Pages

Thursday, March 9, 2017

Salah Faham Tentang Senibina dan Menjadi Arkitek

Sepanjang aku berblog ni, aku dapati ramai orang mempunyai pemikiran yang sedikit tersasar daripada realiti tentang pengajian senibina dan menjadi arkitek. Yang paling menyedihkan ialah golongan pelajar sekolah. Diorang ni ingat, arkitek ni nampak macam profession yang stylo, yang boleh buat banyak duit, yang boleh dengan bangganya bagitahu orang bila ditanya "kau kerja apa?" "Aku arkitek" sambil dalam hati rasa bangga. Tapi hanya orang yang dah melalui proses belajar senibina tu sahaja yang akan faham kepuasan habis belajar untuk bergelar seorang arkitek bertauliah tu macam mana.

Tak dinafikan, kalau orang tanya aku kerja apa, bila bagitahu profession kita sebagai arkitek, muka orang tu selalunya macam "Wow.." I got it a lot. Walaupun keluar rumah muka selebet-selebet, bila orang tahu profession aku, orang rasa wow. Mungkin sebab orang tahu course ni susah? Entahla. Mungkin orang fikir boleh buat banyak duit? Entahlah juga.

So ni salah faham yang aku selalu perasan lah sedang terjadi terutamanya di kalangan budak sekolah yang nak jadi arkitek.

1) Saya nak jadi arkitek sebab minat.

Cuba huraikan apa yang boleh dihuraikan dalam gambar di atas. Apa itu senibina berdasarkan gambar di atas? Minat kan? Cuba huraikan sikit pasal gambar di atas.


Sebenarnya apa yang kau minat dik? Apa yang kau faham pasal senibina itu sendiri. Design bangunan gempak? Korang tahu tak kat Malaysia ni banyak benda nak kena cut cost, ni realiti yang menyedihkan. Bagi aku, arkitek boleh menghasilkan banyak design yang cantik-cantik, nak curve sana curve sini semua boleh. Tapi, korang rasa korang boleh praktik kan di Malaysia?  Nak buat bangunan ni banyak sangat dia punya syarat & undang-undang. Dengan client yang kedekut taik idung masin, sudahnya design bangunan tu sendiri banyak hilang sentuhan arkitek tu. Buat bangunan pun ada bajet. Nak guna material cantik dan berkualiti, material haruslah lebih mahal sedikit. Kalau tak, memangla nampak cheapskate. Orang ramai, sebelum terjerumus masuk dalam program belajar senibina, dia biasanya nampak bangunan ni dari luar aje. Design. Itu sahaja.

Macam design Zaha Hadid ni kan. Tahu, ramai bebudak sekolah dia berangan dapat jadi arkitek design bangunan cantik-cantik, pelik-pelik bila jadi arkitek nanti. Tapi, pernah ke nampak bangunan ala begini di Malaysia? Sad truth. Tolong hadam realiti ini. 


