Wednesday, October 26, 2011

Pengalaman Macam Ni, Siapa Nak Bagi?

Life aku agak hectic sekarang ni. Sebab tulah aku dah jarang update. Semoga takde yang kecil hati kalau aku tak reply comment atau terjahan dari kamu semua. Walaupun lama juga aku tak update, tapi masih ada juga orang yang singgah blog nih. Terima kasih.

Hurmm.. sebenarnya, kali ni, aku menulis sebab aku rasa sangat down. Dalam banyak-banyak fasa kehidupan aku, aku dapat rasa sekarang adalah fasa yang SANGAT tough untuk aku hadapi, iaitu alam pekerjaan. Huwaaaaaa T__T

Aku bekerja dalam firm architecture yang besar,projek pun besar.Kebanyakan masa aku kena buat drawings, ammend ke apa, ada sedikit design. Setiap hari, aku akan belajar perkara baru.Hampir setiap hari juga, aku akan buat kesalahan walaupun kesalahan kecil mahupun besar.. Kadang-kadang aku rasa macam huwaaaa~ kenapa bengap sangat ni??  T__T  Aku selalunya tak takut belajar benda baru. Even benda yang bukan bidang aku pun aku enjoy belajar.Tapi bila fokus on bidang sendiri ni aku rasa macam oh menakutkanlah sebenarnyaaaa. Korang bayangkan tandas rumah korang tu pun detail drawings dia sangat detail setiap lekuk, lubang ke apa siap dengan saiz tiles etc kena tunjuk padahal realitinya boleh aje suruh buruh Indon bina terus siap..Tapi tak, semuanya ada lukisan yang sangat detail.

Setiap kali aku rasa down, aku akan fikir.. kalau rakan sekerja aku kat sini dah bertahun-tahun kerja, & masih stay, kenapa aku tak boleh? diorang semua mesti ada fasa permulaan yang sangat tough dulu-dulu. Kadang-kadang mengenangkan arkitek-arkitek aku, aku rasa diorang lagi lah pening, masuk meeting pung pang pung pang bincang dengan engineer lah client, etc, pergi jumpa authority, nak check drawings lagi. Oh gila. Mesti dulu-dulu diorang pernah lalui fasa yang sangat susah barulah boleh sampai ke tahap sekarang yang masih juga susah..

So,terpaksa lah gua pujuk hati sendiri. Nak cerita dengan ayah, dia dalam bidang berbeza, susah nak buat dia paham. Amek handphone nak call pakwe? eh lupa sekarang dah solo.Huahuaa.. Nak call member, rasa macam "takpeeelah, gua masih bisa bro~!"

Sebab tulah aku suka mengajar berenang. Sebab aktiviti tu macam terapi. Aku rasa happy sangat-sangat bila mengajar. Aku happy dapat jumpa orang baru. Student aku pun bukan calang-calang orang. So far aku banyak mengajar pensyarah, ada doktor, engineer, macam-macam lagi lah.Ada yang umur 60 tahun pun ada.& kebanyakan student memang lagi tua dari aku. Ni peluang baik untuk keluar sekejap dari kepompong architecture. Currently salah seorang student aku ialah seorang yang istimewa, dia kerdil. Jadi memang kaki dia tak cecah lantai pool  and aku kena bagi extra care kat dia. Aku tak tahulah mana aku dapat kesabaran untuk mengajar tapi bila aku mengajar orang, tak kisahlah mengajar apa pun, aku akan letakkan hati aku pada apa yang aku ajar. Aku tak pernah marah student(kecuali budak-budak sebab diorang nakal). Sebab bila mengajar, pada aku kita kena letakkan diri kita di tempat dia. Faham apa yang dia rasa. Tak pandang rendah pada kemampuan orang lain. Jangan sekali-kali ketawakan kelemahan orang lain. Kita takkan tahu orang yang kita ketawakan tu mungkin akan jadi seseorang yang hebat suatu hari nanti.

So hari ini, walau selemah mana pun aku,walau mungkin diketawakan, walau dipandang rendah aku yang memang rendah ni. Hiuhiu (gelak kurang pasti yang menyedihkan).. Tapi takpe, sebab bila jatuh kena bangun sendiri tak boleh harapkan orang lain. Sebab sekarang aku berada di bawah. So aku akan mula perlahan-lahan dari bawah. Ilmu terbaik adalah pengalaman kan. Pengalaman macam ni siapa nak bagi? Simpan dalam hati. Satu hari nanti akan tersenyum balik mengenangkan semua yang aku lalui sekarang ni.

