Wednesday, August 8, 2012

Melaka- Bandaraya Bersejarah

Hari pertama di Melaka kami ke Jonker Street dan Pantai Klebang. Jadi Hari Kedua pula, selepas menziarah Ummi Paan dan pusing-pusing rumah baru mereka, aku dan kawan-kawan lain berjalan-jalan di Bandaraya Melaka pula. Ada orang tu nama je study kat Melaka tapi tak pernah naik Menara Taming Sari. Ooops! Sorry Mira! Aku asyik nak kutuk kau je dalam blog aku nih. ;p 


OMG..Nampak sangat muka excited first time nak naik. 

Aku dah pernah naik dah masa tahun 2009. Tapi dulu smooth je naik. Ni second time aku naik, Taming Sari ni tak servis ke apa? boleh pulak tersekat-sekat masa kat atas. Hello, jangan buat lawak pula di angkasa ok. Aku dah terbayang dah Final Destination tuh takut dah naik tinggi tetiba jatuh terhempas. Ishhh!! Dasyatnye imaginasi aku. Aku rasa ada dalam 3 kali jugak lah benda alah ni tersekat-sekat. Takut gila. Lepas ni aku tak nak naik dah. huhu..

Anyway, apa yang boleh nampak dari atas ni?
Obviously mata aku cepat je terpandang nih. Haha..

Dataran Pahlawan


Semestinya bumbung ini. Bagi aku, bumbung adalah salah satu part pada bangunan yang agak rumit nak design. Tak semudah yang dilihat. So,aku ambil gambar ni sebab kalau aku ambil dari bawah memang taklah kan nak nampak design bumbung ni.

Okey, selepas dikejutkan dengan beberapa gegaran yang tak kelakar sewaktu di dalam Menara Taming Sari itu, kami pun berjalan ke arah Bangunan Stadthuys. Tak lah sampai naik bukit sebab dah pernah naik dah dulu. Sekadar pusing-pusing, sekali terbau cempedak goreng dari jauh. Cempedak goreng itu sangatlah nikmat kan.. So dengan kuasa deria bau kami yang tiba-tiba hebat mengalahkan tikus, kami pun sampai lah tempat cempedak goreng tu. Rupanya kat tempat Cendol yang femes tu. Cendol Clock Tower. Jadi, kami pun beli lah cempedak goreng & again, cendol.. Hemoh-hemoh.. (^__^)

Mestilah cendol pulut durian. Wajibulghunnah ni kalau datang Melaka.

Lepas pekena cendol dan cempedak goreng, semangat kami yang kus sebab gegaran di Menara Taming Sari berjaya dipulihkan... *over! over!* So, berjalan-jalan lah lagi. 

Hello brader sister, korang ni nak photoshoot cover album Najwa Latip dengan Sleeq "Untuk Dia" ke nak photoshoot pre-wed ni? eh! eh! uhuks! uhukss!
Eh tapi korang nampak comey lagi soo suweet dalam gambar nih. Ikhlas! =)

Cak!! Bergambar ala bajet chomels ni memang we'olls suka noq! rasa macam kembali ke zaman remaja gituh!


Tolong saye! Tolong saye! saye konfius nak buat apa nih!!

Gempak betul batu yang Portugis guna untuk buat kubu nih. 500 tahun dah tapi masih kukuh..Walaupun surface dia aku yakin tak sama dengan dulu, tapi terserlah kekuatan kubu ni. Haih.beza betul dengan bangunan sekarang kan? Kalau rumah kita berumur 500 tahun, apa yang tinggal agaknye?

Alololo.. 

Kincir angin. 

Jalan punya jalan, jumpa lah Muzium Samudera. Ala, yang kat tepi jalan ada replika kapal besar tetiba. Hihih. Itu muzium sebenarnya. Yang ni wajib masuk sebab dulu-dulu aku tak pernah masuk.



Nak masuk pun sempat nak posing ala manjew. Tourist kat belakang pun pandang kitorang macam "Seriously, at the staircase?!"


