13 March 2017-Alhamdulillah driver yang bernama Rohail itu tiba pada masa yang dijanjikan. Mula-mula terkejut la sebab kenapa driver ni segak? sebab ada sorang kawan Saba kat Lahore yang ada driver, driver dia macam obviously berbeza dengan driver kami. Servis memang terbaik. Dahla tolong angkatkan beg masuk kereta. So manly. Nampak tak, sebab dah lama sangat independent sorang-sorang so bila orang tolong benda-benda kecik pun nak rasa so terharu. Driver panggil kami 'madam' pada awalnya. Sebenarnya tergelak kecil kat belakang. Mungkin masih di awal perkenalan. Satu benda yang aku suka tentang travel ialah, travel adalah satu cara yang paling korang boleh nampak perangai kawan korang kalau korang travel bersama dia. Sebab waktu travel la akan ada masalah yang timbul, kecik atau besar, jadi kau boleh tengok reaction orang tu handle masalah macam mana. Lepas tu kadang time tula sakit, rasa nak marah la macam-macam emosi tambah lagi kalau perempuan datang bulan. So ada orang yang boleh adapt dengan situasi, ada orang bila tak boleh adapt, dia akan menampakkan sisi dia yang kurang sporting atau uncool lah bagi aku. Jadi, travel dengan Rohail selama 3 hari membuatkan suasana tegang tu menjadi okay. Kami anggap dia sebagai kawan (yang berbayar lah tapi kan.haha). Kami bertukar-tukar cerita, dia ajar bahasa Urdu kami ajar dia bahasa Melayu. Katanya kami adalah orang Malaysia pertama yang dia bawa. So special sikit lah kan. Tapi memang sepanjang perjalanan tu kami sangat happy, asyik gelak, tak ingat apa masalah or kerja yang menanti di Malaysia. Whatsapp masuk pun lantakkan aje.
Kami bertolak pagi tu dalam 7 lebih. Singgah di McD untuk breakfast. Kat sana, fast food agak mahal. Bila convert, almost double the price di Malaysia. Nak masuk McD kat Lahore, kena scan okay. Scan macam kat airport. Kat sana memang banyak polis & askar merata. Ohya, dalam 2 minggu sebelum kami pergi Lahore tu sebenarnya ada kes suicide bomb.Boleh baca link sini. Ada kaitan dengan Taliban & dijangka suicide bomb tu hanya permulaan. Mak aku berat hati nak lepaskan pergi sebenarnya. But me being me. Aku just cakap dah beli tiket. Oops! Sorry not sorry?
Pemandangan sepanjang highway ni akan melalui kawasan pertanian. Kat sana, rumah nampak simple tapi menurut Rohail, tuan rumah kalau yang ada tanah ni dikira orang kaya la kat sana. Entahla maybe tanah banyak ekar kot. Lepastu tanah ni dibuat ladang buah. Cuma rumah nampak simple bagi kita, bukan? Untuk arkitek macam kami pulak, sepanjang dalam kereta kami selalu discuss pasal senibina sepanjang jalan. Basically ikut pemahaman aku based on apa yang orang sana sampaikan, kat sana susah sangat nak hujan. Jarang sekali. Jadi logik lah kalau takde hip-roof. Cuaca pun 4 musim, tak memerlukan overhang pada bumbung juga. Tak sepanas Malaysia. Aku kagum sebenarnya sebab orang sana ada skill susunan batu bata yang agak cantik. Kalau kat Malaysia kan pekerja buruh Indonesia yang susun batu bata, lepas tu sebab batu bata tu akan dicat lepas sapu plaster, maka susunan tu ikut suka hati caca marba je kan diorang susun. Kalau exposed bricks ni aku rasa macam orang yang susun tu sangat passionate dan penyabar ye. Ok lah tu nasib baik ada pekerja buruh dari sana. Orang Malaysia ni ada meh skill susun batu bata cantik-cantik? *tanya je, jangan sentap lak kalau kau terer.hmm..*
Sekali sekala ada view cenggini. Sambil layan lagu bahasa Urdu ala Hindustan. Serius layan, mendayu-dayu cam nak nangis. Over kan perempuan ni?
