Pages

Wednesday, July 28, 2010

Pulau Tioman cantik!


Aku ke Tioman dari 16-18 Julai. Ada open water lifesaving camp. Aku tidak dapat bercerita panjang kerana jam sudah menunjukkan pukul 6am dan aku masih belum tidur lagi ni. Kelas pula bermula jam 8.30 pagi.Entah bila boleh tidur. Aku sangat mahu bercerita panjang mengenai trip kali ini yang sangat best. Tapi disebabkan aku tidak mempunyai masa terluang, jadi aku sajikan saja entri kali ini dengan gambar-gambar yang aku kira menarik untuk dikongsi bersama, yang diambil dari camera aku. Pergi Tioman dan ambil gambar sampai 1400++, memang gila. Hahaa.. Ok, jom zaaasss!!!

Saturday, July 24, 2010

Maaf, aku tidak follow kamu.

Tujuan utama aku menulis blog bukan kerana ingin mengejar duit dari nuffnang. Bukan juga untuk menjadi terkenal dengan menempek wajah dengan aksi-aksi comel, cantik, hot atau apa-apa sajalah untuk jadi femes. Aku hanya ingin bercerita tentang hidup aku. Bagaimana aku corakkan hidup aku sendiri dengan cara aku.

Aku sudah cukup sibuk dengan kehidupanku sebagai seorang pelajar senibina (yakni memang dah giler sibuk tahap cipan), sebagai seorang lifeguard di Pool UiTM, sebagai seorang instructor renang yang mengajar orang lain berenang (yakni bukan senang lebih-lebih lagi yang takut air). Jadi dengan kesibukan yang melanda aku tidak dapat blogwalking sangat dan tidak banyak meletakkan link-link blogger yang best walaupun aku mahu.

Walau bagaimana pun, aku hanya suka follow mereka yang aku rasakan best, cool, memberikan sumber inspirasi kepada aku, memberi aku pengajaran hidup, memberi banyak info tentang perkara yang aku tidak tahu, atau yang mempunyai latar belakang yang lebih kurang dengan aku. Bloggers yang hanya menepek gambar beliau yang cantik-cantik tetapi tiada pengisian juga aku elak daripada follow.

JADI


JADI

JADI...

Janganlah meminta aku follow blog anda hanya kerana mahu menambah bilangan follower. Jika aku rasa blog korang ok aku akan follow. Kalau tak aku hanya berlalu pergi. Aku bukan berlagak sebab aku tahu aku masih baru. Peaceee!!!

"Water Confidence Programme" berjaya dilaksanakan!


Hari ahad, sebelum ke studio membuat model tapak, aku ke kolam renang UiTM kerana menjalankan aktiviti "Water Confidence Programme" yang telah aku postkan tentang intipati program tersebut disini. Aku hanya ke sana untuk mengambil gambar sewaktu program dijalankan untuk dokumentasi. Ohya,aku bukanlah jurugambar bertauliah. Aku hanya suka menyimpan gambar sebagai kenangan di waktu muda. Chewah!

Mereka yang datang ni terdiri daripada golongan kanak-kanak-,remaja dan dewasa. Yang dewasa tu ada yang pensyarah UiTM. 

Program dimulakan dengan senaman ringkas, supaya tidak krem di dalam kolam nanti. Aku hanya akan paparkan sedikit saja gambar program kerana kalau nak tunjuk gambar dari awal program sampai habis memang banyak gila la gambarnya.

Proses Buruh Binaan Model Tapak (Site Model)


Hari selepas BBQ di rumah Encik Salmizi, aku dan rakan-rakan satu kumpulan bertungkus lumus menyiapkan tugasan kerana esoknya ada presentation site. Slide powerpoint masih belum gabung dan semak, model site belum buat lagi. Masing-masing risau takut tak dapat siapkan. Tapi tak apa, kena berfikiran positif dan yakin boleh.

 
 Mulakan dengan tenang, rancang dulu macam mana nak buat model dan bahagikan tugas. Ada yang buat tapak, ada yang buat bangunan, ada yang buat pokok, jalan raya. 

