Friday, May 5, 2017

Trip ke Pakistan- Day 2 [Kenduri Kahwin di Pakistan]

12 March 2017 (Ahad)- Pagi tu sedang bersiap, bersolek & betulkan tudung, ayah Waqas bertanya pada aku & kawan. Kenapa kami semua ni tak kahwin lagi? Dia pelik sangat. Ayah Waqas boleh cakap English sikit-sikit. Kadang-kadang macam ayam dengan itik jugaklah kami berkomunikasi. Uncle Zahid tanya, kenapa tak kahwin lagi (muka berkerut-kerut aku pula yang risau) ? Mak dengan ayah tak arrange ke? Aku geleng. Aku kata kat Malaysia tak sama macam kat Pakistan. Di Pakistan, mereka masih ada budaya macam India sikit. Anak perempuan, lepas habis sekolah je, umur 20 tahun macam tu dah dicarikan jodoh. Umur 25 tahun ke atas, dah dikira agak berumur. (OMGeee). Dan mereka, terutamanya yang golongan tua, masih mengamalkan cari jodoh ikut kasta. Kasta ni boleh tahu dari surname nama mereka. Saba pernah kata, kalau macam aku ni, sebab ada keturunan Syed-Sharifah, macam kasta tinggi kat sana. Tapi aku jelaskan pada mereka, kat Malaysia tak rancak mengamalkan arranged marriage. Selalunya pepandai cari sendiri je.Jarang dengar, bukanlah takde. & Takde pun ikut kasta nama. Kalau ikut background family nak sekufu tu ada la. Atau Datuk A nak kahwinkan anak dia dengan anak Datuk B. Ya know, orang-orang kayerr punya arranged marriage gituh. Then aku cakap kat Uncle, ermm..takdelah Uncle, belum sampai jodoh. Dia masih pelik. Kenapa? No facebooking? no chatting2? Whatsapp no heii? (Pandainyaa orang tua ni wey!! terkebil-kebil aku dibuatnya). Aku kata "ada, tapi susahla, kami busy..career women!" (Acah sangat kan jawapan). Pastu uncle cakap lagi. "Saba career woman too, now she's married." (sambil angkat tangan tanda kenapa kami tak boleh walaupun berkerjaya). Haihhhh.. sentap ittew. Senyum jela cakap jodoh tak sampai lagi, suruh Uncle carikan jela.



Kat sana jarang hujan. Jadi tempat perkahwinan ni sebenarnya tanah lapang. Sebab tu boleh dihamparkan karpet. Jangan terkejut sehari lepas kenduri, aku lalu balik kawasan ni. Terkejut aku rupanya kat tanah lapang ni banyak botol-botol sampah. Patutlah bila dalam khemah, walaupun cantik, tapi jalan tak rata. Ada bonggol-bonggol bawah karpet. Persoalan aku terjawab dah apa benda bonggol-bonggol tu sehari lepas kenduri. Hehe. Nasib baik waktu kenduri aku tak pakai kasut tinggi. 


Masa nak ke kenduri Waqas tu, ada la satu pengalaman lawak sikit. Family Waqas ada satu kereta. Tempat kenduri tak jauh pun dari rumah dia. Jadi adik Waqas suruh pergi seorang-seorang. Aku pun pelik la kenapa kena pergi one by one. Masa tu tengah kalut. Pastu adik Waqas kata boleh tak pergi sorang-sorang? Aku pun pelik soalan apeni? Pastu dia kata naik motor. Aku macam whoat?? Dah lama gila tak naik motor. Ada sorang bhaia menunggu di luar. Dia yang tunggang motor. So malu. Pastu aku konfius nak duduk macam mana. Sebab kat Malaysia kan kita duduk satu kaki sebelah kanan, satu kaki sebelah kiri. So seimbang la kan. Tapi aku perasan kat sana perempuan dia naik motor sopan. Mengiring. Ayu sangat. Pastu aku jiwa kacau, dahla bertahun tak naik motor, pastu konfius pulak tu. Then aku fikir, kau nak selamat ke kau nak ayu? Aku pilih selamat. Sebab aku takut aku yang rasa nak terjatuh kalau duduk mengiring, dengan takde helmet. Kat Lahore memang jenis penunggang motorsikal ramai tak pakai helmet. Sekali lepas tu kawan-kawan aku bukannya naik motor. Diorang naik van pakcik sebelah, jiran Waqas. Lepastu diorang gelakkan aku siap adik Waqas tanya aku duduk macam mana. Cheeky gila dia tu.


Okay pengalaman menghadiri kenduri kahwin orang Pakistan, like purely Pakistani. Mula tu kami sampai dalam pukul 1pm. Tunggu orang ramai datang dulu. Perut dah lapar. Dalam pukul 3 barulah pengantin masuk diiringi dengan lagu-lagu. Bila pengantin dah sampai, barulah guest semua boleh makan. Berbeza bukan dengan di Malaysia di mana tetamu datang boleh makan dulu, dah sudah boleh balik walaupun kadang tak sempat pun tunggu pengantin masuk sebab kejar kenduri seterusnya ke apa. Kat Pakistan tak. Sebab tu macam culture diorang, macam hormat pengantin la. Dah sampai baru guest makan. Tapi kan, makanan diorang pun tak macam Malaysia. Aku rasa orang Malaysia ni memang monstorous kuat makan. Kenduri tu, ada nasi briyani dengan satu lauk sahaja. Iaitu ayam macam masak merah. Boleh pilih nak makan briyani ke nak makan roti naan dengan lauk yang sama. Lepastu ada satu dessert iaitu fruit salad. Atas meja ada satu botol 1.5 liter air coke, satu botol air Sprite dan satu botol drinking water. Takde nya nak berulang isi air dalam bekas besar tu. Kat sana, aku suka sangat tengok baju tetamu yang datang. Baju tradisional mereka tapi dengan sentuhan moden. So nice & sopan.


Kat sana rata-rata kenalan Saba & Waqas mengenali kami. Kami dianggap tetamu dari Malaysia la gitu. Kami dilayan dengan sangat baik. Rasa macam saudara mara gituh.



Kami berempat bergambar dengan pasangan pengantin dan adik Waqas.





Bergambar bersama budak-budak comel Pakistani. Kan aku kata kan budak-budak kecik kat sana comel-comel. Rasa nak bawak balik sorang je. Haha. (kau hingat souvenir?!)
Tapi memang comel, kalau yang kulit putih tu siap pipi merah-merah macam pakai blusher. Mata bundar, hidung mancung terletak. Haih, kecik lagi dah comel. 


Dengan adik Waqas seorang lagi & anaknya yang super cheeky!



Reflection dalam cermin pun jadi.


Camnila meriahnya suasana perkahwinan di Pakistan. Budget perkahwinan kat sana lebih kurang je macam kat Malaysia. Maybe lebih sebab pengantin perempuan punya pakaian kena ada lebih barang kemas gittew..

