Tuesday, May 24, 2011

Katakan Tidak Pada Kata-kata Itu

Assalamualaikum. =B

Hurmm..aku ingatkan dah beli modem baru bolehlah rajin update. Sekali lambat jugak berupdate. So, maafin sangat-sangat yah. Aku dah kerja. Selalu balik lambat. Bila dah balik sangat penat. Sejam stuck dalam jem dengan memandu kereta manual gear sampai 4 jek. Sadiss. T_T  Sorry juga sebab aku selalu tak sempat dah nak reply comment anda mahupun menjenguk anda kembali. Isk! rasa bersalah sebenarnya. ;(

Jadi harini aku nak bercakap tentang determination sebenarnya. Kesungguhan kamu mendapatkan sesuatu. Aku start dengan cita-cita ok.

Al-kisah, dulu masa sekolah rendah,aku sebenarnya nak jadi doktor. Entah kenapa rasa macam best jek nak merawat orang. Ceh mengaku jelah sebenarnya nak bergaya dengan coat putih tuh.wakaka. Dan waktu tu aku tak pernah tahu arkitek tu apa tambahan pula dalam family,sedara mara aku takde pun yang jadi arkitek.. Bila dah semakin dewasa yakni masuk sekolah menengah, curiosity aku terhadap bangunan semakin menebal.

Cita-cita nak jadi doktor semakin pudar sebab aku rasa aku kureng ke arah sains especially Biology. Aku rasa annoyed bila kena hafal nama-nama sel, nama-nama saintifik kejadah semua tu. Masa sekolah aku suka subjek matematik. Waktu tu aku boleh beat la budak-budak cina kelas aku sebab yela, budak cina kan selalu dikaitkan dengan pandai semua tuh. (eh apa kena mengena nak bagitahu aku suka matematik? nak bajet terer lah tu.huahua..) Tapi memang suka lah sampai kalau exam matematik rasa macam heaven gila tak payah study. Masa form 4, 5 aku masuk kelas Sains Tulen. Tapi aku tambah subjek Pendidikan Seni.

Orang kata kalau nak dapat kos senibina (architecture) kena ada Lukisan Kejuruteraan (LK), tapi sebenarnya janganlah percaya. hehe. Sebab aku tak amek LK pun dulu. Lepas SPM, aku memang target nak belajar architecture. Aku taknak kos lain. Kalau ada 8 pilihan lapan-lapan lah aku pilih architecture. Memang target utama aku nak masuk UiTM untuk architecture. Sebab kalau korang nak belajar sesuatu kos tu, pilihlah tempat terbaik yang menawarkan kos yang anda nak. Aku pilih UiTM sebab aku buat research aku sendiri. UiTM antara tempat terbaik dalam negara untuk belajar architecture selain UTM dan U lain. Tambahan pula aku ada lihat graf bahawasanya UiTM telah melahirkan paling ramai registered architect. Tapi tak tahulah kalau graf dah berubah. Paling best, yuran sangat murah. RM490 satu sem. Mana nak dapat kat tempat lain? Program pulak memang bagus.

Lepas habis SPM, aku tak dapat matrik.Ke aku tak apply entah. Aku pun lupa tapi memang aku TAK NAK masuk matrik. Ayah aku seorang pensyarah pun tak menggalakkan masuk matrik. So aku tunggu jelah. Aku dapat interview di UiTM untuk kos architecture. Tapi aku tak diterima masuk. Sadis. Yer, kos senibina ada interview.Kalau takde interview tu agak pelik la. Bila aku tak dapat kos senibina, aku tak putus asa. Sebab aku nak jugak. Aku tak apply untuk kos lain. Aku tunggu lagi satu sem dan mohon kembali. Sementara tu aku kerja la. Macam-macam tempat la aku kerja. Masa tu sedih gak la sebab kawan-kawan sebaya semua dah sambung belajar. Tapi aku pujuk hati sendiri. Aku percaya kalau kita tak dapat apa yang kita nak, kalau kita sabar, satu hari nanti Allah akan bagi sesuatu yang lebih baik.

