Friday, September 27, 2019

Pemasangan Kitchen Cabinet & Wardrobe di Teluk Panglima Garang

Assalamualaikum. Harini sis nak share hasil pemasangan kitchen cabinet di Teluk Panglima Garang, Selangor. So far sis ambil job area KL & Selangor aje. 

Untuk pengetahuan semua, satu tips untuk anda semua, bila nak buat kitchen cabinet, kena alert yang harga kitchen cabinet biasanya dikira seketul macam tu, kabinet semata-mata. Sinki , water tap semua tu dikira harga yang berasingan. Kadang-kadang, ada client yang nak beli sinki dia sendiri, kepala paip sendiri ikut taste dia. Jadi antara accessories yang boleh dimasukkan dalam kos kabinet dapur ialah sinki (1 bowl atau 2 bowls), water tap, hanging dishrack, hood & hob. Selain tu, ada kos untuk plumbing juga. Kena identify dulu salur paip keluar air kotor yang disalurkan ke dalam dinding tu dia tinggi tak. Zaman sekarang, rumah bila dah siap selalu lubang tu tinggi. Jadi kesan buruknya, bila letak sinki baru yang lagi dalam, plumbing bawah sinki jadi rendah sikit, air jadi backflow. mengakibatkan air bertakung dalam sinki. Jadi, solusinya harus pecah dinding sikit untuk rendahkan outlet air. Tak tahula korang faham tak apa yang sis cuba sampaikan ni. Haha..

 Untuk set kabinet dapur ni, warna yang dipilih lebih kepada warna nature. Client sendiri, dia tahu apa yang dia nak. Nak table top putih dan badan kabinet berwarna kayu cerah. Saya sendiri pun suka feeling bila berdiri di dapur ni. Rasa tenang tengok material warna macam ni.


 Selain kabinet dapur, built in wardrobe juga dipasang di rumah ini, di bilik tidur utama. Secara praktikal, kegunaan separuh-separuh. Separuh (3 pintu kanan) untuk isteri. 3 pintu kiri lagi untuk suami, macam tula. Ruang tengah lebih kepada mixed use. Soket elektrik dialihkan dari kedudukan asal untuk sesuaikan dengan kegunaan. Jadinya, boleh la gunakan untuk hair dryer ke, cas handphone ke.


 Bukti I was there. Chewah.

 Selain pemasangan kitchen cabinet dan wardrobe, kami juga diberikan amanah untuk pemasangan lampu dan kipas dalam rumah ni. 

Kalau nak beli rumah, dinasihatkan jangan hanya seronok membeli sahaja ye. Sebab nak sediakan keperluan sebelum masuk rumah pun kena ada bajet juga. 

p/s: Kalau nak masuk rumah baru, nak pasang lampu, kipas, kitchen cabinet & wardrobe, boleh lah panggil saya & team saya. Kami cuba deliver ikut budget client. 


Friday, May 24, 2019

Kitchen Cabinet di Lake Point Residence, Cyberjaya

Hai!! Bertemu lagi kita dalam segmen..cewah.

Okay, kali ni saya nak membawa anda melihat hasil kerja saya di Lake Point Residence yang terletak di Cyberjaya. Rumah ni agak luas, jadi client ni mahukan kitchen area yang a bit open, ada pantry area dan table bar. Di belakang table bar ni ada oven. Haa, senang nak buat baking2 kan. Bestnyaa. Saya pun berangan nak ada kitchen cabinet set yang lengkap. Biasala, berangan kan percuma.

 
Lihatlah shining kan meja bar ni. Table top yang digunakan adalah jenis granite. 
Body guna melamine.



Untuk yang mahu pasang penapis air tapi taknak tube nya berselirat di atas table top (mementingkan kekemasan), boleh la tebuk lubang sebesar dalam 20 sen pada table top ni. Penapis air tu mestilah dekat dengan socket dan dekat dengan paip air. Jadi tube tu akan lalu pada bawah table top.   




Pemilihan warna ni, owner memang suka warna kayu. Jadi kita buat beberapa proposal colour scheme dan akhirnya ini lah hasilnya.