Haih, bila tengok gambar rasa macam nak pergi lagi. 

Lepas balik dari kenduri, kami pulang semula ke rumah keluarga Waqas. Masa ni rasa macam kesian sebab kan orang baru kahwin. Sebolehnya taknak kacau diorang. Tapi Waqas ni sekali join dalam perbincangan kami tentang trip seterusnya yakni keluar dari Lahore. Kami punya planning nak pergi Islamabad lepas tu kawasan pergunungan menghala Utara Pakistan. Murree & Ayubia. Kami ada deal dengan orang Pakistan ni, yang merupakan travel agent la, deal dari Malaysia lagi. Sebenarnya, masa di Malaysia lagi hati aku rasa tak best dengan diorang ni sebab aku rasa macam kena tiow. (Tapi aku rasa Tuhan tu memang jadikan instinct perempuan ni kuat). Sebab bila tengok kat website lain, harga tak semahal tu. Travel agent yang ada website pulak aku ada whatsapp, sampai almost everyday mintak quotation, cakap nak bagi tapi hampagas betul, sampai balik dari Pakistan tak dapat quotation. Bengang tau sis! Tapi sebab aku malas nak fikir sebab last minute sangat otak aku penat & rasa baik sampai Pakistan dulu tanya pendapat orang sana sendiri kan. Takde bayar deposit dulu pun. Ternyata instinct aku betul. Saba & Waqas pun kata mahal. Sebab orang tu nak charge kami PKR10,000 (hampir RM450) sehari untuk sewa kereta & driver sahaja. Fuel, toll, makanan driver & tempat tinggal driver atas kami. Dan kami kena pergi Islamabad sendiri dari Lahore (makan masa 4-5 jam kalau tak rosak) naik bus Daewoo (macam bas express diorang la). Perjalanan kami dipermudahkan bila cousin Waqas sendiri ada contact number travel agent kat Lahore. Dia tanya quotation untuk ke Islamabad & jalan-jalan sana, driver boleh cakap English, berapa. So orang tu kata PKR5000 sehari, dia akan ambil dari Lahore, harga tu termasuk sewa kereta & driver (driver segak kemas okay bukan lekeh-lekeh uolls, habislah iman aku camni semalam dah senipis kulit bawang harini nak nipis mana lagi hahaha). Makanan driver, fuel, toll, penginapan driver, kami kena tanggung. At least much better lah daripada PKR10000 sehari tu melampau nak mati. Aku tahu Saba & Waqas maybe risau sebab kami semua perempuan. Orang Pakistan sendiri cakap, jangan percaya sangat orang sana. Abehtu apa la kami nak jangka kan. Tambah lagi aku ni, selalu husnuzon kat orang je rasa macam semua orang pun baik. huhuhu.. Bagi aku, aku rasa okay je sebab pernah travel Europe all girls juga. Tapi bak kata orang Pakistan sendiri (quote dari adik perempuan Waqas yang comel tu), malam sebelum gerak tu dia lepak kat bilik tidur dengan kami, dengan mata besar buntang dia renung dalam-dalam mata aku.. "you have to be really careful. This is Pakistan.. don't trust anybody easily. You don't know Pakistani people." Gulp~ gerun gila sia budak ni weh.


Jadi malam tu kami tidur dalam jam 11pm sebab esok nak gerak pukul 7. Pakistan punya waktu 3 jam lagi lambat dari Malaysia. So sebenarnya memang mengantuk gila la sebab pukul 2am kat Malaysia.

p/s: Entri seterusnya pasal kami ke Islamabad pula! Berpeluang keluar daripada Lahore. 

Nah tengok peta sikit. Yes true dah tak jauh sangat dari Kashmir tapi kami dinasihatkan untuk tak pergi bahagian sempadan Pakistan-India, sebab dikhuatiri tak selamat. 

Friday, April 14, 2017

Trip ke Pakistan-Day 1 [Lahore]

Penerbangan kami delayed dalam setengah jam. Kami tiba lambat sedikit di Lahore. Setibanya kami di Lahore, memang kami dipandang agak pelik. Mungkin sebab pertama, pemakaian. Kami tak memakai salwar kameez. Kedua, sebab yang tiba kami berempat semua perempuan. Sebenarnya ada lagi seorang kawan yang datang dengan parents beliau tapi dia sampai awal seminggu. Kami tak dapat pergi sana awal sebab ada antara kami susah nak dapat cuti kerja.

10 March 2017- Tiba di Lahore International Airport dalam jam 10.20pm. Perjalanan dari KL ke Lahore mengambil masa lebih kurang 6 jam guna Malindo Air. Bagi aku, Malindo Air is better than Air Asia dari segi keselesaan. Sewaktu sampai, kan aku cakap kan ni trip yang planning paling takde plan. Kami tak tahu pun sampai Lahore nanti kena ambil Uber untuk pergi rumah kawan ke, & tak tahu pun kami akan tidur rumah siapa sebenarnya. Sebab kawan yang kahwin tu just cakap dia akan prepare tempat tidur. Being Malaysian yang pemalu ni mestilah malu sikit entah nak tidur rumah siapa ni weh? Rupanya tidur rumah family Waqas, suami si Saba. (btw time ni diorang dah nikah. Kami cuma mampu pergi majlis resepsi belah suami dia je). Kami tiba malam kan, jadi tak nampak sangat suasana Lahore di waktu malam. Tambahan pula renyai sikit malam tu. Aku pernah jumpa si Waqas ni beberapa kali masa di UK. Cuma ingatkan dia ni pendiam. Rupanya tak. Sangat protective. Sesuai sangat dengan Saba, weolls happy okeyy. Jadi sebelum sampai rumah Waqas, kami dibawa ke tempat makan di Old Lahore Road. Oh lupa nak cakap, masa sampai tu cuaca sejuk. Dalam 10 degree celcius. Feeling dia sama macam masa aku baru sampai Birmingham dulu pada musim Autumn. Cuma sekarang di Pakistan musim Spring la. Hilang kepam panas dari KL. Cuaca yang dirindui gittew. 

   

Gambar sekitar Old Lahore Road


Ini sejenis syurga dunia. Orang Malaysia mesti suka makan ni. Masakan diorang ni serius sedap. Makanan ruji orang Pakistan bukan macam kita k. Kita kuat makan nasi. Orang mereka kuat makan roti. Samada capati atau naan. Lauk jenis tak berkuah sangat.


Masakan pertama kami makan lepas sampai Lahore. Sedap sungguh! Tapi Saba & Waqas kata ni macam biasa je.Takde apa yang special Huhuu.. (T___T) tak special pun dah rasa nak nangis. Sophie suka feeling over, maafkanlah dia readers.

Duit rupees Pakistan macam ni la. 