Jadi tepat kata Rohail bahawasanya kami akan sampai dalam masa 4jam macam tu. Lepas breakfast, kami gerak dalam pukul 12.30 camtu sampai Islamabad (ada benti kat RnR sekejap lah). Kadang tengok pemandangan, kadang tertidur berdengkur cam motor bot gamaknya. Pemanduan orang-orang di Islamabad adalah berbeza dengan orang kat Lahore. Islamabad ialah capital city of Pakistan okay. Area dia terasa mewah. Macam posh area gitu. Ramai politician duduk situ. Orang-orang sana punya pemakaian pun nampak lah macam lagi moden/mahal. Ada seorang Pakistani ni bagitahu aku (boleh check google gak), bahawasanya Islamabad ni listed dalam no.1 dalam best capital cities in the world. Aku pun tak pasti lah rank tu berdasarkan apa. Yang pasti Islamabad ni terasa tenang. Takde rush apa sangat. Pastu macam diam je. Silent. Landscape sepanjang jalan pun cantik, hijau, redup. Aku siap tanya Rohail kenapa macam takde orang je sini. Diorang ni pergi mana? Pergi kerja ke? Sebab aku bayangkan capital city kalau macam Kuala Lumpur kan macam Ya Rabbi sesaknya & sometimes can be so stressful kan. Rohail kata Islamabad memang camni. Tenang. Patutlah dia kata dia suka drive di Islamabad berbanding Lahore. Di Islamabad lagi safe nak drive & tenang-tenang aja.
Ni Cadillac Guest House.
(Gambar blur sebab curi-curi amek gambar, boleh?)
Oh gentleman nya angkatkan bag weolls. *flying kiss dari belakang abam driver*. Kitorang nak bawak sendiri, tapi Rohail insist dia kata biar dia buat. Terharu sis. Kaum lelaki kalau korang tak hensem tak payah susah-susah buat plastic surgery tau. Korang be a gentleman je, konfem terus nampak hensem di mata perempuan!
Kawasan tempat kami menginap tu, nice lah area dia. Kalau kat Malaysia ni, macam lalu kawasan Subang Jaya USJ 5. Rumah banglo-banglo tu. Takpun macam lalu kawasan Bukit Damansara. Pastu banyak pokok-pokok. Rasa tenanglah pendek citer. Beza sangat dengan kat Lahore. Kat Lahore aku susah nak bertenang atas jalan raya. Orang yang ada darah tinggi atau sakit jangtung cuba la elak pergi Lahore ya.
Tengahari
Lepas check in Cadillac Guest House, kami pergi lunch. Nak murah-murah je kata kami. Makanlah capati dengan kebab ayam.
Ni tempat kami makan. Kata Rohail, ni macam food court la.
Untuk gambar-gambar entri ni, nampak macam cuaca panas kan? Sebenarnya matahari memang rasa macam terik. Silau mata. Tapi suhu sejuk. Best cuaca dia.
Macam-macam ada. Of course lah sedap.
Lepastu kami pun minta Rohail bawa kami pusing Faisal Mosque. Faisal Mosque ni cantik. Masjid terbesar di Pakistan. Berjaya disiapkan pada tahun 1986. Lagi tua dari kami. Again, appreciating architecture kot. Pegang sana pegang sini. Bukan pegang orang hokeyy jangan gatal-gatal, pegang material bangunan. Sebenarnya bila jalan kat Pakistan, memang orang selalu tengok kami semacam macam kami ni alien. Sebenarnya mungkin sebab pemakaian kami. Orang selalu ingat kami Indonesian. Baju aku pulak memang guna kain batik Sarawak.haha. Dengar diorang bisik-bisik. Senyum jela. Ada juga yang tegur kami. Sebab pernah datang Malaysia. Wah bangga, bangga.
Orang Islam dari negara lain selalu respect orang Islam dari Malaysia tau kalau korang tak tahu. Sebab bukan kat Pakistan je orang puji negara kita. Masa aku kat UK dan travel Europe pun kalau orang Islam lain tahu aku orang Malaysia, selalunya mereka recpect lah. Dan nama Tun Mahathir mesti keluar dari mulut mereka. Disegani okay.
Faisal Mosque dari luar.
Ohya, nak masuk dalam kawasan ni of course lah kena tanggal kasut. Ada penjaga kasut yang korang kena bayar sikit lah untuk sewa tempat letak kasut. Diorang ni alert je tau. Aku haritu terlajak setapak je kot kat tempat dalam masjid ni, dah kena sound kena tanggal kasut. Lek arr..
Nampak tak pakcik belakang tu? Haa, tu baju tradisional orang Pakistan. Majoriti orang sana pakai macam tula. Aku suka tengok sebab nampak sopan. Pulak tu diorang kan tinggi-tinggi, segak sungguh hangpa ni, ada yang kacak jadi macam cuci mata pulak kehn.. hoi dahla kat masjid! Puhleez!
Nah sila layan gambar di Faisal Mosque!
Masa nak keluar dari masjid, masa tu aku tengah pakai kasut, nak ikat tali kasut. Aereena datang kat aku kata "trip ni..macam trip jatuh cinta kan, kak copi?" Statement yang jujur tapi tak dapat nak nafikan. Wakaka..
Tahulah ramai jejaka muka ala Hindustan.
