Sebenarnya hati terasa macam heheh, layak ke I nak bagi nasihat ni? Tapi takpelah, sebab aku fikir, memandangkan pernah menjadi penuntut di IPTA dan merasakan oh kenapa dulu masa aku nak masuk U takde orang bagi aku nasihat kaw-kaw?Sekadar suruh jaga diri dan belajar rajin-rajin aje. Makanya hati telah terpanggil untuk menulis entri khas untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kalaulah aku boleh putar balik masa, ada beberapa perkara yang aku harap aku dapat ubah. Tapi ini bukan kartun Doraemon ada pintu sukahati. Oleh itu, saya dengan ini ingin menasihatkan adik-adik supaya:
1) Tetapkan MATLAMAT
Oh, ini yang paling utama. Sebelum masuk belajar, tulis lah kat kertas ke diari ke apa matlamat kamu masuk U. Nak grad on time ke, nak dapat anugerah dekan setiap sem ke. Tapi siapalah taknak berjaya kan? Sebab sepanjang kamu belajar 3,4,5,6, tahun, MESTI ada waktu yang kamu akan rasa down. Oleh itu, kertas yang kamu tulis tu akan jadi pemangkin lah untuk teruskan usaha walau susah tahap gaban sekalipun! Simpan lah dalam dompet ke apa. Jangan dibuat lap hingus sudah.
2) JANGAN PONTENG KELAS
Aku mengaku lah aku ni takde lah skema sangat. Pernah je ponteng kelas. Uhuks. Tapi, tapi, tapi.. Sistem kedatangan kat universiti tak sama dengan sekolah dik oi. Kat U, lebih bebas. Kau taknak datang sudah. Tapi kalau lecturer tu strict, markah exam semester nanti ada lah beberapa peratus diambil dari peratus kedatangan kamu. Waktu ni lah akan ada member-member yang akan mintak kau sign-kan kedatangan untuk diorang. Huh! Tapi, harap-harap kamu janganlah jadi lahabau begini yer. Kadang-kadang sedih juga memikirkan ramai betul budak suka ponteng sampai lah test tak datang, ketinggalan pelajaran, sampai hampir dismiss. Kalau kamu ponteng pun, catch up lah balik pelajaran dengan kawan-kawan ok. Sayang tau, bukan senang nak dapat masuk IPTA.
3) Dekatkan Apa Yang Terasa Jauh
Fuh, bunyi macam lain macam jekk.. Sebenarnya ini adalah berkaitan studies. Bila belajar, haruslah ada banyak subjek. Kadang-kadang ada subjek yang kita rasa macam menyampah betul nak mengahadap! Sampailah kita rasa ketinggalan. Tapi, tak elok macam ni. Sebenarnya, bila kita rasa left out, kita kena kejar balik. Cari lah kawan-kawan yang tak kedekut ilmu, mintak ajar. Rajin-rajinkan diri cari notes kat senior. Pendek kata, bila rasa jauh dari pelajaran, jangan biarkan diri terus hanyut sampai kita rasa ngeri nak menghadap subjek tu.
4) Pandai Pilih Kawan.
*kawan bermain cekik mencekik harus ada*
Ohhh ini SANGATLAH PENTING!!!!! Bila kamu baru keluar dari sekolah, akan ada satu fasa, macam fasa "baru nak up" gitu. Harap jangan ada yang terasa tapi tak dinafikan pelajar dari luar bandar adalah berkecenderungan tinggi untuk 'culture shock'. Masa di kampus lah, kamu akan jumpa pelbagai jenis orang, makhluk,alien. Susah nak digambarkan. Contoh:
a) golongan yang suka mengambil kesempatan. Kalau kau lelaki yang berkereta gerenti ada gegurls nak merapatkan diri dengan kau.
b) golongan yang pentingkan diri sendiri. Kalau dia dapat info dari lecturer tentang tips exam, dia taknak share.. Tapi kalau dia tak tahu apa-apa, sampai ke lubang cacing dia sanggup buru kau sebab nak info. Annoyed? Totally~ dah biasa. 8 sem beb..
c) Mungkin lelaki dari all boys school kelihatan sangat desperate nak dapat perhatian dari hot setap girls dan begitulah sebaliknya. Sebenarnya lawak tengok gelagat orang. kah kah. =B hiburan mata. hihi..
