Sunday, December 5, 2010

Untuk Hari Ini, Dua Blogger Telah Membuat Entri Tentang Blog Aku.

Hye, salam semua. Jap..kejap.. Hihihihi.. boleh tak nak gelak malu-malu dulu bila nak taip entry ni.

Okeh! Seperti hari-hari biasa, aku akan sign in blog dan approve comments dari readers di waktu pagi sebelum keluar rumah. Then ke stats untuk melihat traffic. Ada jamm ke tak. Ni satu-satunya traffic yang tak memenyampahkan.Ye tak? Seperti biasa juga aku gemar melihat traffic source. Aku terkenzut beruk sikit sebab pageviews semalam mencecah seribu lebih. Tak pernah-pernah. Yelaaa.. aku sedar siapa aku ini... T_T  dengan tak rajin blogwalking nyer.Thanks to Ezan, designer header Fatin Liyana yang famous tuh. Sebab Ezan melinkan blog aku kat blog dia. So siapa-siapa nak header comel macam kat blog Cik Fatin Liyana tu boleh lah mintak jasa baik Ezan ni ok.



Eh, ni baru mukadimah rupanya. Then tengok traffic source lagi macam banyak sikit dari biasa. Datangnya dari adik BEKAS MANGSA PMR. Aku rasa macam tak familiar blog ni jadi aku pun terjah la. 
*huhu seriously terharu  T_T  terima kasih adik mangsa PMR. klik gambar kalau ada rasa nak baca entry tersebut*

Rupanya dia buat post tentang blog aku menceritakan tentang post Perginya Seorang Paan Zailani Dari Hidupku. Banyak feedback yang aku dapat tentang post ni. Feedback kata entri ni sedih.huhu. Nak buat macam mana. Memang realiti berlaku. & aku masih rindukan sahabat baik aku tu.

Okey blogger kedua yang buat entri tentang blog aku pula ialah adik Amalia Izzati dengan tajuk post Kembar Scha Al-Yahya wujud? hahah. Memang naughty yer kamu. Bikin gempak aje. But anyway thanks dik. I really appreciate it =)


THANKS SANGAT-SANGAT! Thanks kepada kamu berdua sebab merasakan blog ini best. T_T walaupun sampai sekarang kurang pasti celah mana yang bestnya. Thanks kepada semua followers yang rajin baca entri, komen, shout. I really appreciate all of you. I appreciate every single pageview that you made.


Nota Kecil Hari Ini:

Untuk entah ke berapa kali orang mengaku suka baca blog ini kerana gaya penulisan aku. (terkembang sikit hidung. Bontot dah memang kembang dah.huahuahua..)Hurmmmmmm...seriously berfikir dengan sangat panjang. Tapi aku stop berfikir dah. Sebab pada aku, kalau ada orang baca, then aku akan terus menulis lah. Tak payah fikir panjang.hikhik.. Yang penting aku lebih suka post sesuatu yang tak bersifat terlalu peribadi. Dan suka post tentang apa yang aku fikir atau tips berkaitan architecture ke. Apa-apa ajelah yang ada dalam otak nih. Janji tak berat sangat otak nak pikir. Ok, mintak diri dulu. Ohh, tadi aku bawak anak murid aku ke akuarium besar tepi Wet World.Nanti aku update. =) =) =)  bye-bye mata-mata yang membaca.

Saturday, December 4, 2010

Antara Kerja dan Keinginan, Kadang-kadang Susah Untuk Buat Orang Faham.



Aku penat dan malas nak explain jadi aku diam. Seperti yang aku katakan dalam entri sebelum ni jadual aku agak pack. Hampir tiap hari aku ada class. Aku dah susun atur jadual aku baik punyaaa.. Tapi aku tahu family aku nak balik kampung kat Perak dan ke Sungai Petani melawat makcik aku. Banyak kali aku tanya tarikh betul nak pergi bila. Tapi Mama dengan Walid aku tak bagi kata putus. Sampai lah harini bila mama aku bagitahu nak pergi balik kampung 13 hb. Minggu tu jadual aku padat. Aku bagitahu aku rasa tak dapat pergi. Aku bukan taknak pergi tapi aku dah deal dengan parents budak dan aku dah susun jadual aku baik-baik. So kalau aku nak cancel entah bila la pula aku dapat ganti. Aku dah target semua kelas harus habis sebelum Januari. Oh sedikit runsing.

