Sunday, February 19, 2012

Perihal Bandung : Trans Studio Theme Park

Jika berada di Bandung, adalah satu kerugian kalau tak merasa masuk ke Trans Studio Theme Park. Dipercayai adalah indoor theme park terbesar di Asia. Masih agak baru dibuka. Uniknya dia punya roller coaster kan, bila dah kedepan, dia patah balik. Total tak sampai 30 saat. Dipercayai yang paling laju di..errrr..yang pasti bukan terlaju di dunia (nampak sangat femalas nak buat research.) Ohya, Trans Studio ni berada dalam Bandung Super Mall sebab tu dia indoor. Macam kalau kat Malaysia ni theme park indoor kita adalah Cosmo World di Times Square.


Untuk access masuk theme park ni, korang kena ada access card. Aku tak pasti berapa harga card ni sebab ni pun pinjam kawan punya. Satu card untuk dua orang. Yang pasti, kami 4 orang masuk seorang kena bayar 150,000 rupiah. Lebih kurang RM50. Bila anda berada di dalam theme park, duit anda dah tak boleh digunakan. Segala pembayaran nak makan atau minum kena buat pakai kad ni. Kiranya boleh diisi ulang (top up) duit dalam card ni. Kalau ada baki dalam card, boleh mintak balik duit bila keluar nanti. Ok?

Cool gak lah tak payah bagi tangan lekat tag kertas kat pergelangan tangan cam kat Genting ngan Sunway Lagoon.tehehe..

dalam ni setting agak cantik. Boleh laa.. Ada jumpa Michael Jackson, Marilyn Manroe. Badut tinggi. Badut rendah tu aku lah tu.huahua.

Kami tengok persembahan teater Si Bolang. Comel gak lah teater ni. Macam budak-budak punya. Layan ajeee..

Masuk Marvel Superheroes The Rides. Pakai Spec 3d lepas tu duduk kat kerusi pengembaraan yang bila kat skrin ditayangkan superheroes sedang selamatkan mangsa, nanti kerusi tu bergegar as if kita berada di tempat kejadian. 

Ohsem bf at the back!

Kan aku kata, setting dia not bad. Boleh buat berangan berada di alam lain.chewah~

Motip pegang janggut orang? Aksi beramah mesra. 

Sebenarnya banyak rides kau boleh main dalam ni. Cuma aku rasa nak muntah gak lah sebab banyak rides yang banyak gegar, pusing-pusing. Dahlah pening sebab makan stroberi celup gula. Haaa..haaa..nak salahkan stroberi. Erm, aku tak tahulah kenapa, tapi aku rasa aku macam lagi enjoy pergi Genting. Oh aku dah tahu kenapa. Sebab Genting kat ada outdoor. So bila kabus melanda bagaikan awan, tu yang best tuuuu. Ke, aku tak berapa nak enjoy sebab aku dah makin tua ni?? T__T  Tapi kawan aku yang ikut sekali ni 2 orang daripadanya dah pernah pergi Universal Studio Singapore. Semua kata USS best giler. Macam 3x ganda lagi best daripada ni. Sooo, aku punya target next ialah untuk ke Universal Studio Singapore. Nak ikut tak? heheeeee... =B

Oh, kat bawah ni video cari kat Youtube. Yamaha Racing Roller Coaster of Trans Studio Bandung~ Tengok dia patah balik! terujah!


13 comments:

  1. klu bajet tak cukup nak masuk USS singapore, ni pun dah cukup nikmat. huohuo. cam best je :D

    ReplyDelete
  2. Woah..pergi Bandung rupanya budak ni..patutla blog sunyi sepi..huhu..

    ReplyDelete
  3. Sophie! Nak cakap, baju Sophie yang ada star tu cantik!!!

    And it seemed like you had TONS of fun!!!! Hahah.. best best!

    Oh, btw tergelak baca previous post pasal strawberry manis. Hahaha...

    ReplyDelete
  4. Wah, theme park baru. Best nya Sphie pergi jalan-jalan

    ReplyDelete
  5. Nice2!!! Hebat jugak Bandung eh!! Selalunya feymes dengan syurga shopping! haha.

    ReplyDelete
  6. woahhhhhhh bestnya ! mcm x sabar nak pegi bandung.. x tau la jadi ke tak

    ReplyDelete
  7. memang wajib pergi USS! yana dah pergi 3 kali, makin awesome bila transformer battle ride dah bukak!

    ReplyDelete
  8. Nak gak lah pergi sana nanti kalau ada rezki.. :D

    ReplyDelete
  9. I went to Bandung last February. Memang my parents kena tipu dek penjual beggars tu - strawberry gula, etc. I've told them NOT to buy anything di Tangkuban Perahu, but mereka selalu ikut kami ke mana-mana. Rimas, RIMAS!

    And agak terkilan sebab tak dapat masuk ke Trans Studio, because my Dad didn't allow me to xD Katanya, di Kuala Lumpur pon ada. But bad news is, kawan-kawan satu lab pergi ke sana and ended up getting Salmonella disease. Sampai tak boleh nak bangun daripada tidur, dapat diarrhea, feeling nauseous and so on. Makanan di sana tak berapa bersih, they told me.

    ReplyDelete
  10. Anisa: jalan-jalan memang ler best.hikhik.

    Ninie: tapi orang kata USS jauh lagi best!!! huhu..

    Airaniez Wirdani: hahahahaha...tetttt!!! ya betol!!!

    Bashtiah: wahhh yeke? thank you!! susah nak cari T-shirt lengan panjang yg labuh & longgar & berkain best sekarang ni.tu beli kt bandung la tu.

    Ee: hehehehe..mestilaaa best.. *wink2*

    Mardhiyyah Ridzuan: boleh tahan la..tp jangan makan tepi2 jalan taw!

    ReplyDelete
  11. syakey: hahahaha..mestilaaaaa ;p

    azalia hjsalleh: semoga jadi.memang best!

    Liyana Aziz: perghhhh ni yg buat rasa nak pergi sesangat nih!!!

    AmirFX: insyaAllah ada rezeki punyaaa..

    Nisa: adoihhh..memang Tangkuban Perahu tempat yg femes dengan beggars tu.huhu.. hurm, honestly memang agak tak bersih kalau makan kat tepi2 jalan. sebab i pun kena cirit birit.huhu..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...