11 March 2017-Disebabkan malam semalamnya kami tak sempat tengok keadaan sekeliling Lahore sebab agak gelap, jadi kami ambil kesempatan untuk menikmati sekitar kawasan Old Lahore. Sebelum tu, ibu Waqas menyediakan sarapan pagi. Favourite aku pastilah Chai. Macam teh tarik. Sebenarnya teh susu tapi dia tak tarik. Dia masak dalam periuk. Susu yang digunakan pun tak guna susu pekat manis tetapi susu segar. Best!


Dulu masa kat Birmingham, Saba selalu offer kalau aku nak chai. Me being me, of course lah tak pernah tolak. Pernah dengar? Rezeki jangan ditolak. =)


Culture diorang ni, kalau roti bakar atau apa-apa jenis roti yang masih panas, dia tak macam kita tutup pakai tudung saji. Kalau roti dia tutup pakai kain macam ni. Supaya tak hilang haba cepat sangat.


Morning walk sebelum mandi, muka nan basi. Kalau kat area sini, rumah jenis nampak macam tak siap. Finishes dia macam a bit confusing. Lain rumah lain design dia. Aku tanya Waqas & Saba kenapa rumah sini macam tak standardize design dia. Waqas kata kat sana rakyat marhaen jenis tak ikut law sangat. Jadi boleh buat rumah ikut sukahati & ikut kemampuan. Sebab tu aku ingatkan rumah tak siap. Sebenarnya semua lot ada penghuni cuma maybe nampak macam tak berpenghuni sebab takde pulak nampak orang sidai pakaian kat tingkap ke apa. Lepas tu bukannya ada halaman rumah bertaman macam rumah kat Malaysia. Terus masuk pintu aje. Macam rumah kedai pun ada.

Lepas membersihkan diri,bersiap & feeling cute *muahaha*, kami berjalan-jalan sekitar Lahore. Ni sehari sebelum kenduri sebelah Waqas. Saba demam, jadi dia tak dapat teman kami jalan-jalan. Weolls mestilah bersemangat gila dapat berjalan kan. Tak pernah sampai Pakistan kot! Masa nak berjalan tu kami naik trak. Wehh seriously ni pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sebab trak dia jenis agak open kat sisi & belakang tapi berbumbung jadi dapatlah lihat suasana jalanraya di Lahore. Ohya, Waqas kata Lahore ni ada dua bahagian, Old Lahore & New Lahore. Rumah Waqas di Old Lahore (katanya sini lebih tradisional) & projek pembinaan laluan kereta api tengah dijalankan. Oleh itu, kawasan situ agak berdebu.



Jadi, pengalaman berada atas jalan raya di Lahore ni memang one of a kind. Sebab macam terkejut campur teruja. Bayangkan eh, atas jalanraya ni lah ada kereta, ada rickshaw (ala-ala Tuktuk kat Thailand), then ada pejalan kaki, ada kereta keldai, kereta kuda, penunggang motosikal yang kebanyakannya tak pakai helmet & satu motor boleh tunggang sampai 3-4 orang. Motorcyclist siap boleh jalan atas divider. Tercengang kami. Macam banyak sangat benda atas jalanraya. Lepastu bunyi hon tu macam wajib & non stop. Kat sana bunyi hon bukan something yang rude tapi macam nak bagitahu orang "hello aku ada kat sini tau, kau alert sikit k.Tepi tepi!" Pening juga tapi orang sana kelihatan sangat biasa dengan suasana tu. Walaupun pejalan kaki pun main lalu je walaupun tengah sesak, takde pulak aku nampak ada accident (so far). Sejujurnya bila fikir balik plan asal nak sewa kereta dari airport tu memang bersyukur la tak jadi sewa sebab aku kecut perut jugak weh kalau nak drive kat situ. Memang tak boleh apply pemanduan berhemah. Jadi sebenarnya apa aku nak cakap ni, aku pernah pergi negara maju & memandu di roadways negara sangat maju seperti di Germany, Switzerland dan kadang aku tercompare dengan pemandu Malaysia yang rasa macam asyik nak maki je. Tapi bila sampai Pakistan, banyak sangat benda yang aku bersyukur di negara sendiri. Kiranya ada benda yang kena compromise la. Ada benda yang lebih baik di Malaysia, ada benda yang lebih baik di Pakistan. So bila pergi negara orang, tujuannya dah tentulah nak belajar pasal budaya mereka juga, bukan untuk pandang rendah ke apa, big No No okay. 

Pagi tu kami melawat kawasan Badshahi Mosque. Pandai diorang ni, bawa architect ladies pergi tengok peninggalan Mughal Emperor. Bangunan yang mempunyai sentuhan senibina Mughal ni memang cantik. Banyak guna marble. Sejuk je bila pegang. Waqas kata kalau solat Jumaat, penuhlah kawasan yang kami berdiri ni. So gempak. Aku rasa macam besar gila kot. Kalau zaman Mughal Emperor tu taktahu lah macam mana kehidupan zaman dulu kan. Hebat. Aku meneliti details pada bangunan masjid dengan rasa kagum. Halus ukirannya. 




Sebelum masuk kena tanggal kasut dulu. Tempat suci kan.


I am handsome.




Dinding marble. Sejuk. Budak arkitek kalau tak pegang-pegang bangunan tu tak sah. Tangan mesti gatal je nak sentuh material. Harap maklum kalau terjumpa spesis camni kat mana-mana monument bersejarah atau bangunan cantik. Sentuh bangunan takpe, asalkan tak sentuh lelaki bukan muhrim.
(^_^)V









Kami berempat berjumpa kawan lain si Aqila bersama family beliau dan kawan baik beliau, Fathin. Mereka sampai Pakistan awal seminggu dari kami.

So dari kiri: Aereena-Sophie-Shak-Aqila-Fathin-Laida.
Untuk korang faham, Aereena, Aqila & aku adalah housemate masa di Birmingham sekali dengan Saba. Laida pula adalah bestfriend aku tapi dia pun study di UK (Lincoln) & suka lepak Birmingham. Jadi Laida & Saba pun saling kenal. Shak pula bestfriend aku & Laida tapi agak femes & tak payah dikenalkan kat Saba sebab muka dia selalu keluar kat gambar kitorang post samada di FB atau insta.


Bergambar ramai-ramai dengan Aqila & family, Waqas, pakcik Waqas & kawan Saba si Omer.


Hazuri Bagh ialah kawasan landscape di tengah-tengah kawasan ni. Planning kawasan ni berbentuk plaza yakni empat segi tengah-tengah ada ruang kosong. Pahe dak? Kiranya zaman Emperor Mughal dulu kawasan ni dikawal ketat & merupakan sebahagian dari Walled City (Interior City of Old Lahore). City ni terlindung dengan adanya wall yang tinggi dan mempunyai 13 gate utama. Tapi dirobohkan oleh British ketika zaman penjajahan British. Jahat tau.

Walaupun bangunan kat sini sangat lama tapi kecantikan & keunikan bangunan ni masih kelihatan terutamanya dari segi material bangunan tersebut.





