Aku..
Kamu..
Dia..
Mereka..
Kita..
Semuanya dilahirkan oleh seorang ibu. Kita juga mempunyai seorang bapa. Iya, kita mempunyai ibu dan bapa. Tak dinafikan, ada yang ibu atau bapanya telahpun kembali ke rehmatullah. Innalillah.
Sepanjang aku meningkat dewasa, mestilah kan, akan menemui pelbagai jenis orang. Biasanya kawan-kawan rapat,aku selalu bawa pulang ke rumah terutamanya kawan-kawan UiTM. Sebab aku jenis yang suka kalau parents aku tahu dengan siapa aku berkawan, supaya mereka tak risau dengan siapa aku berkawan. Eh, lari tajuk. Err, aku ni walaupun rumah dengan UiTM tu dekat, tapi jarang juga balik sebab course architecture membuatkan aku sangat busy.
Bila aku pulang rumah, mestilah aku akan bersalam dengan Mama dan Walid aku. Lepas tu peluk-peluk sebab huwaaaa rindunyaaa.. T_T sob..sob.. Yer, adegan begitu dihadapan kawan-kawan. Tapi I tak malu pun. (^_^)V Walaupun diorang kata aku anak manja. Walaupun adik-adik aku claim aku sebagai "yelaaa, kakak kan anak manja Mama."hiuhiu.. tapi aku okeyh jek. Peace!!
Sebab..
Bagi aku..
Kita cuma ada seorang ayah, dan seorang ibu. Kenapa malu nak peluk cium ayah dan ibu selagi mereka masih ada? Manja tu tak semestinya mengada-ngada merengek-rengek begitu, tak. Kalau orang kata aku manja, yeah mungkin la. Ada part tu manja sebab manja bagi aku= menunjukkan/mempamerkan kasih sayang. In a way, aku tak malu berkelakuan begitu sebab aku sangat-sangat menghargai mereka yang aku sayang. Sebab aku taknak satu hari nanti aku rasa terkilan @ menyesal tak peluk cium mereka puas-puas selagi mereka masih ada. Siapa tahu kalau satu hari nanti samada mereka, atau aku yang akan 'pergi' dulu.
Masa belajar dah memang tak duduk dengan family, rasa ralat juga bila lama tak jumpa & spend time together. Tapi bila dah bekerja, lebih ralat perasaannya bila nama je duduk rumah, tapi kerja asyik balik malam. Weekend pun busy. Tak selalu lekat di rumah.Huhu. So kalau ada masa balik kerja tengok Mama baru lepas solat pergi baring kat Mama lentok kepala kat peha Mama, aww~ feeling yang sangat menenangkan sambil berborak-borak. Kalau Walid dah tidur pula aku suka tengok muka dia tidur. Comel gila muka ayah aku tidur nampak sangat menenangkan & aku akan cakap kat Mama "Ma, tengok Walid tidur. Comel macam baby besar.Haha.."
Peluk baby besar.Hiuhiuhiu..
Aku sangat suka bila nak pergi kerja salam Mama aku, dia akan pandang aku dengan penuh kasih sayang. Hanya seorang ibu mampu pandang anaknya begitu. Pandangan yang begitu menenangkan dan mendamaikan. Haih. Bukan susah nak membezakan pandangan kosong dengan pandangan yang ada kasih sayang.
So, adik-adik, kawan-kawan, lepas ni, buanglah rasa malu tu. Kalau pergi sekolah atau kerja, kalau parents masih ada, jangan lupa salam, peluk, cium mereka. Kalau tak biasa buat, then tiba-tiba kamu buat, mesti tiba-tiba ibu macam terharu pastu nak mengalirkan air mata *macam hindustan tiba-tiba* Hey, membuatkan ibu bapa senang hati dengan kelakuan kita amatlah penting ok supaya hidup ni diberkati. Mungkin rasa kekok mula-mula. Tapi apa nak malu? Kita kan anak mereka? Masa baby tak payah suruh peluk, mesti terus cari ibu kan dalam apa-apa situasi pun. Kenapa entah dah besar nak rasa malu dan kekok pula. Kalau lelaki lain la kot. Tapi kenapa nak create boundaries sebegini? huhu.
Walaupun mungkin kamu ada masalah keluarga, walaupun kamu rasa ibu atau bapa kamu bukanlah orang yang baik, ingatlah bahawa kamu terhasil dari benih mereka. Walau seburuk-buruk perilaku mereka, mereka masih ibu dan bapa kamu, sentiasalah berdoa supaya mereka berubah. Buanglah benci dalam hati ok.
p/s: kepada yang telah kehilangan ibu atau bapa, atau kedua-duanya, sorry ler kalau entri ni termenyentuh hati pula & membuatkan rasa rindu tu datang balik..huhu. Al-Fatihah.
