Pages

Saturday, July 24, 2010

"Water Confidence Programme" berjaya dilaksanakan!


Hari ahad, sebelum ke studio membuat model tapak, aku ke kolam renang UiTM kerana menjalankan aktiviti "Water Confidence Programme" yang telah aku postkan tentang intipati program tersebut disini. Aku hanya ke sana untuk mengambil gambar sewaktu program dijalankan untuk dokumentasi. Ohya,aku bukanlah jurugambar bertauliah. Aku hanya suka menyimpan gambar sebagai kenangan di waktu muda. Chewah!

Mereka yang datang ni terdiri daripada golongan kanak-kanak-,remaja dan dewasa. Yang dewasa tu ada yang pensyarah UiTM. 

Program dimulakan dengan senaman ringkas, supaya tidak krem di dalam kolam nanti. Aku hanya akan paparkan sedikit saja gambar program kerana kalau nak tunjuk gambar dari awal program sampai habis memang banyak gila la gambarnya.



Ni selepas berlatih di tempat cetek. Jadi sekarang berada di tempat dalam,lebih 2 meter.

 
 Itu dia lifeguard sedang sediakan pelampung untuk selamatkan orang jika mereka panik dan lemas.

Semangat dan riuh juga mereka ni sebenarnya.


 Melompat dari sisi kolam dan apungkan diri (tapi lifejacket diberikan la kerana bukan semua oran pandai berenang, program ni pun khas untuk mereka yang tidak yakin dengan air)



 
Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Masing-masing berbaris di sisi kolam.


 
Peserta diminta berenang merentas kolam dan berenang berselisih dengan kumpulan satu lagi.

 
Belajar mengapungkan diri dengan 2 cara. Terbalikkan badan atau terlentangkan badan dan menghadap ke atas.Cara ini lebih relax.

Ini ialah tali dan pelampung yang direntangkan sepanjang kolam. Peserta dikehendaki merentasi kolam tanpa bantuan alat apungan. Ni tempat dalam yang melebihi 2meter tu.

 
 
Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan, membentuk bulatan di dalam air. Jika berlaku kecemasan di tengah laut atau sungai dan anda memakai lifejacket,sila membentuk bulatan dengan orang lain supaya anda tidak terpisah jauh.

 

 
Membuat "caterpillar" dengan menyangkut kaki di tepi pinggang orang depan. Kemudian tangan dikayuhkan untuk bergerak.


Peserta termuda yang tak kenal erti penat. Hehe.. Semangat tau budak ni.


Membantu mereka yang dah tak larat dah. Jangan risau, kami tidak akan membiarkan anda lemas.


Melompat dari aras yang lebih tinggi.

 Rehat untuk makan tengahari.

Aku tidak dapat merakam gambar aktiviti selepas makan tengahari kerana aku ke studio untuk membuat model.



Nota Kecil Hari Itu :
Sebenarnya banyak lagi aktiviti hari itu. Tetapi aku tidak dapat menunggu hingga selesai kerana aku ada perkara yang perlu diselesaikan sebagai seorang pelajar. Program ini ialah program untuk meningkatkan keyakinan seseorang terhadap air. Jadi janganlah menganggap "alaaaa,aku reti berenang,program ni entah apa-apa aje." kerana tanpa kita ketahui purata kematian di negara kita kerana lemas semakin meningkat dari hari ke hari. Baca saja surat khabar. Ada saja berita lemas. Jadi program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya keyakinan terhadap air (water confident). Sedih tau baca berita tentang lemas. Kerana ia adalah perkara yang boleh dielakkan sebenarnya. Negara Malaysia masih kurang kesedaran tentang kepentingan berenang. Dapat terapung pun jadi lah kan.
























1 comment:

  1. salam alaik...boleh kongsikan dengan sy maklumat utk sy dapatkan pelatih BG aktiviti water confident? boleh wasap sy Ke no 0133177471

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.