Belakangku itu adalah Lahore Fort. Nampak gah kan wall tinggi kat belakang tu. 




Candid by photographer. Nampak tak bahagia disitu.


4 ladies. 4 different personalities. Bersatu bergabung jadi pecah perut. Lucu diorang nih. Kat sana orang ingat kami jauh lagi muda. Yes! Macam student camtu. Sebab kitorang macam having fun asyik gelak & ketinggian tak setinggi orang-orang sana so nampak macam kebudak-budakan kot. Nak gi mana pun diorang jaga. Tak tahu kat Malaysia kita sikit punya independent lagi muka ketat menghadapi hari yang penuh pancharoba. Gituh!


Hai rindunya trip kita berempat
Aereena-Me-Shak-Laida = great travel buddy!
Homagad can I like plan our next trip. Jangan sesapa kawin dulu boleh tak? hahaha..

Lepas berjalan area Badhshahi Mosque, kami pergi makan tengahari. Lepas tu, cadangnya nak sambung berjalan, tapi sayang sebab trak rosak (sebab kami berat sangat ke? OMG haha..) Lepas tu, ada politician mana entah lalu so jalan tu macam kena block dan banyak kereta pusing berpatah balik. Jadi, tak dapat sambung jalan.


Standard makanan kat sana.

Sepanjang naik trak tu kan, ada la pengalaman kelakar. Kami ni kan semua perempuan. Walaupun bertudung & semua berspek hitam (kononnya unidentified), tapi terlalu obvious yang kami ni orang luar. Sebab kalau orang Pakistan kan, diorang ni kalau keluar memang pakai baju tradisional diorang. Baju salwar kameez yang labuh tu. Lelaki pun sama. Fuh, memang hensem imanku dah senipis kulit bawang.hahaha. Pakai spek duduk belakang asyik menikmati keindahan ciptahan Tuhan aje. Kejap-kejap Zayn Malik lalu dengan motor, kejap-kejap Harris Baba. Weii! Kat Malaysia pun tak rajin nak usha lelaki kot kat sana macam waaahh layannya naik trak, angin sepoi-sepoi bahasa sambil perhati gelagat & rupa orang yang macam pelakon Hindustan ni. Ohya, kat sana golongan wanita tak banyak keluar rumah., majoriti lelaki. Dan yang bagusnya budaya mereka ni, aku tak nampak pun couple duk jalan pegang tangan. Kalau ada couple pun biasanya married couple & tak over pun, takde pegang-pegang tangan & berpeluk. Sangat berbeza dengan Malaysia bukan? Budak sekolah pun pandai berpegang tangan berpeluk walaupun berpakaian sopan & bertudung. 

Insiden yang kelakar tu bukan apa. Ada satu rikshaw (ala tuktuk ni), pemandu dia asyik mengekor aje, pastu penumpang dia dua orang asyik senyum-senyum melambai. Aku bajet sebab diorang jarang nampak tourist ke apa meh? Aku lambai jela balik dan senyum je (sebenarnya tak nampak sangat muka penumpang sebab reflection tingkap depan rikshaw. Sekali rikshaw tu merapat sikit & penumpang tu baling something macam sampah masuk dalam trak. Pelik lah kami kan. Then pemandu tu buat sign language macam suruh bukak sampah tu. Eh risau jugak kan apa benda yang dia baling ni. Kutip kat kaki. Berdekah gelak kami. Bagi no tepon rupanya dengan initial "F". OMGeee so Hindustani movie. Baling no tepon masuk dalam trak pun boleh..sampai pulak tu masuk dalam trak.


Bila balik rumah Waqas kami pun cerita la kat Saba pengalaman kami naik trak tu kat Lahore & kepelikan kami melihat keldai & kuda di jalanraya. Sempat cerita pasal kejadian orang bagi number. Diorang pun gelak. Diorang kata "Ahh, cheap guys are everywhere now". Oooo, macam ni ke cheap guys di Pakistan. Okay nanti aku kena cerita pasal arranged marriage di Pakistan.



Tengahari tu kami rehat di rumah Waqas, then petang adik Waqas pakaikan henna kat tangan kami & ada menari-nari sikit dari golongan khunsa. Kat sana kan, golongan khunsa ni, dia bukan totally pondan. Diorang panggil, "the in between". Jadi khunsa ni biasanya jadi golongan penghibur. Petang tu mereka datang menari & menyanyi. Aku pun tak tahu nak explain sangat budaya diorang ni. Tapi ada juga tanya kenapa guna khunsa tapi bukan perempuan? Saba kata, Pakistan kan negara Islam. Kalau biarkan perempuan asli yang menari meliuk lentuk takut macam mengghairahkan jadi ianya kurang baik lah gitu. Oooo..okay.

Mereka pun ada rewang jugak. Jiran tetangga sedara mara jugak yang masak untuk kenduri keesokannya.


Tengah tengok "the in between" menari & menyanyi sambil ada muzik.




Anak buah Waqas. Comel gilaaa...Tengok lah bulu mata dia. Budak-budak kecik kat sana serius comel gila. Stress aku tengok macam nak gigit-gigit je pipi, rasa nak bawak balik sorang, boleh tak?

Adik perempuan Waqas pakaikan henna untuk kami.

Malam pula, disebabkan esoknya ada kenduri kahwin Saba & Waqas, kami decide nak cari baju ala-ala Pakistani walaupun dah bawak baju kurung. Saje nak fefeeling.  Jadi mak Waqas, adik & kakak Waqas teman kami pergi market yang jauhnya cuma boleh jalan kaki je. Kami mencari yang simple je sebab kalau kat Malaysia kan boleh pakai lagi. Tapi diorang sedikit pelik kenapa kami nak cari yang simple sebab kenduri kan? Jadi aku rasa mereka ni banyak unsur-unsur budaya India juga. Diorang rekemen gaun yang banyak bling-bling.. Buntang mata aku tengok. Kami semua geleng-geleng takut nak pakai, meriah sangat. Sedangkan kat Malaysia pun gi kenduri orang aku ni simple je. Takut aku nak pakai meriah sangat weh kang lawan tokey pulak kan. Jadi malam tu sempat lah kami beli baju ala Pakistan. Nak tengok? Tunggu next entri. Yang follow insta & facebook aku tu dah tahu lah ceritanya. 


Jalan-jalan sekitar market




Patutlah masa kat Birm selalu tengok Saba & kakak dia suka pakai kasut macam ni.

Oh sebenarnya kat kawasan sekitar perumahan Waqas ni, kalau korang pernah pergi Bandung (Indonesia) maybe akan paham apa aku cuba sampaikan. Rumah kat sini, macam berselirat dia..kalau jalan kaki tu aku panggil macam jalan tikus. Jalan sempit untuk pejalan kaki. Macam masuk maze. Kalau diorang ni tak guide masa pergi market tu, rasanya memang nangis dah aku tak sampai rumah Waqas.

