Sunday, January 15, 2012

Kamu Tahu Kamu Jatuh Cinta Dalam Diam Bila..



Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila..


Saat kamu terpandang si dia hati kamu rasa tersentuh. Sesuatu yang kamu tak rasa bila pandang orang lain. Mungkin pada wajahnya kamu nampak sesuatu yang kamu cari selama ini. 


Saat kamu memandang si dia kamu rasa sebenarnya tak nak pandang tempat lain dah tapi tak boleh pandang si dia lama-lama takut terkantoi. hiuhiuhiu..


Saat kamu berada dengan dia kamu ada perasaan yang selesa bila si dia ada berdekatan. Rasa macam, please stay, don't go.


Saat dia berada dengan kamu, kamu hargai setiap saat yang dapat kamu luangkan dengan dia walaupun si dia tak tahu dalam diam kamu ada perasaan terhadapnya.


Saat dia memanggil nama kamu, kamu rasa terkedu sebentar.


Saat dia ketawa, kamu tersenyum sendirian betapa kamu suka dengar gelak tawanya.


Saat mendengar suaranya sahaja mampu membuatkan kamu tersenyum. Eleh suka lah tu sebenarnya kan?


Saat kamu melihat wajahnya suram, gusar,risau, kamu rasa macam nak aje pergi padanya tanya dia ok ke tak. Tapi kamu tak mampu. Kamu hanya mampu berharap dia okey.


Saat kamu tidak dapat melihat dia, kamu rasa tak keruan. Rindu semuanya tentang dia.


Saat kamu tahu kamu tidak begitu rapat dengannya tetapi kamu ada perasaan sayang padanya.


Saat kamu ingin mengetahui tentangnya, kamu stalk hampir semua benda yang kamu boleh stalk tentang dia. Kalau boleh semua benda tentang dia kamu nak tahu. Lepas kamu tahu banyak tentang dia, kamu berlagak seperti tidak tahu apa-apa tentang dia padahal kamu mengagumi dirinya.


Saat kamu tertanya-tanya ada sesiapakah dihatinya? Mungkinkah ada ruang dihatinya untukmu? Mungkinkah?


Saat kamu memandangnya kamu melihat dia mempunyai ciri-ciri untuk menjadi isterimu dan ibu kepada bakal anak-anakmu (jika kamu lelaki dan begitulah sebaliknya jika kamu perempuan)


Jika kamu lelaki, barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa mahu melindunginya. (macam Harris dalam Ombak Rindu. Dialog: izinkan abang jadi pelindung Izzah. T__T  aww~ terharu.)Jika kamu perempuan barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa ingin menjaganya. ececececeeee... so sweet~


Kamu selalu teragak-agak untuk meluahkan isi hati kamu. Jika kamu lelaki, mungkin kamu risau jika perasaanmu ditolak. Jika kamu perempuan mungkin kamu malu giler untuk memulakan langkah pertama.Yelah, sebab macam perigi cari timba kan orang kata.


Kamu risau jika kamu tidak layak untuknya. Kamu mahu mendekatinya tetapi kamu seolah kaku apakah terlalu awal untuk memulakan?


Kamu bagitahu semua rakan yang rapat denganmu dan ahli keluarga kamu siapa yang ada dalam hati kamu tetapi kamu tiada keberanian untuk meluahkan isi hati kamu pada si dia.


Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila membaca entri ni, ada seseorang terlintas di fikiran kamu.   =B


Erm, nasihat aku pada lelaki yang dah selayaknya berkahwin, dah stabil ke dari segi kewangan, kalau jumpa yang berkenan di hati tu, pergi jelah terus terang dengan perempuan yang awak suka. Tak payahlah nak hint-hint sangat. Perempuan especially yang macam aku ni mana reti layan hint-hint. Straight to the point aje.. Kalau lambat awak jugak yang terlepas cik abang oi. Untuk perempuan pula, yang ada perasaan pada seseorang, aku takde nasihat lah. Sebab aku sendiri tak tahu nak buat apa. Ish! Konflik kan jadi perempuan ni? nak start dulu macam eh takpe ke? tak macam perigi cari timba ke? so sesiapa yang lelaki ke ada nasihat untuk perempuan bolehlah bagi.

p/s: pergh! ni Sophie ke yang tulis pasal cinta nih? AaaaaAAA!!! Lariiiik laju-laju macam Hindustan!!!! 

37 comments:

  1. Apa yg kak sofie ckp ni tu la yg kita rasa smlm =(

    ReplyDelete
  2. urmmm...why can't i tell him??
    Hikhik..suka plak baca..

    ReplyDelete
  3. Copi,mcm mane aku bole terlepas baca entri ni????such a good description with a good words btw.i used to feel like this...: )

    ReplyDelete
  4. Owh, sangat setuju sape2 yg dah stabil tu. Insyaallah xkan direject oleh family terutamanya. Hehe... Nak2 kalau dah umur 25 and above, xde nye nak bercinta bagai nak rak dah. Haha..