Hakikatnya, apa yang penting bagi seorang arkitek ialah ruang. Internal space. Sebelum design, kita akan dapat design brief daripada client. Ruang apa yang ada, besar mana nak etc. Jadi sebagai arkitek, yang sangat penting sebelum nak design bangunan ialah site analysis & tahu keluasan yang ada. Space planning yang membawa kepada rupa bentuk design tu. Function follow form? or form follow function?  Banyak proses dia sebelum siap dibina. Bila korang kerja dalam bidang ni, korang kalau selalu rasa bila bangunan tu siap, nama kau yang akan dipetik bila dah siap. Wrong. Architecture firm yang akan dapat nama. Proses nak siapkan satu bangunan yang sederhana besar hingga besar, contohlah, shopping complex ke sekolah ke hospital ke, untuk bangunan tu mula dibina, proses nak mengerjakan lukisan, turun naik majlis perbandaran, masuk keluar meeting dengan pelbagai pihak, kena maki kena hentam dan lain-lain proses tu makan masa bertahun. Katalah 3 tahun proses tu dalam fasa penyiapan lukisan yang diluluskan (kadang lebih bila banyak sangat masalah atau client tak bayar ke apa, kadang kurang ikut targetted time & isu tak banyak timbul). Lepas tu, bangunan tu nak naik pun maybe dalam 3 tahun (atau lebih kalau ada banyak masalah.Masalah ni kadang tak terduga tau). Jadi kata lah satu bangunan nak siap dari A sampai Z (siap) ialah 6 tahun. Nah, kat sini lah korang kena faham realiti bila korang nak masuk kerja nanti. Bila kau mintak kerja kat firma arkitek, biasanya kau akan diletakkan dalam projek yang sedang on going. Maksudnya kalau bangunan tu belum dibina, dan masih dalam proses penyiapan lukisan (percayalah banyak fasa kau kena lalui), mungkin bangunan tu berada dalam tahun ketiga proses jadi ibarat kau kena masuk kat tengah-tengah proses penyediaan lukisan. Fasa building planning ke, tender drawings ke, construction drawings ke, kau tak tahu apa nasib kau. Jadi mungkin kau dah terlepas fasa Preliminary Design tu sendiri yakni masa awal-awal sangat konsep bangunan & reka bentuk bangunan tu dihasilkan. Mungkin masa kau masuk dah tahun keempat projek tu berjalan, jadi kau kau kena go through apa yang orang lain dah mulakan .See, kadang agak sedih bila tak tahu hujung pangkal. Kadang kena cuci tahi orang yang buat kerja sebelum tu bila banyak salah ke tipu area ke apa. Standard lah orang bila baru mula kerja, dia kerja setahun dua then tukar firm. Jadi kalau setia dengan satu firm pun, mungkin kau akan dapat lihat bangunan siap dibina yang kau dah kerja keras tu dalam 5,6 tahun tempohnya kalau kau dah involve dari awal. Mungkin juga lebih. Persoalannya, mampu kah kau kerja dalam firm yang sama selama 5,6 tahun? Dan dapat lihat maybe 1,2,3 bangunan sahaja? 1 pun belum tentu dapat tengok hasil depan mata. Orang yang ada passion dan tinggi kesabaran je tau boleh bertahan kerja kat firm yang sama sampai 5,6 tahun.


Lukisan kat atas ni ialah contoh detail drawings (amek dari Google search je ok). Biasanya dihasilkan masa tender submission supaya Quantity Surveyor dapat kira costing bangunan tersebut. Dan bayangkanlah, lukisan di atas ni ialah lukisan satu cubicle tandas aje. Daripada lukisan, kita boleh analisa banyak benda. Space volume (tinggi ruang dari lantai ke siling), material apa (dinding cat ke pakai tiles, jenis apa pula?), sanitary fittings jenis apa, kepala paip, lubang tandas, sistem perpaipan dan macam-macam lagi. Cuba bayangkan untuk satu toilet kecik untuk korang berak pun dah begitu detail, apatah lagi untuk satu bangunan. Satu bangunan bukannya satu tingkat aje. Kalau 10 tingkat? 20 tingkat? KLCC? Burj Khalifa? Wiz Khalifa? *tetiba*

Untuk menjadi seorang arkitek yang boleh praktis, ia memerlukan masa. Belajar & habiskan pengajian tu satu fasa yang dah cukup memang mencabar (aku malas nak ulang cerita betapa tough nya belajar course architecture ni, bila dah habis belajar rasa macam nak flip shawl sambil menangis je, so dramatis hokeyy). Bila bekerja pula satu fasa yang berbeza. Ramai yang "terkejut" bila masuk fasa bekerja selepas belajar. Ramai yang tak sangka apa yang dibuat masa bekerja tak pernah digambarkan pun masa sebelum study architecture tu dulu. Time ni la ramai yang rasa menyesal. Kadang kena buat details toilet berbulan-bulan. Kadang detail tangga, dan bermacam-macam detail. Kadang buat 3D aje.Tak dapat pun peluang nak ber design bangunan. Maka itu waktunya korang kena banyak muhasabah diri. Tapi one thing for sure, jangan pernah menyesal buat detail drawings. Sebab dari situ korang akan belajar banyak benda especially pasal construction. Masa tu baru rasa logik buku construction D.K Ching tu.haha. 

