*best shot of the day kononnya*
Hye!!! Untuk julung-julung kalinya.ecehh..Aku kan macam tak pernah lah buat entri pasal aku mengajar kelas renang kan. Makanya aku rasa sekali sekala aku share jelah ok. Lagipun selalunya kalau aku mengajar siapa lah nak ambilkan gambar kan. Jadi kali ni aku mintak adik aku jadi photographer sebab dia baru balik dari sekolah. Lagipun ni kelas kanak-kanak. Harap-harap takde masalah la. Sebab kalau letak gambar orang dewasa takut menyentuh sensitiviti mereka pula kan.
Jadi hari itu, hari Khamis. Sekarang ni setiap hari Khamis aku mengajar kelas renang untuk murid-murid dari International Islamic School di Shah Alam. Dah nama pun budak-budak kan. Aku seorang kena handle dalam 10 orang budak. Total ada 5 instructors. Memang PENAT sangat sebenarnya mengajar kanak-kanak ni.
Di awal kelas kami mengadakan mini competition untuk murid-murid ni atas permintaan guru mereka. Macam, ada rumah sukan la. Siapa yang nak lumba berenang breaststroke, kick with board ke. Yang simple-simple ajelah.
*cuba tengok betul-betul. Apa boleh kah waktu competition bersembang-sembang di dalam air? (-_-') kalau dah budak-budak tu..*
Lepas competition habis, tinggal dalam30 minit aje lagi untuk ajar swim. Tapi, budak-budak ni kalau once dah dapat main dalam air. Bukan nak belajar betul-betul dah.Haaaa..bukan main hyper lagi. Terloncat sana sini, terjun masuk kolam. Padahal kaki mereka bukan sampai pun nak cecah lantai. Main redah aje. Sebab tu kalau kelas budak-budak penat sikit sebab kena bagi extra care. Pulak tu guru mereka ada pulak kan. AIsyhhh.. nak tengking-tengking memang takleh lah kan.. (-___-) Aku ni dahla suka buli kanak-kanak. Harharhar..
*budak yang bila aku ajar dia cakap dah pandai. Bila suruh swim hampir lemas pula. Memang susah nak percaya sikit cakap budak-budak nih. huhu. Akal mereka tuh nak main aje yang benornya.*
*nampak tak betapa susahnya nak control bebudak ni. Cuba tengok di belakang sana aksi berani terjun menerjun. Huhu..Habis suara aku jadi rawk lepas habis kelas sebab asyik terjerit-jerit je suruh dengar arahan.*
*Usaha memujuk student belajar. Sebab ada yang takut dan taknak buat terus. Huahua <---kasihan dengan diri aku sendiri sebab kena buat cerita dongeng la apa lah.*
*yeahh..breathe in with your mouth open*
*bubble out with your nose. Make sure you can see the bubbles in the water.
Hah lebih kurang gitu la nak mengajor. Sebenarnya tak perlu pun sampai usha ada buih keluar tak tapi sebab nak kasi budak-budak senang paham terpaksa lah cakap macam tu.hihi.. *
Kat belakang ada dua lagi cikgu. Tapi tengok lah budak-budak ni memang kaki mereka tak sampai. Berenang punya berenang bila dah sampai ke tengah sikit mula lah berpaut kat aku. Ada ke patut aku jadi tempat berpaut.
*sesi bergambar dengan cikgu. Chewah. Yang baju belang pink ni umur dia baru 7 tahun. Tapi masa mini competition tu dia menang woaa.. Dia memang pandai berenang.
*heheh..biasa la, cikgu kesayangan. Chewahhhh! Murid lain pun nak bergambar. Ahaks!*
Lepas habis kelas tu, aku balik rumah, terus terbaring atas katil dan tertidur dengan lenanya. Tanda kepenatan terlampau. Huhu. Serius kelas ni ialah kelas kanak-kanak yang paling memenatkan. Ini baru budak-budak perempuan. Belum lagi budak-budak lelaki kan. Siap main lawan-lawan dalam air. Aku jadi Otromen kau jadi Raksasa lah. Aku power rangers hitam, kau biru lah. Adoii.. Memang pening nak layan tapi layan ajelaaa..
Biasanya kelas budak-budak takdelah chaotic sangat macam ni. Ni sebab diorang ni ada ramai dalam 50 orang. Jadi bila ada geng ramai, tu yang taknak belajar betul-betul. Kalau cikgu laki barulah diorang ni segan sikit kot. Biasanya sambil-sambil mengajar tu aku rajin juga borak-borak dengan students aku tak kira peringkat umur. Tapi kalau budak-budak ni lain pesyennya. Suka kerumun keliling aku. Lepastu tanya "Cikgu, cikgu dah ada boyfriend? Nama dia siapa?" Apakah kenapa kau perlu tahu nama pakwe aku pulak nih..kau baru 7 tahun kot (-_-") Kadang-kadang aku suka buat cerita dongeng.
Budak-budak: Cikgu, kenapa air ni sejuk sangat? (sejuk sebab kolam indoor & tiada heater sebenarnya)
Aku: Owhh..lupa nak cakap, sebelum kamu datang tadi Cikgu letak ais banyak-banyak dalam kolam ni.
Budak-budak: haaaa??? patutlkah sejuk!! Menggigil saya cikgu.
Budak-budak: haaaa??? patutlkah sejuk!! Menggigil saya cikgu.
Aku: Haaaa? (dalam hati. Kata lah diorang percaya? T_T )
Satu kejadian yang paling aku tak boleh lupa dengan kelas kanak-kanak kan. Bila dah kerumun tu, boleh pulak seorang budak ni cakap."cikgu ni comel laaa.." Sambil cubit pipi aku. Omaigodd.. Kau bayangkan kau cubit pipi lecturer kau?Apakah budak-budak ni??? Ok, aku senyum aje. Aku macam tak tahu apa aku perlu buat. Ok bye. Tu je cerita harini. Harap korang enjoy baca.
P/S: Sedang mencari peserta kelas renang (wanita dewasa) untuk group baru. Bermula 20 Mac setiap Ahad. Jam 9-11 pagi. Berminat sila email di sophiealyahya@gmail.com