia dlm drama korban. pair dengan haliza misbun. tapi selepas itu ada karakternya yang kak kurang gemar.

    zamarul, bukti produk spektra yang berwibawa. dulu kak tak minat tapi makin lama, acting dia bagus. gaya lakonnya jitu macam zulhuzaimy sikit.

    fezrol, kenapa dia tak berlakon filem ye?

    aaron, bukti pelakon kacak yang bukan taruhkan wajah sahaja. suka tengok 'bisnes act' dia.

    que, produk teater kan.

    sam - eksresi deep

    nak tanya kenapa sophie tak masukkan farid kamil & remy ishak haha?

    ReplyDelete
  10. eh.ko tak minat farid kamil ke yunk?? bdway kenape comment dah tak jadi popup window lagik?? grrr

    ReplyDelete
  11. yaaaa tu diaa,, aaron aziz mesti patut ada.. hehehe best sangat dia berlakon, tp kalau dia berlakon sedih macam tak de feel lah.. nak amik feel rasa sedih dia tu kureng sikit.. dia best berlakon romantik je, mmg nampak macho gila.. cairrrrr

    ReplyDelete
  12. aku suka bront!
    dia stail doo...

    kalo aku pelakon, aku nk tag team dgn dia..
    hahaha

    ReplyDelete
  13. sume mmg sgt berbakat.. but i like shaheizy sam.. haha

    ReplyDelete
  14. wah ! sume artis kenal tau nama sume , saya satu pon xtau nama betui ke xbtui ke . hehe . thnx for the info !

    ReplyDelete
  15. WHooaa!! Suka Bronte Palarae yg hensem tu ngn Aeron Aziz yg hensem tu jugak!! hehe...

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...