Thursday, November 28, 2013

Random UK #2 Melawat Perpustakaan Terbesar Di Eropah

Kadang-kadang kan, aku suka jalan sorang-sorang kat bandar bila aku rasa free sikit dan bila aku tengok cuaca macam cantik jer..macam comel jer kalau nak jalan-jalan kan. Kat sini, salah satu iconic building di Birmingham ni ialah Birmingham Central Library. Perpustakaan terbesar di Europe. Maka aku pun rasa berbangga lah juga jadi warga sementara Birmingham sebab ada iconic building camni kat sini. Bangunan ni masih baru dibuka. Sebelum ni library ni dah ada cuma dia renovate bagi nampak moden. Jadi tujuan aku pusing-pusing library ni sebab nak ambil gambar bangunan ni sikit sebab kena present masa kelas international student haritu. 

Kadang-kadang happy tau amek feeling jalan sorang-sorang kat bandar waktu siang. Sebab proses nak berjalan tu, akan berdepan dengan banyak perkara menarik. So aku suka & agak enjoy. Kadang ada orang main music. Macam-macamlah. Siapa follow instagram aku mesti perasan video yang aku post sepanjang jalan.


Nampak bangunan belakang aku? Haa itulah dia library tu. Pada dasarnya bentuk dia cuma kotak je. 
Yang nampak menarik tu facade treatment dia. gegelung besi gituh. 

Ha ni dalam library tu. Macam futuristik kan? Macam e ehhh..ada ke orang nak study dalam library nih? Ramai yang tercengang macam aku je tengok interior library ni.

Aku suka ruang ni. Ada ruang untuk kanak-kanak ataupun bahagian rileks-rileks siap ada kusyen. Nak tidur pun takpe kot.

Aku suka ruang ni macam sangat rileks. Lepas tu aku suka sebab ramai mak ayah bawa anak diorang datang sini. Jadi aku rasa tempat ni, walaupun library, tapi ia tidaklah berada dalam keadaan senyap. Tambahan pula memang jadi tempat tumpuan orang ramai dan pelancong datang. Perpustakaan ni ada beberapa zone yang berbeza. Kalau rasa nak study, zon senyap pun ada jadi tak payahlah nak mengamuk macam aku kalau orang bising di library ya. Oh ya satu benda yang aku suka pasal library kat UK ni termasuklah library di faculty aku, kita boleh bawa makanan dan minuman masuk. Tapi makanan berat dan basah tu tak digalakkan la. Beg pun boleh bawa masuk. Jadi tak payahlah nak simpan bag dalam loker pastu angkut semua barang bawa masuk library serupa takyah bawa bag kan?
Kiranya kalau takut buku kena curi kan ada scanner nak masuk dan keluar. 

Ruang dia sangat besar. Aku rasa lebih dari triple volume dah ni. 

Kat tingkat paling atas ada ruang lanskap. Cantiklah, menenangkan je rasa. Kat sini kalau rasa nak picnic ke dating pun boleh. Anak meragam nak tukar lampin kat sini pun takde hal!


Sebenarnya, aku dah bersemangat pergi library ni sebab nak observe sendiri, aku dah buat slide untuk present, sekali time aku dah bersedia tuh tutor cakap "masa dah habis, orang selebihnya yang tak sempat present simpan sahaja presentation tu untuk kenangan" aku macam "Whattt??" kau buat aku tidur lewat sebab slide ni lepas tu tak payah present? Kesedihan apakah ini che'gu?

Soooo..aku present jelah kat korang. Okay lah tu kan. Ada modal lah nak tulis entri kan?
Cakap thank you kat Cik Sophie! Cepat!!

Nah la, untuk uolls yang selalu merindui iolls yang selalu suruh iolls rajin-rajin post entri & gambar di perantauan. Awww~

(Gunakanlah camera360 untuk dapatkan efek kulit halus mulus. Lol. Thank you sunshine)

Waktu ni masih panas ada mentari. Tu yang silau-silau je mata.  Sekarang nak masuk winter. Matahari dah tak nampak. Menggigil jer kalau keluar rumah. But anyway, aku menanti snow penuh sabar sebab aku memang suka tengok snow pastu berangan. Dah macam takde kerja lain ke kau ni Sophie! 


