Tuesday, March 30, 2021

Pengalaman Dengan Tedvisory

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan antara post rating saya yang tertinggi ialah berkenaan cara sambung belajar overseas, jadi saya akan menulis kesinambungan tentang proses saya sambung belajar di luar negara. Secara jujurnya, walaupun saya telah menyatakan bahawa saya menggunakan servis Tedvisory (dahulu dikenali sebagai GEN Education), tetapi masih ada yang bertanya jika agent ini scam? Ada juga yang masih bertanya jika perlu membuat pembayaran kepada pihak mereka walaupun saya telah menyatakan yang tidak perlu membuat pembayaran. 

 

Bagaimana saya mengetahui tentang agent education ini? Saya tahu melalui kawan yang pernah menggunakan agent ini. Jadi, dengan penuh keberanian, saya pergi ke pejabat mereka di SS15, Subang Jaya ketika itu. Saya mengenali Joanne di situ. Waktu saya berjumpa Joanne, percayalah yang saya datang dengan pelbagai persoalan. Zero knowledge tentang universiti mana saya berminat, negara mana dan bandar mana saya berminat. Hanya terpinga-pinga dengan satu niat, nak sambung belajar. Tapi layak ke? Boleh ke? Soalan normal yang kita akan tanya bila first time nak belajar overseas. Masa tu, umur saya 24 tahun. Saya sedang bekerja sebagai Assistant Architect di firma arkitek, dah ada degree jadi mahu sambung belajar Master in Architecture.

Ini pengalaman saya sepanjang saya berurusan dengan Joanne. 

 

Accreditation

Disebabkan mungkin saya agak terpinga-pinga like I had no idea at all how to start this, Joanne banyak guide saya. Bermula dengan negara mana yang saya paling cenderung nak pergi. Untuk architecture, negara yang tersenarai yang ada LAM accreditation ialah Australia, New Zealand dan United Kingdom. Saya memang target UK. Dulu, tak fikir panjang kenapa mesti UK. Saya cuma rasa, ada perasaan nak sambung legasi ayah yang belajar di UK dan lagi satu, sebab UK ni jauh. Bila tengok peta pula, banyak negara berdekatan yang boleh pergi. (Kalau sejenis kaki travel memang akan tengok peta dulu.) Kononnya bila jauh, saya nak belajar berdikari.  Bagi saya, apabila menggunakan khidmat agent, kita akan melalui satu proses sesi soal jawab sampai agent yang bertugas yakin kearah mana kecenderungan kita. Maksud saya, lepas tahu kecenderungan saya ke arah negara UK, Joanne bimbing saya dengan bertanya beberapa soalan susulan. 

 


Pendekatan pembelajaran (studies approach)

Joanne ada bertanya saya apa saya punya expectation dalam pembelajaran senibina peringkat Master. Pada saya, agent yang bertugas ni, mereka ambil tahu dengan sistem pembelajaran universiti-universiti yang pelbagai di luar negara. Bermaksud mereka ni, bukan calang-calang lah info yang mereka ada. Rugi kalau tak guna khidmat mereka. Setiap universiti, approach mereka dalam pembelajaran adalah berbeza. Jadi, kena hati-hati sikit lah dalam pemilihan. Walaupun dah hampir lebih kurang 10 tahun berlalu, saya masih ingat apa yang saya cakap pada Joanne. Saya mahu belajar di universiti yang approach studies mereka lebih kepada teknikal dan praktikal. Bermaksud, bila saya balik Malaysia semula, apa yang saya belajar tu membolehkan saya mudah diterima kerja di Malaysia. Ini kerana, ada beberapa universiti yang saya tahu, approach mereka lebih kepada, sesuatu yang symbolic, puitis. Contohnya macam terjemah melodi lagu atau karya Shakespeare dan design satu bangunan berdasarkan karya tersebut. Something yang saya selaku orang yang logical ni susah nak brain kalau pembelajaran macam tu. Saya lebih kepada praktical. Contoh. “kawasan A ialah bandar mati kerana kawasan A adalah peninggalan perang dunia kedua. Bagaimana nak bina kembali Bandar A menjadi bandar yang hidup?”

