Friday, November 26, 2010

[Mari Sembang] Bisnes Yang Student Patut Lakukan Ketika Belajar di IPTA/IPTS

Hye..salam semua. Harap anda semua sihat. Bertemu lagi kita dalam rancangan sembang-sembang. Heh! Tipu je! Okey, harini aku mahu berkongsi serba sedikit perkara tentang bisnes kecil-kecilan yang aku rasa seorang student IPTA/ IPTS wajar lakukan untuk mendapat duit poket lebih. Yaaaa..walaupun aku bukanlah seorang ahli bisnes kecil-kecilan tersebut tetapi selepas habis belajar aku rasa macam.. Dengg! apesal lah aku tak buat dulu-dulu? Kalau tak mungkin aku dah boleh shopping atau sekurang-kurangnya ada duit simpanan. Sikit-sikit kan lama-lama jadi bukit. Okey, ni adalah berdasarkan pemikiran, pandangan dan kemahuan di setiap sanubari student IPTA/IPTS tentang apa yang mereka mahukan, dan perlukan. Aku ingin berkongsi beberapa tips.

1) Top-up. 
Well yeah, mungkin tak semua orang pakai prepaid. Mungkin ramai juga yang pakai line. Tapi, bukankah lebih enak dan best kalau bila nak top up tu tak payah nak keluar U/kolej? Tambahan lagi kalau duit tengah kering, nak top up RM3 aje. Haaa, silalah anda menjadi ajen top up. Nanti anda sendiri dapat komisyen. Silap haribulan dah tak payah nak beli topup up untuk diri sendiri sebab komisyen yang anda dapat dapat menampung keperluan kredit anda. Then promote lah satu kelas ape lagi <---sangat sesuai bagi yang tinggal di kolej. Boleh buat iklan kertas habis kecik lah siap selit bawah pintu "siapa nak topup serendah RM2,3,5 boleh lah ke bilik 2A-4-22"

2) Kerepek/kuih/sandwich/hotdog
Owh yesss!! Walaupun nampak macam boleh dipandang sebelah mata aje tapi kau jangan sekali-kali buat begitu. Tahukah anda kerepek-kerepek yang diletakkan di atas meja sesebuah fakulti beserta tabung duit itu sangat laku? Kau tahu tak labuu? Sebab orang-orang macam aku, student-student especially studio-based student yang bersengkang mata hingga ke pagi ini kebuluran tahu bila cafe pukul 10,11malam dah tutup. Makanya kami umpama raksasa kebuluran pergi ke blok-blok yang kami tahu ada meja jual kerepek ni ketika jam 3,4 pagi. Jangan risau lah duit anda kena kebas. InsyaAllah student ni golongan terpelajar, tak kena curi punya. <----ni pun sesuai letak di hostel.

3) Selendang/ tudung/perfume/brooch
Jeng..jeng..jeng..  anda seharusnya menjadi butik bergerak bagi  bisnes anda. Ambillah peluang pelajar yang tinggal di hostel-hostel. Kebanyakan mereka tiada kenderaan untuk keluar. Kalau kat Shah Alam mungkin juga boleh ke Wisma Jakel. Kalau kat Jengka? haaaa.. Jadi ringankanlah buntut anda sedikit untuk bergerak dari bilik ke bilik. Secara tak langsung dapat juga menguruskan badan ye tak. Bila muka anda dikenali pelanggan anda dan produk anda memang berkualiti dan disukai ramai, maka pelanggan anda pasti akan promote anda kat kawan-kawan yang lain. Biasalah..perempuan kalau dah gosip tu!!

