Tuesday, November 30, 2010

Siapa Mahu Belajar Berenang Dengan Saya? (^_^)V

 (PERHATIAN: ni sticky entry. Sila scroll ke bawah untuk entri paling baru)

Oh well, tajuk post yang agak bajet.. (^_^) .Sebenarnya, jika anda semua sedar, hampir setiap hari di dada-dada akhbar dan berita, ada saja berita tentang lemas. Termasuklah kes lemas kerana bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ini. Dan sememangnya kes lemas negara kita yang dilaporkan memang semakin meningkat. Hal ini sangatlah menyedihkan sebab sebenarnya boleh dikurangkan jika setiap dari kita mempunyai inisiatif untuk tahu bagaimana mahu berenang. Dengan ini diumumkan, memandangkan saya sedang bercuti dan mempunyai masa terluang untuk mengajar kelas renang, jadi mahu mengajak sesiapa yang sudi/ mahu belajar berenang dengan saya. Erm,adakah saya nampak macam main-main? Tak, saya tak main-main. (-_-') Ini serius. Saya memang guru kelas renang bagi dewasa wanita dan kanak-kanak di UiTM Shah Alam. Jadi berikut merupakan hari dan masa yang anda boleh pilih.

*jap, saya akan aktif sampai akhir bulan 12 sebab saya nak  mula bekerja di firm arkitek nanti so tempat adalah sangat terhad maka siapa cepat dia dapat *

DETAILS-

Lokasi kolam : UiTM Shah Alam.
(ehem,ehem..kolam renang bersaiz olimpik ini adalah indoor.Jadi anda tak perlu risau sunburn atau orang usha dari luar )

Yuran

Pelajar UiTM (sepenuh masa)  : RM 80
Staf UiTM   : RM 100
Anak Staf (12 tahun ke bawah)  : RM 80
Anak Staf (12 tahun  ke atas)    : RM 100
Warga Luar   : RM 150
Anak Warga Luar (12 tahun ke bawah)   : RM 130



Kelas akan dijalankan 2x seminggu. Sekali 2 jam. Total jam per/class= 10 jam. Maka class akan diadakan sebanyak 5 kali.Anda boleh memilih mana-mana hari dari jadual yang telah ditetapkan di bawah:


SPECIAL FOR MUSLIMAH:

Jika anda wanita berumur 12 tahun ke atas: (minimum= 4 person per group.Max: 7)
(kelas ini isimewa bagi wanita lebih-lebih lagi muslimah kerana telah diaturkan supaya tiada lelaki yang akan masuk dalam kolam.Dan tiada sesi renang biasa dijalankan.Khas untuk kelas renang wanita sahaja. Haaa..best kan? takla malu-malu sangat) *kalau boleh saya mahu mula kelas ni secepat yang mungkin seawal 22Nov*

Isnin  &  Khamis   : 9.00-11.00 a.m. (Full),  
Selasa & Jumaat   : 9.00-11.00 a.m. (Full)
Sabtu      : 9.00-11.00a.m   (Full)
Ahad:      : 9.00-11.00a.m   (Full)


Bagi yang bekerja yang rasa-rasa boleh datang petang aje, kelas petang boleh dijalankan tetapi waktu ni ada sesi renang wanita yang biasa. Jadi akan ada orang awam lah yang berenang.(mungkin sekarang tak ramai sebab tengah cuti sem)

Selasa & Khamis : 5.00-7.00 p.m. (Full)

Setakat ni saya fokus kepada kelas wanita dewasa sahaja



Jika anda mempunyai pertanyaan atau berminat bolehlah email saya di email ini :
sophiealyahya@gmail.com

atau boleh berhubung terus & SMS :
019-3424800 

Sebarang panggilan hangit, sms tiada kena mengena dengan kelas mahupun untuk berbual kosong tidak akan dilayan sama sekali. Hanya kepada yang serius sahaja. Terima kasih  =) Oh yang sedang cuti-cuti sem,cuti sekolah tu sangat digalakkan masuk yer. Best tau berenang.. (^_^) Boleh berangan jadi duyung..takpun dugong..huhu..

F.A.Q

1. Badan saya besar. Boleh ke saya berenang ni?
Boleh, tiada masalah. Asalkan awak ada semangat & tak putus asa. 

2. Saya takut air. Phobia. Takut lemas.
Macam yang saya cakap, asalkan ada semangat. Pernah ada student saya first day paling takut air. Kelas ketiga ,dia yang leading orang lain sebab dia ada semangat nak atasi fobia dia pada air.

3. Boleh ke saya pandai berenang dalam masa 10 jam?
Macam matematik juga, kalau tak berlatih,takkan pandai. Tapi mengikut pengalaman, setiap orang berbeza kemampuan. Ada yang cepat pick up, ada yang lambat sikit. Jadi saya akan lihat kemampuan anda sampai tahap mana.. Bila dah dapat skill, haruslah ada inisiatif untuk praktis sendiri.

