Itu hari tahun 2016 nak masuk 2017, aku tak buat pun recap tahun 2016, aku tak cerita apa yang aku dah achieved tahun 2016, apa harapan aku untuk tahun 2017. Seperti biasa, aku bukan taknak menulis. Cuma tak berapa nak ada mood sangat. Sometimes aku berharap ada gadget yang boleh translate semua yang aku fikirkan jadi dalam bentuk penulisan, then aku transfer je ke edit post, lepas tu publish. Wallaaa..hari-hari boleh post entri baru gituh.
Sekarang baru bulan Februari, I am feeling the adrenaline rush. Setiap hari aku check planner aku, aku akan rangka hidup aku per week, per day. Aku akan check & plan 2,3 weeks ahead, aku akan tengok overall timeline untuk that particular month..then to the next month. Kadang aku rasa gementar. Gementar dengan masa depan. Entah apa yang aku kejarkan. Aku rasa masa berlalu begitu pantas. Februari terasa terlalu pendek. Dan aku sudah merangka untuk March dan aku rasa Ya Allah, penatnya jadi seorang Sofiya yang banyak fikir ni. Tolonglah bagi dia chill sikit.
Untuk tahun 2017, aku nak buat 3 benda ni.
1. Cari kerja baru, tukar kerja ke firm lain. I will always try and error sampai aku jumpa apa yang aku nak. Kadang orang kata jangan memilih. Bagi aku, aku ada hak untuk memilih apa yang aku rasa terbaik untuk masa depan aku.
2. Duduk rumah sewa. Diharapkan dapat kerja jauh sikit dari rumah family. It's time for me to detach & be independent, again. Duduk dengan family ni, bukan tak bagus. Anggap la aku ada reason sendiri.
3. Aku target nak amek exam INTERNATIONAL Swimming Teacher Award. Entah mampu entah tidak. Aku tak tahulah kenapa, kan aku pernah cakap aku ingatkan aku takkan mengajar renang dah lepas aku gi UK tu. Tapi bila balik Malaysia, benda ni datang balik. Aku start mengajar balik December 2016 and masih mengajar dengan aktifnya. Aku tak tahulah apa benda yang tengah happen dengan aku dan kerjaya swimming ni tapi kerjaya swimming ni dengan aku macam magnet. Demand sentiasa ada, sampai aku handle group ketujuh dah ni. Walaupun aku taknak, tapi ada je benda yang buatkan kelas-kelas tu datang kat aku. Walaupun aku taknak mengajar kanak-kanak dah tapi kelas kanak-kanak tetap datang pada aku. Sebab ajar kanak-kanak ni lagi penat dari dewasa tau tak. Tapi, aku percaya dengan takdir Allah. Aku rasa ada hikmahnya semua ni. Dia macam mixed feeling sebab penat kot nak uruskan dua kerjaya dalam satu masa. Tapi berada dalam air & ajar orang berenang tu satu terapi untuk aku. Mungkin Tuhan tahu apa yang aku perlu? Terapi? Entahlah. Sejak aku balik dari UK, banyak benda dah berubah. Aku yang berubah, keadaan berubah. Bahayanya seorang aku adalah aku tak reti nak express kesedihan aku, jenis bukan attention seeker bila aku sedih. I'm a good listener to people that I forgot that my heart exist too & it needs gentle care. Aku abaikan sedih aku sebab aku tak reti handle kesedihan sendiri which is so pathetic I hate myself for this (yeah, please gimme a hug, chocolate & ice cream. Sobs sobs). Then aku perasan dalam hidup aku ada dua benda yang bantu aku rawat hati aku sendiri. Kanak-kanak, dan kucing (actually aku memang animal lover pun). Dua benda ni, makhluk syurga. Aku happy bila handle dua-dua jenis makhluk ni. Aku terhibur. Aku sayang budak, aku sayang kucing-kucing aku. Budak-budak ni bagi aku suci. Tambahan pula aku berpeluang untuk lihat sendiri proses mengajar kanak-kanak autisme. (baru aku tahu ada program swimming for autisme) Sangat mencabar sebab kanak-kanak autisme tak sama dengan kanak-kanak normal, mereka tak communicate macam budak lain mahupun boleh terima arahan dengan baik. Not even eye contact. How to teach?Mencabar bukan?tapi after a while, macam rasa sayang. Hati aku tersentuh tengok kanak-kanak istimewa ni. Tersentuh tengok cikgu-cikgu sekolah istimewa tu layan anak-anak istimewa tu dengan baik. How nice this life is? Buatkan aku sedar duit bukan segalanya. So aku decide aku nak renew semua cert yang aku ada & amek international exam/course ni tahun ni, inshaAllah. Maybe sebab somehow aku menyesal tak buat exam ni sebelum aku gi UK dulu sebab programme ni under syllibus UK, dahla international. Aku patut boleh buat part time kat sana dulu. Islam makin berkembang, so, makin ramai orang Islam wanita nak belajar swim & mahu cikgu wanita yang ajar. Lagipun amek cert ni macam a really good career back up kot. Pergi negara mana-mana pun diterima. Aku pun tak yakin apa akan jadi dengan masa depan aku. Manalah tahu nak sambung PhD kat UK lagi. Aku boleh buat part time, ke dapat peluang kerja kat Dubai ke. Rasa macam nak merantau jauh lagi, almaklumlah takde komitmen. Takpe, berangan kan percuma. So, mendekati kanak-kanak tu special feeling. Sebab aku nak anak, tapi aku taknak kahwin. How? Awak nak kahwin kontrak dengan saya tak? (But I need good genetics.miahaha) Bukan taknak kahwin, cuma tak nampak bayang lagi & takde perancangan. So maybe inilah aturan Tuhan supaya walaupun aku takde anak lagi, tapi it's a good practise to handle kids. Tiring, but adorable & mengisi jiwa yang tak sedar tangisnya sendiri. Kadang budak menangis, aku kena tegas & heartless sikit, tapi lepas tu aku pun dukung la masa dia dalam air, pujuk-pujuk tepuk belakang homagad rasa motherly sangat huwaaa.