4) Air mineral.
Ha, seriously ni macam simple gila. Kau beli sekotak kat Tesco ke apa yang bila dicongak harga sebotol macam 40-50 sen macam tu. Tapi bila jual letak harga RM1.Erm, kata lah sebotol untung RM0.50 darab 1 karton ada 24. Sekotak untung RM 12 kan (laju gak aku kira...) then darab dengan berapa kotak. Cuba kalau kau target nak letak 10 kotak kat berlainan fakulti. Dah untung RM120 kan? Tapi Malaysia ni panas. Tambah pula kalau kena jalan kaki gi fakulti. Memang air mineral orang cari dulu. Tak diragui langsung. Aku boleh gerenti satu karton tak sampai seminggu boleh habis. darab 4 minggu untuk sebulan? RM480.waaaaa~ kalau setiap fakuti (2 kotak x 10 fakulti = RM960) ?? Untung bersih lagi suci tu. Tak penat pulak tu nak jaga. Just letak jela macam kerepek tu.

5) Printing
Ni aku sangat sarankan kepada studio-based student dengan yang duduk hostel. Lebih menguntungkan pada studio-based student jika anda turut menyediakan printer saiz A3. Budak design selalunya kena hantar report saiz A3 bukan A4. Operating like 24 hours a day. Kawan aku letak harga RM2 aje bagi saiz A3 full colour. Padahal kalau kat luar? mahu RM10 sekeping. Yang kat kedai tu memang cekik darah la beb. Sebab diorang kena bayar sewa kedai. Mungkin keluar modal printer saiz A3 tu agak tinggi. Tapi pulangannyaaaa..Awww~ mengasyikkan. Kawan aku nak kahwin bulan 12 ni. Duit mana dapat? Salah satunya dari bisnes printing ni la. Cool kan..

6) Services- repair laptop, designers, photography,etc.
Okey apabila bercakap tentang servis, yaa, anda tak perlu keluarkan modal. Tetapi anda perlu mengorbankan masa. Jadi sesiapa yang ada bakat especially yang terer komputer tu memang patutlah promote servis dia especially kat budak-budak perempuan yang kerjanya melingkupkan laptop..huhu..(macam aku.. T___T  )  Pada designers pula, selalunya ahli-ahli kelab ni suka cari orang buat banner lah, design T-shirt lah. So, pandai-pandailah cari peluang okeyy..

7) Movies/sewa CD/DVD
Ni sesuai sangatlah dengan si pengumpul movies. Masa aku duduk hostel dulu ada orang buat bisnes sewa CD/DVD ni. Aku tak pastilah keuntungannya macam mana. Tapi seriously orang tu banyak gila CD/DVD dia. Dari hindustan, seram, takut, gembira semua ada lah pendek kata.Berkotak-kotak. Biasanya student yang mempunyai masa terluang yang sangat banyak adalah target market bagi golongan pengumpul movies ni.


Okey, ni jelah yang aku boleh pikir. Sesiapa yang ada idea lagi boleh lah share sama-sama. Apa yang aku taip di atas adalah mengikut pengalaman dan pandangan aku aje. Kalau tak setuju nasib kau lah. Hihiiii.. Yang penting, disini aku nak menyeru pada adik-adik yang masih belajar tu. Jangan harap sangat duit PTPTN, scholars. Diri sendiri harus ada inisiatif nak simpan duit. Biarlah jika anda anak orang kaya, Datuk, Datuk Paduka, ke apa. Kepuasan hati itu adalah berbeza apabila hasil itu datang dari usaha kita sendiri. Yang kat hostel tu kena hati-hati gak. Sebab kadang-kadang ada orang ofis yang dengki-dengki tu kau pandai-pandai lah cover line yer.. Selamat mencuba!!!!




* eh jap!! tips bagi yang nak jual kerepek @ air mineral tu = letakkan di ruang circulation & meet point antara students. Tapi jangan halang laluan. Get it? Kalau letak depan stor sape nak beli? Makcik cleaner jela kot..huhu.. Ok bye. Selamat membaca.

19 comments:

  1. haah, kalo rajen sume pon boleh jaid kan. ngeeee. ^_^"

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dgn yg no 1 tu..
    kwn i skrg dgn duit komisen dia..

    dgn beli hndphone satu.