Tak jemu mengajar dan belajar. 

kadang-kadang teringat ayat anak buah aku Ajen. Kalau aku sakit ke macam sakit perut ke apa dia pujuk sambil tepuk-tepuk belakang kata "Amati Copi kan strong.." terngiang-ngiang.. =')

Nak share satu lagu agak dah lama tapi kadang-kadang teringat lagu ni bila rasa down.



Forget about the reasons why you can't in life,
And start to try..



And when you're down and feel alone,
Just want to run away,
Trust yourself and don't give up,
You know you better than anyone else.. (perasan.kikiki..)

19 comments:

  1. biasa lah dalam hidup ada upside down kan. apa2 pung kita kenalah enjoysssss! hehehe be cool orang kata heheh

    ReplyDelete
  2. takpe sopi..pengalaman tu yg penting..be strong oke..


    even sis sendiri selalu rase down sebab semua kerja sis kena pandai2 manage sendiri dan belajar semua sendiri sebab takde senior yg nak tunjuk ajar..maklum keje kat NGO je..mane nak ade senior..pekerja pun berapa ketol..hehe..tapi sis amek tu sebagai cabaran utk dri sis sndri..


    selagi kite yakin dgn kebolehan kite sendiri..insyaAllah pasti kite leh handle segala masalah yg melanda..kan?

    ReplyDelete
  3. Go go go Sophie~
    Be strong kikikiki :D

    ReplyDelete
  4. waa aku plak nak menangis baca. hidup aku pon tough skarang ni. hurm~(tears)

    ReplyDelete
  5. wahhhh masyukkk laa camtuh.. ad part time job =)

    ReplyDelete
  6. pekerjaan itu sangat tough.macam yang saya rasa dulu bila bekerja di QS dan Contractor firm. sangat down dan otak jammed. menangis sebab rasa macam tak mampu nak hadapi kerjaya tu.hoho

    ReplyDelete
  7. CHUMELNYA KAK SOPHIE. PATUTLAH ADA ORG ADMIRE KAT DIA

    ReplyDelete
  8. sabar sophie. aku yakin kau boleh buat dan enjoy saja segala yang membahagiakan kau. :)

    ReplyDelete
  9. alam pekerjaan lagi byk cabaran. saya yg baru melangkah ke alam 'U' pun dah mcm2 bnd tempuh n kdg2 rs mcm nak quit. tapi sabar je. huhuhu. pengalaman mematangkan kita!
    go kak sophie!

    ReplyDelete
  10. Amati Copi kan strong. Sophie, ee tahu Sophie boleh buat. Kadang2 stress buat kita rasa down kan. Good luck babe!

    ReplyDelete
  11. eh serius..sama.mmg kalu bidang org lain boleh je kan nak belajar.enjoy je.bile dlm bidang sendiri..tetiba rasa gerun n berat nak tempuh. selalu gak pikir mcm sophie pikir.kite amik semangat dr senior.diorg pun tempuh perkara yg sama.gudluck =)

    ~jeni

    ReplyDelete
  12. Never give up Sophie..

    Tahanla,setahun jadilah..mmg tough bidang Architecture ni..Tapi mmg kat dalam dunia ni,tiada kerja yang senang..Jgn jadikan *guru renang* tu sebagai *kerjaya tetap* Sophie.Nanti lama2 bosan,lagi susah..

    All the best Sophie.Kalau ada apa2 nak cerita email me k..Take care. ^_^

    ReplyDelete
  13. bersabar la amati copi ye...baru2 kerja memangla..lagi 2 3 taun dah x heran dah sume celah2 jari je..

    ReplyDelete
  14. hi sophie =)

    rasanya kita dlm bidang yg sama, n me pun bmula mcm kamu jgk.

    mula2 mmg rasa susah,tp kalau bkn sbb ssh tu kita xkan dpt blajar n cipta pengalaman kan?

    *syok nya berenang.kat mana ada pool masuk free? hahaha

    ReplyDelete
  15. kak sophie..lama tak jenguk! rindu nak baca cerita.

    well, itu ujian dalam alam pekerjaan! insyaAllah boleh stay tu..nak jadi boss one day kena jadi anak buah dulu, kan?:)

    take time untuk rehatkan minda, then smbung kerja lagi, then u'll be fine!:)

    ReplyDelete
  16. wahh.. mana bisa melupakan pengalaman sebegini...

    ReplyDelete
  17. suka baca kisah sophie..walaupon jarang masuk (sbb u jrg update:P) jd once dah masuk mesti nak baca smua..kalo bole nak komen smua aku mls nak taip..hahahha

    lebiu sopi!namo shedey2 ya..aja aja fighting!!

    ReplyDelete
  18. aku rasa lagi down pada kau,kat offshore,technician yang marah aku,sedangkan aku engineer,tapi aku amik tu sebagai cabaran untuk aku terus maju...

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...