Malam tu pula ada kawan-kawan rapat family Waqas yang perempuan, berkumpul kat bawah & menyanyi sambil pukul gendang ke tabla entah. (Actually aku taktahu nama alat muzik tu tapi korang tengok je dalam gambar k.Sukahati aku je kan.) Mereka suruh kami nyanyi tapi aku cuma tahu lagu Kuch Kuch Hota Hai aje. Ohya, bahasa yang mereka guna untuk bertutur ialah Urdu. Bunyi macam dalam cerita Hindustan tu. Tak ramai yang boleh cakap English. 

Malam tu dah pukul 12 tengah malam. Tapi waktu Malaysia dah 2am (Malaysia cepat 2 jam dari Pakistan), jadi kami memang penat & ngantuk sangat jadi minta diri naik atas untuk tidur dulu. 

p/s: Kat sana tangkap gambar dah bercampur-campur gambar dari DSLR, dari handphone. Jadi kualiti gambar lain-lain. Harap maklum. Sebenarnya walaupun entri ni macam entri bergambar tapi percayalah gambar yang ada jaaauhhh lagi banyak dari ni. Cuma kena select ikut kesesuaian la bila nak post. Entri seterusnya aku akan ceritakan pengalaman menghadiri kenduri orang Pakistan. Stay tuned. 



Friday, March 24, 2017

Trip ke Pakistan Memang Best!

Aku baru pulang dari percutian ke Pakistan.Aku ke Pakistan dari 10-15 March yang sudah. Pengalaman itu sangat menggembirakan sampai aku tak sabar nak post kat blog. Nampak tak? Travel sebelum-sebelum ni pun tak habis cerita tapi dah tak sabar nak cerita pasal travel ke Pakistan. Kenapa percutian kali ini sangat bermakna, dan berbeza dengan pengalaman travel yang lain? Sebabnya aku kesana, tujuan asal aku ialah untuk menghadiri kenduri kahwin bekas teman serumah sepanjang aku tinggal di UK dahulu. Ye, aku punya housemate ialah Pakistani. Mereka pernah ajar aku uli capati bentuk bulat tapi aku punya jadi bentuk trapezium (so sad). Trip kali ni berbeza sebab ni negara Islam pertama aku pergi melawat. Beza sangat dengan negara Malaysia. Lepas tu, kami ada connection dengan orang-orang kat Pakistan sebab ex-housemate aku kan orang sana, jadi membawa kepada perkenalan dengan ahli keluarga beliau dan rakan-rakan beliau. Yang paling baik ialah, kami rasa kedatangan kami disambut dengan sangat baik.

Sejujurnya, dalam banyak-banyak travel trip aku, ini ialah trip yang paling takde planning. Paling last minute hinggakan kami beli tiket flight waktu tengah mahal. Dalam kurang dari 2 minggu sebelum fly. Biasalah bila semua kawan-kawan kerja, nak apply cuti (lepas ke tak?) lah, nak jumpa untuk bincang lah, semuanya antara jadi ke tak ni nak pergi Pakistan? Dahla kena buat Visa. Dan Visa Pakistan kalau nak apply kena sediakan documents yang macam alaaaa..annoyingnya nak prepare. Yang buatkan lambat beli tiket bukan apa, tapi sebab baca pengalaman orang yang kena cancel tiket sebab Visa tak lepas. Terus kecut perut weolls. Takut tiket burn, dahla tengah mahal dalam RM1800 (instead of RM900 kalau beli lebih awal ok. Dah jadi double up). So kitorang pun buat Visa, dah confirm lepas (28 Februari pergi ambil passport kat embassy),then terus beli tiket flight. Haa gila kentang tak?

Masa plan trip pergi Pakistan, aku dapati kami agak serabut. Sebabnya, dulu masa trip ke Eropah, mudah sikit nak plan sebab dah ada pengalaman. We know what to expect. Ni negara macam Pakistan ni, orang ingat dah kenapa nak beli karpet jauh sangat meh? Serius tak sempat nak study sangat sebab aku rasa tak banyak blog cerita pasal pengalaman travel ke Pakistan dari orang Malaysia sendiri. Yang ada banyak cerita dari blogger mat saleh. Kami beli tiket return KL-Lahore sebab mahu menghadiri kenduri kahwin kawan tu. Jadi dalam 5 hari tu, kami target 2 hari di Lahore, 3 hari di tempat lain yang ada unsur-unsur nature, ke arah Utara Pakistan. Kami sempat menetap di Islamabad. Kiranya dalam trip yang singkat ni, kami berjaya merasai pengalaman berbeza di empat kawasan di Pakistan iaitu di Lahore, Islamabad, Ayubia & Sarghoda. Tempat-tempat ini sangat berbeza walaupun dalam negara yang sama. Amazing.

Dahla plan asal kami ingat nak sewa kereta je dalam Pakistan. Tapi bila dah sampai aje.. Haa, amekkau! rasa bersyukur sangat guna service driver a.k.a Bollywood bodyguard. Haha. Pengalaman di jalan raya Pakistan sangat berbeza. Dan susah nak guna Google Maps atau Waze.

Stay tuned uolls~



Thursday, March 9, 2017

Salah Faham Tentang Senibina dan Menjadi Arkitek

Sepanjang aku berblog ni, aku dapati ramai orang mempunyai pemikiran yang sedikit tersasar daripada realiti tentang pengajian senibina dan menjadi arkitek. Yang paling menyedihkan ialah golongan pelajar sekolah. Diorang ni ingat, arkitek ni nampak macam profession yang stylo, yang boleh buat banyak duit, yang boleh dengan bangganya bagitahu orang bila ditanya "kau kerja apa?" "Aku arkitek" sambil dalam hati rasa bangga. Tapi hanya orang yang dah melalui proses belajar senibina tu sahaja yang akan faham kepuasan habis belajar untuk bergelar seorang arkitek bertauliah tu macam mana.

Tak dinafikan, kalau orang tanya aku kerja apa, bila bagitahu profession kita sebagai arkitek, muka orang tu selalunya macam "Wow.." I got it a lot. Walaupun keluar rumah muka selebet-selebet, bila orang tahu profession aku, orang rasa wow. Mungkin sebab orang tahu course ni susah? Entahla. Mungkin orang fikir boleh buat banyak duit? Entahlah juga.

So ni salah faham yang aku selalu perasan lah sedang terjadi terutamanya di kalangan budak sekolah yang nak jadi arkitek.

1) Saya nak jadi arkitek sebab minat.

Cuba huraikan apa yang boleh dihuraikan dalam gambar di atas. Apa itu senibina berdasarkan gambar di atas? Minat kan? Cuba huraikan sikit pasal gambar di atas.


