Sunday, October 31, 2010

Lecturer Kesayangan Kami Baru Meninggal.Tolong sedekahkan Al-Fatihah.

Beliau meninggal semalam. Alhamdulillah telah dikuburkan pagi tadi. Kawan-kawan,tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, beliau seorang pensyarah yang sangat baik, kebapaan dan sangat sporting. Pemergian arwah merupakan satu kejutan buat kami satu fakulti. Beliau merupakan Ketua Program Bsc.Architecture.

p/s: Maaf tak dapat nak review banyak. Esok exam. Sedekahkan Al-Fatihah yer kawan-kawan.. =(

Friday, October 29, 2010

QUICK UPDATE : SILA TEKAN INI KALAU MAHU HIDUP!

Yerp,bukankah aku sudah menyatakan yang aku cuti mengandung? cewah. Memang tipu. Tapi ni entri pendek je. Kalau tak entah apa aku bakal bebelkan. Aku harus tidur awal sebab esok first paper Architectural Practice pukul 8.30 a.m. Tak pasal-pasal kena jadi budak law sekejap hafal akta. Jawab paper kena letak Clause berapa subparagraph berapa. Ciss! seperti belajar berenang dengan membaca buku. Macam mana tu? Ini kan practicality. Sem lepas tak silap aku 31 budak fail subjek ni. Kena amek balik time cuti.uhuhu. Jadi aku stress.

Aku nak bagitahu perkara penting dalam hidup aku yang tak penting langsung dalam hidup kamu. Tadi pertama kali dalam tempoh 4 tahun kat uitm ni aku makan laksa sebab tension belajar.Huahua.Baru aku tahu laksa penang tu sedap. Sebab aku tak suka laksa. Bila aku umumkan kat kawan aku tadi yang aku makan laksa, satu studio tepuk tangan. Hampess! (-_-') memalukaaaaan... ibarat tak pernah makan laksa seumur hidup. Ok,bukan ke tadi aku kata ni entri pendek ke? Nampak sangat aku termembebel. Sebenarnya nak bagitahu aku baru letak plugin page kat  Facebook. Jadi kalau tak keberatan silalah tekan like. (^_^)


p/s: Tergerak hati untuk buat sebab dah berapa orang suruh buat.Sebab mereka takde blog untuk update entri. Jadi ni semacam khas untuk pembaca yang selalu berkunjung tapi malu nak tegur I.ahaks! kepada silent readers dari dalam dan luar negara. Aku sedar aku bukan artis mahupun Hanis Zalikha yang layak ada fan page ke hape. Kalau suka tekan.Kalau tak suka abaikan.Ok? till then..Good Night and thanks for your time.

p/s/s: Eh jap!!! Thanks pada yang komen dan shout. Aku ada masa nanti aku terjah kamu balik ok.

Monday, October 25, 2010

Maaf. Cuti Mengandung.

Hehe..Jangan terkejut tengok tajuk.Saja bikin gempak. Bila masa pulak aku kahwin kan. Erm,tujuan entri ni dipost ialah untuk memberitahu bahawasanya aku ada final exam.Jadi akan bercuti seketika dari berblogging. Aku kena puasa blogging ni.Tak boleh. Mengganggu fokus aku ni. Kalau aku online pun sekadar approve komen kot. Nak blogwalking lagiiilah tak mampu. So kalau rasa aku tak balas apa-apa tu,paham-pahamlaaa..Janganlah terasa macam I sombong pulak okey.

Ohya, exam aku start 29 Oktober - 10 November. Ada 4 paper.Ada report Research Paper yang kena hantar, ada detail drawings. Ada lagi satu assignment nak buat.  Tolong doakan aku dimudahkan perjalanan menjawab exam dan perjalanan untuk sudies ok. Doakan aku habis belajar sem 8 ni tanpa ada gagal kat mana-mana paper. Penat aku pertahankan selama ni tak repeat pape.huhu.. I heart u followers setia! I heart u silent readers! bye-byee..jumpe esok.Eh! Ok,bye-bye.. T_T

p/s: coming soon-pembukaan kelas renang wanita di UiTM Shah Alam sesi December. Nanti aku update.Yer,sayalah swimming instructor nanti.. =B  =B  =B   nak join bagitau awal-awal ok.Jangan risau,saya bertauliah, selalu ajar pensyarah UiTM (^_^)V peaceee!!

Lukisan Saya Dulu-dulu -Black & White (Part 1)(EGBB)



(sila klik gambar untuk review contest ni)


Baiklah,aku tahu entri ni telah dipost sebelum ini. Tapi aku post kembali kerana telah dijemput oleh Hiro untuk join contest beliau.

Aku rasa entry ni best.Bukan sebab niat menunjuk.Aku sedar siapalah daku..huhu.. Tapi aku rasa puas! Sebab untuk menghasilkan entry ni, banyak waktu telah dihabiskan untuk melukis satu lukisan.Bayangkan berapa lukisan ada?huhu.darab 4 jam camtu? or maybe 5,6 jam. Jadi aku rasa puas.Sebab entri ni mengingatkan aku tentang zaman masa sem 1.Bila aku post niat aku adalah untuk share. Tapi tak sangka ramai yang bagi respon positive. Dan sebenarnya entri ni adalah post yang aku terima paling banyak komen setakat ni. (tak la banyak gila tapi banyak la jugak bagi blogger tak femes cam aku nih..) (-_-) Jadi kerana itu aku rasa puas dan girang.


Aku nak tag:
Fahmie
DyLa
Bash

Ok,sila baca dan layannnn!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...