Tuesday, July 20, 2010

BBQ di Rumah Encik Salmizi

Hari Sabtu tu selepas aku habis latihan lifeguard di UiTM aku balik ke rumah sewa. Aku mahu menyiapkan tugasan untuk presentation hari Isnin. Tetapi aku dan rakan-rakan juga ada jemputan ke rumah pensyarahku yang mengajar subjek Structure. Encik Salmizi mengadakan majlis Hari Lahir anaknya jadi dia anjurkan BBQ di rumahnya di Putra Heights. Dekat sangat dah dengan rumah aku.



Ni semua yang hadir ni budak kelas aku la nie. Masing-masng seronok makan.

Monday, July 19, 2010

Program Keselamatan Pasukan Penyelamat UiTM


Tarikh : 10 Julai 2010
Lokasi : Kolam Renang UiTM Shah Alam
Yang giler kentang : Aku dan rakan seperjuangan, dan anggota penyelamat dari unit Bomba.

Tajuk entri ni aku rasakan skema semacam. Sebenarnya program ini dinamakan Lifeguard Simulation Programme. Ini ialah program khas yang dijalankan untuk penyelamat kolam UiTM. Penceramah yang dipanggil ialah Tuan Suhaimi. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat banyak tentang menyelamatkan orang. Agak lambat jugaklah aku post entri nih. Bukan agak, tetapi sememangnya lambat seminggu.huhu.. Sebab aku ke Tioman. Jadi aku tiada masa untuk kemas kini blog.

Wednesday, July 14, 2010

Site Analysis- Student Hub Centre



*ni Kak Pah. Aku selalu cakap dia kakak aku . Sebab nama dia Sharifah jugak.hehe.*

Sehari selepas pergi Genting tu ialah hari subjek Design. Penat semalam masih belum hilang. Tapi kena jugak melawat site sebab dahla ini kerja berkumpulan.Lagipun kena kenali site dulu baru boleh dapat selesaikan design.

Monday, July 12, 2010

Jangan Ponteng Kelas Untuk ke Genting!




Jangan ponteng kelas untuk ke Genting
Hari ini hari Isnin.Aku mahu ceritakan apa yang dah jadi Rabu lepas. Tahu, lambatnya update kan.Bukan apa, aku sibuk sikit tambah-tambah lagi aku takde berukband.

Tengok gambar di atas.Nampak macam kami sedang bersuka ria dengan hebatnya. Tapi gambar boleh menipu kan? Sebenarnya sekolah (kelas) kan dah mula Isnin tu, jadi aku dan rakan-rakan dah plan nak pergi Genting Highland pada hari biasa, bukan hujung minggu sebab aku tahu hujung minggu mesti ramai sangat orang.Aku dan kawan-kawan dah nekad dah nak pergi jugak walaupun kena ponteng kelas.
Kisah nak pergi Genting ni sebenarnya agak tragis lah jugak bagi aku. Sesuatu yang tak pernah jadi dalam hidup aku. Memang la Genting tu best. Tapi tapi tapi.. haaaa..baca lah sampai habis kalau nak tahu.

Tuesday, July 6, 2010

Seperti Hari Pertama Persekolahan

Oh! macam tak percaya! Aku kembali ke sekolah. Ayuh,kembali ke sekolah,ayuh~ Ayuh kembali ke New Era..Ayuh~ siapa ingat lagu iklan ni? heheh..

Seperti biasa, hari pertama class barulah aku berangkat pulang ke Shah Alam. Bapak femalas lah kan nak balik sehari sebelum tu.

*jalan jamm yang luar biasa dari Highway lagi u..*
bila dah sampai masing-masing rebut cubicle. Malangnya aku dan geng aku sampai lambat.Jadi dapat lah tempat yang tak berapa nak best lokasinya.Huhu.. Sem lepas aku selalu kacau senior yang duduk kat depan pintu. Aku panggil dia receptionist. Harini aku lambat, makanya aku lah jadi receptionist sem ni.hukhuk.. Tula..lain kali jangan pekenakan orang,nanti kena kat batang hidung sendiri. Kawan-kawan aku semua gelakkan aku. Aku harap senior aku tuh tak tahu aku dapat tempat duduk dia.Isk..isk..isk.. T_T




*bergambar bersama kawan sebelum briefing dari pensyarah dimulakan*
Aww~ yang hujung berbaju biru tu bulan Ogos ni kahwin!! Aku yang excited terlebih bila dapat tahu..hohoho.. aku cakap kalau dia nak gi spa yang untuk naik seri pengantin tu aku nak join.tehehe..*say E..nak check gigi. dah berus ke belum pagi ni?*

*pakai baju oren ramai-ramai bukan nak ajak aku. Boria miskin kaya tak mau ajak eh..sampai hati.Kasi aku jadi bos boria!*

lepas briefing pergi makan tengahari di section 2. Wah, claim ABC kat Laida sebab dia practikal dapat elaun. Btw, ABC ni sepatutnya lebih menarik tapi kami mintak letak dalam bekas ni sebab kami punya meja jauh..Nanti susah tokeh nak cari.Semangat !



