Thursday, September 22, 2011

My [Random] Honest Thoughts #2

Agak enjoy buat sesi My [Random] Honest Thoughts ni. Sebab aku boleh berkata apa-apa secara rawak tanpa perlu mengupas sesuatu isu. So here's My [Random] Honest Thoughts No.2:

1) Aku menulis menggunakan tangan kanan. Kiranya aku bukanlah kidal. Tapi, banyak juga perkara yang aku buat pakai tangan kiri. Macam sapu sampah, gosok gigi dan main badminton. Kiranya sangat kekok lah kalau gosok gigi dan main badminton pakai tangan kanan. Pernah baca fakta tak kalau kita menulis pakai tangan kanan, maksudnya kita menggunakan otak kiri untuk berfikir begitu jugalah sebaliknya. Tapi kalau kes macam aku ni? Adakah menggunakan dua-dua otak? Yakni kenapakah aku tak genius-genius pun lagi?? (-_-')

2) Hamster kat rumah aku agak baru beranak lah masa awal raya. Tapi, kelima-lima ekor anaknya warna bulu ikut mak dia. Padahal kami lagi suka kalau ada ikut bulu ayah dia. Sebab warna lebih comel. Tapi bak kata adik aku kat hamster jantan tulah.. "hang ni, harap teloq ja besaq!"


3) Kadang-kadang hujung minggu aku selalunya pergi jogging kat taman perumahan aku. Biasalah, jogging akan lebih bersemangat kalau sambil tu dengar lagu atau radio pagi. Memandangkan aku bertudung makanya aku selitkan earphone dalam tudung. Tapi DJ radio yang kelakar buatkan aku selalu tergelak sorang-sorang. Aku selalu jogging sorang-sorang. Bila joggers lain terselisih dengan aku, diorang selalu pandang aku pelik seolah-olah aku ni kurang siuman. Sebab aku sambil jogging sambil gelak "hikhikhikhik.."

4) Kat rumah, kalau kitorang satu family nak keluar makan malam-malam, Mama aku kadang-kadang ada symptom malas nak ikut. Bengang aku, ada ke patut mak aku nak tinggal sorang-sorang kat rumah.. Aku cakap kat Mama aku " Ma, betul ke taknak ikut ni? *kening terangkat* Haritu kan kita tengok cerita hantu Ju-On kat wayang kan.. eeee~ nanti kan hantu Ju-On tu merangkak turun kat tangga rumah kita ni haaa.. habislaa Mama. Ok,bye. Jaga diri." Lepas tu  Mama aku cakap " Heee jahatlah Kakak ni, yela-yela, Mama ikutlaaaa.." *penakut sama macam aku pulak tu.hihi*

5) Anak buah aku panggil aku Amati Copi. (as in Aunty la maksudnya dalam Arab) Tapi kadang-kadang selamba badak dia je jerit nama aku dari bawah..Sofiya~ oooOOo Sofiya~  Takpun Copi~ ooOO Copi~ Hampeh kan? (-____-)

Tak ke rasa macam nak tarik je muncung si joyah ni?


6) Sekarang bila dah makin dewasa kawan seorang demi seorang dah kahwin. Bila aku bagitahu parents aku yang aku nak pergi kenduri kawan @ akad nikah, nanti mulalaaa start conversation begini:

Walid: eh! Eh!, kawan kamu dah berapa orang dah kahwin. Kamu punya turn bila lagi? *sambil senyum sarcastic giler* (serius shit dah boleh agak dah soalan tajam menusuk kalbu begini)

Mama: Eleh, kahwin mende.. boypren pun takdak. *muka sarcastic kuasa dua,tiga, empat* (juga jawapan sentap yang boleh diagak)

Aku: Err.. *pegang perut* Alamak, sakitnya perut!! Nak terberak lah pulak. Sorry, nak pi jamban. OkBai!.