 




Kawasan (Area)

Selain studies approach, saya difahamkan mengenai perbezaan-perbezaan di sesuatu tempat. Macam saya, disebabkan pernah meminta nasihat dari kawan yang pernah belajar di UK, saya memilih untuk belajar di bandar berbanding luar bandar atau outskirt. Ini kerana, kalau di bandar, selain kemudahannya bagus, banyak sikit entertainment seperti wayang, bowling yang ada. Mana tahu otak kita tepu kan. Dahlah nanti akan jauh dari keluarga. Kesihatan mental amatlah penting ya sepanjang belajar di luar negara kerana kita banyak bergantung pada diri sendiri untuk survival. Untuk pengetahuan, universiti yang saya pilih, iaitu Birmingham City University terletak di Birmingham. Birmingham merupakan bandar kedua terbesar di UK selepas London. Jangan tak tahu ya, Birmingham terletak di tengah-tengah UK. Ini dari segi nak berjalan-jalan pula, memang seronok juga sebab nak pergi mana-mana bandar, perjalanan tak jauh sangat. Boleh buat trip balik hari. Selain kedudukannya yang strategik, cost of living di Birmingham juga lebih rendah berbanding duduk di London. Rendah sekitar 25%. Kos yang paling terasa ada bezanya ialah dari segi tempat tinggal. Sebagai contoh, rumah yang saya tinggal dulu di Birmingham, sewa satu rumah ialah sekitar GBP550 sebulan, ada 3 bilik. Jadi bahagi la dengan housemates kan. Tapi lain dengan di London. Kos untuk seorang tinggal walaupun berkongsi rumah, mungkin mencecah GBP400-500 sebulan. Pada saya, banyak saya boleh jimat sewaktu tinggal di Birmingham. Sebab ada kawan yang belajar di Lincoln pula, cost of living juga sangat tinggi seperti di London. Jadi saya sejujurnya tak pernah menyesal memilih bandar Birmingham.

 


Untuk pengetahuan, macam ni lah rumah saya di Birmingham. Rumah ni ada 3 bilik di atas dan 1 bilik di bawah. Bilik di bawah tu kebiasaannya orang jadikan ruang tamu. Tandas ada satu sahaja di bawah.


Inilah bilik saya di Birmingham. Ok lah, ada katil Queen size. 

 


Ini ruang dapur. Kecil saja kan? Pintu di belakang saya tu pintu tandas. Kalau nak ikutkan, keadaan rumah ni bukanlah yang terbaik. Tapi sebab dapat sewa dengan harga yang murah berbanding rumah lain, jadi bersyukur sahaja lah kan. Lagipun saya difahamkan, rumah sewa ni dah turun temurun orang Malaysia menyewa disini. 



Gambar di dalam bangunan Bullring, shopping mall 



Di Birmingham sangat mudah mencari makanan halal. Selain makanan panas, di Asda (pasaraya seakan Tesco,Giant disana) ada juga bahagian makanan sejuk beku Halal. Jadi, dari segi makanan memang langsung tak risau. Jika ada makanan berbungkus, memang di sana tiada tanda halal. Tapi kita boleh baca pada ingredients dan tanda ‘vegetarian’. 

 


Ini pula hidangan seakan Nandos di sana. Memang sangat sedap. Satu hidangan ni, satu set dengan air minuman tin, sekitar GBP5 sahaja. Waktu balik dari uni atau jika ke bandar, saya suka makan di restoran Arab begini. Tak terlalu mahal. 