Oh ya, ni waktu lain aku datang waktu malam. Lighting dia cantik. :)



Monday, November 25, 2013

Random UK #1 Meredah Malam di England

Menunggu bas berseorangan ketika jam menunjukkan pukul 10 malam bukanlah sesuatu yang baik ketika anda berada di UK. Ditambah pula dengan cuaca yang begitu sejuk. Nak winter kan. Ditambah pula dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan ketika waktu sejuk macam ni. Aku memang ada lelah dari kecil cuma sekarang jarang sangat kena.

Selepas menunggu dalam kesejukan hampir 30 minit, bas yang aku nak naik pun sampai. Tapi bas no 51. Aku nak no lain yang akan berhenti betul-betul dekat dengan rumah. Tapi disebabkan taknak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran (hebatnya peribahasa I) maka aku pun naik jelah bas 51. Dah tak tahan sangat sejuk. Dan iya, aku keseorangan waktu itu.

Seperti dijangka. Hujung minggu, malam pula tu, memang la akan bertemu dengan ramai orang yang pelik-pelik. Aku punya favourite spot dalam double decker samada paling depan ataupun tepi tingkap. Jadi aku naik tangga dalam bas. Tempat duduk paling depan ada orang duduk. Ish! Tempat aku kot! Lepas tu di hujung belakang ada sekumpulan orang kulit hitam memandang tepat ke arahku. Okay takutnya. Aku pun wat lek wat peace duduk tengah-tengah, masih di tepi tingkap. Bas berjalan dan berhenti di city center. Standardlah ramai yang ada di city center, malam-malam mesti nak balik rumah punya.

Jadi aku yang di tingkat atas ni pun hanya memerhati seorang demi seorang yang naik ke tingkat atas. Waktu malam macam ni memang selalunya ramai orang pelik ataupun mabuk. Sah. Dua orang lelaki mabuk warga European (aku kurang pasti dari negara mana) datang duduk betul-betul depan aku.
-_-'  Aku stress. Sebab aku benci orang mabuk.  Seorang demi seorang lagi naik dan setiap orang tu aku harapkan ada lah samada perempuan atau lelaki yang berperwatakan baik sikit duduk sebelah aku. Supaya aku rasa selamat sikit. Waktu ni, dalam bas dua tingkat di bahagian atas ni, dipenuhi dengan orang-orang yang macam ala-ala hoppers (hiphop) ada yang sumbat telinga dengan headphone, ada group of girls yang gaya macam baru balik dari clubbing, ada lelaki yang berambut punk yang mana hujung rambut beliau hampir saja mencecah bumbung bas. Wow, impress pulak aku macam mana rambut dia boleh jadi keras.

Tuhan mendengar doa aku yang keseorangan. Seorang lelaki mat saleh berperwatakan baik, sedikit kacak duduk di tepi aku. Fiuhh.. Ni kalau mamat mabuk dua orang depan aku buat apa-apa kat aku bolehlah konon nak grab lengan abam sedikit kacak sebelah aku "Please help me abam mat salleh!!"

Sepanjang perjalanan bas, memang bising. Bising dengan si mabuk dua orang depan aku ni. Dahlah bercakap dalam bahasa diorang. Tak sure bahasa German ke apa tapi macam Dutch. Lepas tu pasang lagu bahasa diorang kuat-kuat. Aku rasa annoyed. Aku rasa abam mat salleh sebelah aku ni pun rasa apa yang aku rasa walaupun kami tak berborak pun antara satu sama lain. Wey aku rasa macam nak pasang lagu Cindai jelah kuat-kuat! Urgh!

