Pages

Monday, July 12, 2010

Jangan Ponteng Kelas Untuk ke Genting!




Jangan ponteng kelas untuk ke Genting
Hari ini hari Isnin.Aku mahu ceritakan apa yang dah jadi Rabu lepas. Tahu, lambatnya update kan.Bukan apa, aku sibuk sikit tambah-tambah lagi aku takde berukband.

Tengok gambar di atas.Nampak macam kami sedang bersuka ria dengan hebatnya. Tapi gambar boleh menipu kan? Sebenarnya sekolah (kelas) kan dah mula Isnin tu, jadi aku dan rakan-rakan dah plan nak pergi Genting Highland pada hari biasa, bukan hujung minggu sebab aku tahu hujung minggu mesti ramai sangat orang.Aku dan kawan-kawan dah nekad dah nak pergi jugak walaupun kena ponteng kelas.
Kisah nak pergi Genting ni sebenarnya agak tragis lah jugak bagi aku. Sesuatu yang tak pernah jadi dalam hidup aku. Memang la Genting tu best. Tapi tapi tapi.. haaaa..baca lah sampai habis kalau nak tahu.


 
Pagi tu sebenarnya dah janji pukul 7am kena ada kat KTM Batu Tiga. Tapi aku dan Teha terbangun lambat. Pukul 7 tulaa baru nak bangun. Heh, subuh pun subuh gajah. Tak senonoh. Dah dalam kereta nak gerak dah pergi KTM tapi rupanya aku salah info.Aku nak suruh kawan-kawan lain tunggu kat KTM Padang Jawa sebenarnya tapi entah kenapa aku tercakap tunggu kat Batu TIga. Kami naik dua kereta. Kawan lain dah ada kat Batu Tiga. Tapi aku & the geng pergi Padang Jawa aje sebab aku tak tahu macam mana nak pergi KTM Batu TIga (suweyy betol, nama aje duduk Subang Jaya)
Tiket tak beli lagi sebab isnin kelas,tak habis bincang dan tak confirm berapa orang pergi.Selasa kelas sampai petang.Kaunter tutup pukul 7.
Tunggu sikit punya lama baru lah tren sampai. Kami sampai dan berkumpul di KL Sentral pukul 10am. Pergi check tiket ke Genting. Hampeh! Tiket bas seterusnya pukul 1pm. Lambat gilerrrr kot!! Jadi bincang punya bincang kami ke One Utama sebab ada tiket pergi Genting pukul 11.30.. Nak patah balik semula pergi Damansara? Adoiiii..kena naik Putra LRT dan naik bas.
*pak cik ni request nak satu gambar. Tapi ..
Aku : nak hantar kat mana? ada facebook tak pakcik.
Pak cik : muka blur (mungkin dalam hati "apa benda fesbuk tuh?")
Aku : Erm...kalau macam tu ada email tak?
Pak cik : aaa..takde.
Aku : (senyap.senyum)

*dalam LRT pun jadi nak pole dancing*
Dah sampai memang excited tak hingat dunia lah!! Main apa benda entah yang pusing-pusing macam nak muntah tu.
Lepas terhayun-hayun berpusing-pusing kami main yang ribena pusing-pusing pulak. Apakah? kenapa mesti semua berpusing nih?


Memang pening. Waktu ni orang lain pandang aje kawan-kawan aku sebab mereka pelik kot diorang nih pusing laju-laju macam nak tercampak je diri masing-masing. Dahla semua dah besar. Ni macam permainan budak-budak kot. Siap bentuk Ribena lagi cawan pusing ni. Aku tak main benda ni sebab dah pening awal-awal lagi.huhu.. kalau naik gak gerenti muntah dan muntah tu berterbangan membentuk bulatan (euwww! perlu ke aku bayangkan??)

Lepas tu hujan pulak dah. Haru eihhhh!!! Baru nak main puas-puas. Jadi kami makan ajelaaa...perut pun dah lapar maah.