Lepas class pergi PKNS. Nak cari kasut. I know.PKNS? kasut apa la yang kau boleh cari kan.. Tapi percayalah, aku malas nak pergi mana-mana dah aku nak aim satu kedai aje. Janji dapat sandal.






dalam kedai pun boleh bergambar. (^_^)V tak tahu malu? kami lah tue..hihi..


pandai kakak kedai tu promote. Siap cakap sesuai dengan baju aku ni.. Amboi! ingat hari-hari ke aku nak pakai baju kurung? sekali seumur sem taw. Hari pertama aja. Lepas tu tak kira Isnin ke Jumaat ke..aku pakai seluar biasa aje. Unless aku rasa macam nak pergi class ayu-ayu gitu. (i know..i know..muntahlah kalau kamu mahu..)


Bajet sopan santun ayu gituw dengan berbaju kurung..Ngeee! rasa macam nak raya lah pulak!! (ehem cik kak,puasa kau dah habis ganti belum?)


Diorang ni tak aci betol..yang nak cari kasutnya aku, yang membelinya semua.Hampesss!! >_<


bersama kakak yang tak kering gusi melayan kerenah kami yang bermacam ragam. Bila kakak tu tanya,

kakak : adik-adik ni amek course apa?
adik-adik : architecture.Budak architecture memang gila sikit kak. Tak reti duduk diam-diam.heheeee... (sebenarnya mana-mana course pun kalau dah perempuan memang kecoh la kan..)

kakak tu siap nak mintak amek gambar sekali dengan kami dan bagi email Facebook.I like~ macam I artis gitu.Uwekkkssss!!!!!!!!! (mari muntah ramai-ramai!!)

Sunday, July 4, 2010

UiTM Dihatiku!

Aku macam tak percaya! Owh benarkah ini? TIDAAAAAAKKKKKKKK!!!! Perlukah ini berlaku kepada diriku? Esok tanggal 5hb Julai 2010 persekolahan akan bermula dan aku tidak puas bercuti *sigh* Aku tak prepare apa-apa pun nak masuk ni.Langsung tak prepare. Nak packing pun Arghhh!! satu perkara yang aku sangat benci lakukan. Padahal ni semester terakhir. Bukankah aku patut chill dan gembira? Yaaa aku pasti gembira sebab dapat berjumpa rakan-rakan. Tetapi disini jugalah aku tidak dapat tidur lena di katil yang empuk kerana biasanya aku akan tidur di bawah meja dalam studio. Yer, itulah yang dinamakan studio-based students.

*owh UiTM dihatiku.Kerana dirimu begitu berharga.Awww~*

Apa Yang Lelaki Harus Faham Tentang Perempuan.


Ni ialah entry berdasarkan pemerhatian aku dan pengalaman yang selalunya dialami oleh perempuan . Kisah benar ni, bukan olok-olok.


1.Perempuan suka ambil masa dan bersiap lawa-lawa bila nak keluar dengan buah hati mereka. Mostly sebab apa? Sebab mereka tak mahu teman lelaki mereka rasa malu ada teman wanita yang selekeh serabai untuk jalan seiring bersama-sama. Mereka mahu teman lelaki mereka rasa bangga mempunyai teman wanita yang pandai jaga penampilan diri.


2.Bila nak dating dan perempuan tu datang lambat, lelaki cenderung untuk marah. Tetapi apa yang sebenarnya lelaki tak tahu ialah betapa sukarnya seorang perempuan untuk buat keputusan nak pakai baju apa? Warna apa eh harini? Hurmm, nak macam sweet-sweet ke, cute-cute ke, elegen eh? Nak pakai macam mana kasi dia suka? Kena iron ke tak baju ni?Alamak, koyak sikit, kena jahit ni! Lepas tu si perempuan mestilah nak bermekap sikit kasi nampak comel lote fresh gitu. Tapi adakah lelaki faham? Selain kena marah sebab lambat, takde pujian langsung dari pakwe tersebut biarpun dah susah payah bersiap. Padahal pujian dari yang tersayanglah yang paling diharap-harapkan oleh si perempuan. Pakai buruk-buruk gi dating mau?