Aku tahu susah nak dapat source daripada arkitek sendiri pasal cara kerja arkitek macam mana. Siapa lagi arkitek yang rajin nak bercerita dalam bahasa yang mudah difahami macam cerita kat kedai kopi je? Kau ingat arkitek banyak masa nak layan korang agaknya? Nasib la hakak Sophie kadang kala sudi turun padang (blog sendiri) sembang-sembang dengan uolls sikit. Ini pun jenuh aku amek masa nak tulis bagi korang senang faham siap boleh skip berhari-hari, simpan dalam draft dulu,sempat gi bercuti baru sambung tulis. 

So berdasarkan gambar tadi, apa sepatutnya korang boleh faham? Ok first and foremost, korang kalau minat bangunan kena faham tentang bangunan, dari dalam bangunan itu sendiri sebelum menghargai design luaran. Sebab functionality of a building is VERY VERY IMPORTANT. Contoh camni la. Bila kau masuk entrance utama shopping complex, adakah logik ruang pertama yang kau nampak ialah toilet? mestilah tak kan? mestilah information counter gituh yang depan-depan, lobby ke. Lepastu sakit hati tak kalau surau letak kat paling kanan bangunan, tapi toilet letak paling kiri bangunan (kalau planning dia memanjang). Kalau kau jenis yang solat bila keluar paling tak pun kau mesti rasa kuajaq la arkitek mana design surau dengan tandas macam dari kutub utara ke kutub selatan ni? sempat kardio masa perjalanan. Memang tak salah, tapi lebih afdhal kalau dekat, bukan? Itu baru dari segi planning. Lepas tu selain submission drawings yang biasa (yang ada "kitab" kena refer), kita ada submission drawings pada Bomba. Jadi arkitek kena rujuk kitab berkenaan fire regulations di Malaysia untuk bangunan. Benda ni sangat penting untuk keselamatan jika terjadi kebakaran pada bangunan. Tadi kan aku mention "kitab", maknanya ada buku tebal pasal regulations dia yang para arkitek kena rujuk. Contohnya, travel distance. Kalau berlaku kebakaran pada bangunan, dalam satu aras bangunan ni, bila kau lari dari hujung bangunan ke pintu EXIT atau tangga nak turun, hendaklah tak lebih dari X meter (contohlah), kalau lebih kena come out with solutions. Pintu kena label fire door ke tak (sebab fire door ada speciality dia macam 2 hours fire rated ke etc), kat mana nak locate fire hydrant? kena lukis tau diameter tali paip fire hydrant tu bulatan dia besar mana boleh cover (let say supplier bagi 30 meter diameter) so arkitek akan check kat mana nak locate & kat mana yang diameter dia tak cover. Then semua benda lah kena lepas pasal fire regulations ni. 


Berdasarkan gambar di bawah, kalau untuk kolam renang, dah tentu ada building guidelines dia. Tapi secara basic, kalau korang rasa korang nak jadi arkitek, sepatutnya  minat senibina tu kena mula dari kebolehan menganalisa dari dalam bangunan. Mampu untuk faham ruang dalam bangunan dahulu sebelum meminati design luaran bangunan. Sebab, bentuk sesebuah bangunan tu akan terbentuk melalui ruang dalam bangunan. Kena faham kat mana constraints dia. Paham tak? Jadi, berdasarkan gambar sebahagian je ruang kolam renang di atas ni, apa yang seorang arkitek boleh nampak & appreciate? Tak semestinya betul lah sebab tak baca specifications pada drawings. 




Structure & Construction: 
-Steel frame construction. Metal steel column with concrete stump. 
-Brickwall with plaster & paint finishes. 
-Steel roof trusses, metal roof. 
-Swimming pool floor sunken 1.2-2 meter from ground level. 
-Effective water proofing system. 
-Swimming pool (ceramic?) tiles (300x100mm)

Environmental & Mechanical:
-double volume + stack effect?
-Natural ventilation (wall openings + roof height) + mechanical ventilation (fan)
-Natural Lighting (wall openings + roof height)+ mechanical lighting (lights)
-Electrical socket
-light/fan switch

Fire safety guidelines
-Fire hydrant & alarm location
-water pipeline system
-fire escape route & fire door location with KELUAR/EXIT signage. 

