Friday, April 14, 2017

Trip ke Pakistan-Day 1 [Lahore]

Penerbangan kami delayed dalam setengah jam. Kami tiba lambat sedikit di Lahore. Setibanya kami di Lahore, memang kami dipandang agak pelik. Mungkin sebab pertama, pemakaian. Kami tak memakai salwar kameez. Kedua, sebab yang tiba kami berempat semua perempuan. Sebenarnya ada lagi seorang kawan yang datang dengan parents beliau tapi dia sampai awal seminggu. Kami tak dapat pergi sana awal sebab ada antara kami susah nak dapat cuti kerja.

10 March 2017- Tiba di Lahore International Airport dalam jam 10.20pm. Perjalanan dari KL ke Lahore mengambil masa lebih kurang 6 jam guna Malindo Air. Bagi aku, Malindo Air is better than Air Asia dari segi keselesaan. Sewaktu sampai, kan aku cakap kan ni trip yang planning paling takde plan. Kami tak tahu pun sampai Lahore nanti kena ambil Uber untuk pergi rumah kawan ke, & tak tahu pun kami akan tidur rumah siapa sebenarnya. Sebab kawan yang kahwin tu just cakap dia akan prepare tempat tidur. Being Malaysian yang pemalu ni mestilah malu sikit entah nak tidur rumah siapa ni weh? Rupanya tidur rumah family Waqas, suami si Saba. (btw time ni diorang dah nikah. Kami cuma mampu pergi majlis resepsi belah suami dia je). Kami tiba malam kan, jadi tak nampak sangat suasana Lahore di waktu malam. Tambahan pula renyai sikit malam tu. Aku pernah jumpa si Waqas ni beberapa kali masa di UK. Cuma ingatkan dia ni pendiam. Rupanya tak. Sangat protective. Sesuai sangat dengan Saba, weolls happy okeyy. Jadi sebelum sampai rumah Waqas, kami dibawa ke tempat makan di Old Lahore Road. Oh lupa nak cakap, masa sampai tu cuaca sejuk. Dalam 10 degree celcius. Feeling dia sama macam masa aku baru sampai Birmingham dulu pada musim Autumn. Cuma sekarang di Pakistan musim Spring la. Hilang kepam panas dari KL. Cuaca yang dirindui gittew. 

   

Gambar sekitar Old Lahore Road


Ini sejenis syurga dunia. Orang Malaysia mesti suka makan ni. Masakan diorang ni serius sedap. Makanan ruji orang Pakistan bukan macam kita k. Kita kuat makan nasi. Orang mereka kuat makan roti. Samada capati atau naan. Lauk jenis tak berkuah sangat.


Masakan pertama kami makan lepas sampai Lahore. Sedap sungguh! Tapi Saba & Waqas kata ni macam biasa je.Takde apa yang special Huhuu.. (T___T) tak special pun dah rasa nak nangis. Sophie suka feeling over, maafkanlah dia readers.

Duit rupees Pakistan macam ni la. 

11 March 2017-Disebabkan malam semalamnya kami tak sempat tengok keadaan sekeliling Lahore sebab agak gelap, jadi kami ambil kesempatan untuk menikmati sekitar kawasan Old Lahore. Sebelum tu, ibu Waqas menyediakan sarapan pagi. Favourite aku pastilah Chai. Macam teh tarik. Sebenarnya teh susu tapi dia tak tarik. Dia masak dalam periuk. Susu yang digunakan pun tak guna susu pekat manis tetapi susu segar. Best!


Dulu masa kat Birmingham, Saba selalu offer kalau aku nak chai. Me being me, of course lah tak pernah tolak. Pernah dengar? Rezeki jangan ditolak. =)


Culture diorang ni, kalau roti bakar atau apa-apa jenis roti yang masih panas, dia tak macam kita tutup pakai tudung saji. Kalau roti dia tutup pakai kain macam ni. Supaya tak hilang haba cepat sangat.


Morning walk sebelum mandi, muka nan basi. Kalau kat area sini, rumah jenis nampak macam tak siap. Finishes dia macam a bit confusing. Lain rumah lain design dia. Aku tanya Waqas & Saba kenapa rumah sini macam tak standardize design dia. Waqas kata kat sana rakyat marhaen jenis tak ikut law sangat. Jadi boleh buat rumah ikut sukahati & ikut kemampuan. Sebab tu aku ingatkan rumah tak siap. Sebenarnya semua lot ada penghuni cuma maybe nampak macam tak berpenghuni sebab takde pulak nampak orang sidai pakaian kat tingkap ke apa. Lepas tu bukannya ada halaman rumah bertaman macam rumah kat Malaysia. Terus masuk pintu aje. Macam rumah kedai pun ada.