 

Apa yang saya nyatakan disini sedikit sebanyak saya nak beri gambaran bagaimana saya deal dengan pihak agent. Boleh dikatakan, agent akan guide dari awal permohonan hingga ke booking penerbangan. Mereka bantu dari checklist dan susunan dokumen, apa yang tak lengkap ke. Cuma kita ni sebagai bakal pelajar, harus ada rasa tanggungjawab untuk menyediakan dokumen atau perkara-perkara yang merupakan syarat yang diletakkan oleh pihak pengajian. Contohnya seperti IELTS, financial afidavit dari pihak penaja (biasiswa). Hanya kita sahaja yang dapat membantu diri sendiri, okay? Menggunakan agent hanyalah sebagai pembimbing. 

Jadi bagi sesiapa yang dalam proses nak belajar ke luar negara, mohon janganlah tanya saya soalan samada Tedvisory ni scam atau tidak, saya dah tak larat nak jawab. =)

 

Sebarang pertanyaan boleh bertanya pada : 

Joanne :

www.wasap.my/60123201763


Boleh gunakan nama saya (Sophie Al-Yahya) sebagai referal supaya agent tahu tujuan anda mungkin sama seperti saya hampir 10 tahun yang lalu.

 

Tuesday, February 9, 2021

Pemasangan Kerja Kayu (Almari) Dari Kayu Nyatuh

Dah masuk tahun baru tapi baru sempat post tentang projek ini di Teluk Panglima Garang yang telah siap pada Disember 2020. Ada 3 bilik yang memerlukan almari kustom dari material nyatuh. Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan konsep Inggeris dalam ruang bilik mereka. Warna putih pula memberi efek lapang dan luas pada bilik yang sedia ada.


  
 

Untung anak sulung klien yang merupakan calon SPM, ada ruang belajar yang selesa, TV ini pula berhadapan dengan kamar katil beliau. Jadi tak perlu ada dua ruang yang berbeza, dah boleh jimat ruang. 


 

Ini ruang sudut kerusi atau orang putih kata 'nook bench'. Ruang yang sangat santai boleh sambil duduk-duduk, sambil membaca buku ke, layan makan chocojar ke. 





 
Bilik kedua untuk anak tuan rumah yang lain.



 Bilik ketiga ialah bilik tuan rumah. Apa yang membezakan wardrobe bilik ini dengan bilik yang lain ialah bilik ini menggunakan pemegang pintu kabinet bewarna emas (gold). Selain itu, susun atur wardrobe ini diambil kira bersama dengan kedudukan katil saiz Queen.

Ha, macam mana, suka tak material nyatuh ni?
Ada rasa macam feeling English style tak?



P/S-Berminat nak buat kitchen cabinet? Berminat nak buat pengubahsuaian rumah? Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- 

www.wasap.my/601111892504


Pengubahsuaian Dalaman Rumah di Residensi Desamas, Danau Kota

Assalamualaikum. Hai semua! 

Harini saya nak berkongsi hasil kerja di Residensi Desamas, terletak di Danau Desa. Skop kerja kali ini melibatkan beberapa perkara seperti :

1) Pemasangan siling plaster

2) Pemasangan lampu dan kipas

3) Pemasangan cermin dinding

4) Pemasangan kitchen cabinet

5) Pemasangan grill pintu hadapan. 

Saya nak berkongsi sedikit lah perbezaan menyiapkan kerja di rumah baru di musim pandemik ini berbanding dengan menyiapkan kerja sewaktu sebelum pandemik. Menyiapkan kerja di musim pandemik ni, apabila melibatkan apartment baru dengan Management Office yang sedikit strict, semua kontraktor yang buat kerja di bangunan ni harus akur dengan rules & regulation yang ditetapkan. Sebagai contoh, pekerja yang akan buat installation harus mempunyai salinan swab test terbaru. Kiranya kalau lebih 6 bulan tu, tak valid. Kena buat baru. Lain bangunan dan lain Management Office, lain lah kerenahnya. 

Jadi disini saya nak nasihatkan pada mereka yang bakal menduduki rumah baru ketika PKP masih berjalan, kerja boleh berjalan hanya jika Management Office bangunan yang anda duduki bagi perlepasan untuk kerja-kerja pengubahsuaian. 

