Tuesday, November 9, 2010

Terima Kasih Mama Untuk Pelukan Itu.



Semalam aku rasa down sangat-sangat. Research Paper aku masih belum lengkap kata advisor aku. Ada yang masih tak teliti Aku sangat risau sebab 11 hb ni kena submit dengan hardcover. 10hb exam. Bila masa aku nak study for final paper? bila masa aku nak complete Research Paper?Bila masa nak hantar buat hardcover?

Aku balik rumah dengan hampa. Hampa sebab ramai yang tengah sibuk nak hantar hardcover dah. Aku balik Subang Jaya. Tapi aku tak dapat nak harapkan ayah aku kali ni. Walaupun dia sendiri seorang Prof, tapi aku keliru kalau dia check kerja aku. Sebab dia lulusan Ph.D Jadi expectation ayah aku dengan pensyarah aku berbeza. Bila ada dua advisor aku tahu aku akan serabut. Jadi aku stick dengan advisor aku sebab dia yang akan bagi markah,bukannya ayah aku. Mungkin aku salah pilih tajuk sebab lebih ke arah engineering, aku buat tajuk pasal water proofing to basement. mungkin salah aku jugak sebab awal-awal tak kumpul data cukup-cukup. huhu. Ya, ni semua salah sendiri.Tak baik salahkan tajuk atau orang ke apa.

Friday, November 5, 2010

PENGUMUMAN: Sudah Tiba Masanya Kita Exchange Link =)

Hye kawan-kawan. Ini entry type laju-laju. Aku mahu exchange link dengan kamu. Ya, kamu. Sesiapa sahaja, followers yang disayangi, yang datang ziarah tiba-tiba ke. Siapa mahu/sudi berexchange link dengan Sophie Al-Yahya yang comot momot ni boleh lah tinggalkan link kamu yer di ruangan comment. Yang dah dilinkan jangan ngada-ngada nak bagi link lagi.  Marilah sama-sama berganding bahu.Cewahh~

Ni link untuk blog Sophie Al-Yahya:
http://sophiealyahya.blogspot.com/

p/s: jangan main tipu eehhhh.. Tipu dosa mati seksa (ayat masa darjah kecik-kecik dulu)

Wednesday, November 3, 2010

Roti Kaya Berbulu

Tadi aku lunch tapi aku tak rasa macam nak makan nasi.
Jadi aku makan roti kaya. Alaaaa, macam roti canai dalam dia ada kaya tuuu..
Sedang sedap-sedap aku makan, aku ternampak sesuatu.
-
-
-
-
Sehelai BULU...
Yerrr..sehelai BULU yang macam panjang 1.5 cm dan kerinting.
Aku pandang mamak yang bertugas buat roti.
Terlihat tangannya.Yaaaa,memang berBULU kerinting.
Sekali ternampak baju dia. Tak berbutang bahagian paling atas..
Yaaaa..nampak BULU dada pula.
Masalahnya BULU tangan ke BULU dada kat roti aku tadi?
Masalahnya juga aku sangat GELI dengan kedua-duanya!!! 
Aku dah alihkan bahagian yang ada bulu tu.
tapi bila tengok balik beliau a.k.a bulu tu dah hilang.
Aku termakan bulu tu ke? T___T  Mamaaaa.....

p/s: tempat kejadian kat Restoran Khulafa' section 7. Mamak. Boleh tak aku nak sarankan semua pembuat roti diwajibkan memakai sarung tangan ketika membuat roti? atau adakah rasa umphnya akan berubah jadi tak sedap kalau tak kena tangan si penebar roti? mungkinkah ada enzyme atau organisma tertentu atau peluh yang membuatkan roti jadi sedap kalau tak pakai sarung tangan? Kesimpulannya lepas ni sebelum aku oder roti aku kena cek dulu tangan pekerja tu. Hukhukkk.. Kalau memang kedai mamak sia-sia lah aku cek kan.. (-_-")
 -
-
-
-
adakah...adakahhh ..aku cirit birit sekarang sebab termakan bulu? 
Arghh..stress!~

Tuesday, November 2, 2010

Mari Usha Tutorial Mewarna Menggunakan Water Colour!!

Okeyh, pertama sekali..walaupun namanya tutorial,tapi bukan aku yang tukang buat tutorial nih. Sekadar berkongsi satu website yang mengajar cara-cara dan teknik-teknik yang boleh kamu aplikasi dalam lukisan. Sebenarnya, melukis ni memerlukan bakat. Tapi anda takkan tahu samada anda berbakat atau tidak kalau tak mencuba. Orang kata bakat terpendam gitu. Jadi, yang paling penting ialah praktis. Kadang-kadang kena olah dulu baru boleh nampak bakat tu.Okey, untuk mengulas tentang tutorial ni, haaaaa!!!!! Let's check it out yaww!

Skill yang dipaparkan terbahagi kepada tiga. Serius senang paham! 
1. Basic Skills
2.Advanced Skills 1
3.Advanced Skills 2

Untuk Basic Skills, antara teknik yang ada:

 Lifting Wet Watercolor



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...