Monday, December 19, 2011

I Have Been Proposed and I Am Engaged. Yeehaa!!

Assalamualaikum wahai rakan pembaca sekalian.

Sangat penat sebab aku baru pulang dari bercuti. Yes, bagi yang bertanya pada entri lepas, aku telah meninggalkan blog dan facebook tanpa khabar berita aku nak pergi mana. Nanti aku update k. (semoga rajin update.huhu..)

Merujuk perkara (tajuk) di atas, bukanlah saya yang di propose dan dah engage tuh. Oh tidak~
Tajuk nak gempak aje kan. Heh heh!

Lepas pulang dari Bangkok, aku terus bukak facebook. Aku nampak orang share video yang Oh sooo suweeet ini. Rasa terharu. T__T ada realiti begini.




Secara jujur dan ikhlas dari hati aku, bukanlah aku menolak keras couple mapel ni. Adalah perlu juga untuk mengenali pasangan kita sebelum berkahwin ye tak? Nanti kang lepas kahwin takut tak serasi lah apa lah kan.
Tapi bagi aku, bertemu jodoh begini pun not bad juga. Aku respect lelaki ni. Sebab dia berani & yakin dengan pilihan dia. & memandangkan si gadis pun dah buat solat sunat istikharah dan percaya dengan pilihan dia, insyaAllah, inilah jodoh dia. Aww~ *terharu*

Inilah yang aku tak suka tentang couple mapel zaman sekarang ni. Err, aku snap dari belakang. Aku yakin diorang bukan pasangan dah berkahwin. Sebab muka budak sekolah.Huhu. Dating di Times Square. Biasanya orang dah kahwin ni kita boleh beza cara diorang, Ye tak? Tapi kalau betul memang dah kahwin, my bad. Sorry yah.
Aku kurang gemar melihat gadis bertudung suka hati dibiarkan disentuh teman lelaki. Mahupun berjalan berpegang tangan, apatah lagi dibiarkan dipeluk. Errr.. aku pula yang terasa malu bila memandang. huhu. Pada aku, tudung membawa erti yang besar. Bila bertudung, turut bagi efek pada perbuatan, adab, akhlak dan harga diri. 

Aku berpendapat, seorang lelaki yang baik dan menghormati seorang perempuan takkan sesuka hati menyentuh perempuan itu. Yer, walaupun perempuan seperti Lollipop, sedap dipandang mungkin juga sedap disentuh dan dirasa tapi tidaakk.. Wahai perempuan, janganlah mudah sangat biarkan diri disentuh sesuka hati. Jodoh itu belum pasti. Macam mana kalau kalau kamu berkahwin dengan orang lain & satu hari nanti kamu dan suami terserempak ex kamu. 
Mungkin dalam hati ex kamu: Alaaa,minah ni aku dah puas pegang & comolot dah. Tak heran laaa..aku dah dapat apa yang suami dia dapat walaupun suami dia dapat extra. Eh!!

Tapi kalau kamu memang tak pernah disentuh, mesti kamu akan rasa satu kelegaan yang besar sebab menjaga harga diri kamu. Rasa macam tak rugi apa-apa lah. So mana satu pilihan kamu? ada otak pikir baik-baik. Ayah aku selalu pesan, ikut otak, jangan ikut hati. Aku memang setuju.

p/s: kalau korang ada bf/gf, tak perlulah update status jiwang-jiwang sangat di Facebook dan letak gambar suweeet-suweet bagai. Sikit-sikit tu bolehlah,aku maksudkan yang betul-betul over seperti "baby, thank you for today, sedap ice cream u cuapkan." Euww~ (-_-')   Benda yang kita nak kekalkan, tak molek digembar gemburkan dan dihebahkan selagi belum pasti. Paham nggak?

btw, pemilik video di atas ada blog juga. She's cute. =)
Boleh klik: Dena Bahrin

18 comments:

  1. ts mmg da jd tempat remaja buat maksiat,,xsuke bena

    ReplyDelete
  2. Eh baru sangat2 tgk video ni tadi. Ada org share kat FB gak. Mmg sweet