4. Kena pakai baju apa yer ketika belajar berenang?
Melainkan kolam renang tu hak milik anda, anda diwajibkan memakai pakaian renang dengan material yang sepatutnya. Jika anda menitikberatkan aurat, sekarang juga sudah ada design baju renang untuk para muslimah.

5. Stroke apa akan diajar nanti ?
Stroke yang akan diajar ialah breastroke. (berenang katak). Jika anda betul-betul dah pandai breastroke saya akan ajar Freestyle pula okey.

6. Saya takut dalam. Adakah saya akan dibawa ke tempat dalam?
Tak, saya akan mengajar anda di tempat cetek (4 kaki=120cm). Cuma sekali sekala saya akan membawa anda ke tempat dalam (melebihi 2 meter) untuk belajar water trading (apungkan badan).

7. Qualification Cik Sophie Al-Yahya untuk mengajar?

51 comments:

  1. wah.mcm best la..
    tp kan sy bace entri ni pun rase sesak dah nafas..

    nk msk dlm air tak mcm mne.. hehe..arap2 one day ade peluang nk blaja :D

    ReplyDelete
  2. saya tak reti berenang... wuwuwu.. :(

    ReplyDelete
  3. WOW...kalu cik sophie yang nak mengajar, saya mau!!!!

    ReplyDelete
  4. wahhh cikgu! saya pakai bikini boleh? :p

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Wah, cikgu renang...
    Saya nak belajar jgak boleh???
    Hehe...
    Nak belajar renang kuak dada...

    ReplyDelete
  6. wowowow..best gilerlah, jd cekgu swimming..

    tensen2 leh lepas dalam air..best tuh, ni yg terasa nk swimming balik ni..hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam..

    saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

    blloooobbb...bblluubb..blubb..bluubb..bbbuuuurrrr..bbuurr..buuurrr...(saya xpandai la..huhuhu)

    Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  8. alamak....ila xreti renang lgsg tau..hahha

    ReplyDelete
  9. kena ada suit skali kan? mahal la suit dia...

    ReplyDelete
  10. wah..
    bestnye..
    saye nak join!!!
    tp jauh nak g sane..
    saye kat jb!!!

    ReplyDelete
  11. wah.. dah macam blog tutorial berenang :)

    apa khabar? project paper ari tu semua ok?

    ReplyDelete
  12. oohhh now i dah tahu kenapa i cakap muka u mcm familiar to me!
    rupanya u ajar renang dekat pool uitm. i dulu kelab renang uitm. no wonder lah. tapi sempat belajar free style dengan kuak dada je :)

    ReplyDelete
  13. iqa: iqa, malang tak berbau.lebih baik siapkan diri dgn segala apa kemungkinan..

    sophia: then blaja laa.. =)

    the sharkox: hahaha..tp sy ngajar perempuan dan kanak2 ajeee.. =)

    ayeem: boleeehhh...ayeem nak pakai bikini pun boleyhhh.. sbb ayeem laki.apa sgt laa yg nak tunjuk.hakhak..

    fahmie: ermmmm...hahaha..

    azwandy: boleh..tp bukan dgn sy laaa.. =)

    ReplyDelete
  14. erin: yup, swim la kalau ade kesempatan..

    blade edge: baiklah.. =B

    Ila: no problem. sophie mmg aja org yg x reti berenang.kalau dah reti buatpe nak ajar kan..hehehehe..

    Guntz: mahal gak.tp boleh pakai dlm jangkamasa lama.. =) biaselaa,nak bersukan slalu kena keluar duit utk equipment kan..

    mutiarahawa: kalau jauh, x dapek nak membantu.huhu..

    fyzal: huhu..taklaa.. promo skit2 je. ok,project paper semua2 tu dah selesai..ringan skit otak..

    Lina: haha..yeke? hurmm..mmg ramai yg kata mcm tu pun.rupanya sbb pernah nampak i kat pool.. =)

    ReplyDelete
  15. tp i laki yg berbuah dada camne? hahaha

    ReplyDelete
  16. Bila nak ajar lelaki dan budak dewasa pulak?? Haha..

    ReplyDelete
  17. eh
    uitm shah alam?
    wah,tempat den belajar

    den tak tahu berenang
    nak belajar segan plak
    heheheh

    P/S : Kenangan Di Hostel : Bila Tiba Waktu Hari Minggu

    ReplyDelete
  18. hahahaaa..berenang itu seronok! saya dari kecil dah belaja dari my abang!
    haha
    tapi xtahu lah kalau dicampak tengah2 laut dalam saya lemas ke x -.-

    ReplyDelete
  19. Agak2, saya layak tak jadi kanak2? sebab saya nak cik sofea ajar renang lah huhu..