 

Saya kongsikan gambar sebelum dan selepas ya. 

 





 

Saya juga ingin berkongsi sebahagian gambar progres ketika kerja dijalankan. 

 

 
 
 
 



P/S-Berminat nak buat kitchen cabinet? Berminat nak buat pengubahsuaian rumah? Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- 

www.wasap.my/601111892504

Tuesday, January 5, 2021

Saying Goodbye to 2020 & Welcoming 2021

 Assalamualaikum.

Selamat tahun baru aku ucapkan pada semua pembaca yang masih setia dengan blog ini. Terima kasih sebab masih baca blog ni dan bersama aku dari saat budak hingusan, student, struggle dengan life hinggalah sekarang. Korang boleh nampak flow life aku macam mana.  Sedar tak sedar ini tahun ke-11 aku berbelog walaupun tidaklah aktif mana. Tapi, aku masih sayang dengan blog sendiri. Sentimental value. 

Lately aku banyak post pasal hasil kerja kan? Entahla, walaupun boleh aje buat website proper, ada IG & FB page untuk kerja-kerja aku tapi masih juga tetap nak kongsi kat sini. Mungkin salah satunya sebab blog ni dah ada traffic kot. 

Tahun 2020, aku yakin merupakan tahun yang sangat mencabar untuk semua orang. Tapi kalau ada yang rasa terlalu gembira tahun 2020 ni aku kagum la. Honestly satu highlight besar aku untuk tahun ni ialah aku dah pun berkahwin. Bab kahwin ni satu perkara yang kalau nak diceritakan tu mungkin panjang. Sebab, aku jumpa jodoh when I least expect it, dan suami aku pula 4 tahun lagi muda dari aku. Kami serba serbi berbeza. Masa kenal pun aku annoyed tahap gaban dengan dia. Kahkah. Kalau orang tanya aku pun kenapa pilih dia? Aku rasa aku tak pernah bagi jawapan selain, pintu hati aku terbuka untuk suami aku. Bercinta sangat pun tak, kenal dalam 3 bulan setengah, kami bertunang. Dalam tempoh bertunang pun tak la rajin jumpa. Cuma percaya pada masing-masing. Masa nikah tu genapla dah setahun kenal. Jujur aku kata, kalau selama ni rasa asyik tertanya siapalah jodoh kita, kita hanya serabutkan kepala aje sedangkan bertanya bila jodoh nak datang ni ibarat tanya bila kita akan mati kan? Allah saja yang tahu. Tapi, bila jodoh nak datang, tu dia. Sikit punya senang proses. Eh pendek kata aku pun tak paham lah kenapa senang sangat jalan nak berkahwin tu. Bayangkanlah sebelum kahwin aku ni single berapa lama. Dalam 8 tahun lebih woo. Single, malas to mingle. (sebab masa tu focus study je). 


Kahwin ni, walaupun aku lagi 2 bulan lebih la nak genap setahun dah, tapi, tula.. belajar menjadi seorang isteri ni sememangnya sesuatu yang sangat baru. Kalau dulu masa bujang bolehla nak bangun pukul berapa pun. Malas masak takpe, makan je apa yang ada. Tak makan pun takpe. Kalau rasa ada duit, bolehla foodpanda selalu. Tapi, sejak kahwin ni, malas camane pun kena bangun gak. Dia macam automatik. Agaknya ni lah yang mak-mak kita rasa dulu ye. Utamakan perut suami dulu baru perut sendiri. Kadang bila aku masak nasi, suami kata lauk sedap, aku suruh je dia habiskan nasi walaupun aku pun lapar gila. Tapi bila suami tengok periuk , nasi tinggal ngam-ngam untuk aku dan  dia kata "sayang masak sedaplaa.." mana lah nak sampai hati tak bagi habiskan nasi. Haha. Sudahnya suruh je habiskan. Nanti masak baru. WALAUPUN AKU PUN LAPAR WOI. Ini lah kot rasa mak aku bila dia tersenyum tengok anak-anak berkumpul makan sampai nasi habis sedangkan mak tak sempat makan pun. Dia akan make sure orang lain makan dulu. Bagi aku, salah satu nilai yang aku belajar dari perkahwinan ialah PENGORBANAN YANG IKHLAS.