And the list goes on. Ni antara apa yang biasanya terlintas dalam otak arkitek bila dia berada dalam sesebuah ruang tu. Dia tak terus menerus kutuk design. Instead, cuba faham how the building works. Arkitek biasanya peka dengan ruang kawasan tu, construction & material. Kalau kau lepak dengan arkitek kat shopping complex, kau tak payah sembang dengan dia pun takpe. Kau perati je mata dia pandang apa.Haha. Kadang bila nampak surface material yang menarik hati, tangan dia mesti gatal je nak sentuh dinding ke apa. Kalau lepak dengan a gang of architects, aku nasihatkan kau balik cepat atau pura-pura pengsan supaya kau tak ternganga nak faham apebenda yang diorang sembangkan.Haha. 

Korang kena faham, bila nak design sesebuah bangunan, kita bukan main buat aje. Arkitek pun banyak kitab (buku tebal) dia kena rujuk. Kitab untuk bangunan tu sendiri, kitab untuk disable people (macam apa design yang kena implement dalam bangunan tu untuk orang kurang upaya? macam lift yang ada butang tulisan braile ke), kitab untuk Fire (Bomba) Regulations lagi. Sebab tu proses nak siapkan bangunan tu sangat lama. Sebab banyak kena reject atau tukar/tambah benda. 

Dan apa yang aku ceritakan dia atas ni, sangatlah tak cukup untuk cerita SEMUA cara kerja arkitek. Ni ibarat celah taik gigi jela orang kata. Hehe. Sebab mana mungkin aku mampu cerita semua. Lagi,

2. Saya nak jadi arkitek tapi saya dengar arkitek kena pandai BI.
Eh mestilah. Kan aku dah kata tadi arkitek banyak "kitab" masa dia buat kerja. Korang ingat buku-buku tu ditulis dalam bahasa Melayu meh? Tambahan pula dalam meeting (walaupun sesama Malaysian), selalu je speaking. Kalau nak tulis email, berbalas email dengan consultant ke clients ke mostly dalam English, okay baby don't cry? Lepas tu arkitek banyak sangat report & documents dia kena buat & kebanyakannya memang dalam English. Bukan broken English. Proper English okay. Blog hakak Sophie tak dikira sebab I guna bahasa pasar. 

Contoh keratan satu mukasurat "kitab" berkenaan fire regulation:


Dari kitab UBBL 



Dan korang kena biasakan baca buku-buku yang akan jadi guidance masa proses penyediaan lukisan bangunan. Akta bangunan. So ayat dia pun berunsurkan undang-undang gituh. Kalau tak faham & kena bukak kamus tu biasalah. So depends lah korang kerja nanti masuk stage mana. Tapi nak bagitahu English memang penting. Kalau tak terer English sekarang, masih belum terlambat nak belajar. Persetankan semua orang yang merendah-rendahkan orang lain yang nak belajar English. Kalau nak maju satu tapak & lebih dihormati di peringkat antarabangsa, silalah belajar English ya. Sis serius ni. Tips belajar English lain kali lah Sis kongsi ya. Entri ni pun dah macam kitab aku tengok. Haha. 

3.Saya nak belajar senibina sebab saya minat melukis.
Choi! Jangan bagi sebab sebegini please. Untuk comment sebegini, boleh refer explanation aku yang no.1 di atas. Adakah melukis tu cukup untuk menjadi arkitek? TIDAK. Otak tu yang penting. Otak kena sharp, kena smart, kena pantas mengejar deadline. Lagipun, zaman sekarang bukan macam zaman dulu yang submit drawings guna lukisan tangan. Dik, sekarang ni zaman teknologi & teknologi sentiasa diuji untuk jadikan dia semakin canggih. Sekarang kita guna computer untuk design. Banyak softwares boleh guna. Lukis tangan ni, setakat tahun pertama & kedua pengajian senibina bolehla. Aku selalu cakap kat budak-budak, kalau minat melukis jadilah pelukis, bukannya arkitek. Dia ibarat kau cakap "Saya nak jadi doctor sebab saya rasa saya segak pakai coat putih tu" Logik meh? Hakikatnya? Korang tahu kan nak jadi doctor tu tak senang? So pandai melukis tu memang satu kelebihan tapi kalau tak pandai melukis pun bukan satu kekurangan yang besar. Ingat, OTAK tu lagi penting. Lagi satu, kau akan kerja dengan komputer. Banyak guna komputer. Masa belajar pun guna komputer, masa kerja pun guna komputer. Aku ni tahap dari mata terang sampai kena pakai spek dah. So,make sure korang ada basic knowledge pasal komputer. Nak pasang komputer sendiri macam mana. Nak dismantle macam mana. Jangan nangis ya adik-adik perempuan, kalau ada lelaki yang sudi tolong Alhamdulillah. Tapi laki Melayu? ikut pengalaman aku..*cough cough*.. 