Maka aku dapat pergi interview kedua. Ohya, interview nak masuk kos ni ada ujian melukis tau. Aku dah tahu kat mana kesalahan lukisan aku masa pergi interview pertama dulu jadi aku tak ulang kesilapan yang sama. Plus, aku buat interview dengan lebih confident kot. haha. Dan yeahh! Aku berjaya!!! Aku ditawarkan kos yang aku nak tak lama lepas tuh! =8) hidung mesti mau kembang!

Masa tu aku masuk satu sem lambat la berbanding kawan-kawan sekolah aku dulu dah sem dua dah. Dahlah kos aku ni 4 tahun straight. Orang lain amek Diploma 3 tahun je mostly. Masa aku baru masuk senibina, kos aku masih Diploma. Masa aku  tahun ke berapa entah, program aku ditukarkan dari Diploma ke Degree. Haaa.. Masyuk tak?? Rasa happy sangat-sangat. Maka betullah aku pujuk hati aku dulu, kalau kita tak dapat apa yang kita nak dan kita bersabar, Allah akan bagi sesuatu yang lebih baik. Nah, akhirnya aku grad dengan degree dulu berbanding kawan-kawan sekolah yang masuk U lebih awal. Dan aku jump dari SPM ke Degree terus tanpa diploma mahupun matrik mahupun STPM.

Masa aku sampaikan hasrat aku nak belajar architecture, ramai yang macam bagi kata-kata yang agak negatif la bagi aku. Macam "tahu tak, kalau kau amek archi, nanti hari-hari tidur lambat pukul 3,4 pagi." "nanti kan, kau jadi macam zombie. nanti kan, kau tak cantik sebab pucat hari-hari kurang rest, architecture sesuai untuk lelaki lah tak sesuai untuk perempuan" dan macam-macam lagilah. Dalam family aku pulak aku selalu digelar si lembik oleh abang-abang aku.(jahat kan? ;p ) Tapi semua tu aku tolak tepi. Aku yakin dengan pilihan aku. Aku percaya dengan keupayaan aku. Akhirnya 4 tahun berlalu. Aku berjaya melalui segala pahit manis sepanjang bergelar student architecture. Alhamdulillah aku berjaya grad on time tanpa extend. Tak perlu jadi best student. Tak extend pun aku dah sangat-sangat bersyukur tau. =)

Total course aku 6 tahun sebenarnya kalau study di UiTM. Kalau U lain macam UTM, 5 tahun tapi diserap dari matrik atau STPM la bukan dari SPM. Kalau nak diikutkan, aku masih ada lagi 2 tahun untuk complete studies aku. Part 2 untuk diiktiraf sebagai arkitek. Tapi takpe, aku nak kerja dulu. Aku taknak sambung terus sebab aku tak suka kalau keluar terus jadi arkitek nanti tak tahu apa-apa pasal kerja. Again, ada aje kata-kata negatif macam " sure ke boleh sambung balik? nanti dah pegang duit tak nak sambung dah, atau nanti kalau nak kahwin dah susah nak sambung dah" yeah like whatever lah orang nak kata apa kan. Talk to the hand! ;p

So kepada adik-adik di luar sana yang masih sekolah, yang ragu-ragu lagi, tetapkan apa yang anda mahu. Tak kira lah apa sahaja yang anda nak belajar, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. (Sebenarnya tadi nak taip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai jadi abu. nasib baik tanya adik aku dulu betul ke peribahasa aku.kahkah. )Biar habis apa yang anda mulakan. Jangan anggap apa yang kamu lalui seharian adalah beban. Kadang-kadang macam takde kena mengena pun apa yang kita buat seharian dengan apa yang kita nak untuk masa depan. Tapi percayalah, semua yang anda lalui harini adalah ilmu untuk anda berdepan dengan masa depan. Do take my words okey. I learn from my experiences. =)

p/s: kalau nak tahu serba sedikit bagaimana belajar architecture boleh klik entri lama Monolog Dalaman Pelajar Architecture Macam Aku.