Aku nikah 7 Mac 2020. PKP dilancarkan 18 Mac. Masa tu aku baru je sehari masuk office semula dah kena PKP. Semua orang rasa betapa tepunya duduk di rumah je kan tak boleh kemana-mana? Dah macam zombieland la KL masa ni. Mujurnya aku dan suami takde book apa-apa honeymoon trip. Masa ni kes covid dah makin meningkat. Masa nak kahwin tu aku rasa terlalu busy nak uruskan hal kahwin apa tah lagi honeymoon. Sebab waktu tula projek banyak masuk. Tak tahula kot rezeki nak kahwin ke apa kan. Jadi aku anggap masa tempoh PKP ni honeymoon kat rumah jela, mengenali antara satu sama lain lengkap dengan kepelikan masing-masing. Sekejap aje masa berlalu, dah nak setahun dah usia perkahwinan. Alhamdulillah. Aku masih ingat lagi dulu, setiap kali berdoa untuk ditemukan jodoh, aku minta suami aku adalah yang terbaik untuk aku. Tak minta yang sempurna tapi yang terbaik untuk aku. Jadi bila dah kahwin, aku anggap suami aku adalah ANUGERAH yang aku tak boleh question kenapa dia jodoh aku walaupun la masa awal-awal tu aku masih tertanya kenapa dia eh? 


Btw, aku rasa agak terkejut juga la dengan satu perkara yang aku berjaya konsisten. Ni aku cuba biasakan sejak balik dari umrah tahun 2019 tapi aku perasan tahun 2020 aku konsisten pakai stokin kaki. Weh. Unbelievable duhh.. Sebab aku rasa terpukul masa nak pergi umrah, kan ada kursus umrah. Ustaz pesan yang perempuan, jangan lupa pakai stokin kaki sebab kaki itu aurat.. Adehh.. Dulu-dulu ada juga dengar camni kan tapi biasalah kita manusia banyak melakukan dosa. Yang aku rasa terharu tu, sebab aku pakai tanpa ada paksaan dari sesiapa. Kira, mula-mula aku cuba paksa diri. Lama-lama aku rasa tak biasa kalau tak pakai. Lepas tu, memang aku pakai aje selalu kalau keluar. Then aku cuba labuhkan baju, longgarkan seluar, labuhkan tudung tutup dada. 


Tahun 2020 juga banyak ajar aku tentang erti hidup. Salah satunya adalah, duit dan pangkat bukanlah segalanya. Tengok berapa banyak kerjaya yang hebat-hebat seperti pilot yang kita sedia maklum gaji diorang tinggi, ada klien aku jirannya pilot muda rumah hebat kereta hebat. Bila covid melanda, tak dapat juga teruskan kerja. Komitmen macam mana? Tak mampu dah bayar kereta-kereta mewah dia. Aku anggap tahun 2020 ni mengajar untuk :

-tidak menambah komitmen atau hutang, walaupun sifu hartanah kata inilah waktu yang baik untuk beli rumah sebab harga tengah jatuh. Sebab kerja aku buatkan aku banyak jumpa orang. Jadi banyak pengajaran aku ambil. Hiduplah secara sederhana, kalau boleh bawah dari kemampuan. Sebab ini baru sedikit Allah jentikkan ujian covid. Kita tak tahu, mungkin ada lagi ujian lebih besar dari ni akan datang? 

-duit bukan segalanya.kan? Tengok. Dulu selalu kata dengan kawan sekerja aku, jom kerja rajin-rajin nanti kita travel overseas ke buat Europe Trip ke. Di saat dah ada duit, ada tenaga masih muda, tetap juga tak dapat pergi mana-mana sebab kes Covid ni melanda satu dunia. Sungguh, jiwa aku rasa terpukul. Aku rasa betul Allah nak tunjuk, duit bukan segalanya. Sekarang ni kalau ada duit nak pergi umrah,haji pun tak dapat juga kan kita ni. 