Sampai satu stop ni, abam mat salleh sebelah berdiri tanda dah sampai stop dia. Aku rasa macam T_T don't leave me please.. Sewaktu dia turun tangga, dia sempat mengerling ke arah aku. Mata bertentang mata gituh. *berdebar* aku seolah paham isyarat yang dia nak sampaikan. Macam dia nak kata "take care, girl.." ke sebenarnya dia nak kata "nasib kau lah labu.."? Takpe aku redha. Dan si mabuk dua orang ni masih bising di depan aku. Dalam 15 minit naik bas dalam keadaan tak selesa dan sentiasa bersedia takut diorang ni buat apa-apa. Nak tukar tempat pun seat penuh.

Tak lama lepas tu sampai di destinasi aku. Bas no 51 kan. Nak tunggu lagi bas no lain yang akan sampai rumah aku ke nak jalan kaki laju-laju? Aku tengok keadaan bus stop. Sunyi. Gelap. Aku tak sanggup menunggu lagi dalam kesejukan. Aku nak balik cepat. Maka aku meneruskan langkah berjalan berseorangan. Meredah gelap di sesetengah tempat dan melintas jalan.

Aku sentiasa memandang ke kiri dan kanan, kadang di belakang. Sentiasa membaca doa dan ayat Qursi semoga dilindungi Tuhan. Ternyata aku lebih takutkan manusia jahat berbanding hantu waktu ni. Aku pasrah jela. Ada dalam 15 minit juga lah nak berjalan sampai rumah. Di satu jalan ni, aku nampak seorang lelaki dalam 10 meter depan aku. Dia pegang kotak pizza. Dia makan tapi jalan terhuyung-hayang. Sah, orang mabuk lagi. Patut ke aku jalan laju potong dia? tapi macam takut je..sebab lorong pejalan kaki tu sempit.

Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti 5 meter depan aku. Bertambah debaran jantung aku. Okay, kenapa orang ni nak berhenti kat jalan yang takde apa-apa? bukannya ada rumah pun kat tepi jalan ni? Aku macam nak nangis. Mohon ini bukan penculik (sebab memang ada kes orang hilang disini) mahupun perogol? (okay sebagai anak dara mestilah I takut gila dengan perogol kan). Aku pandang orang mabuk yang 10 meter kat depan "boleh ke aku harapkan dia kalau apa-apa jadi kat aku?" ke dia pun akan cederakan aku ke nanti? Macam-macam pemikiran negatif. Aku pandang tepat kat kereta tu.

Aku nak tengok berapa orang dalam tu. Ada dua orang lelaki. Okey. Aku jalan laju-laju sambil hujung mata memerhati orang dalam tu. Waktu tu aku dah set otak, ni kalau aku nampak diorang turun je dari kereta ni aku lari pecut ni walaupun kaki I tak berapa nak panjang. Walau aku dah berjalan ke depan, aku masih sesekali berpaling ke belakang sebab kereta tu ada lagi. Ternyata mereka tak turun dari kereta. Fiuh, buat suspen je. Aku pun meneruskan perjalanan. Orang mabuk depan aku lepas habis makan pizza dia lempar je kotak kat tepi jalan. Patutlah Birm kotor!

Lepas jalan laju-laju dan sampai rumah.. Fuhhh kelegaannya.. sampai urut dada sebab jantung berdebar laju sangat. Alhamdulillah takda apa perkara buruk berlaku. Aku jarang keluar malam. Tambah lagi sorang-sorang. Tapi sebab aku pergi jumpa kawan kat London yang datang dari Malaysia tu yang aku sorang-sorang tu meredah malam. Ni bukan first time benda camni jadi. Kat sini bukan macam Malaysia. Kalau pukul 9,10 malam tu dah sunyi tambah pula sekarang nak winter malam makin awal. Pukul 5 dah gelap. Selalu la waktu-waktu camni banyak orang mabuk, orang nak gi night club ke apa biasanya diorang minum arak dulu untuk panaskan badan. Pastu hot camne pun perempuan tuh tetap nampak buruk bila kau mabuk. Ah samalah dengan lelaki. Aku tak suka sebab diorang kat sini suka cursing. Bukan cursing Malay (yang blogger tuh) tapi cursing merepek-repek lah.

