Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Dinner Anugerah Sukan. Bajet Macam Atlit.

Assalamualaikum dan selamat datang =)

Harini aku mahu update sesuatu yang telah lama berlaku yakni tanggal 25 Februari hari Jumaat sehari selepas mengajar kelas budak-budak yang hari Khamis itu. Heh. Heh. Ini ialah Malam Anugerah Sukan UiTM. Kiranya anugerah untuk para atlit la. Kononnya aku lah yang atlit tu. Heheh. Tapi tak, sebenarnya aku jadi wakil kolam renang aje. Bila berkata tentang dinner rasmi mestilah pakaian pun rasmi. Takde makna nak pakai dress ke gaun ke. Tetapi, aku telah berjaya cuba-cuba mekap muka sendiri.Haaaaaaaa... ce tengok. ce tengok!



Ni hasil dari suka belajar kat Youtube dengan blog cik MizzLullaby lah ni. Untuk mata aku guna eye shadow warna purple + black. No lipstick. Tapi pakai lip balm. Aku rasa seronok juga main kaler-kaler ni agaknya sebab aku memang suka melukis + mewarna kan.  (^_^)

 Sangat teruja sebab first time masuk dewan baru UiTM  ni. Aku bakal konvo disini weyhhh.. Bestnyaaaaaa!!

Yang paling tinggi ni lah Raja Azlina, perenang kebangsaan yang aku pernah cerita selalu ternampak dia berenang di pool UiTM. Laju giler dia swim weh macam dolphin aje bila dia buat Butterfly stroke. Kalau orang lain teruja bergambar dengan artis tapi aku teruja bergambar dengan atlit. heheh. =B


Wey korang tengok lah dalam dewan ni. T_T  cantik laaahhh.. Efek lighting dia, acoustic, space. Hurmm. I still love architecture no matter what =)

 Ok aku memang suka dengan dinding dia nih.

 Dan design ceiling. Wahhhh.. Best-best. (ok mungkin korang tak paham dengan keterujaan ini. Fine. takpe-takpe)

So there goes the girls  =) Sayang semua sebab mereka nih best!!!

 Ni pun sayang sebab sedap... =D


Dan sambil tu ada persembahan.
Persembahan lagu Jangan Pandang-pandang yang Ana Rafali nyanyi tuh. Cuba tengok betul-betul. Sebenarnya ada seorang gadis, lelaki dan syaiton. 

Tarian kebudayaan. Favourite. Boleh tengok di skrin..

 Mahupun di pentas.

 Selepas  itu dihidangkan dessert iaitu ais krim mini Cornetto. Comel sangat.

 Kecik betul. Entah tengok muka sorang-sorang macam tak puas aje..hahaha..

 Haaa, Encik Sahol pun ada tau. Sesiapa student UiTM tak kenal Sahol memang tak patut lah.

 Ok sebenarnya si Arina ni kuat mengusik si Mior sebab dia kuat melatah. Kesian giler ehh.. 

 Bash dah bertudung tau sekarang =D  suka. Comey.


 Ni meja atlit betul ni. Bukan sahaja mewakili UiTM malah negara. Dari kiri Raja Azlina , Zahra si perenang selat yang menerima anugerah khas dari UiTM, yang lelaki ni Taufiq namanya. Dah nama atlit renang kan, badan pun haruslah fit dan bidang yer.

Masa kat dinner ni lah boleh jumpa ramai atlit UiTM ni. Kadang-kadang kita tengok orang yang bersukan ni kalau kat padang ke peluh-peluh lah kan. Tapi sebenarnya mereka ni fit. Postur badan elok tegap aje. Jadi bila dinner macam ni, dan mereka tidak berpakaian sukan tetapi memakai pakaian formal, wallaweiii.. Memang nasib baik I setia tau. =B   kahkah. Ok main-main kang ada yang merajuk kang. Pendek kata boleh jumpa abang-abang fit dan kakak-kakak tough la. Dan bila ditayangkan kejayaan atlit UiTM, aku rasa bangga sangat dengan diorang. Tak sangka ramai juga yang sampai mewakili Malaysia. Dan anugerah keseluruhan dimenangi oleh pasukan Futsal UiTM. Ok tahniah!!

Gambar kami yang pergi dinner.


Ok bye. Ingat tau, kalau nak belajar mekap pergi ke blog MizzLullaby tu atau cari di Youube pun banyak. Or magazine ke. Heh. Siap promote pulak. Macamlah korang tak tahu. Kah kah. Ok seriously, bye-bye. =B

Thursday, September 2, 2010

Dulu dan Kini Jauh Bezanya.