Perempuan-perempuan ini lah..seriously? di mana-mana sahaja? selangkah bergambar, dan selangkah lagi, bergambar lagi.
*patung tu pun meluat agaknya tengok kitorang posing.Haha. Well, sejarah menarik, tapi muzium? huhuh..aku memang selalu ada goosebumps lah kalau masuk muzium. Sebab tu macam (-____-) bila nak masuk muzium. Patung-patung tu pun scary juga yer kawan-kawan*

Dalam muzium ni, ada papan kenyataan gitu bagi menceritakan kisah Melaka, dari zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, hinggalah zaman kejatuhannya dan hubungkait bagaimana Belanda, Portugis dan Inggeris masuk ke Melaka, sehinggalah ke zaman penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Ada juga lukisan, artifak pasal perdagangan zaman dulu. Sadiss sekali kalau baca sejarah. Sebab tulah kawan-kawan, sejarah itu sangatlah penting walaupun macam bosan kan nak baca. Tapi ini serius! sangat serius! Kalau mengerti sejarah tanah melayu sampai hari kemerdekaan, kamu akan sangat sayangkan negara kita. & siapa yang minta negara kita jadi negara Republik itu memang.hurm..lahanat sungguh yer..patut dibuang negara.
Eh, ok. ter-emo sikit. Biasalah dah nak hari Merdeka ni semangat patriotik pula. 

Malamnya, selepas dinner di rumah Ummi Paan, kami ke Bandar Hilir semula untuk ke Muara Sungai Melaka. Sebabnya, kami nak naik cruise. Siang-siang tak nampak cantik. Sebab takde lampu-lampu. Lagipun air sungai tu idak ler bersih.


Naik cruise ni RM10 seorang (dewasa) Ohya, menara Taming Sari pun nak masuk kena bayar RM10.

Banyak masterpiece kat bangunan-bangunan yang ada di kiri dan kanan sungai ni. Err, mungkin sebab aku ni pun minat seni kan, jadi aku memang layan lah tengok mural tu semua.



Penat gila dah muka aku sebab dari pagi berjalan. Sebenarnya time ni, penat pergi Redang pun tak hilang lagi.  Inikan pula berjalan lagi tak hingat dunia.

Sebelum pulang ke hotel, disebabkan makan durian menjadi salah satu agenda ketika berada di Melaka, maka kami pun tercari-cari di mana lah orang jual durian kan. Sekali jumpalah kat Klebang.


Oit, muka feeling gila. Tahulah ni nikmat dunia. hahahaha..

Ok, aku memang peminat durian. Sekian, terima kasih. 

p/s: kawan-kawan, berjalan, berjalan juga, solat jangan tinggal yer. Yang boleh jamak tu jamak ler taqdim ke taakhir, jangan jamak takyah terus pula ok. 

6 comments:

  1. Amboi, sakan dia jalan before fly eh :D take care dear..study bebaik. balik msia, bwakan ole2 untk rin eh.HAHA.

    btw, belikan si putih untk rin jgk! ;)

    ReplyDelete
  2. tempat2 ni round tahun lepas.. serious macam sis ckp, berdebar siot nak naik menara tu.. dahla sy jenis gayat.. memang kejung je duk kat seat tu.. huhu tapi xamik cruise kat sungai melaka tu, amik cruise yang dekat laut tu... tapi yg sis naik ni lagi best je tengok..

    ReplyDelete
  3. amboi..seronoknya dia berjalan2 ye..rasa nak pegi plak ke melaka ni buat kesekian kalinya....

    ReplyDelete
  4. omg! lama giler x jejak kat siniO.O

    ReplyDelete
  5. wah..seronoknya dia jalan2...pasni gi oversea jalan2 amik gambar *bumbung8 lg ye..akak agree la part bumbung tu mmg paling ssh nak hadap n sbb tu akak tak amik degree archi...

    seronokkan melaka?sebagai bakal menantu org melaka,nnti akak dah dk melaka (tak tau tahun bila) mohla kita dating camtu..bawa anak2 skali ye..kahkah

    ReplyDelete
  6. saharinasaharudin:
    hahah.. ole2 tahan lagi. Si putih? Erkkkk!!!!!!!!!!

    Shizansyafik:
    Yg kat sungai ni cantik sebab malam tu cantikla. nampak setting bangunan dengan lampu2 bagai..

    O'gosh:
    Hahahaha.. memang sangat seronok kot. Sila2.. boleh memajukan industri pelancongan Malaysia. =)

    Puteri Nur Aqiliah:
    Hahahahaha... yeke? alaaaaa... ='(

    Airaniez Wirdani:
    hehe..mesti2..duk overseas memang akan rajin update lah nampak gayanya. wow..boleh2..entah tahun bila lah sy nak ada anak2 tu kak..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...