Pages

Saturday, December 3, 2011

Burger King Masih Dihati

Dalam banyak-banyak kerja yang aku dah buat selepas SPM, aku suka dengan dua kerja ni. Aku pernah kerja di Burger King, dan kedai kek. Tapi kali ni aku nak strory pasal Burger King.

Well, orang Malaysia ni rata-rata lagi familiar dengan McDonalds kan? Mungkin sebab pengaruh media kot. Tapi secara jujurnya, aku rasa burger di Burger King macam lagi best. Antara burger yang McD takde: BBQ cheeseburger, Mushroom Cheeseburger, Black Pepper burger. French Chicken Tapi Burger King takde burger ayam yang ala-ala Chicken McDeluxe kat McD.

Aku terfikir nak tulis pasal BK (Burger King) ni pun sebab semalam aku dan family cousin yang study di Australia pulang Malaysia. Kononnya nak belanja satu family dia makan di Seafood kat Titiwangsa. Memandangkan jalan sangat jem dan hujan serta aku sampai rumah lambat dari office, maka kami sampai pukul 10pm. Restoran tutup pukul 10.30pm. End up kami makan di BK aje.Alahaiiii..

Walaupun dah hampir 5 tahun berlalu sejak aku bekerja di BK, aku tak sangka aku masih ingat ingredients dalam semua burger-burger tuh. Siap aku yang lead amek order sebab semua tanya aku burger apa yang best.

So kalau korang nak tahu burger apa yang best kat BK ni, aku suggest korang try:


1) French Chicken

Burger sepanjang 7 inci ni dalam dia ada crisply long chicken patty, 2 keping chicken rolls, 2 keping swiss cheese, mayonis dan tiada sayur. sesuai untuk yang tak suka makan sayur. (tak sangka masih ingat dalam burger ada ingredients apa)

2) Double Mushroom Swiss Burger


Sebenarnya dalam dia beef patty. Ada cheese. Atas burger patty letak mushroom. Sedap~

3) Whopper
Burger bulat paling besar kat BK. Ada beef patty & sayur-sayuran seperti lettuce, tomato,onions, pickles,berserta ketchup.

Memandangkan konsep BK ni ialah Have It Your Way, makanya korang boleh sukahati nak add up apa-apa jenis sos ke, sayur ke,keju ke just anything lah dalam burger yang korang nak. Nak tolak apa-apa pun boleh. Contoh kalau kau taknak sayur tapi burger tu ada sayur, nanti diorang boleh je buatkan burger yang takde sayur untuk kau.

Sebenarnya aku taklah minat sangat fast food. Tapi aku suka bekerja dalam bidang food and beverage ni sebab somehow aku suka dengan food preparation & presentation. Aku masih ingat burger mana yang ada sayur, mana yang tak payah letak sayur a.k.a lettuce. Mana burger yang kena letak pickles. & layering burger ni macam mana. Kalau letak sayur, mana satu nak letak dulu, lettuce ke, tomato ke, pickle ke? sos nak letak bila? haa..macam tulaaa.. Suka! semua ni ilmu jugak bagi aku.

Lagi satu, kalau aku tak kerja sini,aku takkan tahu costing satu burger ni berapa. Kalau macam French Chicken ni korang beli ala-carte ada dalam RM10 ++ kot. Ala carte ok bukan set. Tapi tahu tak cost untuk burger dia berapa? Tak sampai RM 3 pun. Ni untuk burger paling mahal kat BK la kononnya. Burger yang murah sikit? haaa..bayangkanlah cost dia macam ala-ala lebih kurang burger tepi jalan jela kot.

Selain tu, kalau pergi mana-mana fast food beli burger, aku tahu bun dia ni dah nak expired ke apa sebab dah keras. Tak lembut. & fries yang warna dia macam kecokletan bukan kekuningan biasanya sebab minyak yang digunakan dah banyak kali guna tak bertukar. Haaaa..ilmu tu aku share dengan korang. Dan minyak yang dah banyak kali guna ni korang tahu ke diorang buat apa? haaaa..kalau aku bagitahu gerenti korang tak lalu. (sebab aku pernah tanya kat manager aku minyak yang bertong-tong yang selalu ada lori angkut ni nak buat apa) So takpelaa.aku simpan dalam hati.nak tahu boleh email atau formspring aku.kekekeke..

Lagi, salah satu taktik yang aku percaya banyak fast food buat especially kat drive thru. Kalau korang mintak medium set, make sure yang keluar kat skrin tu medium set, bukan large set. Large set= more money. more sale. Kadang-kadang mintak burger lain, dah sampai kat tangan dapat burger lain yang lagi murah. dah beberapa kali terkena kat Key.Ef.Cee depan rumah aku. Ciss betul!!!  sebab diorang tahu biasanya orang yang drive thru ni nak cepat & kemungkinan untuk berpatah balik untuk tukar burger adalah tipis.

Oh lagi satu last: biasnya kalau orang tak tahu nak makan burger apa & tanya cashier burger apa best, taktik kotor ialah suggest burger paling mahal. (-_-') serius tak tipu dengan taktik ni. Tapi biasanya memang yang mahal adalah lebih sedap.

Ohya, bagi peminat cheese, kalau korang pergi BK, wajib try cnack ni.Mozarella stick. Layan~:


p/s: kalau nak tahu pengalaman aku kerja kat BK boleh baca kat entri aku NI
Selamat membaca! Nak sambung berlatih piano. Esok ada kelas piano.tehehehe.. Lain kali ada masa aku share pula progress aku belajar main piano eh. Hehe..
*aku dah sihat dari demam.Yeay~*



12 comments:

  1. tak pernah lagi try Burger king T.T
    tapi mozzarella cheese sticks tu nampak mengiurkan awww~ :p

    ReplyDelete
  2. untung burger king ada orang tolong promotekan..hani pernah makan sekali je..tapi hani lebih suka mcd.tapi mana pon hani bedal kalo depan mata =]

    ReplyDelete
  3. WOOOW...kite jrg mkn kt BK..tp mcm best je dr MCd :)

    ReplyDelete
  4. wahhh..belajar main piano? bestnye!


    gile murah eh harga kos..tapi harga jualnye kemaen lagi mahal..tsskk..(-_-")

    ReplyDelete
  5. BK takder kat Kuching la Copi...

    ReplyDelete
  6. jrg mkn BK mungkin sbb harga dia mahal compared to mcd.. haha

    ReplyDelete
  7. yeay !
    dah sihat pon. boleh lah update banyak2 kan :P

    tadi baru lepas makan burger king.
    gune kupon 5 hingget untuk burger baru black pepper tuh. hehehe.
    daging dia besar gila kot.
    roti habes dulu dari daging. hehe

    ReplyDelete
  8. Aku membaca entri ini di kala malam dan perutku berbunyi...
    Adoi..terliur!!!

    ReplyDelete
  9. Saya baru kerja d burger king tapi tu lhaa tergiveup awal sebab ta boleh berdiri lmeeee 😭😭😭

    ReplyDelete
  10. dulu masa apply kerja burger king ada interview ke?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.