*15 September 2009- hari terakhir puasa. Masa ni kat studio. Tertidur atas drawing. Habis basah drawing air liur meleleh. Dahlah ada masking tape terlekat kat baju aku. Aku yang baju merah ler*
Kalau orang kata kawan masa di U ialah kawan yang kekal dengan kau sampai kau tua, aku rasa aku percaya kot =) Mungkin akan ada golongan yang pergi clubbing ke apa. Aku tak kata diorang jahat. Tapi hati kena kuatlah. Ada je kawan aku ajak pergi clubbing tapi sebab aku terkenang wajah mak ayah yang dah didik aku dengan agama, & sebab aku fikir kita ni boleh mati di mana-mana je, aku rasa takut kalau tiba-tiba nyawa aku dicabut masa tengah clubbing. Haaa, cuak tak? kau nak mati masa tengah terkinja-kinja menari ke? kalau aku, mintak dijauhkan.
*19 Mei 2011-My Convocation day. Tak sia-sia mencekik. Berjaya juga kita. (^_^)
5) Bercinta?
Fuh! berpeluh nak jawab. Ni sendiri punya investment lah, gua tak nak banyak cakap. Cewah~ Hurm,sebenarnya, terpulang pada kamu lah. Kalau kamu rasa bercinta takkan membuatkan kamu hilang fokus kat pelajaran, then takpe kot. Tapi, kalau dengan bercinta akan membuatkan kamu lupa pelajaran, alpa, hilang kawan sebab pakwe @ makwe kamu jenis yang clingy, tak paham bahasa orang nak spend time dengan geng, asyik nak perhatian ajeee, & asyik gaduh sebab perkara kecil yang tak munasabah,perghh parah tu. Eloknya baik tak payah. Sebab kamu akan kehilangan banyak perkara menarik hanya sebab seorang pakwe @ makwe yang belum tentu jadi suami @ isteri kamu. Tapi kalau perempuan kan orang selalu pesan, cari bf time belajar, sebab nanti dah kerja orang takut nak dekat pula sebab belajar dah tinggi. Entah boleh pakai ke tak nasihat ni. Jodoh, susah nak cakap. Dr. Mashitah kan cakap, sekarang zaman dah lain. Perempuan boleh ngorat lelaki. Perghh!!!! *rasa macam nak lempang diri sendiri* Kalau ada kelas bagaimana nak mengorat lelaki boleh juga nak join eh.kikikiki..
6) Jaga Kesihatan!
Ini pun penting. Aku ni sebenarnya ada asthma. Ada waktunya, kena dengan sangat teruk. Biasalah, tidur tak cukup, over worked but keep on pushing.Kalau kena asthma pula, lengkap satu set.Demam,selsema,batuk sekali. Siapa yang ada lelah tu tahulah macam mana sengsaranya kena serang. Memang akan mengucap banyak kali sebab ingatkan dah nak mati. huhuh. So aku harap adik-adik silalah jaga kesihatan. Jangan buatkan orang tersayang risau. Aku sangat appreciate mereka yang banyak membantu aku waktu aku sakit. Really, I appreciate a lot =) Aku ni bukannye tak kenang budi oii. Kalau korang ada masa untuk work out, jogging ke, jadikanlah sebagai rutin. Makanlah makanan yang sihat. Minum air suam banyak-banyak. Bila badan sihat, otak cerdas. Senang sikit nak terima pelajaran.
7) Study smart. Real smart!
