Pages

Wednesday, January 5, 2011

Yang Termanis dan Terpahit Contest. Semua Orang Join Meh!


Hye semua!!! Mari-mari, jom join ini contest dari kawan blogger kita si Fyzal.(boleh klik kat namd dia kalau nak tahu tentang kontest.) Dah lama dah dia ajak aku masuk tapi biasa laaa...Aku ni dah jadi suri rumah sepenuh masa ni busy sikit. Cheh cheh cheh!! Ok, aku bagitahu sikit pasal contest ni. Cuma kena ceritakan je pasal perkara/kenangan yang termanis dan yang terpahit yang pernah jadi dalam hidup anda selama tahun 2010 yang lalu. Yeahhh! Sekali imbas je then semua yang terpahit tu jangan pandang dah. iskkk!! Menusuk kalbu kalau nak ingat.

Ok aku mulakan dengan yang termanis la sebab tajuk kontest ni dia letak yang termanis dulu kan.
Hurmmmmmmm...Banyak lah aku punya kenangan manis. Sampai tak tahu nak letak yang mana dulu. Jadi aku senaraikan jelah.

---- Klik "baca sampai habis" kat bawah ni kalau nak sambung baca -----


Yang termanis

1. Surprise party untuk birthday aku yang ke 22. Aku sambut dua kali. Lagi satu kena bash masa pergi Bentong. Serius rasa macam T_T  terharu dengan kawan-kawan yang mengingati aku.

2. Aku dapat pergi Tioman 3 hari 2 malam dengan bayaran RM50 je. yeahh!! Under lifeguard UiTM laa. Cantekk!!

3. Belajar memancing masa gi Bentong.

4. Lulus lesen swimming instructor.

5. Menghabiskan tahun akhir di UiTM dengan penuh kegembiraan bersama-sama rakan seperjuangan. Rindunyeeeee..

6. Lulus semua subjek sem akhir dan  dapat grad on time. Mungkin bunyi macam takde pape bagi orang lain. Tapi pada aku.. BESAR  kelegaannya..

7. Ohh tak dilupakan. Aku dapat kad staff UiTM. Staff yer, bukan student. Lalala.. Makanya aku tak payah parking jauh-jauh dan risau disaman. Aku boleh access palang lagi..hiuhiuhiu. Gelak annoying.

8. Buat blog.

9. Aku bertunang. (hahaahaha..Ok TIPU. Fyzal, jangan disqualify I sebab jadi pentipu ehh dalam contest..acah-acah ajeee...)


Yang Terpahit

1. Bila mama aku kena langgar motor masa di Jalan TAR. Bukan salah motor. Tapi akibatnya, mama aku menjalani pendarahan di kepala. Sangat sedih. Esoknya dahla aku first paper masa sem 7. Aku sedih sangat sebab Mama aku tak sedarkan diri masa di hospital. Aku siap tidur di hospital lagi lepas exam. Tapi sekarang Mama aku dah sihat dah la.

2. Bila kawan baik yang aku anggap macam abang meninggal dunia. Arwah Paan. Kalau yang betul-betul ikut blog aku dari awal mesti tahu kisah Paan. Erm, taknak cerita panjang. Cuma nak bagitahu ni antara yang terpahit la.

3. Kehilangan lecturer kesayangan budak-budak archi jugak. Sebab dia sangat kebapaan dan sempoi. Sampai pernah dapat award Lecturer Yang Fatherly hasil undian student. Bila dia dah takde, agak takde tempat mengadu dan minta nasihat jugaklah. Ada rasa lost sikit.

4. Bila final sem, aku demam panas susah giler nak bangun seiring pemergian Arwah Paan. Hantar projek lambat. Tak dapat siapkan on time.

5. Bila hari terakhir di faculty, kereta aku tanpa sengaja telah dilanggar oleh rakan sekelas dari belakang. Aku tak dapat nak salahkan dia sebab dia tak sengaja. Cuma hukhuk..pergerakan aku yang aktif kesana kemari agak terbatas la.

6. Dalam geng aku kat dalam kelas, salah seorang daripada kami kecundang dalam subjek yang ada 6 jam kredit tu. Design. Jadi dia kena repeat 1 sem. kalau subject paper takpe lagi, kalau design? Hurmmm. sedih sangat sebab dah biasa buat kerja sama-sama siang malam. Dah macam adik beradik dah kami ni. Jadi bila konvo nanti, seorang kurang. T_T


Ok tu jelah aku nak kongsi. Lebih-lebih tu simpan dalam hati ajelah kot. Meh lah kita support contest Fyzal ni. Somehow bagus juga sebab dapat imbas balik apa yang dah jadi sepanjang tahun 2010. Sebenarnya tak disuruh pun tag sesiapa tapi aku nak tag semua yang baca entri ni.heheh. Mehla masuk ehh.. =)

Tarikh tutup: pertengahan bulan Januari.

4 comments:

  1. ceyh.
    ingat kan betul-betul sophie tunang
    ngehehe

    ReplyDelete
  2. yg manis tuh okey lah.tapi aku agak terkejut dgn yg pahit tuh.hrmmm.ko nie anak keladi UITM ke ape??

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.