Sebenarnya apa yang kau minat dik? Apa yang kau faham pasal senibina itu sendiri. Design bangunan gempak? Korang tahu tak kat Malaysia ni banyak benda nak kena cut cost, ni realiti yang menyedihkan. Bagi aku, arkitek boleh menghasilkan banyak design yang cantik-cantik, nak curve sana curve sini semua boleh. Tapi, korang rasa korang boleh praktik kan di Malaysia?  Nak buat bangunan ni banyak sangat dia punya syarat & undang-undang. Dengan client yang kedekut taik idung masin, sudahnya design bangunan tu sendiri banyak hilang sentuhan arkitek tu. Buat bangunan pun ada bajet. Nak guna material cantik dan berkualiti, material haruslah lebih mahal sedikit. Kalau tak, memangla nampak cheapskate. Orang ramai, sebelum terjerumus masuk dalam program belajar senibina, dia biasanya nampak bangunan ni dari luar aje. Design. Itu sahaja.

Macam design Zaha Hadid ni kan. Tahu, ramai bebudak sekolah dia berangan dapat jadi arkitek design bangunan cantik-cantik, pelik-pelik bila jadi arkitek nanti. Tapi, pernah ke nampak bangunan ala begini di Malaysia? Sad truth. Tolong hadam realiti ini. 


Hakikatnya, apa yang penting bagi seorang arkitek ialah ruang. Internal space. Sebelum design, kita akan dapat design brief daripada client. Ruang apa yang ada, besar mana nak etc. Jadi sebagai arkitek, yang sangat penting sebelum nak design bangunan ialah site analysis & tahu keluasan yang ada. Space planning yang membawa kepada rupa bentuk design tu. Function follow form? or form follow function?  Banyak proses dia sebelum siap dibina. Bila korang kerja dalam bidang ni, korang kalau selalu rasa bila bangunan tu siap, nama kau yang akan dipetik bila dah siap. Wrong. Architecture firm yang akan dapat nama. Proses nak siapkan satu bangunan yang sederhana besar hingga besar, contohlah, shopping complex ke sekolah ke hospital ke, untuk bangunan tu mula dibina, proses nak mengerjakan lukisan, turun naik majlis perbandaran, masuk keluar meeting dengan pelbagai pihak, kena maki kena hentam dan lain-lain proses tu makan masa bertahun. Katalah 3 tahun proses tu dalam fasa penyiapan lukisan yang diluluskan (kadang lebih bila banyak sangat masalah atau client tak bayar ke apa, kadang kurang ikut targetted time & isu tak banyak timbul). Lepas tu, bangunan tu nak naik pun maybe dalam 3 tahun (atau lebih kalau ada banyak masalah.Masalah ni kadang tak terduga tau). Jadi kata lah satu bangunan nak siap dari A sampai Z (siap) ialah 6 tahun. Nah, kat sini lah korang kena faham realiti bila korang nak masuk kerja nanti. Bila kau mintak kerja kat firma arkitek, biasanya kau akan diletakkan dalam projek yang sedang on going. Maksudnya kalau bangunan tu belum dibina, dan masih dalam proses penyiapan lukisan (percayalah banyak fasa kau kena lalui), mungkin bangunan tu berada dalam tahun ketiga proses jadi ibarat kau kena masuk kat tengah-tengah proses penyediaan lukisan. Fasa building planning ke, tender drawings ke, construction drawings ke, kau tak tahu apa nasib kau. Jadi mungkin kau dah terlepas fasa Preliminary Design tu sendiri yakni masa awal-awal sangat konsep bangunan & reka bentuk bangunan tu dihasilkan. Mungkin masa kau masuk dah tahun keempat projek tu berjalan, jadi kau kau kena go through apa yang orang lain dah mulakan .See, kadang agak sedih bila tak tahu hujung pangkal. Kadang kena cuci tahi orang yang buat kerja sebelum tu bila banyak salah ke tipu area ke apa. Standard lah orang bila baru mula kerja, dia kerja setahun dua then tukar firm. Jadi kalau setia dengan satu firm pun, mungkin kau akan dapat lihat bangunan siap dibina yang kau dah kerja keras tu dalam 5,6 tahun tempohnya kalau kau dah involve dari awal. Mungkin juga lebih. Persoalannya, mampu kah kau kerja dalam firm yang sama selama 5,6 tahun? Dan dapat lihat maybe 1,2,3 bangunan sahaja? 1 pun belum tentu dapat tengok hasil depan mata. Orang yang ada passion dan tinggi kesabaran je tau boleh bertahan kerja kat firm yang sama sampai 5,6 tahun.


Lukisan kat atas ni ialah contoh detail drawings (amek dari Google search je ok). Biasanya dihasilkan masa tender submission supaya Quantity Surveyor dapat kira costing bangunan tersebut. Dan bayangkanlah, lukisan di atas ni ialah lukisan satu cubicle tandas aje. Daripada lukisan, kita boleh analisa banyak benda. Space volume (tinggi ruang dari lantai ke siling), material apa (dinding cat ke pakai tiles, jenis apa pula?), sanitary fittings jenis apa, kepala paip, lubang tandas, sistem perpaipan dan macam-macam lagi. Cuba bayangkan untuk satu toilet kecik untuk korang berak pun dah begitu detail, apatah lagi untuk satu bangunan. Satu bangunan bukannya satu tingkat aje. Kalau 10 tingkat? 20 tingkat? KLCC? Burj Khalifa? Wiz Khalifa? *tetiba*

Untuk menjadi seorang arkitek yang boleh praktis, ia memerlukan masa. Belajar & habiskan pengajian tu satu fasa yang dah cukup memang mencabar (aku malas nak ulang cerita betapa tough nya belajar course architecture ni, bila dah habis belajar rasa macam nak flip shawl sambil menangis je, so dramatis hokeyy). Bila bekerja pula satu fasa yang berbeza. Ramai yang "terkejut" bila masuk fasa bekerja selepas belajar. Ramai yang tak sangka apa yang dibuat masa bekerja tak pernah digambarkan pun masa sebelum study architecture tu dulu. Time ni la ramai yang rasa menyesal. Kadang kena buat details toilet berbulan-bulan. Kadang detail tangga, dan bermacam-macam detail. Kadang buat 3D aje.Tak dapat pun peluang nak ber design bangunan. Maka itu waktunya korang kena banyak muhasabah diri. Tapi one thing for sure, jangan pernah menyesal buat detail drawings. Sebab dari situ korang akan belajar banyak benda especially pasal construction. Masa tu baru rasa logik buku construction D.K Ching tu.haha. 

Aku tahu susah nak dapat source daripada arkitek sendiri pasal cara kerja arkitek macam mana. Siapa lagi arkitek yang rajin nak bercerita dalam bahasa yang mudah difahami macam cerita kat kedai kopi je? Kau ingat arkitek banyak masa nak layan korang agaknya? Nasib la hakak Sophie kadang kala sudi turun padang (blog sendiri) sembang-sembang dengan uolls sikit. Ini pun jenuh aku amek masa nak tulis bagi korang senang faham siap boleh skip berhari-hari, simpan dalam draft dulu,sempat gi bercuti baru sambung tulis. 