p/s-Orang selalu ingat budak-budak study oversea ni best la boleh travel-travel selalu, etc. Iya memang la travel tu best, gambar yang kitorang selalu post pun cambest kan? Tapi hakikatnya, banyak juga masanya kami kena lalui hari-hari yang sukar, jauh dari family, jatuh bangun sendiri, sakit rawat sendiri. Nak gi mana sorang-sorang.Yang dah kahwin tu takpela ada pasangan boleh jaga. Cam haku ni sapa pula nak jaga kan? Jaga diri sendiri sudehh. Nak bagitahu mak kita tak sihat pun tak sanggup sebab taknak dia terlebih risau. Lagi rela tak bagitau walau dalam hati "Ma, I wish I can have your bubur ayam with soup.." T__T

Friday, October 25, 2013

[Kronologi Part 5] Penipu Muncul Kembali- Ellyna Ahmad

"Agent CSI" siasat, number yang Iman guna, di daftar atas nama Lyn.

Nama twitter Lyn is cikLyn or dulu Lyn Ahmad. Guess what is her real name?

Ellyna Binti Ahmad. 


Of course korang tak kenal. Dia bukannya artis. Tapi..

Nama ni membawa kepada penemuan yang mengejutkan.

Ellyna Ahmad. Korang boleh check website ni:

The Big Fat Liar-Maya Darina @ Ellyna Ahmad

Maka korang akan rasa ini gila.
Penipu berprofil tinggi ke apa ni?

Ellyna Ahmad, seorang penulis skrip, memang sejak tahun 2008 terlibat dengan Maya Darina.
Walaupun kes ni dikatakan ada unsur penafian, tapi kali ni takde sebab untuk Lyn nafi lagi sebab kami ada bukti yang kukuh Iman tak wujud dan mastermind drama kali ini adalah Ellyna Ahmad.


Maya Darina dikatakan menipu artis. Cara menipu- sakit kronik supaya dapat simpati, background family mesti kaya, kenal orang yang kaya juga, muka cun. Hal ni pernah jadi kecoh pasal Pierre Andre dulu yang pernah bercinta di alam maya dengan seorang gadis cantik bernama Maya Darina tapi tak pernah jumpa dan mungkin mengakibatkan hubungan dia dan Yana Samsudin dulu tak disambung.. Korang baca lah kronologi dalam blog yang aku link tu. Penat dah ha aku menaip. Artis lain yang pernah terkena dengan Maya Darina juga adalah Faizal Tahir, Farah Asyikin.


Cara penipuan hampir sama.
Maya Darina- cantik, sakit kronik tapi tiap kali orang nak datang melawat tak dapat, background family kaya. Mesti ada someone else yang link strongly dengan watak utama iaitu Elie yang kononnya kenal baik dengan Maya Darina.

illana Imani-cantik, sakit kronik tapi tiap kali orang nak datang melawat tak dapat, background family kaya. Now strongly connected  dengan Lyn yang kononnya kenal dengan Iman sejak tahun 2006.

Elly, Lyn= Ellyna?

Penat layan drama Iman ni sebab dia betul-betul boleh buat hidup anda kucar kacir dengan cerita sedih dia yang sakit teruk, masalah cinta dia dengan artis, masalah abang dia yang berebutkan anak dengan ex-wife.

Aku tak puas hati lagi walaupun banyak benda dah jelas. Aku difahamkan dari salah seorang member "CSI" yang Google boleh cari orang daripada gambar. Aku macam.. What??? lambat gila dapat tahu. So guess what apa penemuan terbaru yang memang merungkai segala persoalan. Siapa perempuan cantik yang Lyn guna untuk watak Iman?

It's Jessica Diaz Wilson. Cousin kepada blogger Filipina yang tinggal di Los Angeles. Dalam blog Martine.biz ni memang banyak lah gambar "Iman".



