Saturday, January 14, 2012

Bila Kita Terlalu Fikir Apa Yang Orang Fikir Pasal Kita

Tanpa kita sedari, sebagai manusia normal, kita terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir pasal kita. Aku rasa terutamanya perempuan lah kot. Sebab lelaki biasanya macam ~whatever lah kau nyah.

Situasi 1. (contoh lah..)

Sophie, aku nak break dengan boyfriend aku. Aku dah tak sanggup bersama dengan dia lagi. Aku terlalu kecewa dengan sikap dia. Tapi aku takut, kitorang dah couple bertahun-tahun, nanti bestfriend dia mesti attack aku, kutuk aku. Family dia mesti menyampah dengan aku. Macam mana kalau dia terlalu sedih sampai nak bunuh diri? Nanti aku yang rasa berdosa.

Aku kata..
Yang kau nak fikir sangat pasal apa orang nak fikir pasal kau tu kenapa? Kalau diorang cakap buruk pasal kau pun kenapa? (kau mati ke nanti?) Kalau boyfriend kau memang ye pun nak bunuh diri, itu masalah dia lah sebab tak dapat nak terima hakikat. (atau kurang iman di dada sampai nak bunuh diri?) Kau tak boleh paksa diri kau untuk puaskan hati semua pihak bila sebenarnya orang-orang sekeliling yang kau bayangkan tu sebenarnya tak ambil kisah langsung pasal kau. Kalau ambil kisah pun sekejap jelah. Ala, macam artis la, kontroversi kan sekejap je. 

Banyak je lagi situasi lain yang cubalah kamu fikir sendiri, mesti ada waktunya kamu sangat risau dengan apa pandangan orang terhadap kamu. Sebenarnya kita buang tenaga bila banyak fikir benda yang tak berfaedah. Oleh itu, bukanlah nak kata suruh pentingkan diri sendiri dengan hanya fikir diri sendiri aje. Tapi, bila dengan cara terlalu memikirkan pandangan orang terhadap kita membuatkan kita rasa sedih, tak bermaya, tensi, macam nak terjun bangunan *hiperbola* maka kenapa masih nak fikir banyak?

Bila rasa macam orang kutuk kita ke, tak suka kita ke, mengumpat kita ke. Anggap je mereka tak kenal siapa kita. Hanya yang rapat dengan kita aje yang betul-betul kenal & sayang kita kan? Oleh itu, aku punya tagline famous di kalangan teman rapat adalah " kalau ada 1000 orang menentang kita, ada lagi 2000 orang yang akan sokong kita. Jadi, kenapa nak hidup untuk 1000 orang tu sedangkan 1000 orang tu bukan siapa-siapa dalam hati & hidup kita. Tak berbaloi kan?" *bercakap sambil genggam tangan dan mata bersinar-sinar.cehhh!*

Ada kalanya kita berdepan dengan situasi yang sukar di mana kita takde peluang nak tegakkan kebenaran sebab adanya manusia-manusia bermulut lahanat. Kan? Jadi, aku nasihatkan bersabarlah. Ikut pengalaman aku, bila aku bersabar..selalu kebenaran itu terbongkar dengan sendirinya tanpa perlu aku jelaskan apa-apa. Lepas tu macam reverse psychology la, aku buat muka selamba je, tapi bayangkan orang yang buat salah dengan kita tu tak ke rasa malu nak berdepan dengan kita? Kalau jenis yang tak tahu malu tu sebab dia takde kemaluan la! Erkkk!?? Yer memang wujud spesis muka tembok besar China begini. Perkara tersirat tu, akan terbongkar juga akhirnya lebih-lebih lagi bila kau dianiaya. Allah kan ada dengan kita =) Doa tak semestinya lepas semayang je jenah oii.. *sapa nama dia jenah janganlah terasa pula..huhu..*

p/s: A lecturer once advised, if people make fun of you and it hurts your feeling, don't hate and feel sad, but pity them for the person they are. You'll feel better. =)  <---copy balik status FB aku.hahahaha..

C'mon, be a fighter!!! Losers are like dust. They are everywhere. Just blow them away. They are not worth of your time, AT ALL..