Lepas membersihkan diri,bersiap & feeling cute *muahaha*, kami berjalan-jalan sekitar Lahore. Ni sehari sebelum kenduri sebelah Waqas. Saba demam, jadi dia tak dapat teman kami jalan-jalan. Weolls mestilah bersemangat gila dapat berjalan kan. Tak pernah sampai Pakistan kot! Masa nak berjalan tu kami naik trak. Wehh seriously ni pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sebab trak dia jenis agak open kat sisi & belakang tapi berbumbung jadi dapatlah lihat suasana jalanraya di Lahore. Ohya, Waqas kata Lahore ni ada dua bahagian, Old Lahore & New Lahore. Rumah Waqas di Old Lahore (katanya sini lebih tradisional) & projek pembinaan laluan kereta api tengah dijalankan. Oleh itu, kawasan situ agak berdebu.



Jadi, pengalaman berada atas jalan raya di Lahore ni memang one of a kind. Sebab macam terkejut campur teruja. Bayangkan eh, atas jalanraya ni lah ada kereta, ada rickshaw (ala-ala Tuktuk kat Thailand), then ada pejalan kaki, ada kereta keldai, kereta kuda, penunggang motosikal yang kebanyakannya tak pakai helmet & satu motor boleh tunggang sampai 3-4 orang. Motorcyclist siap boleh jalan atas divider. Tercengang kami. Macam banyak sangat benda atas jalanraya. Lepastu bunyi hon tu macam wajib & non stop. Kat sana bunyi hon bukan something yang rude tapi macam nak bagitahu orang "hello aku ada kat sini tau, kau alert sikit k.Tepi tepi!" Pening juga tapi orang sana kelihatan sangat biasa dengan suasana tu. Walaupun pejalan kaki pun main lalu je walaupun tengah sesak, takde pulak aku nampak ada accident (so far). Sejujurnya bila fikir balik plan asal nak sewa kereta dari airport tu memang bersyukur la tak jadi sewa sebab aku kecut perut jugak weh kalau nak drive kat situ. Memang tak boleh apply pemanduan berhemah. Jadi sebenarnya apa aku nak cakap ni, aku pernah pergi negara maju & memandu di roadways negara sangat maju seperti di Germany, Switzerland dan kadang aku tercompare dengan pemandu Malaysia yang rasa macam asyik nak maki je. Tapi bila sampai Pakistan, banyak sangat benda yang aku bersyukur di negara sendiri. Kiranya ada benda yang kena compromise la. Ada benda yang lebih baik di Malaysia, ada benda yang lebih baik di Pakistan. So bila pergi negara orang, tujuannya dah tentulah nak belajar pasal budaya mereka juga, bukan untuk pandang rendah ke apa, big No No okay. 

Pagi tu kami melawat kawasan Badshahi Mosque. Pandai diorang ni, bawa architect ladies pergi tengok peninggalan Mughal Emperor. Bangunan yang mempunyai sentuhan senibina Mughal ni memang cantik. Banyak guna marble. Sejuk je bila pegang. Waqas kata kalau solat Jumaat, penuhlah kawasan yang kami berdiri ni. So gempak. Aku rasa macam besar gila kot. Kalau zaman Mughal Emperor tu taktahu lah macam mana kehidupan zaman dulu kan. Hebat. Aku meneliti details pada bangunan masjid dengan rasa kagum. Halus ukirannya. 




Sebelum masuk kena tanggal kasut dulu. Tempat suci kan.


I am handsome.




Dinding marble. Sejuk. Budak arkitek kalau tak pegang-pegang bangunan tu tak sah. Tangan mesti gatal je nak sentuh material. Harap maklum kalau terjumpa spesis camni kat mana-mana monument bersejarah atau bangunan cantik. Sentuh bangunan takpe, asalkan tak sentuh lelaki bukan muhrim.
(^_^)V









Kami berempat berjumpa kawan lain si Aqila bersama family beliau dan kawan baik beliau, Fathin. Mereka sampai Pakistan awal seminggu dari kami.

So dari kiri: Aereena-Sophie-Shak-Aqila-Fathin-Laida.
Untuk korang faham, Aereena, Aqila & aku adalah housemate masa di Birmingham sekali dengan Saba. Laida pula adalah bestfriend aku tapi dia pun study di UK (Lincoln) & suka lepak Birmingham. Jadi Laida & Saba pun saling kenal. Shak pula bestfriend aku & Laida tapi agak femes & tak payah dikenalkan kat Saba sebab muka dia selalu keluar kat gambar kitorang post samada di FB atau insta.