*seronok betol kalau pergi bersama kawan-kawan.Lebih ramai lebih meriah*
*Bila lapar muka macam kanibal sorang-sorang*
*lama betul tunggu di serve. Hampeh servis Pizza Hut ni. Dahla bagi pizza yang dah keras. Aku pangkah kau Pizza Genting Highland!*
Kat Genting ni lebih mahal makanan dia. Jadi sediakanlah duit secukupnya.
*kat sini baru nak timbang berat badan ke? Dia risau sebab makan banyak cheese.hehe..*
Dalam renyai-renyai tu kami main boat dengan mine train. Oklaa..walaupun agak kanak-kanak tapi boleh jerit tahap frekuensi tinggi. Sebab yang boat tu dia bergerak ala-ala naik bukit sekali turun laju-laju.Amek kau! Lemah jantung. Basah pulak tu.

Tadi kan hujan. Haaa..lepas hujan tahu apa yang paling best? THE FOG!!!!!!!! Teha dan Laida terpisah sekejap daripada kami.Entah mana mereka pergi. Jadi mereka telefon Shan.
Teha : Hello,korang kat mana?
Shan : weyy..aaaaAA..urmm.. kitorang dalam awan!!

Best giler kot main dalam kabus ni.Sejuk sangat!! Dahla dari jarak dekat pun masih kabur. Kalau jauh sikit aje dah tak nampak apa-apa dah. Lepas tu kami main Pirate Ship. Walaupun dia hayun tak berapa laju sebab baru lepas hujan,licin katanya tapi kami tetap menghiburkan hati sendiri dengan berlawan-lawan menjerit.hehe. Aku tak paham kenapa orang lain yang naik tu muka sangat lah macam nak pergi perpustakaan, sangat senyap dan muka masam. Tapi ada juga yang sporting. Bila kami berlawan menjerit, ada yang join jerit sama-sama. Haaa..barulah best! tak payah malu. Sebab bukannya ada orang kenal kita pun.hehe..Lain la kau LIsa Surihani atau Fasha Sandhal kan.
*Shan dengan gaya kononnya iluminati.Harharhar..*

Sila hayati gambar di bawah untuk memahami jalan cerita yang aku rasakan kelakar.
*Budak kecil request nak ambil gambar sorang-sorang*
*budak besar sedikit dengki nak masuk dalam gambar jugak*
*kalau dah semua camwhore jangan harap kau boleh bergambar sorang-sorang*

*korang memang best lah!!! saaaayaaanggg semua!! Gonna miss all of you! (tiba-tiba sedih sebab dah final sem)*