Dulu..

sebelum masuk belajar UiTM,
walaupun aku tidur lambat,aku masih boleh terjaga kalau terdengar bunyi apa-apa sewaktu tidur. Memang alert habis lah! Kalau orang sentuh sikit dah boleh terjaga. 5 saat sebelum jam loceng berbunyi pun aku dah terjaga.Hebat kan?Kira kononnya macam ada dejavu yang loceng tu akan berbunyi jap lagi.(ceh..ceh..cehh..hiperbola selalu aku nih..) Apatah lagi kalau ada SMS masuk atau orang call.Memang senang giler lah bangun!

Kini..

semenjak masuk belajar..
Jam loceng aku yang bunyi annoying tahap gaban "KRINGGG!!!" tuh dah rosak.Aku rasa dia dah tak larat menjerit.Sebab aku susah giler nak bangun. Aku ingatkan sebab bateri dah kong.Aku pun tukar la bateri.Tapi dia tak mahu bunyi lagi.Fine! Aku rasa dia merajuk dan taknak bekhidmat dengan aku lagi. Mana taknya, kalau berbunyi, satu rumah sewa boleh dengar walaupun pintu bilik aku tertutup.Tapi jam kat tepi telinga aku nih,aku masih boleh tidur lena tahap air liur meleleh nak buat peta dunia baru kat bantal tuh..

Hp? Huhuuu..jangan cakapla..Orang call, missed calls sampai 21 missed calls. yang ke-22 baru aku terjaga. Aku stress! apakah penyelesaiaan masalah aku nih..

*Rasa macam menulis kat ruangan keluh kesah bersama Kak Esah pulak*



Friday, August 27, 2010

Hari Aku Menjadi Staff UiTM Shah Alam!

Haaa..korang baca betul-betul ehh tajuk di atas. Ada rasa macam tipu tak? Sumpah aku tak tipu. Aku benar-benar nih jadi staf. Kalau jadi staf UiTM korang tahu tak apa maknanya? kad staf tu boleh lepas masuk mana-mana palang oii..Dengan keluasan UiTM Shah Alam yang merangkumi seluruh seksyen 1 ni, dengan siap berbukit bukaunya..aku dah tak payah risau nak parking kat mana. Aku tak perlu naik tangga kat Blok D FSPU yang sama tinggi dengan bangunan 5 tingkat,lepas tu kena naik lagi tangga dan bukit untuk sampai ke kelas di Tingkat 5 atau studio.Aku tak perlu parking kat padang kawad lepas tu jalan pergi fakulti.Aku tak perlu melalui pak guard kerek yang selalu tak bagi naik walaupun sekejap SEBAB NAK AMEK FILE AJE OKEYYY..
Aku tak perlu risau pak guard akan clamp atau saman kereta aku kalau nak parking mana-mana..

Ceritanya begini..

Aku terima number staff dua minggu lepas,baru berkesempatan nak buat sticker kereta staf semalam. Oh bila jadi staf aku dilayan jauh lebih baik berbanding student.Nak buat sticker tu serahkan surat yang aku ada number staf,lepas tu terus dapat sticker & tak payah bayar.Pekerja pun cakap baik-baik,takde nak kerek-kerek.

Masa nak tampal sticker kat kereta hati  penuh riang nyanyi "lalalalalalalala.." sambil rasa nak menitik air mata. tsk..tsk..

Lepas tu kena pergi menara buat kad staf. Lif nak pergi tingkat 6 rosak? aku nak sampai tingkat 1 pun kena panjat bukit (owh UiTM kenapa lah kau ni terletak kat atas bukit..) Lagi nak naik tangga sampai tingkat 6? puasa pulak tu.. tapi aku bersyukur.Sekali pergi terus siap kad staff aku tu.Muka siap berminyak-minyak,tudung comot momot.Abang tu siap tanya lepas amek gambar..

"nak amek lagi sekali ke ni dik?"

"eh takpelaa..tak payah susah-susah bang.." (dalam hati: huh! buruk sangat ke gambar aku tadi?)

Bila dah siap aku teruja gilaaaa ahhh dapat kad staff tuh.Turun tangga siap nyanyi-nyanyi lagi.."lalalalalaaa..." tengah jalan siap senyum sorang-sorang pulak tuh sekali "kecepekkkkk~!!!" aku tergelincir! (aaaaaAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaa~ malunyaaa akuuuu!!!) tulaa,suka sangat pergi mana-mana pakai seliper Jepun.Nasib tak ramai orang waktu tuh.Lantai basah & seliper aku dah haus.