3.Mengongkong. Ni lebih bersifat subjektif. Sebab ada yang kuat sangat cemburu sampai tak bagi teman lelaki berkawan dengan mana-mana perempuan. Tapi kalau teman wanita yang dah fleksibel tu, janganlah ambil kesempatan pula dengan berSMS perempuan lain untuk suka-suka atau keluar dengan sesiapa. Pulak tu bergambar nak rapat-rapat semacam kan. Jagalah hati kekasih anda lebih-lebih lagi bila dia sedaya upaya mengelak untuk rapat dengan mana-mana lelaki selain anda. Tak sound tak bermaksud tak kisah.



4.Perempuan sekeras-keras mana pun hati dia tetap ada satu bahagian yang lembut dan sensitif. Kalau dia merajuk pujuk lah. Janganlah ego sangat. Ada juga perempuan yang suka merengek-rengek manja (atau gedik la senang cerita) ni nak perhatian lebih la ni. Lain perempuan lain cara dia inginkan perhatian. Jadi, kenalilah teman wanita anda sebaiknya. Tapi tak tahulah kalau lelaki pun ada yang suka merengek-rengek.Euw!!



5.Kalau bergaduh, perempuan biasanya memerlukan masa untuk sejuk dan berbincang. Berbeza dengan lelaki. Kalau boleh waktu tu jugak nak setelkan masalah. Haa perempuan apa lagi, dahla marah belum reda, nanti entah apa yang keluar dari mulut si perempuan. Kebanyakan apa yang dikatakan ketika marah itu selalunya akan dikesali sejurus selepas cakap So lelaki, biarlah perempuan cool down dulu.Ishh,ni tak menyempat-nyempat.



6.Apabila lelaki inginkan waktu untuk meluangkan masa bersama teman wanita, luangkan lah masa yang berkualiti bersamanya. Janganlah time dating tula nak SMS ke,godek-godek handphone ke. Percayalah, itu satu perkara yang sangat annoying tambah-tambah lagi kalau dah lama tak jumpa. Nanti bila dah tiada masa terluang nak keluar sebab bz barulah membuak-buak rasa nak pergi dating. Hargailah masa yang kamu ada bersamanya kerana esok lusa tiada siapa tahu jika kamu tidak dapat menatap wajahnya lagi.



7.Jangan salahkan teman wanita 100% jika dia curang atau bersama bekas teman lelakinya semula. Kaji balik kenapa teman wanita tu buat keputusan drastic macam tu. Mungkin ada perkara yang dia tak dapat nak terima lagi dah tentang kamu atau layanan kamu terhadap dia buruk semacam. Mungkin kamu tak bagi dia perhatian yang dia perlukan. Atau sikap kamu sememangnya hawau.



8.Jika perempuan tu tak pernah bawa atau bercerita tentang kamu kepada familinya besar kemungkinan kamu hanyalah tempat persinggahan sementara. Tapi kenapa? Mungkin sebab latar belakang kamu, mungkin dia tak nampak masa depannya dengan kamu dan tak terfikir untuk serius dengan kamu.



9.Jika setelah beberapa tahun berlalu dan teman wanita kamu meninggalkan kamu kerana dia tidak nampak masa depannya yang cerah, itu adalah pilihannya. Janganlah tuduh perempuan itu tinggalkan kamu sebab kamu tak berharta, tiada pendidikan atau tak layak bersama dengannya. Kerana dalam tempoh beberapa tahun bersama itulah waktunya perempuan tersebut melihat potensi yang lelaki itu ada untuk menjadi suaminya kelak. Jika potensi itu tiada, haruskah perempuan itu memperjudikan nasibnya seumur hidup? Cinta selepas kahwin adalah tanggungjawab taw mak aku cakap! Kalau aku nak kahwin pun aku nak cari orang yang stabil jugak dari segi kewangan maah!



