Pages

Saturday, July 24, 2010

Proses Buruh Binaan Model Tapak (Site Model)


Hari selepas BBQ di rumah Encik Salmizi, aku dan rakan-rakan satu kumpulan bertungkus lumus menyiapkan tugasan kerana esoknya ada presentation site. Slide powerpoint masih belum gabung dan semak, model site belum buat lagi. Masing-masing risau takut tak dapat siapkan. Tapi tak apa, kena berfikiran positif dan yakin boleh.

 
 Mulakan dengan tenang, rancang dulu macam mana nak buat model dan bahagikan tugas. Ada yang buat tapak, ada yang buat bangunan, ada yang buat pokok, jalan raya. 

 

 
 Jadi mandor kejap.(padahal curi tulang. Si Nafis ni ketua kumpulan sebenarnya)

 
Kebetulan gila kumpulan aku ni pakai baju hitam semuanya. Cuma seorang dua jelah yang pakai baju warna lain. Bagus sangat lah tu, dahla takda elektrik. Memang hangit lah bau badan.haha. Dengan aku yang tak berapa sihat ni. Sabar ajelah. Memang dugaan betul bila belajar.

 
Muka selsema tahan hidung daripada hingus yang nak meleleh. Masa ni aku buat bahagian bangunan. Buat menggunakan model board.

k 
Tak habis buat waktu siang sambung waktu malam pulak. Nasib baik malam dah ada elektrik. Risau juga takut tak dapat buat dalam keadaan gelap. Takkan lah nak angkut barang buat kat mamak kot? Dahlah malam tu malam final World Cup. Memang kami target nak siapkan sebelum pukul 2 pagi lah!

 
Nampak macam dah banyak yang siap aje. Tapi tak.Susah sikit nak buat jalanraya sebab site ni berbukit. Kalau mendatar takpe lah jugak kan. Takde lah berlubang-lubang kat jalan tu. Kalau ada bukit ni kena kasi kemas lah sikit taknak nampak macam jalan tu terapung kat bahagian berbukit. Kena lah potong styrofoam ikut cerun bukit.

 
Proses perletakan bangunan dalam site. Ha tengok! pokok tu dibuat daripada span basuh pinggan yang ala-ala keras sikit.Yang nak cuci tandas tu pun boleh.


Tengah tengok mana pondok pengawal. Sebab kecil sangat. Susah nak nampak bentuknya macam mana.

 
Macam ni la bila dah semangat sangat nak siapkan sebelum bola bermula. Siap panjat meja lagi. Aku kat sebelah nampak sangat muka dah layu menahan hingus yang hampir meleleh di model site. (yucks! perlu ke bagitahu doh..)


Ok! Dah siap! Esoknya lepas presentation pensyarah memuji model kami. Oh bahagianya! rasa berbaloi penat lelah menahan hingus meleleh sambil potong board keras dan gam yang melekit-lekit kena tangan dan baju nih. Paling best sebab kami tak payah berjaga sepanjang malam sebab sempat siapkan sebelum World Cup final.

Nota Kecil Hari Itu:
Malam itu aku agak kecewa sebab jumlah ahli kumpulan kami ada dalam 20 orang. Tapi yang betul-betul buat model ni macam half aje kot. Sebenarnya aku bukan agak menyampah TAPI SUMPAH AKU MEMANG MENYAMPAH dengan mereka yang tak datang buat model atau yang taknak datang dah malam tu hanya kerana mereka dah buat bahagian mereka macam pokok ke..Habis tu siapa nak siapkan?Memang muka-muka ni lah kan?Yang  betul-betul tak dapat datang @ sakit takpela,aku paham. Sebenarnya dah plan slide presentation memang masing-masing ada bahagian sendiri tapi model kena buat sama-sama. Aku tak suka orang yang menumpang. Tak buat tapi nama ada sekali. Kalau dimanjakan orang macam ni sampai bila-bila mereka akan buat macam ni sebab mereka tahu kalau mereka tak tolong pun nama mereka tetap akan dimasukkan. Tahi kerbau sungguh. Aku bukan skema tapi aku tahu apa tanggungjawab aku sebagai pelajar senibina & aku tak suka susahkan orang lain.






No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.