Lepas tu aku ke Pejabat Fasiliti pulak nak validate kad staff aku tu supaya aku boleh melepasi mana-mana palang. Bapak senang lah..isi borang ajeee.. (-_-") lepas 2 hari dah boleh guna. 

*huahuahuaaaa....jangan jeles yer tawan-tawan semuaaaa..*



Nota Kecil Hari Ini:
1.Kalau ada yang tertanya-tanya macam mana aku boleh dapat number staf,tidak..aku tak rasuah sesiapa. Aku bekerja part time untuk UiTM .
2.Hati lebih lega dan sangat lega sebab aku boleh parking mana-mana yang aku suka tanpa perlu risau.
3.Aku sangat sengal kerana kad dan stiker  ini sebenarnya aku boleh dapat 2 tahun lepas.Sekarang aku di sem akhir pengajian.Sekian,terima kasih.. T_T  (hidup ini memang indah kan..)

Friday, August 20, 2010

Siapa Kata Kawan Menangis Susah Nak Cari?Ada je Depan Mata.

Entri ni sebenanya aku nak buat ketika 1 Ogos haritu bersamaan dengan Friendship Day.Tapi memandangkan aku banyak kerja nak buat jadi terpaksa lah tangguh. Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang sahabat. Ada juga aku terbaca di blog orang lain tentang sahabat. Ramai juga yang rasa susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas zaman sekarang, ada yang suka berkawan dengan ramai orang tapi taknak terlalu rapat.Lebih kepada untuk bersosial. Ada yang suka bergerak solo kerana rasa lebih senang begitu.

Aku ada bestfriend sendiri dari sekolah.Sampai sekarang masih bestfriend dan aku hargai sangat mereka.Kali ni aku mahu ceritakan tentang kawan di universiti.

Di universiti ni aku ada geng aku sendiri. Aku kenal mereka sejak aku masuk Sem 1 lagi. Hari demi hari, sem demi sem,tahun demi tahun.Aku mula sedar dan merasai ukhwah yang kami bina. Aku tak tahulah kenapa,dalam ramai-ramai budak dalam kelas,aku boleh rapat dengan mereka,inilah yang dinamakan jodoh dan takdir kot. Aku juga rasa, kami sangat rapat kerana siang dan malam kami bersama.Faktor jurusan senibina ni pun boleh jadi sebab kenapa kami rapat. Sebab kebanyakan masa akan dhabiskan di dalam studio.Buat kerja pun sama-sama. Tidur pun kadang-kadang sebelah-sebelah aje,kongsi bantal yang sama. Tapi walaupun kami rapat, tak bermaksud kami tidak bergaul dengan orang lain. Kami bergaul aje dengan orang lain, boleh aje lepak sekali cuma bila dengan geng sendiri, ada satu perasaan sayang dan alert dengan perasaan antara satu sama lain,tengah okey ke,sedih ke,marah ke,rasa nak belasah orang ke.


Jadi entri kali ni aku beri peluang kepada diri aku untuk mengekspresikan perasaan aku tentang kawan  selama aku  masuk universiti ni. 

Aku rasa ....

Ada orang yang merasakan dirinya cantik dan hot, maka nak cari kawan pun yang hot-hot. (golongan ni aku rasakan perasan,macam bagus, & boleh berambus)

Ada juga yang tak kacak/lawa tapi nak berkawan dengan yang cantik-cantik aje, taknak berkawan dengan orang biasa-biasa tambah-tambah lagi yang bertudung macam aku ni. (ni lagiiii lah perasan nak mampuih lagi menjengkelkan)

Ada orang baik dengan kita sebab nakkan sesuatu, ade jelah udang di sebalik mee dia tu. Tapi bila nak minta tolong dia bukan main berkira.

Ada kawan yang makan kawan.Tak boleh kawan tu  lebih dari dia.Buat fitnah tentang kawan.Jadi ni bukan lah kawan namanya.

*kami tak hot..kami cool ajeee.. =) *

Tapi bagi aku...

Saturday, July 24, 2010

Proses Buruh Binaan Model Tapak (Site Model)


Hari selepas BBQ di rumah Encik Salmizi, aku dan rakan-rakan satu kumpulan bertungkus lumus menyiapkan tugasan kerana esoknya ada presentation site. Slide powerpoint masih belum gabung dan semak, model site belum buat lagi. Masing-masing risau takut tak dapat siapkan. Tapi tak apa, kena berfikiran positif dan yakin boleh.

 
 Mulakan dengan tenang, rancang dulu macam mana nak buat model dan bahagikan tugas. Ada yang buat tapak, ada yang buat bangunan, ada yang buat pokok, jalan raya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...