Pages

Friday, March 24, 2017

Trip ke Pakistan Memang Best!

Aku baru pulang dari percutian ke Pakistan.Aku ke Pakistan dari 10-15 March yang sudah. Pengalaman itu sangat menggembirakan sampai aku tak sabar nak post kat blog. Nampak tak? Travel sebelum-sebelum ni pun tak habis cerita tapi dah tak sabar nak cerita pasal travel ke Pakistan. Kenapa percutian kali ini sangat bermakna, dan berbeza dengan pengalaman travel yang lain? Sebabnya aku kesana, tujuan asal aku ialah untuk menghadiri kenduri kahwin bekas teman serumah sepanjang aku tinggal di UK dahulu. Ye, aku punya housemate ialah Pakistani. Mereka pernah ajar aku uli capati bentuk bulat tapi aku punya jadi bentuk trapezium (so sad). Trip kali ni berbeza sebab ni negara Islam pertama aku pergi melawat. Beza sangat dengan negara Malaysia. Lepas tu, kami ada connection dengan orang-orang kat Pakistan sebab ex-housemate aku kan orang sana, jadi membawa kepada perkenalan dengan ahli keluarga beliau dan rakan-rakan beliau. Yang paling baik ialah, kami rasa kedatangan kami disambut dengan sangat baik.

Sejujurnya, dalam banyak-banyak travel trip aku, ini ialah trip yang paling takde planning. Paling last minute hinggakan kami beli tiket flight waktu tengah mahal. Dalam kurang dari 2 minggu sebelum fly. Biasalah bila semua kawan-kawan kerja, nak apply cuti (lepas ke tak?) lah, nak jumpa untuk bincang lah, semuanya antara jadi ke tak ni nak pergi Pakistan? Dahla kena buat Visa. Dan Visa Pakistan kalau nak apply kena sediakan documents yang macam alaaaa..annoyingnya nak prepare. Yang buatkan lambat beli tiket bukan apa, tapi sebab baca pengalaman orang yang kena cancel tiket sebab Visa tak lepas. Terus kecut perut weolls. Takut tiket burn, dahla tengah mahal dalam RM1800 (instead of RM900 kalau beli lebih awal ok. Dah jadi double up). So kitorang pun buat Visa, dah confirm lepas (28 Februari pergi ambil passport kat embassy),then terus beli tiket flight. Haa gila kentang tak?

Masa plan trip pergi Pakistan, aku dapati kami agak serabut. Sebabnya, dulu masa trip ke Eropah, mudah sikit nak plan sebab dah ada pengalaman. We know what to expect. Ni negara macam Pakistan ni, orang ingat dah kenapa nak beli karpet jauh sangat meh? Serius tak sempat nak study sangat sebab aku rasa tak banyak blog cerita pasal pengalaman travel ke Pakistan dari orang Malaysia sendiri. Yang ada banyak cerita dari blogger mat saleh. Kami beli tiket return KL-Lahore sebab mahu menghadiri kenduri kahwin kawan tu. Jadi dalam 5 hari tu, kami target 2 hari di Lahore, 3 hari di tempat lain yang ada unsur-unsur nature, ke arah Utara Pakistan. Kami sempat menetap di Islamabad. Kiranya dalam trip yang singkat ni, kami berjaya merasai pengalaman berbeza di empat kawasan di Pakistan iaitu di Lahore, Islamabad, Ayubia & Sarghoda. Tempat-tempat ini sangat berbeza walaupun dalam negara yang sama. Amazing.

Dahla plan asal kami ingat nak sewa kereta je dalam Pakistan. Tapi bila dah sampai aje.. Haa, amekkau! rasa bersyukur sangat guna service driver a.k.a Bollywood bodyguard. Haha. Pengalaman di jalan raya Pakistan sangat berbeza. Dan susah nak guna Google Maps atau Waze.

Stay tuned uolls~



7 comments:

  1. Tak sabar nak baca lagi pasal trip ni!

    ReplyDelete
  2. kalau tgk gmbr yg sophie post ni tgk building2 di pakistan menarik sgt!

    ReplyDelete
  3. Kalau tiada invitation dari sana boleh buat visa ke?

    ReplyDelete
  4. Hi,I nk tye nk buat permohonan visa ke Pakistan n apa dokument yg nk dsediakan..tq

    ReplyDelete
  5. Salam nak tnya buat visa pakistan berapa lama yea?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Nak tanya... Klau sorang2 wanita single, nak travel ke Pakistan, boleh dapat visa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah bc dlm grup bbm, agak strict ade interiew dan kena ada surat kebenaran dr ibubapa jika masih single. parents pun kena datang juga during interview session tu.

      Delete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.