 Macam biasa, kena marah dengan Mama. Dia rasa aku utamakan perkara yang tak penting. T_T  Bukan itu masalahnya. Masalahnya kalau hal ni aku tanggung sorang takpe, tapi ni berkaitan dengan tanggungjawab. Trust orang kat aku.Gundah gulana la. Nak taknak kena ubah jugak jadual. Arghh!  benci giler bila kena cancel atau tunda. Jadi bila kena marah aku tak tahu macam mana nak explain kat mak aku. Aku diam jelah lagi baik. =,(

Haaaaa..harini aku terasa enjoy kelas aku. Ada dua kelas kanak-kanak. Dua kali ganda penat bila mengajar kanak-kanak.Tapi..Ah,comelnye diorang nih. Boleh tak sambil ajar sambil doa dalam hati.. " Ya Allah..bagilah anak aku nanti comel macam ni.." hahaha.. Aku garang ke? Tak kot. Tapi masa mengajar sedikit tegas walaupun nak tergelak sebab ada yang menangis-nangis bila aku bawa perlahan-lahan bergerak ke tengah kolam.

Kadang-kadang kena gertak sikit: "Ok, lagi 30 minit awak kena make sure dah boleh kick dan bergerak. Sebab Cikgu nak bawak awak pergi tempat dalam dan swim merentas kolam dalam tu.." Waktu tu barulah diorang buat betul-betul. Kalau tak manja aje. "Cikgu,nak ni..cikgu,tak boleh la..cikgu,susah.."

Lagi comel bila masing-masing dah penat lepas tu baring dan terlentangkan badan tepi kolam dengan kaki terkangkang, tangan mendepa. Haisyh..tanda penat habis lah tu dengan terungap-cungapnya. Hahaha..serius comel giler perangai.

p/s: Salah satu kelas budak-budak tu anak mat salleh. Mix la dengan melayu. Nak taknak kena speaking la kan. Boleh tahan nak terbelit gak la lidah ni nak bercakap. Tapi layan ajela sebab sebelum ni ada ajar budak international jugak. Apa-apahal yang jadi dalam hidup aku ni. Kalau susah..aku selalu cakap dalam hati.."Layan jela labuuu.." Macam cerita labu labi tu.huahua..

*tak tahu apa motif entri ni tapi sekadar bercerita dan berkongsi. Pengalaman manusia lain-lain kan.. Peace!!!*
*rupa bentuk jadual aku. Aku memang tak suka masukkan dalam hp sebab tak feel la.Tak boleh nampak keseluruhan. Macam kecik sangat skrin tuh. Tak puas. Sebab tu diari planner 2010 aku tuh dah penuh bercontiang-contiang dah takde ruang nak tulis dah eventhough belum habis tahun 2010 lagi.huahuahua..traditional sikit.*

p/s/s: lupa nak cakap.terasa sangat sweet bila budak-budak tu cakap " thank you teacher~" bila habis class. Dan anak-anak mat salleh tu pula panggil aku "coach" whoaaaa.. Macam training ape aje. Seriously semua mereka sangat sweet.. (^_^)

Friday, December 3, 2010

Betul Ke Elfira loy bogel.com Wujud?

Hye semua. Update ringkas hari ini. Rasa nak tergelak pun ada. Ni keyword orang yang masuk blog aku baru-baru ni. Pelik aku. Rasanya aku tak pernah kupas apa-apa pun pasal Elfira Loy ni.


Macam terkejut jugaklah aku. Ingatkan eh betul ke ada gambar bogel pelakon remaja ni? Huahua. Curious jugak lah kan. Tak dinafikan budak ni memang ada natural beauty. Ada sikit macam Umie Aida pun ada muka dia. Dan aku ada terbaca pelakon ni digelar Emma Watson Malaysia. 

Aku search jela elfira loy bogel. com ni. Habis keluar pun gambar ni yang paling macam boleh jadi icon elfira bogel.com tuh.