-Sangat mengajar untuk bersabar dan berserah pada Allah lagi-lagi untuk orang yang buat bisnes. Jujur aku kata, kalau covid ni melanda tahun 2019, aku kuat rasa kami dah gulung tikar. Tapi masa covid melanda, aku dan team tengah run projek. Bila dah tak PKP baru projek boleh disambung walaupun progress slow. Tapi bayangkan dalam tempoh 3 bulan takde revenue? Banyak company gulung tikar. Waktu nilah nampak, siapa staf yang akan setia & faham dengan keadaan kita waktu kita susah. Aku dan business partner aku tetap cuba bertenang dan Alhamdulillah masih ada projek-projek masuk walaupun projek kecil saja. Bagi aku, rezeki ni dia nak datang pun ikut sangkaan kita dan semangat kita tau. Kalau kami semangat, projek masuk. Kalau kami jiwa hambar, hambarudin lah projek nak masuk. Maybe it's law of attraction too? I don't know. 

-Tahun yang sukar untuk company tapi peruntukan nak buat family day berjaya disalurkan untuk sumbangan pada mereka yang memerlukan lagi-lagi di Sabah yang sangat susah waktu covid melanda dasyat negeri tu. Kiranya, di saat susah ni pun kena juga ingat pada mereka yang lagi susah. Bila kongsi di IG yang kami buat charity, ramai juga yang join bagi sumbangan. Jumlah terkumpul ada dalam RM10k lebih kalau tak silap. It was a good feeling lah. 

-Tahun yang sangat bermain dengan emosi. Mixed feelings. Sometimes aku pun rasa macam nak kena anxiety. Kadang aku rasa tertekan. Tapi under control la. Bukan teruk sangat sampai kena jumpa doctor ke apa. Eventually I came to my sense dan buat je kerja sebaik mungkin. Dealing dengan clients bukanlah perkara yang mudah. Lagi-lagi masa PKP, ada 4 projek kena stop. Clients pun of course la ada yang berbunyi, yang faham keadaan bagusla, yang tak faham keadaan pun ada. So, this is life la. Reap what you have sown. Gituh. 

-Tahun yang banyak nampak wajah sebenar orang sekeliling. Seseorang yang melabelkan dirinya sebagai hafiz (penghafal al-quran) tidaklah mempamerkan peribadi yang baik malah berperibadi sebaliknya serta panas baran dan pendendam. Macam tu juga, seorang wanita level ibu kita yang memakai jubah bertudung labuh tidak lah juga mempamerkan keperibadian yang selari dengan pemakaian malah dicarutkan pula kita dengan kata-kata nista seperti "F*uck off!" Unbelievable, guys. So banyak la tahun 2020 ni jumpa manusia pelbagai ragam yang akhirnya mengajar untuk jangan cepat jump into conclusion peribadi seseorang melalui luaran. 


Tahui 2021 ni, resolutions yang aku ada, biarlah aku simpan je kan.Tapi kalau korang tanya apa aim aku dalam hidup ni, selain menjadi seorang muslimah yang lebih baik dari semalam, aku sangat berharap..kalau ditakdirkan aku ni hidup tak lama, selain mati dalam khusnol khatimah, aku sangat berharap aku mati dalam keadaan bebas hutang. Aku rasa hutang antara perkara yang paling aku takut aku tak dapat langsaikan sebelum mati. Pastu aku tak tahulah, aku rasa dunia ni amat tenat sekarang. Aku tidak lagi mendambakan barang-barang branded macam baju, tudung, handbag branded. Lebih pada pakai je apa yang ada sekarang. Tengok jela sekarang, pakai branded-branded pun nak pegi mana aje? Beli make up pun kena pakai mask jugak bila keluar? Jiwa aku dah kurang dah kearah kebendaan. Bila aku naik kereta, tengok kiri kanan banyak je projek dalam construction, bina rumah tinggi-tinggi, mewah-mewah.. Ah, kapitalis much. Tengok social media, orang berlumba-lumba tunjuk life masing-masing (which sometimes okay sometimes over), budak-budak muda dengan TikTok (eh aku tak suka tengok perempuan lagi-lagi bertudung tergedik-gedik dalam tiktok aku rasa malu) Aku rasa macam entahla. Aku rasa menakutkan untuk hidup lama sangat dalam dunia yang fana ni. Walaupun aku tak alim mana tapi aku sendiri rasa aku macam tak mampu nak hadap kehidupan yang fana ni. Tengok TV jela..makin menjadi-jadi program hiburan, masjid tetap juga susah nak diimarahkan. 


