Sunday, November 28, 2010

SAYA ADA BANNER BARU YANG COMEL (^_^)v

Hye semua! Sebenarnya aku dah nak tidur tapi dapat kejutan dari seseorang kat email bagitahu banner dah siap. Terus terbeliak balik biji mata nih.haha. Beberapa hari yang lalu aku telah memohon jasa baik Ayeem untuk membuat banner untuk aku. Sebab aku pun nak la jugak banner flash kan berbanding yang format gif tu. Kena bagitahu la nak macam mana kan. Bagi gambar apa yang nak letak. Aku bagi gambar aku dengan ladybird aje. Macam nampak best giler aje orang lain punya. Aku paling suka ladybird tuh.. T_T  aku memang suka sangat dengan ladybird. Jadi aku cakap kat Ayeem tak payah tambah apa-apa. Aku dah puas hati. Jadi, tadaaaaa!!!! silakan lah mengusha banner saya yang comel sebab ada ladybird nih.. Ngaaa!! best,best..




amacam? cantik tak? Jadi apa lagi? Pergilaaa terjah si Ayeem tu. Tak mahal. RM10 aje. Murah sangat dah tu. Kalau mintak designer betul buatkan pun mau berpuluh-puluh ringgit lah kot sebab pakai flash.


p/s: sesiapa yang ada exchange banner dengan Sophie atau link banner Sophie silalah tukar kepada banner baru ni ok. I'll appreciate it a lot.=)

Friday, November 26, 2010

[Mari Sembang] Bisnes Yang Student Patut Lakukan Ketika Belajar di IPTA/IPTS

Hye..salam semua. Harap anda semua sihat. Bertemu lagi kita dalam rancangan sembang-sembang. Heh! Tipu je! Okey, harini aku mahu berkongsi serba sedikit perkara tentang bisnes kecil-kecilan yang aku rasa seorang student IPTA/ IPTS wajar lakukan untuk mendapat duit poket lebih. Yaaaa..walaupun aku bukanlah seorang ahli bisnes kecil-kecilan tersebut tetapi selepas habis belajar aku rasa macam.. Dengg! apesal lah aku tak buat dulu-dulu? Kalau tak mungkin aku dah boleh shopping atau sekurang-kurangnya ada duit simpanan. Sikit-sikit kan lama-lama jadi bukit. Okey, ni adalah berdasarkan pemikiran, pandangan dan kemahuan di setiap sanubari student IPTA/IPTS tentang apa yang mereka mahukan, dan perlukan. Aku ingin berkongsi beberapa tips.

1) Top-up. 
Well yeah, mungkin tak semua orang pakai prepaid. Mungkin ramai juga yang pakai line. Tapi, bukankah lebih enak dan best kalau bila nak top up tu tak payah nak keluar U/kolej? Tambahan lagi kalau duit tengah kering, nak top up RM3 aje. Haaa, silalah anda menjadi ajen top up. Nanti anda sendiri dapat komisyen. Silap haribulan dah tak payah nak beli topup up untuk diri sendiri sebab komisyen yang anda dapat dapat menampung keperluan kredit anda. Then promote lah satu kelas ape lagi <---sangat sesuai bagi yang tinggal di kolej. Boleh buat iklan kertas habis kecik lah siap selit bawah pintu "siapa nak topup serendah RM2,3,5 boleh lah ke bilik 2A-4-22"

2) Kerepek/kuih/sandwich/hotdog
Owh yesss!! Walaupun nampak macam boleh dipandang sebelah mata aje tapi kau jangan sekali-kali buat begitu. Tahukah anda kerepek-kerepek yang diletakkan di atas meja sesebuah fakulti beserta tabung duit itu sangat laku? Kau tahu tak labuu? Sebab orang-orang macam aku, student-student especially studio-based student yang bersengkang mata hingga ke pagi ini kebuluran tahu bila cafe pukul 10,11malam dah tutup. Makanya kami umpama raksasa kebuluran pergi ke blok-blok yang kami tahu ada meja jual kerepek ni ketika jam 3,4 pagi. Jangan risau lah duit anda kena kebas. InsyaAllah student ni golongan terpelajar, tak kena curi punya. <----ni pun sesuai letak di hostel.