Dan ini instagram the real "Iman"


At least tepat tekaan aku, gambar-gambar ni kepunyaan orang Philippine yang menetap di luar negara.


Selepas hampir berminggu aku play along dengan drama "Iman" ni, aku memang dah prepare nak bongkarkan. Tapi tak sedap hati selagi tak dapat cari perempuan sebenar "Iman" ni. Now dah jumpa sooo, nak tunggu apa lagi? Sebab lama sangat nak tunggu "Iman" mati. Asyik unstable la, unconscious la, tapi boleh pula pergi tengok match bola. Puii! Siap ajak aku gi Paris. Ewah, baikla aku save duit gi Paris untuk honeymoon pun takpe. Takyah nak ajak-ajak ayam sangat laaa..

Plus, too obvious bila "Iqbal" send gambar X-Ray Iman yang kononnya paru-paru dia penuh dengan cancer cells.
You see, x-ray kanan ni katanya paru-paru Iman. Apa salah gambar ni kot ye pun nak menipu?
Iman is a lady. But where is the breast shadow? Breast shape pun takde? Sila menipu dengan lebih real please..

Katanya Iman, Idy kat Malaysia. Tapi pagi ni aku bangun tergelakkan something yang aku rasa kelakar. Belakang Idy (Gaby is the real name) ialah central heating? Kat Malaysia yang panas ada heater? Oooo..baru tahu.






Anyway, pasal Lyn ni, aku perasan dia akan tweet emo-emo kalau ada orang macam bash si Iman. Plus, banyak sangatlah benda yang happen yang twisted sangat-sangat plus, menipu tanpa rasa bersalah. Profesional liar memang macam ni ke apa? Banyak benda yang tak masuk akal. Pada aku, Lyn sangat alert & boleh dikatakan stalk kami so called twitter friend Iman. Apa-apa je pasal Iman if orang tweet benda yang menampakkan Iman ni tipu ke apa, dia akan melenting cepat. So aku rasa, tak tahulah ni masalah emosi ke mental sebenarnya.

-Selalunya, Iqbal & Lyn tak dapat reply dalam masa yang sama.
Lyn & Iman juga tak pernah reply whatsapp dalam masa yang sama.

-Aku rasa tak lama lagi watak Iman ni akan mati sebab sakit dia. Tapi sebab dia ni taknak mati-mati lagi so aku dan geng CSI lain nak bongkarkan jela sebab boleh sakit jiwa layan drama jiwa macam ni.

Dalam watak Maya Darina, ada Elie..nama dekat-dekat dengan Lyn,Ellyna.

Now? Illana, Ellyna.. hampir sama kan?
BINGGO!

Aku tertanya adakah kawan-kawan Iman termasuk aku ni lab rat experiment Lyn dalam penghasilan karya beliau? atau adakah watak Iman diwujudkan sebab Iman is everything that Lyn wishes she could be? Just wondering.

Dan Fida Nicole dalam blog Hazrey tu, tak mustahil ada kena mengena dengan Lyn sebab dia macam freak out ke apa tiba-tiba nak convince aku Iman tak fake.


Dan kepada Lyn Ahmad, good luck with your scriptwriting career after what you have done for the past 5 years. Sesiapa yang kenal Lyn ni, personally aku rasa, bawalah dia berjumpa pakar pychology maybe? I honestly think that she needs some mental treatment.

What say you guys? Lodge a police report? Kalau TMJ tahu nama dia diguna pakai kononnya abang susuan kepada Illana Imani dan sponsor chemotherapy di Royal Marsden Hospital (London),
agaknya apa nasib Ellyna Ahmad? Good luck, dear. You are the best liar i have ever known.

Lanjut siapa lagi yang dah terkena:

Acik

p/s: Aku memang tak rajin kenal orang dari dunia maya sebab aku selalu tak bernasib baik jumpa dengan orang yang entah pape. So aku lebih suka reality. Cuma silap sikit je aku layan twitter masa balik Malaysia haritu dan terlibat pula dengan drama camni. Silapnya, aku ni alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan. Kalau nak siasat biar ke akar umbi jangan main tuduh dia fake je. So berhati-hatilah dengan social networking. Kepada pembaca Seramshit yang rasa Iman punya stories haritu ohsem, haruslah ohsem..scriptwriter cerita seram kan. SCRIPTWRITER I repeat.
K bye..