Entah kenapa, aku selalu rasa aku ni tak pandai. Huahua. Aku rasa aku lebih kepada study hard instead of study smart. Kalau ada pintu sukahati, aku nak kembali pada waktu aku belajar supaya aku study smart. Study smart means real smart, bukan omong kosong je. Macam mana aku nak bagi adik-adik paham yeh? Macam ni, kau study 6 jam untuk satu subjek. Kawan kau study 2 jam je untuk subjek yang sama. Tapi dia score lebih untuk exam. Kenapa? Sebab dia flip through soalan exam sem-sem lepas, sebab dia study ikut tips yang lecturer bagi. Kau? kau study semua chapter. tapi satu hapak pun tak ingat. Soalan exam sem lepas pun kau tak buat. Haaa gitulaa.. Exam ni, kau kena juga paham pattern paper tu macam mana.
8 ) Belajar, belajar juga, Enjoy Pun Jangan Lupa.
Waktu aku tahun pertama dan kedua, aku terlalu asyik dengan pelajaran. Aku jarang sangat keluar atau enjoy ke apa. Plus sebab sayang duit pun. Aku takde dapat PTPTN ke scholar. Tapi ada satu tahap tu aku rasa macam "huh, asyik-asyik duduk studio, buat design. Tapi design tak gempak jugak. Pointer pun tak hebak mana jugak." So aku rasa macam menyampah dengan diri sendiri. So aku loosen up sikit diri aku. Aku kena cari entertainment jugak walaupun aku belajar. Dari situ lah aku bergiat aktif dengan kolam renang. Best woo, kenal ramai budak course lain. Secara tak langsung kau akan bersosial cara sihat. Seronok kenal budak course lain. Banyak ilmu kau dapat. Otak kau takdelah fikir pasal course kau ajee. Tambahan pula lagi seronok bila ada trip pergi pulau. Bertambah-tambah best bila trip tu tak payah bayar atau bayar murah giler.
So, adik-adik, bila kamu masuk IPTA/IPTS, masuklah mana-mana kelab kembara ke apa-apa kelab berunsurkan riadah la (advisable) supaya otak kau dapat berkembang. Nanti bolehlah buang sikit
*dapat pergi Tioman. =D suka sangatlah!!!*
*mencari waktu untuk memanjakan diri dengan aktiviti yang kita suka itu perlu*
9) Bersedia Dengan Zaman Kejatuhan
Biasanya setiap orang mesti akan ada waktu dia rasa sangat down. Mungkin tiba-tiba rasa macam "oh, aku rasa macam nak quit je course ni" atau pointer jatuh teruk ke apa ke. Orang-orang yang tak pernah rasa down waktu dia belajar tu samada memang hebak giler atau terlalu tak ambil kisah nak jadi apa dengan diri dia lantak pi lah. Dismiss ke dismoss ke i'm still alive bebeh!!! So, yes, kalau ada waktunya kamu rasa down. Hurmm, percayalah, keadaannya memang menyedihkan. TAPI!!! silalah bangkit secepat mungkin. Jangan down lama-lama. Buat solat sunat hajat mintak hati cekal, rajin-rajin baca Al-Quran supaya hati tenang. Mintak petunjuk dari Allah. Ustaz kata, orang yang tak berdoa pada-Nya ialah orang-orang yang sombong. Plus, Allah malu untuk tidak makbulkan doa hambaNya (selagi hambaNya meninggalkan apa yang terlarang lah)
10) Sentiasa berfikiran positif.
Kan aku pernah cakap. Kita kena anggap diri kita ni adalah survivor. Mestilah akan selalu rasa macam banyak benda kita tak boleh @ tak mampu buat. Tapi ni semua mind set! Kita kena bagitahu otak yang kita boleh! Go! go! go! Macam ada satu buku motivasi yang aku baca kan. Contoh lah macam keadaan aku sekarang bila bekerja:
Apa yang aku rasa sekarang: Gila ahh! hari-hari buat salah kat drawings. Macam mana nak jadi arkitek ni? sob..sob..sob. ;( *sedih* Dahlah buat kerja lembap! <---suka kutuk diri sendiri
Bagaimana aku harus tukar pemikiran negatif aku kepada positif (menurut buku tu): Sophie, common lah, kau baru 4 bulan kerja. Fresh graduate lagi. Projek besar lagi, siap pelan senget benget. Kau nak compare dengan arkitek yang dah puluh-puluh tahun bekerja. It's ok to make mistakes, as long as you learn something from it, and to never repeat the same mistakes.