4. Kalau jadi engineer atau pelukis pelan pun boleh buat kerja arkitek.
Engineer apa yang kau maksudkan? Civil? Aku malas nak cakap la kenapa arkitek & engineer selalu tak sehaluan (sebab aku pernah experience and bila engineer tu bagi suggestion aku macam "you did not!! Seriously this engineer? you're making my building UGLY" sambil muka berkerut tahan stress). Seorang arkitek yang background dia memang architecture educated tu tak adil lah kau letakkan sama taraf dengan engineer mahupun pelukis pelan. Diorang ada skill masing-masing. Dia samada kau nak bangunan kau ada nilai estetik yang tinggi ke atau aci siap aci redah?Dia ibarat macam ni la, kau nak tempah baju kahwin yang ala designer. Kau nak pergi kat Rizalman ke tailor? Tahu tak berapa ramai tailor yang bila baju siap, fitting dia tak best? lari ke. Dari segi function, ya masih boleh digunakan, masih boleh pakai menutup badan tapi kau ghase?? Puas ke idak?

5. Nak jadi arkitek kena pandai Maths ke? 
Aku pernah ambil add maths dulu kat sekolah. Tapi aku rasa memang tak berguna pun. Maths masa bekerja ni very basic. Pakai calculator aje. Takde formula pelik-pelik nak ingat. Paling susah pun trigonometri kot sebab nak kira kecerunan & panjang kecerunan je. Selain tu cuma tambah, tolak, bahagi, darab aje. 

6. Saya nak jadi arkitek sebab saya nak buat bangunan hebat-hebat.
Ni memang lah. Takpe, aku pun dulu camni. So naive *kesat air mata*. Ok situasi dia macam ni ya. Bangunan kan, kenapa dia dibina? Sebab ada demand. Ada client. Masalahnya, kau yang hire client atau client yang hire kau sebagai arkitek? Sudah tentulah client yang akan upah arkitek, bukan? Jadi, kau akan buat bangunan ikut apa yang client nak, ikut budget client. Bukan ikut apa yang kau nak. Yes, kau boleh bagi suggestions, options. Persoalannya.. kalau client tu background dia bukan senibina, kau rasa? dia ada taste tak pasal design bangunan tu? Kalau ada bagus. Kalau takde tu yang rasa cam harom sikit. & client always?...Right. Maka ber huhuhu lah kau sebagai arkitek bila semua benda yang kau dah bayangkan dalam otak & dalam mimpi tak dapat direalisasikan. Aku teringat bos aku dulu pernah kata.."I dah 20 tahun bekerja, tapi takde pun bangunan yang I dapat design sendiri ikut taste I" Situasi dia bukannya arkitek buat bangunan cantik-cantik dulu, bangunan dah siap baru tanya "halo-halo, sape nak beli bangunan I yang I perasan cantik ni?" No.. doesn't work like selling tudung/baju/ayam penyet.