*kredit to blog.selebriti.tv*

Komen kat blog ni pasal gambar si Elfira ni bukan main dahsyat. Ramai yang mengutuk pemakaian dia. Dosa, syurga neraka tak ingat ke.apelaa..Ermm. Pada aku agak seksi la bagi budak sekolah umur 16 tahun. Umur 16 tahun dah pakai macam ni, aku tefikir lagi 5 tahun pakai macam mana pulak. Ah lantak dia lah. Bukannya kacau hidup aku pun.




Nota kecil hari Ini:

But, anyway, manusia boleh berubah. Dosa orang jangan suka-suka main sebut woo.Tak baik. Ayah aku ajar, jangan suka-suka hukum orang. Sebab ada satu sunnah Rasulullah bebunyi lebih kurang macam ni:

"Janganlah kamu membenci orang yang melakukan dosa. Kerana kelak apabila mereka bertaubat dan apabila Allah menerima taubat mereka, darjat mereka akan ditinggikan, lebih daripada kamu. Maka insaflah kamu " (kurang pasti detail dia tapi lebih kurang macam ni la..huhu..kalau salah cakap ampun maaf..Kena cari balik ni.sunnah kena taip betul-betul.huhu.)

Sooo.. pada yang suka cepat pandang serong, suka persoalkan dosa seseorang, syurga neraka semua tu, jagalah sikit mulut anda. Lebih baik diam daripada berkata sesuatu yang belum pasti. Pendek kata, SHADAP!


p/s: aku dapat student class renang sorang muka macam Cinta Laura, sorang lagi macam Lisa Surihani sikit.hahaha.. Nasib baik aku perempuan kan. Gojes belakaaa..


Thursday, December 2, 2010

Sebagaimana Susah Nak Belajar Berenang, Susah Lagi Mahu Mengajarnya.

Hye. Baca tajuk. Macam apa? Macam tajuk la kan..huhu..Aku dah mengantuk sebenarnya.

Hurmmmm.. hari ni aku agak penat. Sebab jadual untuk isnin dan rabu memang sangat padat. Harini aje aku ada 3 kelas renang. Pagi, tengahari, malam. In between kena tukar baju. Ah malas betul. Tapi kalu tak tukar kang tak elok. Sejuk sangat. Sebenarnya aku tak terniat pulak nak mengajar kelas kanak-kanak. Sebab aku tak la ada pengalaman sangat nak ajar kanak-kanak. Lain sikit caranya. Tapi entah lah kenapa, ada demand pulak & aku yang kena handle kelas tu. Layan ajela. Musim cuti sekolah kan. Daripada tak berapa tahu, secara tak langsung aku pun dah belajar macam mana nak ajar kanak-kanak. 

Aku rasa, mungkin berenang ni macam salah satu punca rezeki aku kot. Aku tak pernah terfikir langsung akan pergi ke tahap ni. Cita-cita aku cuma nak jadi arkitek yang disegani je (yo ow oww je) takla, janji aku jadi arkitek dahlah. Aku mula dengan hobi aku.Swim. Simple je. Aku berenang di pool UiTM, lifeguard di situ suruh aku ambil test jadi lifeguard. Ok pass. Then suruh handle class.Ok pass. Then rasa macam nak amek license instructor, ok pass. Then dapat lebih banyak class. Ok pass.Dah kaya. Huhu.ok tipu je. 

Apa sebenarnya aku cuba nak sampaikan ialah, pada aku adalah menyedihkan jika seseorang itu refuse untuk belajar berenang hanya kerana dia pernah lemas, phobia pada air, takut dalam. Pada aku berenang itu sunnah, Rasullullah pun suruh ajar anak dengan 3 perkara. Menunggang kuda, memanah, dan berenang. Sebab semua itu umpama ilmu pertahanan diri especially ketika perang. Jadi bila aku mengajar, aku anggap itu adalah ilmu, aku ikhlas mengajar. Berenang bukan untuk saja-saja je. Berenang untuk keselamatan. Banjir-tak reti swim, lemas. Kapal karam-tak reti swim, lemas. Aeroplane crash kat laut-tak reti swim, lemas. Aku belajar swim mula-mula dulu pun dengan cara melihat bagaimana orang swim. Mungkin sedikit fast learner kot. huahua..