    ReplyDelete
  3. yang #6 fahmie buat smpai sekarang.hehehe.tapi ade lagi satu.dulu fahmie jual maggi.untung besau wooo...

    ReplyDelete
  4. This is Good. hahaha.
    Lepas nie boleh buat lah kan :D

    ReplyDelete
  5. waaa..... awin pun buat bisnes printing.... baru beli printer, 2 bulan jalan bisnes dah boleh beli printer lagi satu.....hahahahaha.....masyuk!!!!

    ReplyDelete
  6. sem depan kita ingat nk jual dadih la sebab cam best je..hehehe.. mineral water dah ramai letak

    ReplyDelete
  7. ha betul tuh,,senang nak tambah duit time bergelar student. just tampal je notice kat board hostel,,berduyun lah orang datang, mengetuk pintu bilik.

    Latest Entri : Hati-hati Dengan Penipuan SMS

    ReplyDelete
  8. hehe, tapi sophie skang ni ramai student yg jual selendang jugak kan selain dari makanan n topup. :)

    ReplyDelete
  9. yeow percaya tak? semua yang di senarai kecuali sewa vcd/movie tu berlaku juga di ofis. terutama yang on 24hours. haha.

    ReplyDelete
  10. i pernah jual inner shawl. tapi macam malas nak promote kat orang. amik stok sekali je. hehe

    ReplyDelete
  11. sume ni betol kan.. tapi selalunya yg plg dpt dambutan jual mkn laa.. buat roti ke apa ke.. pastu letak kat bustop dlm u... kat tangga kolej kediaman... hehe... mmg masyukk

    ReplyDelete
  12. Ain: a ah. yg penting kena buang sifat malu.

    sui nawi: see, kan.. boleh untung.siap beli hp lagi. U buat i rasa terkilan ah dulu2 x jual top up.. T_T

    fahmie: wow bagus! erkk..jual maggie untung? ni kes unik ni.

    afiqah: I think you should.. =)

    awin: bagusnyee awin ni. Keep it up girl. jangan stop ok.

    Noorfarahim: nak try boleh. tapi dadih tu macam nak sediakan macam leceh sikit je.huhu. costing pn kena congak gak tu.beli bekas lagi.ais lagi. kalu x sejuk tak sedap nanti xde org nak beli pulak kan..

    eiela: btul3..

    aleeya fishees: a ah. banyak jugak. tp selendang macam utk perempuan je. makanan dan top up untuk lelaki dan perempuan.so mana lebih untung? =)

    ryann: OMG seriously??? ok sy nak buat bisnes ni kat ofis nanti.hahaha..

    ee: hurm, tula nak jual shawl ni kena rajin & update skit selendang & inner terbaru. material lagi..

    sophia: honestly true. Hakikatnya org Malaysia ni mmg kuat makan. huahua..

    ReplyDelete
  13. Saya dulu masa study penah buat bisnes printing dalam hostel. Bile bace entri ni, tringat plak zaman study dulu tu ehehee...

    ReplyDelete
  14. kerja lingkupkan laptop patut ltak no #8..kje yg perlukan modal besar ntuk beli laptop tp x msuk untung lgsg. Tapi anda kan slalu dpt service free je.

    ReplyDelete
  15. kwn saya jual air mineral. untung2 :)

    ReplyDelete
  16. Faizal & fashitah: bagusnyeeee..impress!

    Khairilnizam: alololo..tahu, kamu yg selalu bagi free service kat saye kan.. ;p

    balqis: heee..bagusnyeee.. =)

    ReplyDelete
  17. bisnes yg laku skrg,sewa brodband..10 rggt 1 hari..hihi

    ReplyDelete
  18. Yang penting, sebagai student, kena pandai bahagikan masa. Kalau duit masyuk, tetapi pelajaran terabai, tiada faedahnya jugak kan. Cewahh.

    ReplyDelete
  19. heee, teringin jugak nak jual shawl ke, tapi dah xduduk hostel,nak promote kat makcik jiran sebelah, dia pakai tudung instant jek.. -.-

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...