So berdasarkan gambar tadi, apa sepatutnya korang boleh faham? Ok first and foremost, korang kalau minat bangunan kena faham tentang bangunan, dari dalam bangunan itu sendiri sebelum menghargai design luaran. Sebab functionality of a building is VERY VERY IMPORTANT. Contoh camni la. Bila kau masuk entrance utama shopping complex, adakah logik ruang pertama yang kau nampak ialah toilet? mestilah tak kan? mestilah information counter gituh yang depan-depan, lobby ke. Lepastu sakit hati tak kalau surau letak kat paling kanan bangunan, tapi toilet letak paling kiri bangunan (kalau planning dia memanjang). Kalau kau jenis yang solat bila keluar paling tak pun kau mesti rasa kuajaq la arkitek mana design surau dengan tandas macam dari kutub utara ke kutub selatan ni? sempat kardio masa perjalanan. Memang tak salah, tapi lebih afdhal kalau dekat, bukan? Itu baru dari segi planning. Lepas tu selain submission drawings yang biasa (yang ada "kitab" kena refer), kita ada submission drawings pada Bomba. Jadi arkitek kena rujuk kitab berkenaan fire regulations di Malaysia untuk bangunan. Benda ni sangat penting untuk keselamatan jika terjadi kebakaran pada bangunan. Tadi kan aku mention "kitab", maknanya ada buku tebal pasal regulations dia yang para arkitek kena rujuk. Contohnya, travel distance. Kalau berlaku kebakaran pada bangunan, dalam satu aras bangunan ni, bila kau lari dari hujung bangunan ke pintu EXIT atau tangga nak turun, hendaklah tak lebih dari X meter (contohlah), kalau lebih kena come out with solutions. Pintu kena label fire door ke tak (sebab fire door ada speciality dia macam 2 hours fire rated ke etc), kat mana nak locate fire hydrant? kena lukis tau diameter tali paip fire hydrant tu bulatan dia besar mana boleh cover (let say supplier bagi 30 meter diameter) so arkitek akan check kat mana nak locate & kat mana yang diameter dia tak cover. Then semua benda lah kena lepas pasal fire regulations ni. 


Berdasarkan gambar di bawah, kalau untuk kolam renang, dah tentu ada building guidelines dia. Tapi secara basic, kalau korang rasa korang nak jadi arkitek, sepatutnya  minat senibina tu kena mula dari kebolehan menganalisa dari dalam bangunan. Mampu untuk faham ruang dalam bangunan dahulu sebelum meminati design luaran bangunan. Sebab, bentuk sesebuah bangunan tu akan terbentuk melalui ruang dalam bangunan. Kena faham kat mana constraints dia. Paham tak? Jadi, berdasarkan gambar sebahagian je ruang kolam renang di atas ni, apa yang seorang arkitek boleh nampak & appreciate? Tak semestinya betul lah sebab tak baca specifications pada drawings. 




Structure & Construction: 
-Steel frame construction. Metal steel column with concrete stump. 
-Brickwall with plaster & paint finishes. 
-Steel roof trusses, metal roof. 
-Swimming pool floor sunken 1.2-2 meter from ground level. 
-Effective water proofing system. 
-Swimming pool (ceramic?) tiles (300x100mm)

Environmental & Mechanical:
-double volume + stack effect?
-Natural ventilation (wall openings + roof height) + mechanical ventilation (fan)
-Natural Lighting (wall openings + roof height)+ mechanical lighting (lights)
-Electrical socket
-light/fan switch

Fire safety guidelines
-Fire hydrant & alarm location
-water pipeline system
-fire escape route & fire door location with KELUAR/EXIT signage. 

And the list goes on. Ni antara apa yang biasanya terlintas dalam otak arkitek bila dia berada dalam sesebuah ruang tu. Dia tak terus menerus kutuk design. Instead, cuba faham how the building works. Arkitek biasanya peka dengan ruang kawasan tu, construction & material. Kalau kau lepak dengan arkitek kat shopping complex, kau tak payah sembang dengan dia pun takpe. Kau perati je mata dia pandang apa.Haha. Kadang bila nampak surface material yang menarik hati, tangan dia mesti gatal je nak sentuh dinding ke apa. Kalau lepak dengan a gang of architects, aku nasihatkan kau balik cepat atau pura-pura pengsan supaya kau tak ternganga nak faham apebenda yang diorang sembangkan.Haha. 

Korang kena faham, bila nak design sesebuah bangunan, kita bukan main buat aje. Arkitek pun banyak kitab (buku tebal) dia kena rujuk. Kitab untuk bangunan tu sendiri, kitab untuk disable people (macam apa design yang kena implement dalam bangunan tu untuk orang kurang upaya? macam lift yang ada butang tulisan braile ke), kitab untuk Fire (Bomba) Regulations lagi. Sebab tu proses nak siapkan bangunan tu sangat lama. Sebab banyak kena reject atau tukar/tambah benda. 

Dan apa yang aku ceritakan dia atas ni, sangatlah tak cukup untuk cerita SEMUA cara kerja arkitek. Ni ibarat celah taik gigi jela orang kata. Hehe. Sebab mana mungkin aku mampu cerita semua. Lagi,

2. Saya nak jadi arkitek tapi saya dengar arkitek kena pandai BI.
Eh mestilah. Kan aku dah kata tadi arkitek banyak "kitab" masa dia buat kerja. Korang ingat buku-buku tu ditulis dalam bahasa Melayu meh? Tambahan pula dalam meeting (walaupun sesama Malaysian), selalu je speaking. Kalau nak tulis email, berbalas email dengan consultant ke clients ke mostly dalam English, okay baby don't cry? Lepas tu arkitek banyak sangat report & documents dia kena buat & kebanyakannya memang dalam English. Bukan broken English. Proper English okay. Blog hakak Sophie tak dikira sebab I guna bahasa pasar. 

Contoh keratan satu mukasurat "kitab" berkenaan fire regulation:


Dari kitab UBBL 



Dan korang kena biasakan baca buku-buku yang akan jadi guidance masa proses penyediaan lukisan bangunan. Akta bangunan. So ayat dia pun berunsurkan undang-undang gituh. Kalau tak faham & kena bukak kamus tu biasalah. So depends lah korang kerja nanti masuk stage mana. Tapi nak bagitahu English memang penting. Kalau tak terer English sekarang, masih belum terlambat nak belajar. Persetankan semua orang yang merendah-rendahkan orang lain yang nak belajar English. Kalau nak maju satu tapak & lebih dihormati di peringkat antarabangsa, silalah belajar English ya. Sis serius ni. Tips belajar English lain kali lah Sis kongsi ya. Entri ni pun dah macam kitab aku tengok. Haha. 