Bergambar ramai-ramai dengan Aqila & family, Waqas, pakcik Waqas & kawan Saba si Omer.


Hazuri Bagh ialah kawasan landscape di tengah-tengah kawasan ni. Planning kawasan ni berbentuk plaza yakni empat segi tengah-tengah ada ruang kosong. Pahe dak? Kiranya zaman Emperor Mughal dulu kawasan ni dikawal ketat & merupakan sebahagian dari Walled City (Interior City of Old Lahore). City ni terlindung dengan adanya wall yang tinggi dan mempunyai 13 gate utama. Tapi dirobohkan oleh British ketika zaman penjajahan British. Jahat tau.

Walaupun bangunan kat sini sangat lama tapi kecantikan & keunikan bangunan ni masih kelihatan terutamanya dari segi material bangunan tersebut.





Belakangku itu adalah Lahore Fort. Nampak gah kan wall tinggi kat belakang tu. 




Candid by photographer. Nampak tak bahagia disitu.


4 ladies. 4 different personalities. Bersatu bergabung jadi pecah perut. Lucu diorang nih. Kat sana orang ingat kami jauh lagi muda. Yes! Macam student camtu. Sebab kitorang macam having fun asyik gelak & ketinggian tak setinggi orang-orang sana so nampak macam kebudak-budakan kot. Nak gi mana pun diorang jaga. Tak tahu kat Malaysia kita sikit punya independent lagi muka ketat menghadapi hari yang penuh pancharoba. Gituh!


Hai rindunya trip kita berempat
Aereena-Me-Shak-Laida = great travel buddy!
Homagad can I like plan our next trip. Jangan sesapa kawin dulu boleh tak? hahaha..

Lepas berjalan area Badhshahi Mosque, kami pergi makan tengahari. Lepas tu, cadangnya nak sambung berjalan, tapi sayang sebab trak rosak (sebab kami berat sangat ke? OMG haha..) Lepas tu, ada politician mana entah lalu so jalan tu macam kena block dan banyak kereta pusing berpatah balik. Jadi, tak dapat sambung jalan.


Standard makanan kat sana.

Sepanjang naik trak tu kan, ada la pengalaman kelakar. Kami ni kan semua perempuan. Walaupun bertudung & semua berspek hitam (kononnya unidentified), tapi terlalu obvious yang kami ni orang luar. Sebab kalau orang Pakistan kan, diorang ni kalau keluar memang pakai baju tradisional diorang. Baju salwar kameez yang labuh tu. Lelaki pun sama. Fuh, memang hensem imanku dah senipis kulit bawang.hahaha. Pakai spek duduk belakang asyik menikmati keindahan ciptahan Tuhan aje. Kejap-kejap Zayn Malik lalu dengan motor, kejap-kejap Harris Baba. Weii! Kat Malaysia pun tak rajin nak usha lelaki kot kat sana macam waaahh layannya naik trak, angin sepoi-sepoi bahasa sambil perhati gelagat & rupa orang yang macam pelakon Hindustan ni. Ohya, kat sana golongan wanita tak banyak keluar rumah., majoriti lelaki. Dan yang bagusnya budaya mereka ni, aku tak nampak pun couple duk jalan pegang tangan. Kalau ada couple pun biasanya married couple & tak over pun, takde pegang-pegang tangan & berpeluk. Sangat berbeza dengan Malaysia bukan? Budak sekolah pun pandai berpegang tangan berpeluk walaupun berpakaian sopan & bertudung. 

Insiden yang kelakar tu bukan apa. Ada satu rikshaw (ala tuktuk ni), pemandu dia asyik mengekor aje, pastu penumpang dia dua orang asyik senyum-senyum melambai. Aku bajet sebab diorang jarang nampak tourist ke apa meh? Aku lambai jela balik dan senyum je (sebenarnya tak nampak sangat muka penumpang sebab reflection tingkap depan rikshaw. Sekali rikshaw tu merapat sikit & penumpang tu baling something macam sampah masuk dalam trak. Pelik lah kami kan. Then pemandu tu buat sign language macam suruh bukak sampah tu. Eh risau jugak kan apa benda yang dia baling ni. Kutip kat kaki. Berdekah gelak kami. Bagi no tepon rupanya dengan initial "F". OMGeee so Hindustani movie. Baling no tepon masuk dalam trak pun boleh..sampai pulak tu masuk dalam trak.


Bila balik rumah Waqas kami pun cerita la kat Saba pengalaman kami naik trak tu kat Lahore & kepelikan kami melihat keldai & kuda di jalanraya. Sempat cerita pasal kejadian orang bagi number. Diorang pun gelak. Diorang kata "Ahh, cheap guys are everywhere now". Oooo, macam ni ke cheap guys di Pakistan. Okay nanti aku kena cerita pasal arranged marriage di Pakistan.