Kucing. Kucing aku pun manja semacam dengan aku, maybe sebab aku jadi bidan sambut diorang masa baru lahir. Then membesar sampai besar dah diorang macam ada connection dengan aku. Bonding gittew. Keluar pintu je terus terpa aku. Siap tahu nama diorang. Panggil je sure pandang then datang. Mavis paling manja dengan aku & lately semakin manja.Aku pun tak tahu kenapa. Ke dia boleh sense perasaan aku bila aku tak ok? Ke dia boleh sense yang aku nak tinggalkan rumah kalau aku dapat kerja jauh sikit dari rumah? Lately kalau duduk bersila depan pintu kayu rumah, dia mesti panjat peha aku & duduk lama-lama macam rindu ke nak berpisah ni, kadang menyondol minta belai or peluk. Manja sangat-sangat. Sayu rasa. Kadang aku rasa Tuhan slowly bagi apa yang aku nak walaupun aku tak verbally cakap apa yang aku nak. Aku agak suka kucing warna oren & warna all black. Mungkin sebab aku suka tiger & panther tapi aku tak dapat bela kucing besar maka dapat version kucing kecik pun jadila. Jadi selain kucing yang dah ada kat rumah, dulu ada kucing liar datang rumah. Jantan,warna oren, kitorang panggil dia Kentoi sebab ekor pendek. Dia telah mengerjakan kucing betina kat rumah sampai beranak. Anak dia cantik. Oren bulu kembang. Kiara namanya. Kalau nak cerita susur galur kucing-kucing kat rumah memang panjang ceritanya. Kentoi dah mati. Cumanya nak bagitahu lately aku selalu harap nak bela kucing warna all black pulak. dan harini ada kucing warna hitam datang rumah. All black. Jap, jangan fikir bukan-bukan, ni bukan kucing jadian ke black magic. (-__-') Hopefully.
So, apa sebenarnya yang aku bebelkan memalam buta ni? Apa point aku sebenarnya tadi? Jap, baca tajuk entri. Aku sudahkan sampai sini dahulu sebab ngantuk dah. Ok good night.
Hai Sophie! Kelakarla ayat Kentoi dah kerjakan kucing betina sampai beranak... Macam teruk sangat je. Hahah. Takpela off tajuk sikit pun, rindu nak baca blog Sophie. Good luck ambil cert tu eh. Bash belum nampak jalan lagi cane nak ambil sijil yang bash bgtau Sophie tu, sebab macam hectic sangat life sekarang dengan baby. Sophie proceed dulu okay 😊
ReplyDeleteThanks Bash. Tula, tapi Bash kena ambil tau. Sebab Bash ada I-Renang. Sophie takde kolam. Just nak buat back up. All the best Mummy Bash.
Deleteoh kak sophie. i really love to read your writing so much! hehe
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan urusan kak sophie. hehe
Aww. Thank you so much =)
Delete
ReplyDeleteTerbalik dah num 2 dan 1 kita ni hehe dulu keja jaoh. sekaranng dah balik ke hometown. kesian mak sorang kat rumah lepas ayah meninggal. Alhamdulillah rezeki tuka keja jugak. Balik jer hometown terus dpt keje baru. Tau lah kan sekarang ni bukan senang nak cari keja. tapi asal niat bagus. ok kot.
Tula lain situasi kita. Ni sebab dua2 parents still ada. Kalau I kat situation you pun maybe akan buat yang sama. Takpe, rezeki Allah dah tetapkan.
Delete