Pages

Sunday, July 4, 2010

Apa Yang Lelaki Harus Faham Tentang Perempuan.


Ni ialah entry berdasarkan pemerhatian aku dan pengalaman yang selalunya dialami oleh perempuan . Kisah benar ni, bukan olok-olok.


1.Perempuan suka ambil masa dan bersiap lawa-lawa bila nak keluar dengan buah hati mereka. Mostly sebab apa? Sebab mereka tak mahu teman lelaki mereka rasa malu ada teman wanita yang selekeh serabai untuk jalan seiring bersama-sama. Mereka mahu teman lelaki mereka rasa bangga mempunyai teman wanita yang pandai jaga penampilan diri.


2.Bila nak dating dan perempuan tu datang lambat, lelaki cenderung untuk marah. Tetapi apa yang sebenarnya lelaki tak tahu ialah betapa sukarnya seorang perempuan untuk buat keputusan nak pakai baju apa? Warna apa eh harini? Hurmm, nak macam sweet-sweet ke, cute-cute ke, elegen eh? Nak pakai macam mana kasi dia suka? Kena iron ke tak baju ni?Alamak, koyak sikit, kena jahit ni! Lepas tu si perempuan mestilah nak bermekap sikit kasi nampak comel lote fresh gitu. Tapi adakah lelaki faham? Selain kena marah sebab lambat, takde pujian langsung dari pakwe tersebut biarpun dah susah payah bersiap. Padahal pujian dari yang tersayanglah yang paling diharap-harapkan oleh si perempuan. Pakai buruk-buruk gi dating mau?



3.Mengongkong. Ni lebih bersifat subjektif. Sebab ada yang kuat sangat cemburu sampai tak bagi teman lelaki berkawan dengan mana-mana perempuan. Tapi kalau teman wanita yang dah fleksibel tu, janganlah ambil kesempatan pula dengan berSMS perempuan lain untuk suka-suka atau keluar dengan sesiapa. Pulak tu bergambar nak rapat-rapat semacam kan. Jagalah hati kekasih anda lebih-lebih lagi bila dia sedaya upaya mengelak untuk rapat dengan mana-mana lelaki selain anda. Tak sound tak bermaksud tak kisah.



4.Perempuan sekeras-keras mana pun hati dia tetap ada satu bahagian yang lembut dan sensitif. Kalau dia merajuk pujuk lah. Janganlah ego sangat. Ada juga perempuan yang suka merengek-rengek manja (atau gedik la senang cerita) ni nak perhatian lebih la ni. Lain perempuan lain cara dia inginkan perhatian. Jadi, kenalilah teman wanita anda sebaiknya. Tapi tak tahulah kalau lelaki pun ada yang suka merengek-rengek.Euw!!



5.Kalau bergaduh, perempuan biasanya memerlukan masa untuk sejuk dan berbincang. Berbeza dengan lelaki. Kalau boleh waktu tu jugak nak setelkan masalah. Haa perempuan apa lagi, dahla marah belum reda, nanti entah apa yang keluar dari mulut si perempuan. Kebanyakan apa yang dikatakan ketika marah itu selalunya akan dikesali sejurus selepas cakap So lelaki, biarlah perempuan cool down dulu.Ishh,ni tak menyempat-nyempat.



6.Apabila lelaki inginkan waktu untuk meluangkan masa bersama teman wanita, luangkan lah masa yang berkualiti bersamanya. Janganlah time dating tula nak SMS ke,godek-godek handphone ke. Percayalah, itu satu perkara yang sangat annoying tambah-tambah lagi kalau dah lama tak jumpa. Nanti bila dah tiada masa terluang nak keluar sebab bz barulah membuak-buak rasa nak pergi dating. Hargailah masa yang kamu ada bersamanya kerana esok lusa tiada siapa tahu jika kamu tidak dapat menatap wajahnya lagi.



7.Jangan salahkan teman wanita 100% jika dia curang atau bersama bekas teman lelakinya semula. Kaji balik kenapa teman wanita tu buat keputusan drastic macam tu. Mungkin ada perkara yang dia tak dapat nak terima lagi dah tentang kamu atau layanan kamu terhadap dia buruk semacam. Mungkin kamu tak bagi dia perhatian yang dia perlukan. Atau sikap kamu sememangnya hawau.



8.Jika perempuan tu tak pernah bawa atau bercerita tentang kamu kepada familinya besar kemungkinan kamu hanyalah tempat persinggahan sementara. Tapi kenapa? Mungkin sebab latar belakang kamu, mungkin dia tak nampak masa depannya dengan kamu dan tak terfikir untuk serius dengan kamu.



9.Jika setelah beberapa tahun berlalu dan teman wanita kamu meninggalkan kamu kerana dia tidak nampak masa depannya yang cerah, itu adalah pilihannya. Janganlah tuduh perempuan itu tinggalkan kamu sebab kamu tak berharta, tiada pendidikan atau tak layak bersama dengannya. Kerana dalam tempoh beberapa tahun bersama itulah waktunya perempuan tersebut melihat potensi yang lelaki itu ada untuk menjadi suaminya kelak. Jika potensi itu tiada, haruskah perempuan itu memperjudikan nasibnya seumur hidup? Cinta selepas kahwin adalah tanggungjawab taw mak aku cakap! Kalau aku nak kahwin pun aku nak cari orang yang stabil jugak dari segi kewangan maah!



10.Kalau teman wanita kamu tiada mood atau marah-marah dan suruh tinggalkan dia sorang-sorang percayalah, sebenarnya dia mahukan kamu tanya baik-baik, lembut-lembut..kenapa dia takde mood,marah. Kalau kamu betul-betul tinggalkan dia sorang-sorang. Heh! Memang lagi kepala angin la teman wanita kamu kerana sewaktu dia ada masalah, kamulah sebenarnya tempat yang tepat untuk luahkan masalah. Lainlah kalau dia ada masalah dengan kamu, mestilah dia nak luahkan pada kawan-kawan dia.



11.Kalau kamu bergaduh dengan teman wanita kamu, sukar untuk teman wanita kamu tidak menceritakan masalah kamu berdua kepada rakan baiknya. Ini kerana berbanding lelaki, perempuan lebih cenderung untuk XOXO Gossip Girl besama teman baiknya. Sebenarnya perempuan lebih bersifat meluahkan berbanding lelaki.


Hah,sampai sini ajelah mampu aku pikir. Banyak lagi sebenarnya tapi dah macam majalah remaja pulak nanti.Ish! ish!

*chomel lah binatang pun pandai bercinta*

3 comments:

  1. xd sape nk tulis "apa yg pmpuan harus faham tentang lelaki" ke???

    ReplyDelete
  2. fahmi : haha..mesti bace punye..

    ijam : sila tulis sendiri.. ;p

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.