So, macam mana? rasanya clear sikit tak? Rasanya salah faham korang tu dah boleh dibetulkan tak serba sedikit? Ni aku explain sebab aku nak korang BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA. Jangan terpedaya langsung dengan drama Melayu yang tunjukkan watak arkitek contohnya watak Mia Ahmad dalam apetu? Hati perempuan ke apa ntah sebab aku tak tengok drama. Tengok iklan-iklan & sedutan pendek je pun dah geli. Aku rasa macam nak muntah. Tak pernah aku tengok arkitek perempuan selembik tu, asyik nak merajuk. Like hello? Kat ofis mana ada masa nak fikir pasal masalah cinta pun. Aku lempang gak kang. Tolong buat studies sikit pasal ke-kompleks-an kerja sebagai seorang arkitek. Nak borak-borak dalam ofis pun boleh kena marah tau kalau dapat bos garang. Tapi part arkitek cantik tu aku setuju la. Sebab ramai je arkitek lawa & tak gedik, pandai pulak tu kan... (eh cakap pasal diri sendiri ke ni? WAHAHA..  berdosa tau riak takbur weh Astaghfirullalaziim..hehehe..)

So, kesimpulannya..bukalah mata dan hati ye. Fikir logik, fikir rasional. 

p/s: Sesiapa yang dah memang arkitek tu, tolonglah tambah apa yang terkurang kat entri kali ni ya. Kalau apa yang aku explain salah pun takpe, boleh betulkan sebab saya budak baru belajar. JAUHHH lagi perjalanan aku ni. Aku pun selalu dahagakan ilmu. Kalau rasa entri ni bermanfaat especially kalau korang students, bolehlah share pada rakan-rakan. Suruh dia "wake up" sedikit. Ni bukan course untuk kau rasa bangga bila kau bagitahu orang kau arkitek. Komitmen dengan jurusan ni akan buatkan korang punya masa bersama kawan & keluarga banyak terkorban masa belajar. Masa kerja, depends pada ofis & projek yang kau handle. Sometimes masa kerja pun masa banyak terkorban. Dulu sebelum aku study architecture takde sapa explain kat aku pasal benda-benda kat atas ni. Even ada kawan pernah berpendapat "alaa, biar je diorang habis belajar & masuk kerja & rasa sendiri". Tapi takkanlah aku nak biar korang 5,6 tahun baru tahu realiti jadi arkitek ni macam mana. Korang dikira lucky la zaman sekarang makin canggih, di hujung jari aje semua info. Sekian, terima kasih sebab baca entri ala kitab ni. Ciow!











32 comments:

  1. You blog post never fail to make me smile and smirk and apa kata org kita.. tergising2. haha.. so true. Dulu pun I typical sikit but luckily mmg minat and interested nak belaja details2 tu. Mula2 mmg parah lah kepala nak terima tapi kalau dah selalu buat (mcm mana tak selalu buat kan everyday jer ada tengok) biasa lah jadi nya tu...


    **Kadang kena buat details toilet berbulan-bulan. Kadang detail tangga, dan bermacam-macam detail. Kadang buat 3D aje.**
    part ni mmg setuju lah sgt. ni mmg la benda sy buat selalu. 3D memang wajib. tu mmg scope keje. KAlau free mulalah buat toilet sampai berbulan. staircase, blow up detail lagi. adoh..

    anyway... nak tanya. u tau tak kalau kita buat extension roof (sambungkan dari existing roof bertemu roof baru) dia ada special details ke? I mean like dia punya connection in dwgs? Ke sama jer mcm biasa?

    ReplyDelete
  2. superb! semua yg kak sopie jelaskan memang semuanya betul. hahaha. belum lagi bab duit hulur bawah meja kan. saya pun tak tau la menyesal ke tidak amik id ni, sbb ada org kata id ni lagi rumit dari arkitek. saya masuk satu company ni kena settlekan bab material dan detail drawing kitchen. hanya kitchen saja. lepas tu ubah balik material sbb material tak settle atas masalah supplier. haha. nangis, dlm drama tu pun menipu. saya gi opis takda lelawa pakai makeup tebal pun. bila bos masuk opis baru gelabah nak pakai makeup. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. true, ID memang lagi detail. Sampai detail2 kecik pun kena tunjuk.
      Biasalah, tula kerja. Lain kerja lain tahap kompleks dia. All the best.
      p/s: sama, kadang gi ofis tak pakai mekap. rasa macam bibik huhu.

      Delete
  3. Lepas baca ni baru ler tahu susah jugak jadi architect. Macam swimming pool uitm shah alam je, huhhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, ni baru sikit. Overall process, lagi susah. Ya memang swimming pool uitm shah alam. Uitm dihatiku kan..

