Sunday, February 19, 2012

Perihal Bandung : Tangkuban Parahu

Pada tarikh 7-11 Feb yang lalu, aku telah ke Bandung, Indonesia bersama 3 lagi orang rakan. Tujuan utama sebenarnya haruslah bershopping kan. Hahah! Sejujurnya, untuk melihat-lihat pemandangan di Bandung, kurang pasti tempat apa yang menarik selain di Tangkuban Parahu. Tempat ini sebenarnya ialah kawah gunung berapi. Haaaa.. First time aku tengok kawah gunung berapi. Atas bukit ni sejuk.

Tangkuban Parahu ni bermaksud Perahu yang terlangkup. Ade lah mitosnya yang aku sendiri pun ingat tak ingat. Macam kalau kat Malaysia kita ada cerita pasal Si Tanggang. Di sini pula pasal Malin Kundang. Aku pun tak ingat macam mana ceritanya huahua.. Tapi orang kat sini kata, kalau dari jauh, bukit ni nampak macam perahu yang terlangkup. Sooo, nak tahu betul ke tak, kat bawah ni gambar bukit ni dari airport.

Nampak tak macam perahu terbalik? 

Sepanjang jalan ni ada gerai-gerai. Tapi tourist guide aku nasihatkan jangan beli apa-apa kat sini sebab dikira mahal la.

Ada satu perkara yang aku tak dapat lupakan kat sini. Kat sini ada orang jual buah strawberry. Fresh la. Orang tu kata manis. Aku pun try & memang lah manis. Aku beli sampai 2 kotak. Makan kat situ jugak siap jerit kat kawan aku. "wehh! aku tak pernah makan strawberry semanis ni! Inilah strawberry paling manis aku pernah makan!!" <----muka sumpah eksaited tahap pehh, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bila kawan aku try, dia kata, "wey ni manis gula laaa.." aku pun macam? haaaa? aku jilat dulu strawberry tu. Mamang manis. Air gula. Rupanya strawberry tu manis sebab dah kena celup air gula. Aku keciwa. Aku tertipu. Perutku dinodai air gula. Aku dahla takut kena kencing manis. T_T
Kuang hasam punya pakcik penjual storberi. Penipu betul, kata organik la apa la.

Lepas pergi strawberry farm, kawan aku beli berkotak-kotak strawberry. Aku try strawberry tu. Masam! Memang la, berry kan memang masam. Aku keciwa lagi sekali. Strawberry original haruslah masam.Terus taknak makan dah strawberry. Kawan-kawan aku gelakkan je aku. Bila nampak orang jual strawberry tepi-tepi jalan aku jeling je. Huh! paranoid!

*gambar: belakang tu kawah gunung berapi.Ada asap keluar. Orang kata beracun asap tu.entahlah. Yang pasti bau sulfur memang kuat lah kat sini.

Pokok-pokok kat sini pun ala-ala bonsai.

Sepanjang berada di Bandung, kawan aku tak sudah-sudah mengejek aku. Kawan aku kata tak boleh lupa muka eksaited aku sambil cakap "wehh! aku tak pernah makan strawberry semanis ni! Inilah strawberry paling manis aku pernah makan!!" Kuang hasam. Dia kata rugi tak rakam!

*muka keciwa lepas tahu strawberry manis sebab celup gula. Keciwa laaaa..dah dua kotak kot gua makan*

p/s: sepanjang berada di Bandung, ramai penjual ala-ala beggars pun ada gak. Diorang macam sort of, paksa kau beli souvenirs diorang ke apa. Memang agak rimas la especially kat Tangkuban Parahu ni. Nasib baik ada  kawan laki. Penjual ni ikut je kitorang dari awal sampailah hujung jalan. Siap pandai psycho lagi. Kawan aku kata "takpelah bang, nak tengok-tengok dulu." Bila kitorang dah jalan sampai hujung & orang tu pun masih ikut, dia suruh beli lagi. Bila dah habis jalan, kawan aku still taknak beli. Penjual tu kata "abang ni bohong..sudah diikutin sampai hujung pun nggak mau beli" Perghhhhhh! padahal tak janji pun nak beli dengan dia. Banyak la penjual macam ni. Agaknya sebab dia tahu orang Malaysia ni hati lembut. So kau kena keras hati sikit lah. Yang paling keras hati haruslah perempuan yang makan strawberry celup gula sampai 2 kotak tu.  

8 comments:

  1. i plan nak pergi bandung jugak. ta[i tak sure lah bila. hehehe. nak sopink ! nanti update lah tempat sopink yang best2 taw. hehe

    ReplyDelete
  2. capt.keon alhan: best.tapi kena bawak banyak duit.huahua..

    najwairina: tehehee.bestlaaa..

    awek retro: bestlah jugak.hihi..tengkiu. =)

    J.syazwana: ok boleh.. =)

    ReplyDelete
  3. akak kite pon baru balik dari bandung. macam2 dia cite pasal kat sana. pastu dia ada kena tipu lak tu masa kat tangkuban perahu tu kalo tak silap. hehee

    ReplyDelete
  4. Pelancong ke bandung harus berhati-hati dengan gologan penipu iaitu:-

    1) pemandu teksi:- jika kita bagi duit besar, dia tak pulang baki atas alasan tiada duit kecil. Contoh tambang dari airport ke bandar hanya Rp40,000. Jika kita bagi duit Rp50,000 dia akan ambil terus tak pulang baki Rp10,000.

    2) pemandu teksi:- caj ikut jam. Saya naik teksi dia 2 jam 5 minit, dia caj harga 3 jam pulak.

    3) penjaja:- jual barang macam keychain harga mahal sampai RM100,000

    4) penjaja di tangkuban perahu:- dia ikut-ikut kita dari kawah ratu hingga kawah domas konon untuk tunjuk jalan (Guide?)tapi kita boleh jalan sendiri tanpa ditunjuk. Nanti dia cas kita. Ada makcik tu bayar sampai Rp1,000,000. Hai makcik kesian aku tengok.

    5) penjaja di tangkuban perahu:- sambil ikut kita, 5-6 orang penjaja berkeliling kita ala-ala paksa kita beli barang dia. Tasbih harga Rp800,000. Keychain harga Rp500,000. Alat urut harga Rp700,000.

    Oleh kerana saya telah beberapa kali ditipu di Bali jadi saya tahu mereka di Bandung pun ada taktik tipu. Sebab itu saya dengan tegas enggan bayar apa jua yang mereka minta.

    Sayangnya ramai rakyat Malaysia yang terkena tipu di Bandung ni.. Amalkan dan baca-bacalah ayat kursi jika ke sana.

    ReplyDelete
  5. Pelancong ke bandung harus berhati-hati dengan gologan penipu iaitu:-

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...