Saturday, October 5, 2024

Bilik Kanak-Kanak Lelaki di Bandar Serenia, Sepang


"I nak elak anak I dari selalu bergaduh waktu tidur."

Itulah brief pertama saya dapat dari klien. Berkerut kejap dahi. Apa maksud dia ya agaknya. Rupanya, menurut Si Ibu, Si Adik (sekitar umur 4 tahun), tidak mahu tidur di bilik sendiri, tetapi suka tidur di bilik Si Abang.

Kalau duduk baik-baik tak apa, tapi menurut ibu mereka, Si Adik sangat suka mengacau Si Abang (sekitar umur 11 tahun). Kadang-kadang rambut ditarik masa nak tidur, kadang bergusti, bising dan macam-macam lagi.

Kemuncak Si Ibu kasihan pada kedua-dua anak beliau apabila Si Abang mengunci Si Adik luar pintu bilik. Tanda protes tidak mahu Si Adik tidur sekali dalam bilik Si Abang.

Maka begitulah keadaan yang membuatkan Si Ibu buat keputuan untuk menjadikan bilik Si Adik menarik supaya dia berani tidur di bilik sendiri dan rasa menarik untuk duduk di bilik sendiri tanpa mengganggu Si Abang.


Sewaktu perbincangan

Klien telah berikan beberapa contoh inspirasi bilik tidur yang dia berkenan. Ada kalanya, sesuatu design tu kita tak boleh ambil bulat-bulat ya dari internet sebab luas bilik yang berbeza, kedudukan pintu dan tingkap berbeza malah terkadang kurang praktikal. Bukan sahaja dari segi susun atur di mana mahu letak meja belajar, almari tidur, ruang kabinet buku, malah dari segi material juga perlu dipilih yang bersesuaian dengan design. 

Jadi disitulah sebenarnya kenapa seorang ID diperlukan, untuk memahami masalah klien dan datangkan solusi untuk klien tanpa memperkecil segala 'concern' dari pihak klien. "Every space matters"

Kerja dimulakan dengan mengecat bahagian dinding yang terlibat sahaja. Code yang digunakan ialah :

Nippon (Walden White) dan Nippon (Pebble Walk)


Sebabkan dah terlalu lama tak guna stiker dinding (bukan wallpaper), jadi ada satu cabaran nak dapatkan stiker terbaik untuk dinding. Sebab design ni custom bukan design wallpaper sedia ada yang boleh dibeli dengan supplier. Percubaan pertama gagal sebab stiker tu agak nipis walaupun supplier kata tu sticker dinding. Sudahnya jadi ronyok. Sakit mata tengok. Hampa. Kali kedua print biarlah dapat yang kualiti lebih baik. Tebal dan mudah sedikit untuk aplikasi di permukaan dinding.


Stiker bangunan macam di bandar Amsterdam

Nak ingatkan pada semua, stiker dinding macam ni walaupun mungkin nampak mudah untuk dipasang, tetapi hakikatnya memerlukan installer yang biasa dengan kerja begini. Installer yang saya gunakan khidmat dia ni memang dah biasa pasang tint film tingkap kaca dan stiker kereta.



Seterusnya masuk bab pemasangan kerja kayu. Dalam masa yang sama ada melibatkan kerja pendawaian elektrik untuk pemasangan lampu LED di 'Feature Wall' berbentuk bumbung rumah ni.


Special request dari klien yang mahukan lubang pada papan atas untuk masukkan baju kotor ke dalam laundry bag di bawah. Kabinet berpintu supaya nampak kemas. 


Nah, saya kongsi gambar-gambar hasil kerja yang sudah pun siap. 











 
Nak tunjuk hasil sama dengan design. 



Sekadar berkongsi, ini merupakan antara pilihan asal yang dibuat untuk bilik tersebut. Namun akhirnya klien memilih pilihan yang terakhir. 

Antara progress untuk perbincangan. Setiap ruang diambil kira dan saiz setiap ruang dan bahagian diambil kira. 

Ha macam mana? Nampak ruang macam kecil kan tapi tak sedikit juga isu yang perlu diambil kira.



Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultasi, design ruang sehingga siap, boleh hubungi saya di:


WWW.WASAP.MY/601111892504


Tuesday, September 24, 2024

[Proposal] Administration Office Design

Alhamdulillah sebenarnya tahun ni saya rasa ada perkembangan dari segi kerja-kerja saya. Tahun ni memang focus pada kerja-kerja Interior Design. Biasanya saya terlibat dengan kerja-kerja Interior Design untuk rumah. Tapi untuk tahun ni ada penambahan jenis kerja yang melibatkan pejabat dan cafe. Saya juga usaha untuk meningkatkan skill dengan belajar software design yang agak baru untuk saya. Orang kata, tak cuba tak tahu. Dah jadi kebiasaan untuk saya letakkan target setiap tahun saya mesti kena "improve" sesuatu skill yang melibatkan kerja saya. Tak jemu belajar & tambah ilmu. 

Tempoh hari ada klien yang hubungi saya untuk dapatkan Design Proposal bagi ruang pejabat pengurusan yang terletak di Cheras. Ruang pejabat tersebut mempunyai luas sekitar 800 kaki persegi. Selepas pergi buat ukuran dan dapatkan sedikit brief dari klien yang merupakan Person In Charge (PIC) mewakili bos beliau, saya dapat simpulkan yang klien ini memerlukan ruang :

-Ruang tetamu/lounge

-Ruang pengurus/bos

-Ruang staff seramai 6 orang

-Mahu ruang kabinet yang banyak untuk letak file

-Konsep yang dimahukan ialah modern

Disebabkan ruang pejabat ini terletak di laluan menghala basement di shopping mall, buatkan suasana agak gelap. Jadi saya memang nak ruang pejabat ini berwarna cerah dan mempunyai pencahayaan yang baik. Jadi saya cuba untuk berhati-hati juga letakkan kedudukan lampu dalam design bagi setiap ruang yang berbeza walaupun dalam satu lot kedai yang sama. 

Saya pecahkan ruang sebesar 800 kaki persegi ini dengan 3 ruang tanpa ada 'separator' seperti dinding. Kalau perasaan ruang yang dibahagikan ni mempunyai design ceiling yang berbeza iaitu ruang di lounge area, ruang pengurus dan meja staff. 

Nah, gambar-gambar berikut ialah design proposal yang sudah siap. 















Kalian boleh tengok video bagi design ini di LINK INSTAGRAM DISINI.



Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultasi, design ruang sehingga siap, boleh hubungi saya di:


WWW.WASAP.MY/601111892504


Thursday, April 18, 2024

[Proposal] PJ Office Interior - Staff Room

 















[Proposal] PJ Office Interior - Meeting Room, Lounge & Pantry

Ruang di tingkat 1 di banglo lama yang terletak di Petaling Jaya. 3 ruang bilik yang bersambung ini melibatkan ruang 'Meeting Room', 'Lounge Area' dan 'Pantry Room'. Kami difahamkan bilik mesyuarat ini akan ada tetamu dari pelbagai negara. Oleh itu, 'Lounge Area' diperlukan sebagai ruang berehat seketika. 

Gambar-gambar dibawah ialah 3D Design Proposal bagi ruang-ruang yang terlibat. 


1)Meeting Room




2)Lounge Area



3)Pantry Area
Ruang ini agak unik. Ini kerana, ruang ini akan dilengkapkan dengan set karaoke. Ruang pantry ini juga dilengkapkan dengan peti ais, kabinet dapur dilengkapi sinki, penapis air dan oven kecil. Ruang pantry dan Lounge Area dipisahkan melalui pintu jenis 'glass folding door'. Mahal juga pintu ni ya sekitar RM10,000 satu set. 



Kebiasaanya, lukisan 3D membantu kita untuk menghasilkan sesebuah ruang yang diperlukan. Namun ada waktunya, di akhir pemilihan material dan design sesuatu item itu, apa yang dipilih klien adalah sedikit berbeza berbanding dalam 3D seperti warna perabot, jenis design lampu dan kipas. Ini kerana, di pasaran sebenar terdapat banyak pilihan design, material dan warna yang boleh membuatkan klien rambang mata. Namun, lukisan 3D akan membantu untuk membimbing pemilihan. Cuba bayangkan siapkan sesuatu ruang tanpa ada lukisan 3D. Ruang tersebut boleh jadi caca marba. 


Untuk melihat ruang ini yang telah siap, boleh ke LINK INI.



Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultansi, design ruang sehingga siap, boleh hubungi saya di:


WWW.WASAP.MY/601111892504


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...