      Delete
  4. Bagus explanation sophie ni šŸ˜Š Bagilah orang berpijak di bumi nyata sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm, tula.. Takkan nak kata jangan amek architecture pulak kan.
      Doakan yang terbaik je untuk orang lain.

      Delete
  5. Semakin banyak akak Sophie ceritakan struggle life akak dulu, saya lebih semangat nak pursue bidang ni. Saya selalu baca blog akak.Best! Doakan saya dpt interview tahun ni.

    ReplyDelete
  6. Akak rasa antara Juruukur Bahan (QS) dengan juruukur bangunan, mana lagi memainkan peranan yang penting dalam bidang binaan nie?? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia macam awak tanya antara cahaya matahari dengan air, mana lagi penting untuk pokok hidup.
      Industri bangunan ni, kita perlukan each other gittew.

      Delete
  7. need help from kak sophieApril 7, 2017 at 12:16 PM

    salam kak sophie, im 18 and just got my spm result, i've been reading most of ur article n i found it quite interesting an it help me so much to convince myself to take archi.
    since i was young, mmg dh minat nk jd architect (typical kids yg hakak sophie sll mention yg minat nk jd architect tu hahaha), tp ye lah kan as i grown up, brubah rubah cita cita tu kejap lawyer kjp eng, tp at last baru baru ni terbaca article hakak sophie, n baru tringat yg back then i used to favor archi so much, dan lepas baca article akak, i knew that this feeling isnt all about unique structural design only but it is about the whole thing about archi.
    panjang panjang pun x guna jgk comment ni, lets straight to the point, ada alternatif lain x utk straigt cntact dgn akak besides of ask.fm tu, like instagram ke, sbb akak jgk yg ckp tnya org yg brpngelaman if anything.
    so dr entry akak yg nmpk penyayang ni, i know u could help me with some advices n guidance. harap akak baca, harap akak boleh tlg. bkn nk tnya typical question but a personal conversation indeed dgn org yg mmg dh dlm bidang, tq, sekian dak newbie yg prlukan inspirasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Just straight email me at sophiealyahya@gmail.com

      Adults nowadays are busy with commitments dik, don't have time to chit chat, conversations according to your free time. Bukan taknak layan terus. I'll try my best to reply kalau you need help.

      Delete
  8. Sophie bila nak sambung story trip ke pakistan.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah Sophie... Banyaknya persoalan budak-budak nak jadi arkitek Sophie dah jawabkan.. haha. rasa macam nak copy paste jawapan Sophie ni kat blog akak tapi nanti kena saman plagiarism lak..kahkah...

    Apa yang Sophie kongsi ni memang sangat detail dan betul dah ni. Adik-adik yang baca tolonglah insaf daripada bertanya soalan yang pelik. Selagi tak apply & dapat kos ni, selagi tu korang jangan sibuk nak contact Kak Sophie personal ye. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks memahami =)
      Takpe kalau akak yang copy paste saya bagi.

      Soalan adik-adik ni kalau saya boleh jawab saya jawab. Kalau tak boleh, saya diam je dulu takpun tak jawab terus. Kalau memang tak tahu saya cakap je saya tak tahu.

      Tapi tak dinafikan soalan pelik-pelik tu memang banyak. huhu.

      Delete
  10. semuanya yang sophie ckp tu betul, masa sy mula2 start kerja pergh gaya kemas ja pstu lama2 malas dh sbb nk kejar dateline. yup seriously to all who want be an architect, be strong in mental and physical. kerja mmg xeronok sbb kena sacrifice smua tp in the bila tgk result tu yg best. teringat masa mula2 struggle nk try to falling in love in architecture back again bila kena berhadapan dengan realiti bila baru habis 1st sem. ahahahah your blog is a piece of puzzle from the truthfulness about the world of art and design. keep up!!!

    ReplyDelete
  11. Good entry! UPU result just came out and I got construction management in USM. I'm happy with it but after i read your blog , the feeling of nervous overcome the happiness . Kak Sophie, you give a lot of infomation to me but you make me feel damn so scared. btw, Thank you so much for you sharing !!!

    ReplyDelete
  12. Well said dear! DATC started in 2005 and ended just before CNY 2018. Jenuh....