3) Selendang/ tudung/perfume/brooch
Jeng..jeng..jeng..  anda seharusnya menjadi butik bergerak bagi  bisnes anda. Ambillah peluang pelajar yang tinggal di hostel-hostel. Kebanyakan mereka tiada kenderaan untuk keluar. Kalau kat Shah Alam mungkin juga boleh ke Wisma Jakel. Kalau kat Jengka? haaaa.. Jadi ringankanlah buntut anda sedikit untuk bergerak dari bilik ke bilik. Secara tak langsung dapat juga menguruskan badan ye tak. Bila muka anda dikenali pelanggan anda dan produk anda memang berkualiti dan disukai ramai, maka pelanggan anda pasti akan promote anda kat kawan-kawan yang lain. Biasalah..perempuan kalau dah gosip tu!!

4) Air mineral.
Ha, seriously ni macam simple gila. Kau beli sekotak kat Tesco ke apa yang bila dicongak harga sebotol macam 40-50 sen macam tu. Tapi bila jual letak harga RM1.Erm, kata lah sebotol untung RM0.50 darab 1 karton ada 24. Sekotak untung RM 12 kan (laju gak aku kira...) then darab dengan berapa kotak. Cuba kalau kau target nak letak 10 kotak kat berlainan fakulti. Dah untung RM120 kan? Tapi Malaysia ni panas. Tambah pula kalau kena jalan kaki gi fakulti. Memang air mineral orang cari dulu. Tak diragui langsung. Aku boleh gerenti satu karton tak sampai seminggu boleh habis. darab 4 minggu untuk sebulan? RM480.waaaaa~ kalau setiap fakuti (2 kotak x 10 fakulti = RM960) ?? Untung bersih lagi suci tu. Tak penat pulak tu nak jaga. Just letak jela macam kerepek tu.

5) Printing
Ni aku sangat sarankan kepada studio-based student dengan yang duduk hostel. Lebih menguntungkan pada studio-based student jika anda turut menyediakan printer saiz A3. Budak design selalunya kena hantar report saiz A3 bukan A4. Operating like 24 hours a day. Kawan aku letak harga RM2 aje bagi saiz A3 full colour. Padahal kalau kat luar? mahu RM10 sekeping. Yang kat kedai tu memang cekik darah la beb. Sebab diorang kena bayar sewa kedai. Mungkin keluar modal printer saiz A3 tu agak tinggi. Tapi pulangannyaaaa..Awww~ mengasyikkan. Kawan aku nak kahwin bulan 12 ni. Duit mana dapat? Salah satunya dari bisnes printing ni la. Cool kan..

6) Services- repair laptop, designers, photography,etc.
Okey apabila bercakap tentang servis, yaa, anda tak perlu keluarkan modal. Tetapi anda perlu mengorbankan masa. Jadi sesiapa yang ada bakat especially yang terer komputer tu memang patutlah promote servis dia especially kat budak-budak perempuan yang kerjanya melingkupkan laptop..huhu..(macam aku.. T___T  )  Pada designers pula, selalunya ahli-ahli kelab ni suka cari orang buat banner lah, design T-shirt lah. So, pandai-pandailah cari peluang okeyy..

7) Movies/sewa CD/DVD
Ni sesuai sangatlah dengan si pengumpul movies. Masa aku duduk hostel dulu ada orang buat bisnes sewa CD/DVD ni. Aku tak pastilah keuntungannya macam mana. Tapi seriously orang tu banyak gila CD/DVD dia. Dari hindustan, seram, takut, gembira semua ada lah pendek kata.Berkotak-kotak. Biasanya student yang mempunyai masa terluang yang sangat banyak adalah target market bagi golongan pengumpul movies ni.