-pelik orang sekarang peluk cium pakwe makwe tak malu langsung. Peluk cium parents malu pula? (-_-')
-pelik orang sekarang peluk cium pakwe makwe tak malu langsung. Peluk cium parents malu pula? (-_-')
sisters.
dengan kengkawan pun nak bermanja.hihi.Over mak~
berkasih sayang kita sesama insan... =)
ReplyDeleteAlolo..comelnya Sophie...seriously,akak pun kadang2 malu nak tunjuk sayang2 kat mak ni..cuma bila bagi duit kat mak tiap2 bulan,mesti lepas tu mak pegang kepala doakan kita..ms tu sumpah terharu gile. T_T sobb sobb...
ReplyDeleteye betul. hanya ibu saje yg memandang penuh kasih sayang...dan baru2 ni bf aku plak memandang dgn kasih syg. hakhak.tp xleh challenge pandangan sorang ibu..
ReplyDeletekita pun bangga + x malu cium mak ayah
ReplyDeletebestlahhhhhhh.
cium pakwe buat pe, blum tentu jd laki kita nanti
;) betol betol betol .
ReplyDeletebtw :) suke tengok pictures sume
shy shy shy cat jek. hehe :P
ReplyDeleteye betul,,hikhik...
ReplyDeletesma la.rin ank 1st tp pling mnja ngn mama.HEHE.kalo balik umah,asyk berkepit je ngn mama.rnduuuu +____+
ReplyDeletekirim salam dekat ur parents..u are such a good daughter..beruntung mereka..
ReplyDeletewalaupun saye dah takde ayah..tapi it's ok..tak amik hati pun dengan entri ni..^_^
saye walaupun dah berumur 27 tahun, masih tidak malu nak peluk mak saye sebab die sorang je yg saye ade..dan saye macam kamu juga, setiap kali sebelum pergi kerja dan tak kire la nak pergi mana sekalipun,wajib salam mak..kalau tak mesti wholeday rasa tak senang hati..betul!
Macam manja sangat kalau nak cium parent selalu.. haha..
ReplyDeletehargai mereka sementara masa masih ada kan kan kan :)
ReplyDeletetetiba rindu dengan mak aku. :(
ReplyDeletesuke yg last uh.dgn pakwe makwe ta sgan nk peluk..gn parents segan a plak..
ReplyDeleterespect la sis gn parent sis cm uh..ehe
hihi metoi3x foloww hihi
ReplyDeletebetul...sangat setuju:)hehe
ReplyDeletesuka peluk cium mak...hihi
tapi dengan ayah x penah plak..tapi suka jugak tengok ayah tido..hehe
setuju sesangat laaa..sebab tak paham bf/gf tanpa segan silu berpelukan di khalayak ramai tp tak plak bile ngan parents..
ReplyDeletestju sgt gn kamu.. rmja skang kalo peluk2 gf bf, xmalu.. tp nk peluk mak ayh, harammm.. sygi slgi mrka ada.. kt dunia smue kite ley dpt, tp mak ayh..? snri mau ingt.. syg mak abah ^___^
ReplyDelete*hugs <- x malu tunjuk kasih syg. ^_^ hihi..yup, kene slumber jer..tp klo guys kadang2 bese2 jer..xde peluk beria mcm gals..lol.cium tangan pun ok pe
ReplyDeleteiwanski: betul =)
ReplyDeleteAiraniz Wirdani: hihi..comel ke? Awww~ *gedik ai* a ah, sophie pun bila bg duit kat mak, mak doakan murah rezeki.hihi..
Si Bungakopi: hahahaha..pandang dengan kasih sayang tuh dah wajib kahwin tu.haha..
Azalia HjSalleh: haaaa..tahu takpe kan..
najwairina: hahah. heee..tengkiu.. =B
yan_n.i.m: hahah.shy2 goat pun boleyhhh..
ザイダツアズニ : betul? Amin..
ReplyDeletesaharinasaharudin: kan..sebenarnya kita sebagai perempuan memang penuh dengan kasih sayang.huahuahua..
cik sha: hehe.insyaAllah. Hey, you're a good daughter too. Memang pun, akan rasa tak senang hati kan..
AmirFX: takdelaaa..sapa suruh pikir mcm tu.hihi..
Wani: betul.betul.betul =)
hanaahmad: hurmm..call la mak kau weh..
cik ika: huhu..thank you =)
sheda argos: tq.. =)
yayath: hehee..dgn ayah kadang2 malu sikit kan sebab dah besar. tapi masa kecik memang manja giler lah dgn ayah.haha..
ReplyDeletecimot: haaa..tahu takppeeeee...
diya edhayaa: hahaaaaa..sendiri mau pikir lah kan..
pilotHans: hahahaha.. yep2. betul. depends on people. As long as we show our love. It's ok to show in a different way.
really touching dearrr...
ReplyDeletesebakk pulak baca..xtau cmne boley termasuk dlm entri but its really mean for me...its not that easy rite?? but hopefully it can be done...thanks sophie