Showing posts with label Michael Graves Hotel. Show all posts
Showing posts with label Michael Graves Hotel. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Singapore Trip: Day 1- Rileks

Hai semua!! Aku dah sedia nak cerita pengalaman aku di Singapura ni. Aku berada di sana dari 3-5 Jun 2012. Family trip ofis tempat aku bekerja. Memang..AWESOME!!!! Cuma duduk kat bilik masa nak tidur & mandi aje. Selebihnya jalan-jalan ikut suka hati nak pergi mana sampai kaki dah tak boleh jalan.

Harap maklum entri trip pergi Singapore ni semestinya akan diselitkan dengan gambar-gambar yang banyak. hihi.



Kami menetap di Hard Rock Hotel, di Resort World Sentosa. Dalam Resort World Sentosa ni ada beberapa lagi hotel yang lain dan Universal Studio Singapore(USS) pun terletak dalam Resort World Sentosa. Oleh itu, hari kedua tu kami ke USS dengan berjalan kaki aje. Dekat jew~


Walaupun hotel ni ada swimming pool tapi takde nafsu nak swim sebab hampir setiap weekend dah aku turun kolam. 

 
Yeeeehaaa!! Bilik aku dengan Aainaa!! Katil queen bed sorang satu? Empuk gila pulak tu. Bila tidur rasa susah gila nak bangun aku pun tak tahu tahap keselesaan apakah ini..

Lepas check in, siap sedia pergi Maritime Experiential Museum & Aquarium (MEMA) sebab dapat tiket free. Muzium?? Apakah? Aku lagi suka baca buku sejarah dari pergi muzium. Aku selalu rasa muzium adalah tempat yang creepy.wuhuhu..


Tapi bergambar tu wajib lah kan. 

Muka eksaited tu wajib lah kan..

Background best tu wajib lah kan..


Mem-poyo-kan diri tu wajib lah kan..Eh kejap, aku berdiri pun hampir sama tinggi je dengan paras topi merah tu?? Cisss!

Tak lama sangat berjalan di muzium sebab dah petang. Ada plan lain pulak. Nak pergi berlumba! Muahahaha.. So kami naik train pergi Siloso Beach. Dekat je. Train ni pun memang khas untuk Resort World Sentosa & nak pergi VicoCity.


Naik cable car tau nak naik atas bukit ni. Sebab nak main kereta lumba tanpa enjin (sukahati aku aje nak sebut nama kereta tu macam tuh)







Haaa, ni lah kereta lumba tanpa enjin yang aku cakap tu. Sebab dah naik cable car naik bukit, jadi kereta ni turun bukit,kita cuma perlu duduk, then kalau nak brek, sila tarik stereng. Kalau nak laju-laju, sila turunkan stereng. Kalau rasa teringin nak terbabas, sila lepaskan tangan terus.Gerenti tercapai hasrat anda.


Semangat konon-konon naik Formula 1. Choiii!!


Fuh stail!!!

Camni lah nak mainnya. Turun bukit. So terpulang nak bawak laju ke  perlahan. Sendiri boleh handle. 


Yerrr!!! korang memang awesome lahhh!!!! Thanks Abang Man bawak saya datang sini!!
(^___^)V

Malam tu aku dan Aainaa berjalan-jalan sekitar Resort World Sentosa.(sebab roommate kan so selalu bersama.heee)

Suka tengok kedai Candylicious ni. Rasa macam dalam cerita kartun pulak. Warna sangat ceria!


Aku pun ceria! Eerrr, kesian Mr.M, kena bau ketiak I baru lepas main Luge. Hahahaha. Kalau dia hidup tengok muka dia, kepasrahan kan?


Dalam kedai. Best gilaaa!! Tapi bila nak beli fikir banyak kali. Tula, sapa suruh convert duit Malaysia. 



And some architecture:
Michael Graves Hotel. 

 
Love the structures. Boleh ternganga dan layan perasaan gak la kalau nak layan aje architecture.

Full moon bebeh!!!



During dinner time. Dalam Festive Hotel.


Dalam lift kat Hard Rock Hotel. Boleh buat anting-anting sihhh!!!

Okeyyy! camtu lah first day aku kat Singapore. Last aku pergi Singapore tahun 2009. Tapi tak pergi sini pun. =(
Yeahh, nantikan entri seterusnya. Second day kat Universal Studio Singapore!!! Best gilaa naik Battlestar Galactica Cylon dengan Transformers The Ride. Arghhh! Sebenarnya tak puas naik dua benda ni. =B Tapi sudah-sudah lah tu, malam kena sedut inhaler tak sedar diri betul perempuan ni.  (-_-')






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...