Okey, ni jelah yang aku boleh pikir. Sesiapa yang ada idea lagi boleh lah share sama-sama. Apa yang aku taip di atas adalah mengikut pengalaman dan pandangan aku aje. Kalau tak setuju nasib kau lah. Hihiiii.. Yang penting, disini aku nak menyeru pada adik-adik yang masih belajar tu. Jangan harap sangat duit PTPTN, scholars. Diri sendiri harus ada inisiatif nak simpan duit. Biarlah jika anda anak orang kaya, Datuk, Datuk Paduka, ke apa. Kepuasan hati itu adalah berbeza apabila hasil itu datang dari usaha kita sendiri. Yang kat hostel tu kena hati-hati gak. Sebab kadang-kadang ada orang ofis yang dengki-dengki tu kau pandai-pandai lah cover line yer.. Selamat mencuba!!!!




* eh jap!! tips bagi yang nak jual kerepek @ air mineral tu = letakkan di ruang circulation & meet point antara students. Tapi jangan halang laluan. Get it? Kalau letak depan stor sape nak beli? Makcik cleaner jela kot..huhu.. Ok bye. Selamat membaca.

Thursday, November 25, 2010

Header baru & 25 random things about Sophie Al-Yahya

Aku telah ditag oleh cik Ain dan beberapa orang lagi dengan benda alah ini.Maaf dah lost siapa yang tag aku.huhu.. Makanya harus diselesaikan dong. 25 random things termasuklah facts, habits, or goal dalam hidup. Oleh itu, marilah kita mulakan dengan bacaan Bismillahirahmanirrahiiim.. ke garisan, sedia, MULAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

0)
aku baru buat header. Simple je,taknak sarat-sarat sangat eh.Ok tak?


1) 
Aku anak ke-4 dari 6 orang adik beradik. Tapi anak sulung perempuan.

2) 
Aku teringin nak travel seluruh dunia. Nak jadi backpackers. Tapi ongkosnya nggak ada lagi sihh!

3) 
Kawan aku yang ada kebolehan menilik tangan pernah kata yang aku akan ada dua profession nanti. Aku rasa macam dah tahu je apa dia.

4) 
Aku baru tahu aku ada allergic dengan sabun.

5)
Aku suka giler makan chocolate dengan ice cream. Susah untuk hidup tanpa kedua-duanya. T_T

6)
Binatang yang aku suka ialah kucing, burung dan ikan.

7)
Aku dah habis belajar tapi aku KENA sambung belajar lepas setahun atau 2 tahun bekerja. Itu target aku.

8) 
Antara angan-angan aku yang tak mungkin tercapai ialah untuk menjadi doktor haiwan, pakar bedah, inspektor polis, perisik,tentera udara, pilot.

9)
Aku pergi dua kali untuk interview masuk course Architecture kat UiTM. Yup, aku ketinggalan satu sem daripada kawan-kawan lain tapi Allah maha adil, course aku ditukarkan kepada Degree daripada Diploma. Best kan?

10)
Aku dah melibatkan diri dengan kolam renang selama 5 tahun. Tapi masa darjah 3 aku dah join kelas swim sekolah. Then stop. Time SPM baru aktif balik.

11)
Aku seorang yang sibuk. Walaupun dah habis belajar aku masih sibuk. Hukhuk. Hakikatnya aku rasa boring dan otak macam tak berjalan kalau tak buat apa-apa.

12)
Aku pernah hantar resume jadi pembaca berita @ host satu channel tv ni. Aku dihubungi mungkin untuk interview @ audition tapi masa tu aku tak angkat. Sebab aku tengah duty kat pool. Bila call balik, orang tu kata akan call balik. tapi sampai sekarang tak call. Owh mungkin rezeki aku bukan di bidang itu. No problem.

13)
I am an outdoor type of person instead of indoor. Suka merantau, cari benda baru. Suka menimba pengalaman melalui pergerakan, sifat manusia dan peredaran zaman.

14) 
Aku tak suka post tentang pakwe aku. Sebab itu adalah privasi aku. Hakikatnya beliau sangat penting dalam hidup aku.

15)
Aku teringin nak buat bungee jumping.Tapi bila fikir balik rasa macam ada sedikit kegilaan di situ.

16) 
Aku teringin nak sambung belajar dalam civil engineering dan town planning. Tapi entah bilaaa.. =( Architecture pun belum katam lagi.