[Kronologi Part 4] Penipu Muncul Kembali- Ellyna Ahmad

Heartless. Crap.
Orang biasa mungkin akan menangis lah baca. Tapi email ni terlalu banyak drama. Aku ni pula disebalik keprihatinan yang tinggi tapi memang hati batu sikit kalau korang belum tahu lagi la.

-Fillet O-Fish habis kat McD in London? Are you like f***ing serious to me yang fillet O-Fish boleh habis kat London? Plus que almost an hour? ingat beratur beli makanan kat mcD sini macam kat Malaysia ke apa. FYI, ni bukan first time drama Iman nak makan something then tiba-tiba something bad happened then ah, macam Hindustan sangatlah untuk aku generate dalam otak aku.

-Apa Iman ni, takkanlah kawan-kawan dia cuma kitorang je? Twitter friend? Tak pernah jumpa? Mana kawan-kawan (real friends) dia yang lain?

-Korang tahu, everytime aku borak dengan Lyn dalam whatsapp, aku rasa macam aku borak dengan Iman. They have the similar language, the way they type etc. SAMA. Dan, lagi memberangsangkan bila email Iqbal ni ditulis dengan sangat detail, siap bagitahu tulis waktu 4PM waktu UK. Hellooo.. ada aku pernah cerita kalau aku post entri aku taip pukul berapa waktu UK? To me email ni macam dia try hard to convince us pasal all the details. 

-Bila tengok language si penulis email ni, wow.. bukan calang-calang orang la boleh tulis macam ni penuh emosi with no short forms?. Scriptwriter berpengalaman je boleh. Eh.? Scriptwriter? Lyn? 
So yeah.. Menguatkan lagi firasat aku yang Lyn memang mastermind. Dia lah Iman, dialah Iqbal. Aku tak puas hati selagi aku belum dapat jawapan. Konklusinya, aku harus ke hospital sendiri. Lagipun memang aku nak ke London pun.

Ni masa Iman tak sedarkan diri. Sebelum dapat email from Iqbal. Aku perasan bila group whatsapp diam je, mula lah Iman tak sedarkan diri. Nak attention aku rasa. So ada satu time tu Iman tak sedarkan diri lagi. Bila aku nak datang, ini jawab Iqbal.

Nampak tak betapa taknak aku datang? Weh setahu aku la, orang sakit ni..kalau kita datang lawat dia suka. Macam bagi semangat kan.. Dari sini lah group CSI tu ditubuhkan sebab yang lain kat Malaysia dah bau dah tiap kali aku nak datang lawat je, Iman tiba-tiba sedar. Aku bukan apa, aku ni ikhlas nak melawat orang sakit. Aku pernah merasa kehilangan bestfriend kot. So aku taknak la rasa ralat sebab tak jumpa kan?


Aku ada kelas hari Rabu, so aku bagitahu Iman aku akan datang London lawat dia hari Khamis sampai Jumaat sebab Sabtu aku ada field trip the whole day so by Friday evening memang dah kena ada kat rumah. Guess what? Hari Rabu Iman diam..whatsapp aku tak dibuka langsung. Then iqbal inform yang Iman tak sedarkan diri. Expected lah. Sebab aku nak datang kan? Kalau Iman tak sedar takda gunanya aku datang melawat kan? Memang aku expect Iman akan tak sedar diri lagi. 

So aku saja tanya Iqbal.