    ReplyDelete
  3. a'a kan sophie..kekadang muak gak tgk kapel2 yg suke upload gmbo dating bermesra-mesraan dorg kat pesbuk tu..err..bukan bermaksud nak jeles..tapi entah la..;p

    ReplyDelete
  4. video tu sangat2 sweet! betul. aku cukup tak berkenan dengan orang bercinta bagai nak rak ni. hmmm

    ReplyDelete
  5. betul2.
    kadang2 yang umur 25 tahun pon dok jiwang2 kat fb euwww euwwww.
    tuh belom kawin tuh.
    hehehe

    eh eh tapi jiwang sikit dalam blog takpe kan :P

    ReplyDelete
  6. Hehehe ingat da x nak balik da..
    Hehehehe.. Pastu ingat da btul² da ikut tajuk entri tu... Melepas den.. hahahaha..

    p/s: Kekadang dOrg memang over...

    ReplyDelete
  7. Ingtkan Copi tadi yang nak bertunang... Aaa.. Kapel mapel? Macam nama cita anime pulak dah.. haha.. Nice video.. Dah tgk sebelum nie.. Mmg berani la itu lelaki.. haha..

    ReplyDelete
  8. Laa , ingt kak Sophie la yang tunang tadi :P hehe

    ReplyDelete
  9. skrg ni alhamdulillah x penah lg berpegang tgn dgn pakwe ke apa..
    skrg pun dh x da pakwe..
    bguslah jugak..
    hidup nie terisi dgn benda yg lebih berfaedah..

    cumanya harap sgt andai kata 1 hari nanti.. saya dh jumpa dgn someone jgn saya terhanyut cm tu..

    ReplyDelete
  10. Weh, dia pegang mana tu? Kofkofkof. Yang part facebook tu sangat lah ee agree. Semua status nak berjiwang. Gambar dating berlambak. Herm, simpan sorang dah la

    ReplyDelete
  11. sweet kan..parents yg carikkan..

    happy for both of them..

    ReplyDelete
  12. yg ada anak, ajar lah anak pompuan dr kecik utk berani berkata TIDAK pada perbuatan yg boleh mnjatuhkan maruah diri. anak lelaki di ajar utk hormati kaum wanita. (berkata kpd dir sendiri)

    ReplyDelete
  13. boleh bercinta.. tapi jgn lah hukum dan syarak di abaikan..
    selamat tahun baru adik Sophie..
    -abg-

    ReplyDelete
  14. twinkle-twinkle: hurmmm.. TS tu mcm Teeetttt..no comment.hhihi..

    Miss Ff:
    SANGAT SWEET.. =)

    Cik Sha:
    i got what u mean. rasa macam, Daaa~ whatever lah kau noq..

    Hanaahmad: aku berkenan je kalau bercinta mcm nak rak lepas nikah.hihih..

    J.Syazwana: erkk..seriously??? jiwang kat blog sikit2 je takpelaaa..

    EB: melepas EB? kihkih.. Malaysia dihatiku beb..mana boleh tak balik..

    ReplyDelete
  15. AmirFX:
    Kalau sy yg bertunang, errr..rahsiakan dulu kot.nikah baru bagitahu.cewahhh~ pdhal takde calon lagi.aisehhh..

    Marissa Elena:
    Boleh jugak kalau nak pikirkan cenggitu.hihi.. =B

    Miasaranajwa: terima kasih =)

    ReplyDelete
  16. azalia hjsalleh:
    insyaAllah tak. semoga awak jumpa someone yg baik utk awak. =)

    eesyaheera:
    kahkahkah..agaklaaaa..sedap je dia pegang situ eh. Erm, org mcm tu kena ada external hard disc utk gambar2 dating.

    cimot:
    sangat hapy kot & semoga direstui, dan diredhai..

    cik bunga:
    betul juga, adab & akhlak banyak bermula dari rumah sebenarnya.

    Pondok Usang: Selamat tahun baru abang pondok usang..
    =)

    ReplyDelete
  17. tejuttt akak..baru nak wish copy..ahaksss

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...