    ReplyDelete
  20. a'ah la akak..
    sy duk tgnu..

    nk jugak belajar.
    sbb sy ni jenis tkot air.. huhu..
    lgpon cepat skit kurus. :P

    ReplyDelete
  21. mahal weh.. meh dtg uia.. rm20 je... hehehe.. gua promote uia lak

    ReplyDelete
  22. tolong aja sy berengang ke laut cina selatan pulak boley ? haha

    ReplyDelete
  23. nak jugak belajar berenang. berenang boleh kurus kan? hehe

    ReplyDelete
  24. saya nak saya nak...tapi....jauh lorh.huu

    ReplyDelete
  25. sukan renang paling aku minat.. :D

    ReplyDelete
  26. pasni kak sophie boleh jadi wakil renang malaysia utk sukan asia la..rajin berenang kat kolam uitm!hahah

    ReplyDelete
  27. aiyok... berenang ka?? jap g yana tak timbul2.. heehheeh

    ReplyDelete
  28. MAHALNYA RATE U... MAHAL SESANGAT BAIK G PUSAT AKUATIK... Klu nak guna kolam renang UITM bgi la murah sikit..emmmmm fikir untung je...

    ReplyDelete
  29. ayeem: wah hang ni gatai bonar..

    the sharkox: hahaha...xkan kot..

    hans: nak blajar x boleh segan2..hoho..x elok utk kesihatan..

    mahfudzah: laut bahaya gak.open water.arus kuat.

    Faizal n Fashitah: hahahaha...eee,x sedar dah tua ehh..

    Fahmi: hoho..x tawu.. ;p

    iqa: susah nak kurus dn swim ni dik..sbb seriously after swim tahap kelaparan dia sgt melampau..huahua..

    hamzah ian: bro, lu nak kencing sape weh? budak uitm pn blajar berenang dgn kami.. (-_-')

    chairool: laut china selatan? tak payah ajar..air laut akan buat awak timbul punye.. =)

    cik epal: boleh kalau lepas swim x makan. masalahnye lepas swim lapar gilak neh..

    Mrs Jamal: hehe..jauh bg org yg duduk jauh.

    Dira's Sis: xpe, kalau agak2 dtg Shah Alam bgtau jelaaa..

    Heidi Shafiq: Yes!!! Give me five dude~

    Liyana Aziz: hehe.sbb tu la kene blajar..x kisahlah dgn siapa or kat mana..berenang tu spatutnya stiap org kene blajar..

    Nisa: nak terbatuk sy baca komen awk.hihi.. Mahal eh? mungkin awk patut buat studies skit psl fees pusat akuatik.=) btw, sy tak untung pn.mahal macam mana pun upah sy mmg fix..

    ReplyDelete
  30. susah la nak blaja berenanggg... tp nak jugak blaja,huuuu.. jauh lak tu kat shah alam... kite kat perak niii :(

    ReplyDelete
  31. Omaigod nak masukkkk...
    i tk reti berenang,tu yg
    takleh scuba dive ni.

    kta ada dkt kg..
    wait2,kita nk masuk nii

    ReplyDelete
  32. alamak! sy tkut air la sbb pnh ni pnh lemas...

    ReplyDelete
  33. hye dear.. long time not visit u.. btw, how r u?? wahh, u ajarr the people swimmingg?? congratezzz then

    ReplyDelete
  34. seronoknyaaa kalau leh belajar berenang!

    ReplyDelete
  35. sy nk blajar...sy cepat gabra....nk2 lgi bila dlm air tak jejak lantai....huhu....rela jd guru renang sy?? huhuu...

    ReplyDelete
  36. nak berenang jg..tapi sumpah xssgp masuk lam air..hahahaha~

    ReplyDelete
  37. hehe teringat hampir lemas lepas kena campak dari banana boat :PP

    ReplyDelete
  38. hee.. hee.. da byk kali blaja. xreti2 gak.. :P

    ReplyDelete
  39. maaf ye nk bgthu anda di tag lagi... hehe

    ReplyDelete
  40. nak belajar :) start next year :))

    ReplyDelete
  41. cmne nk blaja berenang ngn kamu???
    leh gtau cket detai psl class renang 2 x??
    rm80 tuk skli beljar ke cmne ek???
    sy sgt berminat...

    ReplyDelete
  42. hi..assalam..still ada swimming class ni??

    ReplyDelete
  43. Salam

    Berminat utk bljr berenang?contact saya utk maklumat lanjut di 019-6766601.

    https://www.facebook.com/Swimming-Lesson-With-Coach-Jack-919017771496925/


    Thank you
    Irfan
    019-6766601

    ReplyDelete
  44. Kenangan kolam ni. Pernah join MASUM dalam tahun 2002..

    ReplyDelete
  45. Kalau laki nak belajar boleh ke..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...