p/s : Aku ada aim macam ni tau. Dalam masa 10 tahun ni, aku akan bekerja keras. Aku ajak suami aku jugak. Kalau boleh nak kumpul duit beli tanah dan bina rumah sendiri. Dengan cara ni aku tak perlu berhutang dengan bank selama 30 tahun. It's not about sekarang kan ada perbankan Islam bla bla bla.. Tapi keyword nya "hutang". Kalau boleh aku nak avoid. Itu saja.Tak kisahla orang kata kumpul aset ke apa.  Sebab aku nampak hutang ni boleh buat jiwa stress, tak tenang. Hidup dalam kerisauan.  Or who knows I don't need 10 years but 5 years from now? Dulu, mak aku selalu bising-bising kenapa taknak beli rumah. Kalau ikut slip gaji tu dari dulu kan mampu. Tapi, tiap kali dah nak lulus, aku tarik balik. Sebab hati aku rasa TERLALU BERAT nak proceed. Serius aku tak tipu dan aku jenis percaya pada instinct aku. Dan aku sangat percaya naluri ni ada sebab kenapa digerakkan macam tu. Sekarang bila covid melanda, ada anak kenalan mak aku, ada sedara mara yang hilang pekerjaan dan pening kepala macam mana nak bayar komitment, baru mak aku macam redha dengan keputusan aku. Kalau tak dulu, macam biasa la, anak selalu dibanding-bandingkan, kenapa anak orang ni dah beli rumah, dah ada kereta macam ni macam tu. Semua tu aku tepis. Sebab bagi aku, orang boleh berkata-kata, tapi yang sakit membayar ni diri sendiri. Bukan ada orang nak tolong bayar, kan. Lainla ada sugardedi ahakss.. Bab harta ,aset, investment, bagi aku terpulang macam mana kau nak simpan, dalam bentuk apa. Setiap orang ada cara masing-masing yang kita kena hormat lah kan. 


Tahun 2015, aku pernah tulis ENTRI PANJANG NI lepas aku balik habis belajar kat UK. Aku ada tulis aku minat business walaupun la latar belakang family aku bukan orang-orang bisnes. It just, came through my mind and sekarang ni, aku betul-betul dah ada bisnes sendiri. Ni scary at the same time, good to know. Sebab kat blog ni kadang aku tulis je apa yang terlintas.  Apa yang aku impikan ke dan Alhamdulillah banyak benda dah tercapai.Manalah aku expect perjalanan hidup dan takdir aku ni dibawa sampai keadaan aku sekarang kan. Terlalu panjang kalau nak cerita camne boleh start bisnes. Macam roller coaster ha life aku ni. Jadi aim 10 tahun ni harapnya boleh menjadi kenyataan la. Or at least the first 5 years dah boleh beli tanah dulu ke. 


Anyway, moga aim terdekat tahun 2021 ni boleh kerja keras dan membonuskan diri dan staf. Aamiin. 


Aku sudahi dengan secawan teh tarik padu yang suami tersayang buatkan sebab dia tengok isteri macam busy buat kerja je. Padahal tulis blog je pun. Halah halahhh..omey dia. *muntah*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...