17)
Aku seorang yang praktikal. Aku suka memakai seliper jepun @ sandal biasa-biasa sebab selesa. Jadi aku harap takde orang lagi yang akan bertanya kenapa tak buat tutorial shawl ke, fashion-fashion ke jadah ke apa. Suruh jadi fashionista ke. Adoiii.. Aku akan pakai lawa sikit bila keluar or ada majlis aje. Tambahan pula aku agak pemalu nak letak gambar aku banyak-banyak kat entri blog nih. hikhik..

18)
Aku ada rasa rendah diri yang mendalam. T_T  Kalau ada orang kata aku comel @ lawa aku rasa macam...... hurmmmmmm...biar betul? (sambil tengok kat gambar sendiri & cakap "kat mane lah yang comel/lawanye tu..?")

19)
Aku takut gelap. Kalau tidur, bila tutup lampu aku akan pastikan lampu toilet terbukak. Tulaa, banyak tengok cerita seram.

20)
Aku menyampah betul dengan lelaki yang sangat-sangat memilih perempuan. Nak yang cantik, slim, perut kempis, kulit gebu.  Tapi diri sendiri boroi, pendek, gelap. Tolonglah jangan nak memilih okey. Kadang-kadang kita kena cermin diri kita sendiri tahu tak labuuu.?

21)
Aku suka warna warni & tengok pelangi. Kalau tengah drive aku sanggup berhenti tepi jalan. (kalau jalan lapang laa)

22)
Teringin nak pergi angkasa. Tapi taknak jadi angkawasawanita. Nak jalan-jalan aje. Mana lah tahu jumpa alien dan kehidupan lain ke.

23) 
Aku sangat suka pergi pulau. Suka snorkelling, tengok ikan dan bagi ikan makan. Pernah terfikir tak, sebenarnya hidupan laut berganda-ganda banyaknya berbanding hidupan darat. Sebab 70% bumi ni dilitupi air. 30% je darat. Korang bayangkan lah apa khazanah dan hidupan yang ada dalam laut tu. MasyaAllah.

24)
Ohhh! Aku juga suka cendol lebih-lebih lagi cendol pulut. Nyum-nyum~

25)
Rupanya aku dah sampai kat number 25. Yeay! Dah siap tag ni rupanya!!

Ditamatkan dengan Alhamdulillah~

Ok, aku mahu tag anda semua!!! cepat buat!



Monday, November 22, 2010

Malam Para Gadis

 *sila abaikan mekap express tak sampai 10 minit dan mata panda lagi tengah mengantuk.. T_T *

Salam & good morning semua.

Ni salah satu entry yang terlepas nak post. Sehari sebelum aku pergi futsal tuh. Sebenarnya ni malam dinner. Ni first time aku hadiri grand dinner. Malam tu Malam Pra Graduan (MPG).Untuk fakulti aku.Aku tak puas hati betul. Sebab ada tema.Red Rose Black Night. Erkkkhh!! Apakah??Kenapa mesti warna hitam merah? Gothic? Tuxedo Mask? Mula-mula rasa macam malas nak pergi sebab banyak kerja.Tula,siapa suruh buat 24 Oktober.Dah hujung sem.Banyak kerja maah. Pagi hari yang ada dinner tu ada presentation research paper.Esok lepas dinner ada submission assignment. Tapi redah jugak.Masa lunch sampai petang cari baju dengan kawan-kawan.Hari yang ada dinner hari itu baru nak cari baju.huhu..Susah tahu tak nak cari warna merah? T_T nak hitam macam common sangat.

Nampak sangat aku yang banyak songeh. Seriously rushing giler sebab kami ni perempuan. Nak cari gaun,alamak.Sexy, kena cari jaket. Nak cari tudung lagi. Arghhhh! Kasut lagi.Seluar apa. Seriously rushing. Tapi nasib lah aku ni tak cerewet sangat. Nampak yang agak-agak macam boleh-boleh tu aku redah aje. Boot tu pun aku paw adik aku punya. Takkan nak beli kasut semata-mata sebab dinner yang 2,3 jam je kan..hekhek..

Ermm...adakah combination warna ini sesuai untuk aku? Sila jawab dengan jujur..

*scroll bawah untuk gambar-gambar tak seberapa*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...