Jadi untuk sesiapa yang baru pindah rumah baru, ada nak pasang kitchen cabinet ke, perlukan servis makeover rumah ke bolehlah hubungi:




Thursday, March 14, 2019

Makeover Dapur dan Tandas di Shah Alam

Hai, sekadar nak berkongsi satu projek comel kami ni. Kalau nak ikutkan, biasanya kita nampak rumah flat macam tak secantik kondominium kan. Saiz pun kecil, dalam 600sqft. Tapi, kalau kita berkemampuan untuk mengubahsuai keadaan dalaman rumah, kita mesti boleh dapat suasana rumah yang selesa untuk kita duduki. Terutama sekali untuk pasangan yang baru kahwin yang belum ada keluarga yang besar. Nanti keluarga dah semakin berkembang, kalau pindah rumah, rumah yang dah renovate ni bolehlah sewakan dengan harga berpatutan kan. Sedikit highlight untuk rumah ni.

1) Penukaran semua pintu sedia ada.
2) Penukaran semua tingkap
3) Pengubahsuaian kemasan dapur & tandas.
4) Minor repairing works

Dapur
Memandangkan dapur ni saiz nya sangat comel, saya memang suggest gunakan kemasan tiles berwarna putih saiz 1’ x 2’ untuk mengelakkan ruang tersebut nampak sempit. Pada asalnya client mahukan pintu kitchen cabinet yang glossy dan tiles jenis matte. Nampak mewah sikit barangkali dengan pintu cabinet yang glossy. Tetapi, saya advice kalau nak jimat, adalah lebih baik memilih kemasan tiles yang berkilat (jauh lebih jimat) dan pintu kitchen cabinet jenis matte. Terbalikkan.



 


Tandas
Haa yang ni memang saya kuat berangan la. Saya memang suka tandas orang putih/ mat salleh. Dulu kan study kat Tanah Ratu. Saya cuba kembalikan feeling tandas di sana. Masalahnya, tandas orang putih ni jenis kering , lantai guna kemasan kayu. Tandas kat Malaysia ni basah selalu. Jadi, saya cadangkan konsep yang saya nak ketengahkan. Saya suggest untuk guna tiles yang kelihatan seperti ‘timber plank’ keluaran Whitehorse. Jadi, cara susunan pun macam susun kayu. Memang ada tiles saiz 1’ x 2’ yang kemasan dia macam kayu tapi saya nak susunan dia pun macam susun kayu. Gituhh saya punya cekadak.



Pintu
Flush door. Sebenarnya, kalau ada sesiapa yang jadi kontraktor juga, you all tahu flush door memang boleh dapat murah. Ni sekadar kita cuba meet client’s budget. Dia pun taknak solid door. Berat dan mahal. Jadi, untuk taknak nampak terlalu plain, kami gunakan kayu nyatuh sebagai frame di pintu. Ala, kayu yang orang kita suka buat wainscoting tuu. Lepas tu baru cat putih oil paint (glossy). Dengan lockset jenis lever. Sekali pandang ada macam solid door tak? Hehe. Bila dah siap, kita tolak pun takla rasa ringan sangat. Nyatuh kan jenis kayu solid.


Kekangan kat site. Sekadar berkongsi. Sebab kerja-kerja renovation biasanya lagi tricky dari bina rumah atas tanah kosong. Rumah ni memang lama.

-Rumah dibina menggunakan system IBS Jenis concrete panel. Jadi setiap dinding dia memang keras takde discount punya. Kalau jenis batu bata senang sikit nak pecah. Ada certain parts yang kita tak hack untuk plumbing & so kita expose untuk kurangkan cost. (walaupun I wish so much yang kita boleh hide beberapa benda).

-Paip sedia ada dari besi. Kalau sekarang banyak guna PVC pipe kan maka senang potong tapi paip rumah ni jenis besi dan kita tak nak box up /tutup pun bahagian paip tu jadi kita layer dengan cat anti-rust dan cat paip besi tu supaya nampak suci murni.


-Bila cuti CNY baru ni supplier banyak cuti. So kena foresee material apa yang kena beli awal-awal. Order awal pun tetap sampainya seminggu lepas CNY.

To be honest, it was a fun process. Kita bawa client pilih sendiri tiles, kita bagi advice & pendapat. Bila wet works hampir siap, kita bawa katalog/sampel untuk client dapat “REAL FEEL” warna kitchen cabinet dengan kemasan dapur yang dah siap di rumahnya sendiri. Proses dari 1-4 ni mengambil masa 14 hari.