32 comments:

  1. congratulation kak! happy for you.. yana x mungkin kot sambung degree straight away... entahlah, ingat nak study part time ke.. doakan yana ok.. =)

    all the best for your next journey

    ReplyDelete
  2. wihihihi..busy lah neyhhh cik sophie. takpe2, teruskan usaha. ML stuju ar part janji abeh belajo xyah extend2 tu. Ape ade pada status best student tu kan. Gudluck sophie =)^^

    ReplyDelete
  3. setuju sgt bab bersabar n redha then Allah kasi yg lbh baik..mgkin bukan on the spot,later on..maybe di akhirat sana kan :)

    yus dlu pon banyak sangat halangan nak dapat ape yg ade skrg dan masih lagi banyak dugaan skrg pon utk teruskan cita2..harap2 berjaya dapat ape yg diimpi,begitu juga sophie oki..insyaAllah.. keep on praying n not giving up kan:)

    miss u dear !

    ReplyDelete
  4. Kalau kita tak dapat apa yang kita nak dan kita bersabar, Allah akan bagi sesuatu yang lebih baik.

    Suka ayat ni :')
    Saya budak lepasan SPM 2010 and tgh menunggu keputusan rayuan.
    Doakan saya ye kak :D

    Thanks buat entry ne ,atleast saya dpt semangat melalui entry ni :')

    ReplyDelete
  5. halatuju tak boleh dijangka,kan. tahniah dik. moga, laluanmu bercahaya.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam...

    Heeee xpe EB fhm sngt² dgn waktu org bkerja ni.. Kena² lg mcm Sophie yg baru mula kerja.. Fhm sngt²la...

    Mmm apa² pn EB sngt² bangga kenal org mcm Sophie.. Jujur n ikhlas sngt² bangga n teruja kmu pnya sifat dan keinginan yg sngt² tinggi..

    Eb doakn smoga semuanya bjln lancar.. Apa org nak kata pedulikn saja.. Org hnya mampu brkata.. Tp jgn trus tolak.. Fikirkn kenapa dan buat tindakan atau jln pnyelesaian.. Org bkata mesti ada sbb.. So buktikn pd diri bukan pada dia.. Insha'Allah smuanya okay..

    Believe in Allah..

    ReplyDelete
  7. wow sophie!mcm mne dari diploma boleh tukar ke degree??mmg best lah kan..kalau la dip bisnes sye pon mcm tu....ish,bersabar..kn? ;)

    ReplyDelete
  8. Aku pun ada kawan yang keja arkitek.. Takde pun yang macam zombie.. Yang macam Benjamin Franklin ader.. haha..

    ReplyDelete
  9. mcm mne klu kite dah terambik n dah tercomplete cos yg kite x berape minat? =)

    ReplyDelete
  10. Sophie, cantikla tudung! :)
    Tahniah eh, haritu dah ter'wish' awal sehari pulak...hehee.. All the best utk kerja. :)

    ReplyDelete
  11. yeaayyy

    dh konvo..
    tahniah yer sophie..

    anda mmg kelihatan sgt cantik

    :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah Sophie.Allah permudahkan Sophie untuk ambil cos yang Sophie nak.and the best thing now u've already working!belajar betul2 time kerja ni.Jangan malu bertanya, improve ur skills especially about detailing & construction things.All da best Sophie.^_^

    ReplyDelete
  13. serius best dari diploma terus tukar ke degree! hihi. congrats Sophie. update banyak2. dah lama sophie tak update.

    soalan standard habis blaja : bila nak kawen? :P

    ReplyDelete
  14. time kecik2 dulu kita minat
    tp bila dh besar sikit, sedar diri nie x pandai melukis ;(

    ReplyDelete
  15. bertuah tau dapat kos tuh :) sebab ramai yg inginkan tapi tak dapat.. so kamu bertuah sgtt syg..

    c0ngrats :)

    ReplyDelete
  16. arkitek le seswai untuk pompuan..ehehe..

    ReplyDelete
  17. congratulations miss architect! now can u design my new secret basement for free!

    ReplyDelete
  18. yeahhh...smgt utk sya hbiskan pgajian saya...
    dhla mik letrik..karma btul..but saya sabar...kuat smgt..msti sbar...!!

    ReplyDelete
  19. best bace cerita kejayaan org..
    kalo aku, aku byk buat keputusan salah sampai masa depan aku sekarang masih samar2...