7) Haritu kan, masa aku nak pergi surau di basement tempat aku kerja, ada lah satu kereta Porche ni lalu. Aku pun macam "waaaa~ machonya kereta. Siapalah gerangan jejaka yang memandunya..?" sekali bila terselisih jejaka tu senyum pada aku. *pengsan* Oh, rupanya bos besar company aku yang umurnya hampir 60 tahun yang interview aku dulu.. "jejaka" sangat! Baru berangan nak bangga diri bila balik rumah "Mama! Mama! tadi ada jejaka hensem bawak Porche senyum kat Ofie!" Harapan palsu semata-mata.Haih ~

8 ) Layan tak bila rasa sejuk minum hot chocolate? Kalau kat ofis petang-petang selalu sejuk. Sejak bertukar tempat duduk kena bawah aircond ni, selalu selubung badan dengan pashmina tebal. Lepas tu layan Milo panas ala-ala layan hot chocolate. Bajet overseas. Walaupun sejuk giler, tapi sebab dulu tempat duduk aku ni arkitek  yang smart dan ohsem yang duduk, amek berkat lah nak jadi smart dan ohsem macam dia. Chewah~

9) Kawan baik aku nak fly UK lah dalam masa terdekat ni. Geng lain ajak apply sambung studies overseas.Tapi, aku pun tak tahu kenapa, dulu aku nak study oversea. Sekarang rasa itu tidak ada. Macam naluri aku suruh aku stay.Misteri. *bayangkan background lagu X-Files* Sepertinya berat hati. Eleh mengaku jelah nak duduk bawah celah ketiak Mama ngan Walid. Nak bermisteri X-Files pulak. Hampes.

10) Harini aku macam happy bila pergi kerja. Sebab cukup tidur kot semalam. Aku tidur pukul 9pm semalam. Awal kan? Bila balik ada benda lain yang buatkan aku happy. Entri Dani "Sejenak Bersama Sophie Al-Yahya" ni.

*thanks a lot dear Dani! *


p/s: lagi sekali menyampah dengan diri sendiri. Sebab asalnya nak update cerita hari sabtu. End up Random Honest Thoughts pulak. Haih. Cuba korang try buat My [Random] Honest Thoughts jugak. Layan gak la sebenarnya. Haha.

14 comments:

  1. :) oki jugak random honest thoughts ni..boleh cite sume skali simple tp padat..:)

    ReplyDelete
  2. Pernah gak bela hamster.. Beranak smp 10 ekor... Kesemua 9 hidup..

    ReplyDelete
  3. aaa comelnya hamster yang betelor #eh :)

    ReplyDelete
  4. Sophie, bash pun suka baca segmen yang ni. Simple je. :)

    ReplyDelete
  5. Point no 9:

    Ada best and tak bestnye study oversea ni. Kalau bab study, mesia pun dah cukup best dah. Tapi kalau bab pengalaman hidup, it is undeniably interesting. Cuba lah! Tapi jgn dok lama-lama macam I. Bosan gila! Dok setaun dua tu best!=))

    ReplyDelete
  6. ha'ah..teloq dia besaq sgt ohhh..

    ReplyDelete
  7. seronok juga eh baca macam ni.

    sama2 sophie. :D

    ReplyDelete
  8. comel jee hamster tu...sy pon ada...sugar glider pon ada

    ReplyDelete
  9. amati copi??? comel gile!hahaha...boleh buat tajuk blog baru neyh :)

    ReplyDelete
  10. alexa yussida: a ah. senang. tak payah pikir nak kupas sesuatu isu. bubuh je semua.kahkah.

    aMIR fx: Amboiii.. pandainya jaga hamster. tapi 9 ekor banyak betul tu.

    muchang: WAHAHAHAHA.. #EH

    Bashtiah: yeke..? ok harus merajinkan diri selalu buat segmen ni.

    Shazan: wahahaha.. agak la.

    Amirah: oh yeke? hurmm.. tengok dulu macam mana. huhu..

    cimot: wahahahaha.. tutup mata. lucah tu cimot.

    nurdani: haha.. tula.nak taip entri camni pun seronok juge.

    ReplyDelete
  11. yayath: hihi..sekarang dia makin gemuks.

    ML: hahahaha.. boleh jugak kan. memang ada perancangan. tapi mungkin menulis dalam bahasa ingggeris pula.

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...