Tengahari tu kami rehat di rumah Waqas, then petang adik Waqas pakaikan henna kat tangan kami & ada menari-nari sikit dari golongan khunsa. Kat sana kan, golongan khunsa ni, dia bukan totally pondan. Diorang panggil, "the in between". Jadi khunsa ni biasanya jadi golongan penghibur. Petang tu mereka datang menari & menyanyi. Aku pun tak tahu nak explain sangat budaya diorang ni. Tapi ada juga tanya kenapa guna khunsa tapi bukan perempuan? Saba kata, Pakistan kan negara Islam. Kalau biarkan perempuan asli yang menari meliuk lentuk takut macam mengghairahkan jadi ianya kurang baik lah gitu. Oooo..okay.

Mereka pun ada rewang jugak. Jiran tetangga sedara mara jugak yang masak untuk kenduri keesokannya.


Tengah tengok "the in between" menari & menyanyi sambil ada muzik.




Anak buah Waqas. Comel gilaaa...Tengok lah bulu mata dia. Budak-budak kecik kat sana serius comel gila. Stress aku tengok macam nak gigit-gigit je pipi, rasa nak bawak balik sorang, boleh tak?

Adik perempuan Waqas pakaikan henna untuk kami.

Malam pula, disebabkan esoknya ada kenduri kahwin Saba & Waqas, kami decide nak cari baju ala-ala Pakistani walaupun dah bawak baju kurung. Saje nak fefeeling.  Jadi mak Waqas, adik & kakak Waqas teman kami pergi market yang jauhnya cuma boleh jalan kaki je. Kami mencari yang simple je sebab kalau kat Malaysia kan boleh pakai lagi. Tapi diorang sedikit pelik kenapa kami nak cari yang simple sebab kenduri kan? Jadi aku rasa mereka ni banyak unsur-unsur budaya India juga. Diorang rekemen gaun yang banyak bling-bling.. Buntang mata aku tengok. Kami semua geleng-geleng takut nak pakai, meriah sangat. Sedangkan kat Malaysia pun gi kenduri orang aku ni simple je. Takut aku nak pakai meriah sangat weh kang lawan tokey pulak kan. Jadi malam tu sempat lah kami beli baju ala Pakistan. Nak tengok? Tunggu next entri. Yang follow insta & facebook aku tu dah tahu lah ceritanya. 


Jalan-jalan sekitar market




Patutlah masa kat Birm selalu tengok Saba & kakak dia suka pakai kasut macam ni.

Oh sebenarnya kat kawasan sekitar perumahan Waqas ni, kalau korang pernah pergi Bandung (Indonesia) maybe akan paham apa aku cuba sampaikan. Rumah kat sini, macam berselirat dia..kalau jalan kaki tu aku panggil macam jalan tikus. Jalan sempit untuk pejalan kaki. Macam masuk maze. Kalau diorang ni tak guide masa pergi market tu, rasanya memang nangis dah aku tak sampai rumah Waqas.

Malam tu pula ada kawan-kawan rapat family Waqas yang perempuan, berkumpul kat bawah & menyanyi sambil pukul gendang ke tabla entah. (Actually aku taktahu nama alat muzik tu tapi korang tengok je dalam gambar k.Sukahati aku je kan.) Mereka suruh kami nyanyi tapi aku cuma tahu lagu Kuch Kuch Hota Hai aje. Ohya, bahasa yang mereka guna untuk bertutur ialah Urdu. Bunyi macam dalam cerita Hindustan tu. Tak ramai yang boleh cakap English. 

Malam tu dah pukul 12 tengah malam. Tapi waktu Malaysia dah 2am (Malaysia cepat 2 jam dari Pakistan), jadi kami memang penat & ngantuk sangat jadi minta diri naik atas untuk tidur dulu. 

p/s: Kat sana tangkap gambar dah bercampur-campur gambar dari DSLR, dari handphone. Jadi kualiti gambar lain-lain. Harap maklum. Sebenarnya walaupun entri ni macam entri bergambar tapi percayalah gambar yang ada jaaauhhh lagi banyak dari ni. Cuma kena select ikut kesesuaian la bila nak post. Entri seterusnya aku akan ceritakan pengalaman menghadiri kenduri orang Pakistan. Stay tuned. 



2 comments:

  1. hi sis...sori kalau soalan tak relate dgn artikel...nak tanya sis masih buat kelas renang ke?

    ReplyDelete
  2. Sis perbelanjaan kat sana macam, i mean mahal tak barang2 kat sana? Tuktuk dia?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...