Like whatever-lah kan~






18 comments:

  1. memang sesak hidup kalau asyik fikir psl orang lain je...

    ReplyDelete
  2. kak sophie, I really like this entry:) thanks a lot^^
    betul lah tu. jika sorang menentang kita, ad lagi 2 orang di belakang kita:)

    ReplyDelete
  3. betul. kadang-kadang kite barulah nak terfikir, eh penat rupanya asyik fikir pasal orang tak kesudah -_-'

    ReplyDelete
  4. abaikan kata2 negatif orang lain. positif2.hee

    ReplyDelete
  5. yes.. kte pn slalu berdepan dgn org mcm ni..kdg2 sedih..kdg2 leh ajdik strong. sobs..

    ReplyDelete
  6. mmg lelah memikirkan apa yg org nak kata.. sudahnya makan diri. huhu

    ReplyDelete
  7. true! kalau benda yg org fikir tu tak memudaratkan kite watpe la nak amik kesah sangat kan? just be yourself..gembirakan hati sendiri dulu..tp jgn la smpai nmpk mcm selfish sgt..ye dak?

    ReplyDelete
  8. Sophie...
    Thanks ye bagi entri ni...Tiba2 ada *link* hati la plak kan..(Haha..nak gak..) recently akak mmg ada perasaan org tak suka/tak puas hati dgn akak ni..Tapi apa yang Sophie tulis tu betulla...Buat apa nak fikir cakap2 orang yang tak kenal kita kan...Kadang2 tu ada gak rasa..."Kalau ada seorang tak suka kita,tapi 10 orang suka kita,yang bermasalah tu seorang tu la kan..haha.. (reverse psikologi tol..haha)
    Take care ye Sophie..Semoga happy bekerja...^___^

    ReplyDelete
  9. yeahh. that the spirit. hehehehe.

    memang betol pon.
    kalau asyik nak fikir ape orang lain cakap apa nak jadi.
    apa pon tak boleh.
    kuang3.

    ReplyDelete
  10. :) betul sis . kekadang macam2 expectation najwa buat .

    btw . suke pesanan sis tu . nak copy paste jugak bole ? :D

    ReplyDelete
  11. betul2,,kite selalu rase goyah dgn bende2 kecil

    ReplyDelete
  12. betul. lagipun sampai bila kita nak hidup bergantung pada apa yang orang lain cakap. betul tak?

    ReplyDelete
  13. you have a motivator section in yourself. good.

    ReplyDelete
  14. kak nk tnye psal arktek bley x

    ReplyDelete
  15. capt.keon.alhan:
    tahu takpe.

    puteri nur aqiliah:
    haaa..mesti ada kena mengena dgn hidup kan.

    littlegurl:
    memang penat pun.huhu.

    nurdani: =)

    cik yuyu: =)

    cik bunga: =)

    cik sha: yup.betul.=)

    airaniez wirdani: link hati lagi.haha.. thank you kak aira. insyaAllah sy akan happy selalu.. =)

    J.syazwana: boleh..silakan..

    twinkle twinkle: padahal benda2 kecil x goyah dgn kita pun.ehh!!

    Gua: betul..=)

    fyzal: yes, i do have that section. =)

    anonymous: silakan..



    cik yuyu:

    ReplyDelete
  16. Bestnye entry ni.
    Membakar semangat betul..
    Dorang yang suka ngutuk saya tu,
    yang suka buka aib saya depan orang lain tu (cth mcm dalam dewan kuliah hrtu)bawa-bawalah bertaubat..sebelum terlambat.

    -anony-

    ReplyDelete
  17. Akak entry akak give back my happiness . Saya ade pengalaman dengan sorang hamba Allah nih , saya dulu sem 1 memang rapat dengan dia then sem2 kami sama2, then masa sem 2 tu dia kata dia pernah kutuk saya dengan org lain . Kalo saya tahu memang tak nak sama bilik dengan dia .. saya memang tak percaya dia dah .. sakit hati kadang2 dia cakap main lepas je .. bile kita cakap ngan dia ternaik sikit suara merajok .. hope saya dpt junpe seorg sahabat setia satu hari nanti ..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...