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum Kak Sophie, saya baru habis IGCSE dan sedang menunggu result. Saya ingin tahu universiti mana yang bagi Kak Sophie is okay; is UCSI/IUKL/UTM/IIUM good? what's your personal opinions on these universities?

    ReplyDelete
  14. Paling mencabar menduga Iman bila dapat offer buat project bina temple & casino.

    ReplyDelete
  15. Hai kak sophie kalau buat sijil senibina kolej komuniti ada peluang ke dpt kerja dlm bidang yg kita ambil tu?

    ReplyDelete
  16. Kan bagus kalau tempat kerja kita tu mempunyai seni bina dalaman yg cantik,yg ekslusif,yg dipenuhi tumbuhan hijau,barulah tak stress keje kan?

    ReplyDelete
  17. I regret searching for this

    ReplyDelete
  18. budak sekolah jgn baca ni nanti mental down

    ReplyDelete
  19. Same anon, I regret searching for this. I'm on the verge of quitting but it's too late now that I have no other options but to graduate. 100% will not take architecture course again for my degree after I'm done with my diploma. I'm in my third semester and my work/life balance has been ruined.

    I got assignments every day with short datelines and I can only sleep for 2-3 hours a day. Weekends? Lazy days with games or movies? Having time for some self-care? Don't even think about it unless you're really good at managing your time. You can't even sleep at your own bed when submission week is around the corner because you won't have time for that.

    Crit session depends on who's your critics. Some critics actually wants you to improve your work, others just like to laugh at your stupidity as if they've never been stupid before. If you don't have a thick skin and hates people who purposely make others feel miserable, crit session would definitely destroy you.

    If you want to be an architect for whatever reason, don't. Unless you're REALLY passionate about architecture, have superb time management skill and willing to put work over everything including your own wellbeing, stay away from it. Architecture is not for those 'just want to try because I'm artsy, likes to draw and enjoys cool looking buildings' people. Only few will actually survive and graduate on time.

    It's not all bad news though. One year of architecture school does teach me some valuable life skills and lessons. I'm way less lazier. I can't sit around without doing nothing. I learned how to work smarter, get things done fast and efficient, stop procrastinating and be better at English. Still, I regret taking this course. Reason #1, #3 and #6 is why I'm in this mess now.

    If you're interested to be an architecture student because of reason #1, #3 and #6 too, please run away. You can take another course and still be able to draw and enjoy nice-looking buildings. Hell, you might have some time to do those things. But if you insist, I wish you'll be happy with your choice. I hope you won't end up like me.

    -Sincerely, an architecture student who's questioning his own life choices.

    ReplyDelete
    Replies
    1. damn, i am also in your situation right now. but sometimes i did not realize how time flies so fast, im in 3rd year now which 1 month left to end my degree life in architecture school. every semester i need to motivate myself, pushed myself, cried a lot, sleepless and all. still questioning on my head till now and forever to still in these industry, my studied journey sometimes like " im just want to finish this and run farawayyy, why im taking this!!" in professional course, u have to prepared all at early stage, inc mentally and physically. serious talk.

      Delete
  20. salam kak...i berminat nk jadi solution arkitek..kalau lepasan spm nk ambik course ape ..it or seni bina..and kalau bole ceritakan deeper

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..Arkitek kerjaya yg berbaloi untuk masa depan anak tak? Untuk 5 tahun kedepan?

    ReplyDelete
  22. @Iz any
    Tatkala 5orang kanak² berbual berkata rumah banglo 3tingkat tu cantik, kemudian datang la terkedek² seorang anak ni menghujahkan pendapat
    "Tak lah..Rumah nenek aku kat satu tingkat kat kampung tu lagi cantik"

    Haaa..inilah 'Soul of Architecture'
    Melahirkan seseorang yang berfikiran lain daripada kebiasaan budak lain dan juga mempunyai hati dan minda yang cekal..

    Mesti kita akan cakap,
    "Eh ape mabuk budak ni.. 1 lawan 5 kot..Habis la ko kena bantai"

    1 lawan 10 ke..lawan 100 ke..Die tak heran..
    Camnilah nanti kecekalan hati dan minda anak kamu..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.