Petang
Kami ke Saidpur Village. Tapi takla jalan beriya sangat. Sikit-sikit aje. Saidpur Village ni kawasan bersejarah sebenarnya. Kampung ni dah ada sejak zaman Empayar Mughal.
"The village has the footprints of various civilizations, including Gandhara, Greek, Buddhist, Mughal, Ashoka and the colonial periods, and now serving as a popular recreational spot for both local and foreign visitors. -bak kata Wikipedia.
Kalau perasan dalam gambar-gambar entri ni, yang nampak langit kan, langit tu biru je takde awan. So nice kan =)
Kami nak naik Marghala Hill sebab nak tengok night view Islamabad dari bukit tapi Rohail kata masih awal. Better pergi tempat lain dulu. Maka kami masuk shopping complex The Centaurus. Ni lah pertama kali aku masuk shopping complex yang kena scan dulu sebelum masuk. Scan macam kat airport tu. Ada palang if kau bawak barang larangan, maka dia akan berbunyi. Siap dengan scan handbag sekali macam nak scan luggage dalam airport tu. The Centaurus ni sebenarnya mix-development project. Dia ada shopping complex 5 tingkat kat bawah, ada unit hotel, ada unit residensi. Designed by British architecture firm. Bila masuk, sebenarnya volume bangunan ni rasa kecik aje. Tak la rasa luas ke apa. Tinggi per level from floor to ceiling pun aku rasa macam 3 meter je. Dari luar nampak best. Masuk dalam, macam ok ok jela. Dia bukan macam feeling kau pergi Midvalley ke Sunway Pyramid ke yang ruang dia besar double volume tripple volume macam tu . Aku rasa macam sempit je space dalam tu. Kami tak rasa cam nak shopping apa sangat pun. Nak pi toilet je sebenarnya. Sejuk kehn kat luar. Hahaha. Ohya, kat Islamabad orangnya nampak macam dah biasa terima tourist so takdelah rasa dipandang sangat pelik ke apa.
Camni lah kena scan sebelum masuk shopping complex. Rasa macam, weyy apa salah aku? Muka aku nampak macam penjenayah meh?
Overall building model The Centaurus.
See! Nampak tak ada polis lepas first glass door visitor tu masuk? Kat situ kena scan bag. Setiap access ada polis jaga dan kena scan. Bersyukur tak Malaysia masih aman? *eh tetiba*
Malam
Kami naik ke Marghala Hill dalam pukul 6.30 untuk tengok view dari atas bukit. Kalau kat Malaysia, dia macam pergi Look Out Point Ampang tula. Beza nya atas ni sejuk gilos. Kat atas ni, kami berhenti di Monal Restaurant. Memang famous kat sini. Pun sama, kena scan jugak nak masuk. Lepas tu kami pun menikmati view dari atas. Boleh nampak bandar Islamabad dari atas. Cantik sangat-sangat dan sejuk sangat-sangat kat atas.
Fantastic view from Monal Restaurant. Fantastic, Romantic. Bombastic semua boleh. Sesuai untuk Honeymoon pun ya gak. Yang tak kahwin lagi boleh berangan fefeeling jela dulu eh.
Walaupun muka hakak blur dan dah ngantuk tapi yang penting view di belakang tu weyy. Rasa macam Weyyy! taknak balik, tak habis fefeeling lagi ni. Tapi dah kejung, sejuk. Mana lah nak tahu rupanya sejuk sangat cuaca kat atas ni.
Siang tu kami dah check dah harga menu kat restoran ni. Rasa macam harga cafe hipstur kat Malaysia kalau convert. Tapi disebabkan kami tak rasa nak makan berat kat situ, kami tangkap-tangkap gambar aje lepas tu beli dessert yang best. Masa tu musim strawberry festival kata sorang pekerja tu. Boleh penuhkan satu pinggan dengan pelbagai dessert yang berasaskan strawberry untuk harga PKR400 (dalam RM18) sahaja. Ok lah tu. Banyak kami ambil. Sedap pulak tu so yummeee.. Sebab strawberry kat Pakistan rasa lagi sedap & manis dari strawberry kat UK. Honest. Bila turun dari bukit, kami pun makan di restoran western. Sebabnya kadang tekak ni tak larat jugak kalau hari-hari makan capati dengan kari aje weh. Sampai satu tahap hang boleh cemuih jugak.
I love you..Islamabad.
Assalam. Pakistan. Tpi yelah, hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sndiri. Smg prjalanan kak Sophie tu dpt menmbhkn ilham seorang archi. Best blog!
ReplyDeleteBauslah citer camni...saya memang tefikir2 jln2 ke Pakistan lebih2 lagi bhgn northern. Kamu pegi cara backpacker ke?
ReplyDeleteSaya nak pergi Pakistan ni.. 😬
ReplyDelete