 Antara proses yang saya enjoy nak buat. Pilih material di site untuk kitchen cabinet. Kadang-kadang kita boleh propose melalui lukisan 3D. Tapi kalau nak dapat real feel, saya suka bawa katalog, ha! match kan dengan warna tiles lantai dan dinding. Kami pilih warna table top yang serasi dengan warna lantai kelabu ni.


 
 
 


Kitchen cabinet pun dah siap pasang. Jadi saya kongsi gambar-gambar terbaru.











Ada beza upah kontraktor/tukang tanpa background designer dengan upah kontraktor dengan background designer. Kadang orang cakap tukang ni tukang tu boleh bagi murah. Kita okay je tapi bila tengok apa yang diberi memang sedih lah tengok kan. Dulu mak saya renovate rumah, bila sekarang tengok balik, sedih gila dengan pemilihan tiles, susunan fitting tandas tak ergonomic/proportionate. Nak mandi guna shower pun langgar siku dengan dinding.
Basically, I love what I do.   Kita bagi consultation sekali, & kita akan advice ikut you punya budget & give solution what kind of materials suit your budget. Beza tau orang kerja terpaksa/asal boleh dengan orang kerja ikhlas ni.Hehe. Kalau ada sesiapa perlukan khidmat macam ni, jangan malu jangan segan PM tepi. I tak makan orang lah jangan takut.

p/s: ya saya izinkan untuk share.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengubahsuaian rumah/pembinaan rumah, boleh hubungi melalui whatsapp/call:

www.wasap.my/601111892504








Tuesday, February 26, 2019

Pengubahsuaian Rumah di USJ, Subang Jaya

Assalamualaikum. 
Saya nak berkongsi satu projek pengubahsuaian rumah di USJ, Subang Jaya. Projek ni saya uruskan sekali dengan kelulusan PBT, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tuan rumah mahu besarkan ruang belakang yang melibatkan pembesaran ruang dapur, ruang tandas dan bilik belakang tingkat bawah dan tingkat atas. Sekadar berkongsi gambar sebelum & selepas.


 
Ruang belakang rumah.Awning kuning tu tuan rumah request.


Ruang dapur. Kabinet dapur lama dicabut untuk diganti baru. Tiles pada lantai dan dinding ditukar. Saya  menggunakan konsep feature wall pada dinding untuk bahagian atas table top.

Tandas di bilik atas. Pada asalnya tandas di atas ni dikongsi antara dua bilik. Bilik anak lelaki dan bilik anak perempuan. Tuan rumah mahu tandas dibesarkan sedikit dan di bahagi dua supaya ada privasi di antara anak lelaki daan perempuan.
 Ruang dapur yang lebih luas. Kabinet dapur lama yang telah dicabut. Diganti dengan kabinet baru berwarna putih

Keadaan sebelum pengubahsuaian.


Selepas pengubahsuaian







Sewaktu pemasangan kabinet dapur. Tinggal table top jenis Quartz sahaja.

Di bawah ni ialah kabinet dapur selepas dipasang table top jenis Quartz.


Kabinet untuk letak barang basuh baju juga disediakan.

Selepas siap dapur ni, ia menjadi ruang bersantai kegemaran tuan rumah. Memang feeling dia beza sangat di ruang dapur ini sebelum dan selepas diubahsuai. Beberapa bulan selepas siap pun saya ada pergi melawat tuan rumah. Dia berterima kasih sebab siapkan rumah & pilih material yang baik dan sesuai. Yang penting, rasa tenang nak memasak dan makan dengan keluarga.

Ohya, renovation ni siap dalam 3 bulan. Tepat macam apa yang saya target. 


p/s:Bagi yang mencari designer & kontraktor untuk kerja pengubahsuaian rumah mahupun untuk membina rumah atas tanah sendiri, nasihat saya, carilah yang ada passion, telus dan takkan bawa lari duit anda. Sebab saya tahu banyak kes kontraktor lari sebelum siap kerja.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengubahsuaian rumah/pembinaan rumah, boleh hubungi melalui whatsapp/call:

www.wasap.my/601111892504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...