Friday, January 17, 2014

Random Me #3- Ex

Aku tak pastilah zaman sekarang ni ada ke orang yang tak pernah bercinta. Susah nak jumpa walaupun memang ada.

Baru-baru ni beberapa kali orang post image ni. Hati aku rasa terusik, jadi aku rasa nak menulis. So kena usik hati aku banyak kali baru aku rajin menulis ke camne ni Sophie oii? hahaha..

This is too harsh, in my opinion.

Bagi aku, kalau kamu ada perasaan macam ni pada ex kamu, you are so not over it. Kenapa putus bila bercinta? Of course, banyak sebab. Curang, curang, curang? Cannot go dah? Benci? Menyampah? Apa-apa jelah kan? 

Tapi, apa yang kamu belajar dari tempoh kamu mengenali seseorang itu? Biar pun dia sangat teruk pada pandangan mata kamu? Takkanlah satu nilai murni pun kamu tak nampak pada dia? Bila kamu dah "break" dengan si dia, adakah kamu.. selalu mengutuk dia pada orang lain? So not nice okay. Sebab bila kamu kutuk orang especially orang yang pernah kamu sayang pula tu, itu mempamerkan budi pekerti kamu sendiri. Tahu tak redha tu apa? Redha tu ikhlas,pasrah tu menyerah-Ombak Rindu. *tiba-tiba*

Bagi aku, bila bercinta dan putus cinta, kesalahan tu bukan datang dari satu pihak aje. So awak nak kata "there's nothing wrong with me?" awak perfect ke? tak kan.. Kadang-kadang memang kamu dan pasangan tak serasi atau takde chemistry, sebab tu selalu gaduh ke apa. Kalau dia curang, kenapa? Dia memang gatal ke awak yang kurang bagi perhatian? Kalau dia kuat ignore awak, kenapa? dia memang ignorant ke awak yang ajar dia untuk jadi ignorant sebab awak adalah seorang yang ignorant juga, maybe? So, banyak kena critical thinking nih setiap tingkahlaku orang pada kita, mungkinkah kerana respon dari sikap kita sendiri terhadap dia?

Contoh apa yang boleh dipelajari:

Kamu pernah bercinta 5 kali dengan orang berbeza. Lima-lima ex kamu kata kamu degil. Jadi, takkan nak kata "there's nothing wrong with me" lagi? Daaa.. obvious kot kau ni degil orangnya. Kadang-kadang aku rasa yang bagusnya ada ex ni bila kamu analyze diri kamu sendiri berdasarkan pendapat opposite gender yang sangat mengenali kamu.. In a way, aku rasa banyak kekurangan diri juga yang dapat diperbaiki.

Okay, back to image yang buatkan hati aku terusik tadi, aku cuma rasa adalah tak adil kalau dalam sesuatu perhubungan yang gagal itu kita meletakkan 100% kesalahan pada ex. Sedangkan kita pernah sayang/cinta. Sayang/cinta tu kan feeling yang :

Ikhlas..
Telus..
Suci..
Jujur..
Bunga-bunga cinta Misha Omar
Semua di atas.. (tapi semua di atas ni macam lebih kurang lah pulak maksudnya..haha kecuali Misha Omar)

Walaupun ada kekurangan pada perhubungan tersebut, tak boleh ke kita buang yang keruh ambil yang jernih? Good or bad, pada aku semua ex aku (eh macam ramai pulak bunyinya..hihihi..) banyak ajar aku untuk lebih mengenali diri aku sendiri, ajar erti hidup, ajar macam-macam, kadang kita datang dari background berbeza jadi mengajar untuk bersabar dalam mengenali diri masing-masing, ye tak?

Jadi kalau dia bersama orang lain pun selepas awak, kenapa nak dengki kata "our parents taught us to give our used toys to the less fortunate?" Seriously?? Are you that good?

Kalau awak dah let go, awak akan happy untuk dia & doakan kebahagiaan dia. Kalau dia tak baik pada pandangan awak, doakanlah dia berubah. Susah ke? Susah tu bila hati awak takde keikhlasan. Sebab tu dengki tengok dia bahagia dengan orang lain.



Padahal masa rak bercinta bukan main you are my mirror, now you're my used toys which I give to the less fortunate? kuang hajooo..



4 comments:

  1. Basically itu yg dipanggil ego.
    Semua org ada. Lelaki mahupun perempuan.
    Bila berlaku sesuatu, egois takkan mengaku itu salah dia walaupun sebenarnya dia tahu dia ada salah...

    Semua ada ego.
    Semua pernah buat.
    Semua pernah alami.
    Aku pun tak terkecuali.

    Org yg mampu tolak ego dia ke tepi barulah pemenang yg sebenar.

    ReplyDelete
  2. bila cakap macam tu, mungkin kita rasa lega dan gembira. nak sedapkan hati orang kata. agaknyalah. hehe.

    ada betulnya jugak pendapat sophie tu. nampak tak ok kata2 macam tu.

    ReplyDelete
  3. ayat terakhir yang best tu! haha. saya setuju.

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...