Pages

Saturday, July 24, 2010

Maaf, aku tidak follow kamu.

Tujuan utama aku menulis blog bukan kerana ingin mengejar duit dari nuffnang. Bukan juga untuk menjadi terkenal dengan menempek wajah dengan aksi-aksi comel, cantik, hot atau apa-apa sajalah untuk jadi femes. Aku hanya ingin bercerita tentang hidup aku. Bagaimana aku corakkan hidup aku sendiri dengan cara aku.

Aku sudah cukup sibuk dengan kehidupanku sebagai seorang pelajar senibina (yakni memang dah giler sibuk tahap cipan), sebagai seorang lifeguard di Pool UiTM, sebagai seorang instructor renang yang mengajar orang lain berenang (yakni bukan senang lebih-lebih lagi yang takut air). Jadi dengan kesibukan yang melanda aku tidak dapat blogwalking sangat dan tidak banyak meletakkan link-link blogger yang best walaupun aku mahu.

Walau bagaimana pun, aku hanya suka follow mereka yang aku rasakan best, cool, memberikan sumber inspirasi kepada aku, memberi aku pengajaran hidup, memberi banyak info tentang perkara yang aku tidak tahu, atau yang mempunyai latar belakang yang lebih kurang dengan aku. Bloggers yang hanya menepek gambar beliau yang cantik-cantik tetapi tiada pengisian juga aku elak daripada follow.

JADI


JADI

JADI...

Janganlah meminta aku follow blog anda hanya kerana mahu menambah bilangan follower. Jika aku rasa blog korang ok aku akan follow. Kalau tak aku hanya berlalu pergi. Aku bukan berlagak sebab aku tahu aku masih baru. Peaceee!!!

1 comment:

  1. hahaha..fahmie pon pernah post same mcm awk.cume dgn cara yang berbeza utk warning org tentang tabiat suro follow blik tuh.mcm tak ikhlas jer kan dye nk berkawan dengan kte..

    lagi satu..fahmie tak nmpak pon awk gune read more....awk sure ker awk tawu gune nie??

    buzz me back k..i'll teach you how..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.