    *Lari laju2 macam hindustan tuh cane eh? Hehe...*

    ReplyDelete
  5. I ok jer kalau perempuan kacau lelaki.. hahahaaa *evil laugh*

    ReplyDelete
  6. "Saat kamu ingin mengetahui tentangnya, kamu stalk hampir semua benda yang kamu boleh stalk tentang dia. Kalau boleh semua benda tentang dia kamu nak tahu. Lepas kamu tahu banyak tentang dia, kamu berlagak seperti tidak tahu apa-apa tentang dia padahal kamu mengagumi dirinya."

    Part yang tu memang 101% betul sis :D

    ReplyDelete
  7. alolo....jatuh cinta lettew..meh akak bgtau kan...

    ReplyDelete
  8. Kalau ada lelaki yang Nisa suka tu sedih, I feel like hugging him to make him feel better, tapi HARAM! :[

    ReplyDelete
  9. hehehe.. tgh bagi hint untuk sesape ke ni sophie.. orang yg bace tu sila-sila la paham cepat!!hihi. *busybody* :p

    ReplyDelete
  10. is this you? OMG! hahahaha
    org ad pengalaman lah katakan^^

    ReplyDelete
  11. err..err..macam terkedu baca entri sophie yg ni..camne boleh terlepas ni..aduii..ehehe..


    btw, ari2 saye stalk si dia walaupun dah 7tahun berkawan..hari2 jatuh cinta..auww..perasan sweet..;p

    ReplyDelete
  12. kesian kat aku..mampu pendam je..huwaa..pedih woo..

    ReplyDelete
  13. sweet masa jatuh cinta. dah tua2 ni tingin lak nak rasa jatuh cinta balik ngn suami. hikhik

    ReplyDelete
  14. aduh terkena pada batang hidung sendiri ,
    lebih2 ayat last tu - Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila membaca entri ni, ada seseorang terlintas di fikiran kamu. =B


    aduss penat pendam sorg2 tapi nak luahkan tu mcm x mgkin ja..
    :: unstable ::

    ReplyDelete
  15. scr teorinye lelaki ni masa zmn remaja mrk(belasan tahun) suka utk lead,tp bila umur dah semakin lanjut mrk xkisah kalau perempuan yg start dulu..sbb ape eh? mungkin sbb lelaki dah penat guna mcm2 cara utk approach,hbs masa dan tenaga,tp xda hasil..so,skrg masanya utk perempuan bertindak!

    ~tips ZERO to HERO~

    ReplyDelete
  16. thanks for ur advice. but believe me, its never that easy...

    reality is a bitch, but i experienced all the "Saat kamu...." things.

    Kenzou (Proposal Daisakusen) once said "Why is it something that you can do so easily when you're a kid, when you become an adult, it complicatedly become difficult in the end?"

    we, guys; gave hint as we never knew what are her preferences. usually, we done this when we pursuing someone that consider as our 'bestfriend'. not afraid of being rejected, but to maintain the friendship.

    ReplyDelete
  17. Ayat yang last tu ''Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila membaca entri ni, ada seseorang terlintas di fikiran kamu. =B'' Mcm tahu tahu jek :D Haha Thanks!

    ReplyDelete
  18. bagus banget artikelnya. saya suka, ini ceritanya sama dengan saya yang sekarang sedang jatuh cinta pada seorang wanita, tapi tak mau tergesa - gesa untuk mengatakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih bagus bab hati perasaan luah bila berjumpa. Baru prmpuan bolehblihatbkeihlasan kat hati lrlaki tu. Jgn hnya whasap @ msg. Kdg prmpuan jadi kurang yakin .

      Delete
  19. hurmm, aku pn sedang alaminya jgk..btw nice n3..:)

    ReplyDelete
  20. hmm terjumpa entri ni.. :)
    di pertengahan jalan untuk melupakan dia.. cause dia takkan pernah jdi milik aku.. anyway nice..
    make me remind how sweet and bitter this kind of love.. :)

    ReplyDelete
  21. Loving you is so bitterweet.

    gituh feelingnya.

    ReplyDelete
  22. salam...
    sy nak mtk kebenaran nak share lik kalau ta kisah..
    thanks :)

    ReplyDelete
  23. baru terbaca entri ni. ia buat saya tersenyum. btw x salah klu perempuan lafaz kan dulu. Istilah perigi cari timba tu da lama, so if we like someone just straight forward, sekurang2nya ia dapat ringan kan beban dihati. dari terseksa menanti keputusan yg x pasti. (Salam Tahun Baru)

    ReplyDelete
  24. tapi kalau kite da bagitahu kat die and die terus ignore ? perghhhhh sakitnya tuhhh disini 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tandanya dia takde feeling kat kita la.So move on jela takyah nak sakit sangat sorang2

      Delete
    2. Kdg ada prmpuan yg sengaja nafikan prasaan kat hati. Sebb dia tak pasti laki tu serius @ sekadar main2

      Delete
  25. Susah kita prmpuan nak cskap kita suka lelaki. Walaupun lelaki tu dah ckp tapi kita rasa mcm tk yakin. Klu betul ikhlas mesti laki tu dtg rumah bgtaw dia nak hubungan lebih seriusbbaru prmpuan lebih yakin

    ReplyDelete
  26. It's already 5 years, and I still can't tell him.. And I just realize that I love or like him...🥺🥺

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...