Showing posts with label drawings. Show all posts
Showing posts with label drawings. Show all posts

Friday, October 1, 2010

Lukisan Saya Dulu-dulu -Black & White (Part 1)

Hye semua! Harini aku terasa mahu bernostalgia pulak. Memandangkan aku dah nak habis belajar ni.(InsyaAllah kalau tak repeat apa-apa paper), aku teringat pula sewaktu aku baru masuk belajar di UiTM. Yup! Masa awal-awal belajar senibina,kami diajar perkara asas la dalam senibina iaitu melukis. Aku sebenarnya tak sedar yang aku boleh melukis.Nak kata hebat sangat tu taklah sebab strokes pun ada keras sikit kan. Jadi takpelah,ni lukisan masa sem 1.Sekarang dah sem 8. Tapi dah lama tak lukis begini sebab sekarang asyik pakai software aje..*rindu ohh* ;(  Part 1 entry ni ialah lukisan hitam putih. Part 2 nanti ialah lukisan berwarna. Lukisan berwarna yang first time aku melukis dan mewarna pakai water colour ohh. Tunggu~ ok jom zass lukisan hitam putih dulu!!

Sorrylah gambar tak berapa nak clear.Sebab ni bukan scan.Ni tangkap gambar pakai camera.Kat bawah ni baru pakai scanner.

Gambar atas ni lukis pakai pensel biasa yang berlainan gred.

Gambar diatas ialah rumah kedai.
 
Gambar atas ni ialah gambar bangunan di KL.Siapa dapat teka?hihi.
(entah-entah lukisan ni tak dapat sampaikan gambaran bangunan sebenar kot.huahua..) Sebenarnya aku tanya sebab aku sendiri tak sure ni bangunan apa.huahua.Gambar ni ialah test tau.Lecturer bagi gambar on the spot kena lukis dalam masa sejam ke dua jam entah tak ingat pulak.

Seriously gambar di atas ni aku sendiri tak paham tulisan Cina ni.Aku main amik je gambar then lukis balik. Kalau bangunan lama ni tingi sikit nilai estetikanya. Sebab yang buruk-buruk tula yang menarik untuk dilukis dan diambil gambar. Hurm,tapi yang aku peliknya ada orang tak percaya aku yang lukis.Lantak kau lah labuuu..

p/s: Penat tau nak render lebih.huhu.Kena bagi nampak shadow lah,texture lah..apa-apa ajelah. Untuk subjek ni aku dapat A- masa dulu. Susah lah nak dapat A.ramai yang hebat-hebat.  So macam mana? kalau aku start melukis balik agak-agak boleh dijual tak? hihihihihihihiiii..(kenapakah aku harus gelak seperti puntianak ini..?) Mata aku dah tekeluar huruf RM.ngaaaa!!!! Haa,nak tanya,kamu suka lukisan yang mana eh? Sebab bila sendiri yang lukis tak tahu mana satu yang paling best.Tolong bagitahu pendapat kamu ok.Itu sangat membantu.Trimas bos!

p/s: kalau nak tengok image yang lebih besar boleh klik kat image tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...