So, hari-hari aku akan mulakan dengan seyuman dan gelak-gelak dengar DJ radio Fly.fm dan nekad untuk mengurangkan buat salah, untuk hasilkan kerja yang lebih productive & quality. Walaupun aku dah nekad macam tu pun aku still buat silap kat drawings. Tapi takpe, life must go on bebeh T_T gua bisa bro..
Hurmmm..
Dengan ini diharapkan 10 tips di atas dapat membantu adik-adik membentuk diri sendiri ketika di kampus. Ingat lah harapan mak ayah, jangan lupa diri, jangan membazir mentang-mentang dapat full PTPTN kau terus nak beli Iphone. Jangan buat perkara-perkara yang tak senonoh.
Plus, setiap course adalah berbeza. Kau tak boleh compare kawan kau belajar Business atau Art setiap sem dapat Anugerah Dekan, lepas tu kau nak emo kau tak dapat Anugerah Dekan setiap sem padahal kau study medic ke engineering ke Geology ke Law ke. Ada course yang separa tough subject dia.Ada course yang memang tough subject dia. So tak perlu nak compare nanti balik kampung malu lah nak share dengan member sekolah ai tak dapat dekan. You see, dapat anugerah dekan bukanlah segala-galanya. Bila kau dah kerja, kalau kau tak reti buat kerja, memalukan aje kau punya anugerah dekan tu. Paham tak?
Oh lagi satu!! *tiba-tiba I jadi macam hakak-hakak yang kuat membebel* Seboleh-bolehnya, cuba elakkan daripada fail subject & kena extend. Sebab nanti terasa sedikit lost, you don't know which batch you belong to. Sedih juga kadang-kadang dengar keluh kesah repeaters.
*tapi tak bermaksud nak kata Business atau Art adalah mudah. Sekadar perbandingan*
Till then, kepada hakak-hakak dan abang-abang, makcik pakcik yang nak menambah nasihat ni bolehlah comment di entri ni. Kita kasi semangat sikit kat hadik-hadik yang nak masuk belajar. Kasi kembang kempis sikit hidung diorang nak masuk sem tanda semangat tinggi. kah kah. =D
Tanpa doa dari ibu bapa juga, siapalah aku ini. Chewah!! yeah, itu Mama saya. Dan Walid saya yang sangat kelakar. (tengok gaya cheeky dah boleh agak kot.kah kah)
So glad to have them, and still have them in my life =,)
no 4 tuh mmg sgt penting
ReplyDeleteapapun ttpkan hati dgn tujuan kita masuk ke univ
terima kasih kak atas nasihat ni!! amàt brguna untuk amir yg nk msok ipta tahun dpn. insyaallah.. hehe.. mcm.byk gk cabarannyer... hehe
ReplyDeleteSophie, tengok gambar Tioman rasa rindu la nak gi vacation ramai-ramai dengan Sophie sekali!
ReplyDeleteBash setuju dengan point Sophie pasal bercinta tu. Kenapa eh even cikgu sekolah sendiri pesan: Cari boyfriend di universiti. Kenapa? Kenapa? Tapi mak Bash takdelah komen apa pun, takde pulak dia pesan macamtu. Entahlah... Apa-apa pun sebenarnya terpulang pada jodoh...
sebenarnya kak,, cari jdoh elok kat tmpat krja.. drpd kt U, dorg blum tntu kluar ada krja,,, (sorry menyampuk)
Deletesaya bakal mahasiswa jugak..thanx for the tips..berguna..rasa makin semangat belajar..hehe
ReplyDeleteCamat Ari Raya Copi...
ReplyDeletenice advices!!
ReplyDeletekak sophie tahu x? one thing yana suka tentang blog akak is how u gave a brilliant tips.. menulis menggunakan segala pengalaman yang ada and wise speech i must said... thanks a lot...