Aku memang bukan jenis nak marah-marah,buat muka masam , tengking-tengking bila mengajar. Duit tu aku tak kisah sangat.Duit boleh dicari. Kadang-kadang student nak belajar lebih masa aku ok je sebab dia nak belajar. Ada semangat nak belajar. Kalau sendiri taknak cuba aku memang tak boleh buat apa-apa. Kadang-kadang orang berenang tepi-tepi aku ajar jelah sebab aku tengok dia nak belajar cuma tak tahu cara. Aku tak kisah. Itu semua ilmu.

Sebenarnya aku sedih. Betul tak tipu. Aku sedih bila baca paper ada berita tentang lemas. Selalu ada. Lemas sebab selamatkan kawan. Bapa lemas sebab selamatkan anak. Lemas. Lemas. Lemas. Aku sendiri lemas dengan berita macam ni. Aku rasa gagal untuk buat sesuatu pada masyarakat. Aku rasa kerajaan gagal mewujudkan kempen berenang untuk keselamatan sedangkan setiap tahun negara kita dilanda banjir.Asyik-asyik kempen jangan merokok tapi rokok dijual jugak? Mana logiknya? Yes I know, rokok=salah satu sumber ekonomi negara.


Setiap tahun kes lemas tak pernah berkurang. Tapi langkah kerajaan? NONE!  Kenapa tak jadikan renang sebagai kokurikulum atau subjek wajib di sekolah? Malu campur lelaki perempuan? Kata ni negara Islam, kenapa tak buat swimming pool asing lelaki dan perempuan? Sedangkan Perancis yang bukan negara Islam pun boleh wujudkan kolam asing lelaki dan perempuan. Kadang-kadang aku pun pelik. Malaysia=negara Islam, Berenang=sunnah nabi. Kolam di Malaysia= campur laki perempuan. Sebab tu ramai refuse untuk belajar berenang terutamanya wanita dewasa. Sebab malu. Swimming attire dahla tight kan? Tapi sekarang pun dah banyak swimsuit muslimah.  Bukan niat aku untuk memandang rendah orang lain. Cuma aku rasa kesedaran orang ramai tentang kepentingan renang adalah rendah.

Berenang memang merupakan satu bentuk sukan. Itu pada kamu. Pada aku berenang tak sama macam sukan lain. Ia lebih daripada itu.Kalau kecemasan masa naik bot nak pergi Pulau,katalah bot nak karam ni, bolehkah sukan badminton selamatkan kamu? bolehkah bowling selamatkan kamu? (seriously aku tak pandang rendah pada sukan lain sebab aku pun join sukan lain). Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?huhu..cakaplah nampak..

So adik-adik kakak-kakak abang-abang pak cik makcik yng comey lote ni, pergilah belajar berenang. Tak semestinya di pool, tapi kat sungai ke, laut ke, mana-mana lah yang sesuai. 

Nota kecil hari ini:
Aku teringin nak handle class renang bagi anak-anak yatim. Sebab aku yakin mereka takkan ada peluang untuk belajar berenang di kolam. Aku boleh jadi volunteer. yes, tanpa gaji. Cuma aku perlukan sponsor untuk pakaian renang mereka dan transportation. Itu aje. Tapi aku tak reti doh nak cari sponsor. Siapa ada idea? Atau siapa orang kaya kat sini nak sponsor? huahuaaa.. (orang kata lagi kaya lagi kedekut..)

Dalam apa-apa yang kita lakukan, hati kena ikhlas. Duit, duit jugak, hati dan niat kena betulkan dulu. Kadang-kadang rasa mudah je aku terima kelas baru.Sampai dah pack sangat jadual. Ingat nak rehat-rehat becuti sebulan dua ni. Tapi ternyata aku sentiasa gagal kalau berfikiran macam tu. Sebab ada je benda dalam kepala aku ni aku nak buat. Ada aje demand untuk swimming class sampai orang lain yang betugas di kolam  pun ada yang dah bising la jeles-jeles manja gitu sebab diorang pun nak handle class. Jadi aku terfikir mungkinkah keikhlasan dalam perkara yang kita lakukan membawa kepada murah rezeki? Untuk bulan ni mungkin aku boleh kumpul dalam RM2k atau lebih tanpa perlu bekerja hari-hari dan tak stress. Ini macam lebih banyak je berbanding kalau aku kerja kat firm nanti sebagai fresh graduate. Yaaaa,fikir-fikirkan dan selamat beramal~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...