10.Kalau teman wanita kamu tiada mood atau marah-marah dan suruh tinggalkan dia sorang-sorang percayalah, sebenarnya dia mahukan kamu tanya baik-baik, lembut-lembut..kenapa dia takde mood,marah. Kalau kamu betul-betul tinggalkan dia sorang-sorang. Heh! Memang lagi kepala angin la teman wanita kamu kerana sewaktu dia ada masalah, kamulah sebenarnya tempat yang tepat untuk luahkan masalah. Lainlah kalau dia ada masalah dengan kamu, mestilah dia nak luahkan pada kawan-kawan dia.



11.Kalau kamu bergaduh dengan teman wanita kamu, sukar untuk teman wanita kamu tidak menceritakan masalah kamu berdua kepada rakan baiknya. Ini kerana berbanding lelaki, perempuan lebih cenderung untuk XOXO Gossip Girl besama teman baiknya. Sebenarnya perempuan lebih bersifat meluahkan berbanding lelaki.


Hah,sampai sini ajelah mampu aku pikir. Banyak lagi sebenarnya tapi dah macam majalah remaja pulak nanti.Ish! ish!

*chomel lah binatang pun pandai bercinta*

Sticker Monster Dinding!

Adakah anda bosan dengan dinding bilik anda?
Anda tidak mampu beli wallpaper (kertas dinding) sebab ia mahal dan membosankan?
Cat satu warna di dinding bilik tidak menceriakan hidup anda?
Haaaaa!!!! mari adik-adik!!

Ceritanya bermula ketika aku kusyuk menghadap laptop. Dari sudut mata aku, aku terlihat adik aku tengah godek-godek sesuatu. Mula-mula malas nak tengok. Sekali pandang, terus nak join sekaki.Aku pun main tampal-tampal stiker bersaiz besar ni kat dinding. Jangan risau, sebab dia senang tanggal balik.

Haaa,inilah dia..sticker bersaiz besar yang tak dapat dimuatkan dalam sticker album (alaaa,yang dulu-dulu darjah 1 aku ada tu..)


Sticker comel ala-ala monster nak makan arnab warna-warni. Lepas tu arnab tu boleh menyorok dalam lubang dia.
Chomel kan? (^_^)

Define Me in 3 Words

Masa harijadi aku haritu aku telah memaksa meminta kawan-kawan yang aku boleh kategorikan sebagai rapat untuk describe aku menggunakan 3 perkataan. Tapi ada juga yang bagi lebih daripada tu. Jadi apa kata mereka tentang aku? Hihi..(tiba-tiba rasa diri sendiri gedik nak post entry macam ni) huahuahua..

Define me in 3 words

Ijam :

comot yang comel

cadbury, milkshake, cheesecake..:)

Nisa:

-kekasih hati saya.
-kawan dunia akhirat.

unique,MATANG,wise. funny pun boleh. :)

Miera :

shweeet, loving, MATANG!!! ♥♥♥

Paan :

pulut kuning, milo ais, rendang daging (ni hidangan masa kau datang rumah aku lorh..x aciiii)


Raushan :

warm - ure warm-hearted, friendly and easily approached. easy to get along with. u have this warmth kinda vibe around u.

funny - ure naturally funny, but the funniness lagi terserlah in ur writing kot. i slalu tergelak-gelak bace ur notes n captions.

graceful - i think ure a person yg keep ur cool. in other words tak menggelabah. i also rase yg u org yg bersyukur dan positive (at least try to be) which make u more pleasant to be around with. (hihi giler terharu ade kawan siap explain lagi)


Nadrah :

copi mi chica hermosa!!!!! (copi my beautiful girl!!!!)

yo pienso que tu eres:

1. muy comica

2. siempre con un sonrisa :)

3. puedes ser timido pero tambien muy amable!!!

TE AMO MUCHO!!!! --à tak faham langsung Spanish.sape leh translatekan?


Laida :

3 c
comot...comel...cantik~~ ^_^


Sheila :

lovely cute laugh!


Ain :

ur beautiful. loving n such a great friend!!! =) me loveeee youuu~ muahhh muahhh



Shark :

3 words that dscribe u
comot~sengal~cool
but,3 words from me is....aku syg ko!!!
hehe

Terima kasih kawan-kawan. Tapi kalau aku suruh korang describe perkara buruk tentang aku mesti tak payah korang buat in 3 words kan? Mesti boleh buat essei terus. (-_-')