Best main terbang-terbang. Rasa macam superman. Nak jerit pun tak keluar suara. Pusing-pusing dan gegaran buatkan dagu aku tertolak dan seterusnya buatkan mulut ini tertutup untuk menjerit ala-ala soprano.
*darah gemuruh sampai menggeletar dan berjalan sangat perlahan. tengok orang belakang.Tension menunggu sambil menyediakan penumbuk .haha!*
KAMI
Selepas bermain apa-apa ride yang boleh dimain, kami masuk ke rumah hantu indoor. Dalam tu memang kami jerit-jerit macam histeria. Sebenarnya tahu memangla hantu tu orang aja tapi takpelaa..hiburkan hati hantu tu dengan jeritan kami. (padahal memang scary pun sebab masa jalan-jalan dalam tu tangan aku terpegang kepala dan rambut hantu masa tangan aku di bawah.Giler lah! crawling ke apa! Kami diberi cermin mata 3D. Jadi lukisan-lukisan dan props mereka nampak agak timbul dan real la.
*ehem! cari cenderahati kat siapa entah*
Kami terpisah dua masa dalam ni sebab ada yang nak masuk rumah hantu. Ada yang taknak masuk. Jam dah nak dekat pukul 6 (waktu bas akan mengangkut kami turun semula)
Disebab kan ada sedikit salah paham berlaku, 4 daripada kami tertinggal bas. Hahaha..macam sekolah pulak nak tertinggal bas. Tapi ini realiti okey. Bus sangatlah punctual tak boleh tunggu-tunggu lagi dah jam 6.05 dah bergerak.. Aku rasa sangat bersalah untuk tinggalkan mereka berempat sebab beg Shan dan Paan serta handphone mereka ada dengan kami. Yang lagi dua orang pula kawan Paan yang kami baru berkenalan makanya tiada antara kami yang ada number Tasha dan Izzah. Aku dah nak duduk dah waktu tu tapi disebabkan risau dan rasa bersalah aku dan Ijam lari turun dari bas. Tak tahu macammana nak hubungi Tasha atau Izzah jadi kami check hp Shan dan Paan.
Waktu tu aku rasa sedih sikit sebab banyak dugaan berlaku sepanjang perjalanan nak pergi Genting yang mana susah untuk aku ceritakan sebab nanti akan jadi macam novel.
Bila dah jumpa mereka kami pun cari tiket pulang. Ada dua kaunter tiket ke KL masa tu. Bila tengok satu kaunter tu dia dah siap letak notis "Ticket to KL Sentral sold out for today" Damn!! habis? takkan nak bermalam kat situ. Nasib baik lah kaunter sebelah ada tiket ke KL walaupun bukan KL Sentral. Dan abang kaunter tu macam hawau giler taknak cakap. Mintak kami tengok sendiri notis harga dan tiket ke mana dan pukul berapa tiket seterusnya. Kami nak beli tiket pukul 6.30 tapi tinggal 5 tiket je. Tapi kami berenam! Lagi satu masalah. Jadi kami beli tiket 7.30pm. Tiada pilihan lain.
Walaupun kena tunggu tapi kami berpeluang berjalan-jalan di terminal bas (ohya,waktu tu masih hujan.) Kabus kuat sangat. Rasa macam bukan kat Malaysia lagi dah.Tapi waktu ni takde gambar sebab camera aku ada pada kawan yang dah berlepas balik sebelum tu. Bestnyaa sebab bila bercakap keluar asap dari mulut. Keluar asap a.k.a keluar kabus la maksud aku. hihihihi..lepas tu gedik nak try banyak kali dan tunjuk kat orang lain. Tapi bila nak tunjuk tak keluar. Memang taknak bagi aku berlagak lah tu.
Dah sampai Shah Alam kami makan beramai-ramai di Pak Li. Lepas tu balik dan aku bersama-sama Teha, Laida, Shark dan Fiza berkumpul semula di mamak untuk bincang tentang site yang perlu dikaji esoknya.
*muka nak ketat kan. Macam ni la comotnye bila dah start buat kerja*
Dalam pukul 2 lebih (waktu pagi) kami pulang sebab rasa macam dihalau pulak sebab penuh giler orang datang nak tengok bola. Tak sesuai langsung kalau kami nak stay.Tahu, macam poyo je kan dengan laptop..

Nota kecil waktu itu :
Masa dalam KTM nak balik Padang Jawa ada satu insiden yang sangat menakutkan lebih takut dari masuk rumah hantu. Aku sedang asyik bermesej dengan Laida nak tanya dah sampai ke belum. Tengah sengih sorang-sorang tu seorang perempuan yang aku agak lesbian pandang aku dengan muka gatal dan mata pandang aku macam nak telan siap gigit bibir ala-ala kau nak tunjuk geram tu Ya Allah.. takutnyaaaa!!! Kenapa aku cakap dia lesbian? Sebab sebelum tu dia bersama pasangannya yakni seorang pengkid berpeluk-peluk dalam KTM tu. Euwww~ rasa macam nak campak korang ni keluar dari KTM!Get a room lah..


5 comments:

  1. perh..sempat lagi pergi genting semua nie eak.klu lect you bace blog you abes la korang semua...fahmie tak tanggung...hhhe

    ReplyDelete
  2. hahaha best2 nak ponteng lg ntuk genting aar... i dont mind

    ReplyDelete
  3. mmg lecturer ade bace.tp lecturer subjek lain..so takpe kot.. ala shan ni tak gi genting pun ponteng class gak..so mmg dont mind la kan..

    ReplyDelete
  4. hye haniekunie..thanks sbb sudi drop by dan bace.. =)

    ReplyDelete
  5. hahahaha.. walaupun entri ni pnjg! tetapi aku tetap habiskn jgk sbb terhibur la beb.. gile byk jln penceritaan.. best!.. byk dugaan kn bile ponteng klas? hehehe..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.