    ReplyDelete
  20. Liyana Aziz:
    thanks yana. Takpe, pilih je mana2 janji buat yg terbaik dalam pilihan kita =)

    ML: thanks ML. yeahhh agak betul la. Dah kerja ni bukan tgk best student ke tak. tgk boleh buat kerja ke x..

    alexa yussida: thanks yus =) a ah betul. kena sabar. nak dapat apa yg kita nak bukan boleh fast track.

    pink: insyaAllah. never give up ok =) muda lagi ni..haha..

    ReplyDelete
  21. ryann: thanks kak =B

    EB: thanks EB. betul juga. sebenarnya tak boleh kut hati 100%. ego namanya tuh.hehe. cuma, pandai2 lah buat penilaian kan..

    MJ: Sebab Diploma Architecture kat UiTM memang bagus =) so lepas review dr pihak tertinggi archi, uitm dpt lah naik taraf.

    Amir FX: biaselahh.. spekulasi org mmg macam2..hehe..

    Amy Syifa: itu dah dikira bagus sesangat dah tu. teruskan perjuangan anda!

    Bash: thanks bash. Terkejut pergi kerja ada org wish congrats konvo.gagagaga..

    ReplyDelete
  22. najwairina: thanks ya =)

    Nis:
    thanks nis.. hahaha.. =)

    saharinasaharudin: not yet an architect laa.. hehe..but, Aminnnn...

    Azalia hj salleh: huhu.. cita2 selalu berubah sejajar dengan masa..

    miss lolly: thanks =) hurmm..agak bertuah la sbb dalam ribu2 yg mohon, tak sampai 100 yg dapat.

    ReplyDelete
  23. Jiji Yu: yeke? kau org pertama yg aku dengar ckp mcm tu.hihi..

    pilotHans: thanks Mr.Pilot. but i'm not yet an architect. free design? *batuk2*

    cikaiskrimmj: good luck k. never give up!!

    cEro: hurmmm.. semoga masa depan kau lebih cerah lepas ni dan semoga kau matang dalam memilih hala tuju kau. sentiasa pikir ke depan cero. jangan pandang belakang dah. yg belakang hanya pengajaran.

    ReplyDelete
  24. Kak Airaniez: thanks a lot. nak hebat software mcm kak aira gak. haha..

    ee: lega dah habis blaja tp nak kena sambung lagi. Huh soalan ni cepumas betul. tak tahu lg ee. mcm msih jauh je lagi..

    ReplyDelete
  25. bestnye sophie. dulu akak pn nk jd arkitek. serius. tapi sbb mase kat teknik amek kelas perdagangan, n lebih menjurus ke arah akaun, g sambung akaun. sekarng terase sangat la tak bestnye akaun niiiiiiii!!!

    skrg ni teringin nkjadi pakar psikologi lak. mesti best kan kaji2 perangai manusia ni. tapi mase takleh pth lik. bulan 9 ni cont master acct.

    huaaaaaaaaa~

    ReplyDelete
  26. wath: xpelaaa..account pun bagus apa.
    kalau dah mula tu habiskan aje kak.hehe.good luck for your studies.

    ReplyDelete
  27. nak belajar lagi tapi entah la.
    rasa malas sudah nak hadap abjad2 kaku.

    ReplyDelete
  28. hye..anis pown dlu nk jdik dktor jgk taw.tp bile fkir balik,anis pown x brpe mnat sains.terutama biologi.ahaha..n yes,i do like math also..mmg besh..tp add math kantoi gak.huhuhu..anis mnat mlukis,tp sbb fmili x galakkan,bakat n mnat tu tkubur jerp..huk3..(cdiyh plak)..skrg anis dploma IT kt uthm, n bkal smbung dgree blan 9 nie..kalo kire sume2 anis akn blaja slame 5 thun stngah non stop.huhu..dasat2..tp xpela,sbbkn kos IT nie la anis bley mlukis gak,tp gna software dlm kmputer nie..^^

    ReplyDelete
  29. 6thn ni dah ijzah ke?
    atau dploma lgy? kurang jelas

    ReplyDelete
  30. anonymous: 6 tahun ni dah ijazah atau dlm architecture, complete lah part 1 & 2..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...