Tuesday, June 28, 2011

Movie Review: Ladda Land

Memandangkan aku dah sangap sangat nak tengok movie kan, maka Ladda Land menjadi pilihan aku untuk ditonton tadi. heheh.



Ladda Land merupakan movie genre seram dari Thailand. Pengarahnya merupakan pengarah filem Phobia dan Coming Soon. Bagi aku, Phobia dan Coming Soon not bad lah. Coming Soon aku suka sebab aku rasa plot cerita dia agak strong walaupun telah di twist.

Sekadar brief, Ladda Land ni menceritakan tentang sebuah keluarga yang baru berpindah di kediaman baru yang dinamakan Ladda Land. Si Ayah beriya benar membeli rumah bagi membuktikan pada ibu mertuanya bahawa dia mampu menjaga keluarganya tanpa bantuan ibu kepada isterinya. Tetapi sayangnya kawasan perumahan tersebut mempunyai misteri. Sebab ada berlaku pembunuhan yang kejam. Jadi cerita ni macam berkisarkan bagaimana kedegilan seorang ayah untuk berpindah dari rumah tu telah menyebabkan mala petaka dalam rumah mereka. Yelah, memandangkan kawasan tu agak haunted kan. Hantu dah kacau pun dia taknak pindah jugak.

Errmmm.. Honestly, aku rasa plot movie ni kurang strong. Sebab ada beberapa persoalan yang aku tertanya-tanya masa tengok movie ni macam:

1. Siapa pembantu rumah di kawasan kejiranan yang mati tu? Apa kena mengena Si Ayah dengan pembantu rumah yang mati tu? Ada scandal ke sampai membuatkan si Ayah beriya benar nak usha rumah tu?


2. Apa masalah jiran sebelah rumah dia sampai bunuh satu keluarga dan bunuh diri sendiri?


3. Kenapa hantu jiran sebelah nak kacau keluarga mereka?


4. Then apa jadi pula dengan hantu pembantu rumah tu? 


5. Selitan pencuri bertopengkan muka hantu juga aku rasakan tak perlu dalam cerita ni walaupun kelakar. Sebab fokus aku dah lari. Huh.

So basically ada dua tempat yang berhantu, satu di rumah pembantu rumah yang mati dibunuh dan dimasukkan dalam peti ais. Satu lagi hantu anak beranak di rumah sebelah keluarga yang baru berpindah ni. Tapi aku sangat tak faham motif hantu anak beranak ni nak kacau famili ni. Tapi takpelah, dah nama pun cerita kan Aku layaaannn jelah.

Cuma nilai murni yang nak ditonjolkan dalam movie ni adalah nilai kekeluargaan macam..

1. Bagaimana susahnya nak handle anak perempuan zaman sekarang yang semakin meningkat remaja dan dah biasa dimewahkan oleh neneknya.


2. Pengorbanan seorang ayah yang sangat mahukan satu keluarga tu tinggal di rumah yang dibelinya. Sangat sweet Si Ayah hias rumah baru dan buat buaian untuk mereka berempat. 


3. Bagaimana kedegilan seorang ayah membawa kepada mala petaka dalam keluarga tersebut. Akhirnya salah seorang dalam famili tersebut mati. Nak tahu siapa? Tengoklah sendiri eh..


4. Kepercayaan dan kesetiaan dalam rumah tangga. Si Ayah ni mengesyaki isterinya curang. Padahal isteri dia baik giler kot.Dahlah cantik. Orang Thai ni memang ramai cantik-cantik eh..



Dari segi tahap keseraman, adalah standard biasa sekadar bunyi suspen secara tiba-tiba yang membuatkan aku nak nasihatkan bagi sesiapa yang ada masalah jantung tu janganlah tengok ok. Karang heart attack pulak.. Errr.. hantu anak beranak tu pun boleh tahan menakutkan lah muka diorang. uhukss. Agak kreatif la cara diorang buat character hantu tu, sorang muka pecah berlubang kena tembak, sorang muka kena slaughtered.

Tapi aku sangat suka watak budak si anak lelaki dalam famili ni. Comel giler perangai dia. Oh Tuhan, bagilah aku anak comel macam ni.. (-_-)V

Aku rate 2.8 daripada 5.
0.2 markah pun nak berkira aku nih. ;p

Kalau rasa nak tengok pergilah tengok. Aku takkan kata rugi tapi aku takkan kata sangat best. Macam ok-ok aje..

3 comments:

  1. ladda land? x tengok lagi tapi based on review akak, rasanya x nak tengok...

    first, memang penakut tengok cerita hantu, rugi tiket sebab sepanjang masa tangan di mata...

    second, sebab dah boleh agak plot, narration and narrative macam mana... hahahahahha...

    sabtu ni nak pergi jj bukit raja, tranformers 3D, jom kak???

    ReplyDelete
  2. selalu seram thai best. tapi kak dah tak boleh terima genre ni lagi. mungkin tahun depan kot tengok balik movie seram.(bole bagi tempoh pulak ye haha)

    ReplyDelete
  3. aku pon baru tengok cite tu aritu. haha cz dah takde cite nk tengok...dan persoalan aku sama dengan ko...cite die cam tergantung. macam takde kena mgena dan tatau punca kematian...

    tapi dia nye sound effect memang terkejut giler la..lagi2 time ada anjing tu...


    eh, patutnye 0.2 kan bukan 0.02..hehe :)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...