Apa-apa hal pun, aku memang akan tetap ke London sebab aku nak setelkan hal yang tak munasabah ni cepat. Plus aku memang ada hal lain nak buat di London.Jadi masa dalam train aku whatsapp kawan aku yang adik beradik dia semua sekolah Sri Aman. Sebab katanya Iman, dia sekolah Sri Aman dulu. Aku tunjuk gambar Iman. Katanya No, dia tak pernah cam siapa perempuan ni. Eventhough kalau lain batch pun mesti akan cam kan? Helooo.. perempuan cantik with mixed blood features? Is that too hard to identify or remember? Lagipun sekolah perempuan kan semangat assabiyah dia kuat sikit kan? Walaupun aku rasa stupid gila aku layan hal ni, tapi aku rasa aku tak boleh ignore juga kalau tak entah siapa pula bakal jadi mangsa. 

Dan aku berusaha tanya Iqbal apa no ward Iman. Sebab sebelum ni masa tanya Iman, dia ambil masa terlalu lama nak jawab dia di ward mana. Ehem, tengah Google ke? So aku memang tahu Iman di Wiltshaw ward level 2. Iman yang bagitahu. 





So waktu Iqbal reply "No, no news still" tu..Dia ambil masa yang terlalu lama untuk reply. Dahla tak menjawab persoalan Iman kat ward berapa. Biasanya laju je dia reply ibarat all the time dia alert sebab katanya dia takda no UK kan. Masa tu Iman tak sedarkan diri more than 30 hours. Lama kan? At the same time, other CSI agent time tu tanya something kat Lyn tapi dia pun tak reply. You see, Iqbal & Lyn tak reply dalam masa yang sama? & reply dalam waktu yang hampir sama. Korang rasa sebab apa? Haaa..
Sebab waktu tu Lyn tengah tengok wayang. Dia post gambar tiket wayang siap ada timing kat twitter. Thanks, menyenangkan kerja penyiasatan. So memang waktu yang diorang tak reply tu adalah waktu movie Insidious 2 sedang ditayangkan. 

Waktu di hospital, aku tengok, wah cantiknya hospital ni. Royal kan.cewah. So aku terus pergi ward yang Iman cakap ni. Sebelum aku tanya reception, aku usha dulu ward hospital ni camne? sama tak dengan apa yang Iqbal/Iman post. Guess what? Nothing in common at all. Lepas tu aku tanya receptionist. Tanyakan no ward kawan aku Iman ni. Aku bagi nama penuh la tu siap surname & tarikh lahir.  Staf dia tak jumpa. Pastu aku berlakon la sikit buat muka sedih. "It can't be wrong. Can you please check all the list names in this hospital?" Maka staf pun dengan semangatnya nak tolong, check list nama semua ward. Dan takde sorang pun nama Illana Imani Abdul Rashid. Atau birthday sama dia. So ni memang menconfirmkan lagi lah Iman tu memang tak pernah jejak kaki pun kat hospital tu. Plus, location dia kat facebook yang everytime dia post akan keluar dia post from South Kensington, semua tu boleh edit la setting dia. 

So malam Khamis tu Iqbal post kat twitter yang Iman dah sedar. Mungkin dia ingat aku dah balik Birm ke apa so aku tweet dia balik tanya then aku boleh lah lawat Iman if dia dah sedar? Guess what Iqbal inbox me:


Plus, "Iman" tahu yang aku takkan lama di London sebab ada field trip hari Sabtu. Nampak tak permainan dia kat situ? Time aku nak datang melawat la dia tak sedar 32 jam kan? Reported by other CSI agents, ni lah paling lama Iman tak sedarkan diri. Sebab aku nak datang melawat lah kot.

Then aku rasa persoalan ni semakin lama semakin terungkai. Bagi aku, Iman, Iqbal, & Lyn adalah orang yang sama. Lyn yang manipulate. 

Dan sebab Lyn pernah macam cuak sebab ada orang post link entri Hazrey ni.
Kalau baca blog Hazrey ni memang sama lah gaya Fida Nicole dengan Iman. Painter, study oversea, sakit kronik, etc.


Facebook Iman.




Aku ingatkan sampai sini jelah aku siasat. Rupanya belum habis lagi.. Arghh! Kritikal betul otak aku time ni. Benci betul.

So apa penemuan seterusnya? 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...