ReplyDeletesince yana nak habis diploma, why don't akak give any tips regarding what we should and shouldn't do after habis dip? sambung atau x? kalau sambung cane and kalau x dapat cane... yela, x semua org berpeluang nak sambung... eheheheheh
enough said then, panjang sangat ni... lalalalal...
salam lebaran and maaf zahir batin
thanks for the tips and advises...seronok nye dah grade..hani tahun depan baru grade..doakan hani success ye =] salam aidilfitri =]
ReplyDeletesetuju sume nasihat2 tuh..paling penting tang pandai pilih kawan...~
ReplyDeletetak ramai yg blh stdai smartkan
ReplyDeletebetul la sophie..terasa macam nak patah balik zaman tu and perbetulkan apa yang tak ok dulu.huhuk.
ReplyDeletebelajar sungguh-sungguh dan jangan habiskan duit ptptn untuk enjoy je
yang paling penting sekali JATI DIRI kena kuat..so, semua point di atas pasti boleh dilaksanakn dengan sempurna..insyaAllah..
ReplyDeletep/s::ayah sophie nmpk sgt sporting n kelakar..mesti best kalau dpt kenal dengan pakcik..^_^
betul. :) setuju !! sofea pun tetibe rasa nak share zaman kejatuhan time masuk uni duluuuuu... nnt one day !! hehe
ReplyDelete"Mungkin lelaki dari all boys school kelihatan sangat desperate nak dapat perhatian dari hot setap girls dan begitulah sebaliknya."
ReplyDeleteyeke ni..bdk all boys school ni x mcm tu pownnnn....hehehe. great post btw.
yang paling penting, memang kena pandai pilih kawan. hehe kalo kawan rajin ponteng kelas, dengan kite kite sekali nak ponteng jugak..
ReplyDeleteazalia hjsalleh: nampaknya ramai yg setuju dengan point no.4.
ReplyDeleteamir izzat: oh sama2. Alhamdulillah kalau nasihat ni membantu. Good luck ya amir. =)
Bash:kan, i really miss hanging out with you bash. been such a long time mate. hurmm, kurang pasti, tapi apa2 hal pun, doa jelah dijodohkan dengan seorang yang baik dan beriman. Amin~
Anies Anessa: most welcome =) bagus, good luck ya.
ReplyDeleteAmirFX: selamat hari raya Amir..
rain & rainie: thanksss!!
Liyana Aziz: oh, i'm touched by your comment. T_T thanks a lot yana. Hurmmm, pasal benda tu? akak sendiri tak pasti.Tapi insyaAllah akan cuba.
cikhanibhulat: insshaAllah berjaya.salam aidilfitri jugee..
cik yuyu: heheh.tepat sekali!
ReplyDeleteJiji Yu: hurm, yepp! to be honest.
nurdani: aik dani habiskan duit ptptn utk enjoy ke?kikiki. yess, tapi harus jalan kehadapan, jangan toleh2 lagi dah.
cik sha: betul3.. Erk, ayah sophie memang sporting & kelakar pun. Kawan2 baik semua kenal ayah sophie. hehe.
engku sofea: sila2. eloklah berkongsi. =)
Amar Syafiq: uiks, kan dah kata mungkin aje. takkan terasa kot?;p thanks amar!!!
ReplyDeleteYouDontKnowMe: memang pun, kawan memang banyak influence kita.
Nsihat yg beguna! Maseh sophieee . Kat Matrik pun sama gk actly =.=
ReplyDeletenasihat untuk sy yang dah bekerja ni apa pulak..=p
ReplyDeletePerghhh nasihat yg cukup baik ehek. Anyway, selamat bekerja k Soph. So camne? seronok tak kat tempat keja tu? ehek XD
ReplyDelete1 lg..kt skolah tmpt utk org tgk kita pandai or x...tp kt u tmpt utk org tgk kita cerdik or x..key tu!
ReplyDeleteAwesome tips..
ReplyDeleteTetiba tips2 ini membuatkan aku terasa mcm nak study balik...
Huuu.. kerinduan diwaktu itu sngt² bernilai dan berharga..
Arrgghhh aku nak stdy lg..