3.Saya nak belajar senibina sebab saya minat melukis.
Choi! Jangan bagi sebab sebegini please. Untuk comment sebegini, boleh refer explanation aku yang no.1 di atas. Adakah melukis tu cukup untuk menjadi arkitek? TIDAK. Otak tu yang penting. Otak kena sharp, kena smart, kena pantas mengejar deadline. Lagipun, zaman sekarang bukan macam zaman dulu yang submit drawings guna lukisan tangan. Dik, sekarang ni zaman teknologi & teknologi sentiasa diuji untuk jadikan dia semakin canggih. Sekarang kita guna computer untuk design. Banyak softwares boleh guna. Lukis tangan ni, setakat tahun pertama & kedua pengajian senibina bolehla. Aku selalu cakap kat budak-budak, kalau minat melukis jadilah pelukis, bukannya arkitek. Dia ibarat kau cakap "Saya nak jadi doctor sebab saya rasa saya segak pakai coat putih tu" Logik meh? Hakikatnya? Korang tahu kan nak jadi doctor tu tak senang? So pandai melukis tu memang satu kelebihan tapi kalau tak pandai melukis pun bukan satu kekurangan yang besar. Ingat, OTAK tu lagi penting. Lagi satu, kau akan kerja dengan komputer. Banyak guna komputer. Masa belajar pun guna komputer, masa kerja pun guna komputer. Aku ni tahap dari mata terang sampai kena pakai spek dah. So,make sure korang ada basic knowledge pasal komputer. Nak pasang komputer sendiri macam mana. Nak dismantle macam mana. Jangan nangis ya adik-adik perempuan, kalau ada lelaki yang sudi tolong Alhamdulillah. Tapi laki Melayu? ikut pengalaman aku..*cough cough*.. 

4. Kalau jadi engineer atau pelukis pelan pun boleh buat kerja arkitek.
Engineer apa yang kau maksudkan? Civil? Aku malas nak cakap la kenapa arkitek & engineer selalu tak sehaluan (sebab aku pernah experience and bila engineer tu bagi suggestion aku macam "you did not!! Seriously this engineer? you're making my building UGLY" sambil muka berkerut tahan stress). Seorang arkitek yang background dia memang architecture educated tu tak adil lah kau letakkan sama taraf dengan engineer mahupun pelukis pelan. Diorang ada skill masing-masing. Dia samada kau nak bangunan kau ada nilai estetik yang tinggi ke atau aci siap aci redah?Dia ibarat macam ni la, kau nak tempah baju kahwin yang ala designer. Kau nak pergi kat Rizalman ke tailor? Tahu tak berapa ramai tailor yang bila baju siap, fitting dia tak best? lari ke. Dari segi function, ya masih boleh digunakan, masih boleh pakai menutup badan tapi kau ghase?? Puas ke idak?

5. Nak jadi arkitek kena pandai Maths ke? 
Aku pernah ambil add maths dulu kat sekolah. Tapi aku rasa memang tak berguna pun. Maths masa bekerja ni very basic. Pakai calculator aje. Takde formula pelik-pelik nak ingat. Paling susah pun trigonometri kot sebab nak kira kecerunan & panjang kecerunan je. Selain tu cuma tambah, tolak, bahagi, darab aje. 

6. Saya nak jadi arkitek sebab saya nak buat bangunan hebat-hebat.
Ni memang lah. Takpe, aku pun dulu camni. So naive *kesat air mata*. Ok situasi dia macam ni ya. Bangunan kan, kenapa dia dibina? Sebab ada demand. Ada client. Masalahnya, kau yang hire client atau client yang hire kau sebagai arkitek? Sudah tentulah client yang akan upah arkitek, bukan? Jadi, kau akan buat bangunan ikut apa yang client nak, ikut budget client. Bukan ikut apa yang kau nak. Yes, kau boleh bagi suggestions, options. Persoalannya.. kalau client tu background dia bukan senibina, kau rasa? dia ada taste tak pasal design bangunan tu? Kalau ada bagus. Kalau takde tu yang rasa cam harom sikit. & client always?...Right. Maka ber huhuhu lah kau sebagai arkitek bila semua benda yang kau dah bayangkan dalam otak & dalam mimpi tak dapat direalisasikan. Aku teringat bos aku dulu pernah kata.."I dah 20 tahun bekerja, tapi takde pun bangunan yang I dapat design sendiri ikut taste I" Situasi dia bukannya arkitek buat bangunan cantik-cantik dulu, bangunan dah siap baru tanya "halo-halo, sape nak beli bangunan I yang I perasan cantik ni?" No.. doesn't work like selling tudung/baju/ayam penyet.


So, macam mana? rasanya clear sikit tak? Rasanya salah faham korang tu dah boleh dibetulkan tak serba sedikit? Ni aku explain sebab aku nak korang BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA. Jangan terpedaya langsung dengan drama Melayu yang tunjukkan watak arkitek contohnya watak Mia Ahmad dalam apetu? Hati perempuan ke apa ntah sebab aku tak tengok drama. Tengok iklan-iklan & sedutan pendek je pun dah geli. Aku rasa macam nak muntah. Tak pernah aku tengok arkitek perempuan selembik tu, asyik nak merajuk. Like hello? Kat ofis mana ada masa nak fikir pasal masalah cinta pun. Aku lempang gak kang. Tolong buat studies sikit pasal ke-kompleks-an kerja sebagai seorang arkitek. Nak borak-borak dalam ofis pun boleh kena marah tau kalau dapat bos garang. Tapi part arkitek cantik tu aku setuju la. Sebab ramai je arkitek lawa & tak gedik, pandai pulak tu kan... (eh cakap pasal diri sendiri ke ni? WAHAHA..  berdosa tau riak takbur weh Astaghfirullalaziim..hehehe..)

So, kesimpulannya..bukalah mata dan hati ye. Fikir logik, fikir rasional. 

p/s: Sesiapa yang dah memang arkitek tu, tolonglah tambah apa yang terkurang kat entri kali ni ya. Kalau apa yang aku explain salah pun takpe, boleh betulkan sebab saya budak baru belajar. JAUHHH lagi perjalanan aku ni. Aku pun selalu dahagakan ilmu. Kalau rasa entri ni bermanfaat especially kalau korang students, bolehlah share pada rakan-rakan. Suruh dia "wake up" sedikit. Ni bukan course untuk kau rasa bangga bila kau bagitahu orang kau arkitek. Komitmen dengan jurusan ni akan buatkan korang punya masa bersama kawan & keluarga banyak terkorban masa belajar. Masa kerja, depends pada ofis & projek yang kau handle. Sometimes masa kerja pun masa banyak terkorban. Dulu sebelum aku study architecture takde sapa explain kat aku pasal benda-benda kat atas ni. Even ada kawan pernah berpendapat "alaa, biar je diorang habis belajar & masuk kerja & rasa sendiri". Tapi takkanlah aku nak biar korang 5,6 tahun baru tahu realiti jadi arkitek ni macam mana. Korang dikira lucky la zaman sekarang makin canggih, di hujung jari aje semua info. Sekian, terima kasih sebab baca entri ala kitab ni. Ciow!











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...