Pages

Tuesday, May 31, 2011

17 Perkara dan Golongan Yang Menjengkelkan Bagi Aku.

Dalam kehidupan seharian, hidup ini kadang-kadang tak terlepas daripada berdepan dengan perkara-perkara yang menjengkelkan hati dan sanubari kita. Ye tak? Berikut merupakan senarai 17 perkara mahupun golongan yang menjengkelkan yang pernah berlaku di dalam kehidupan seharian aku atau mungkin juga kamu pernah, sedang atau akan laluinya.



1.
Ketika memandu nak tengok cermin atas. Sekali nampak orang kereta belakang. Tengah korek hidung dengan masyuknya. 
Aku tak kisah kalau kau nak korek hidung tapi ajaklah aku sekali cover lah sikit. Ni macam semangat giler macam cari gali petroleum aje. Uuw~ korek jelah kat rumah macam aku   ;P

*hai, sayalah pemandu yang suka korek idung dalam-dalam tu ketika memandu. Jom korek idung sama-sama. Best, macam cari gali emas. Saya dah ajak lah ni. (-_-') 


2.
Ketika menonton wayang, ada suara-suara yang bercakap "haa, lepas ni hero ni buat ni, lepas ni jadi macam tu". 
Wey, kalau kau dah tengok movie tu, kau senyap jelah. Mungkin aku patut simpan stoking yang tak basuh 5 bulan dan sumbat je dalam mulut sesiapa yang aku dengar dok sok sek sok sek cerita pasal apa akan jadi dalam movie yang aku tengah tengok tu. Menjengkelkan!

3.
Lelaki yang suka gelak kuat-kuat BHAHAHAHAHA masa dengan geng-geng dia macam nak bagi semua orang dengar gelakan yang mungkin dirasakan sexay itu.. wey, tak macho tau sebenarnya. Rasa macam kau kurang kasih sayang ajew.
*He says: saya bukan lelaki yang suka gelak kuat-kuat di warung tu tapi saya memang macho kan, kan kan?hiks hiks hiks (gelak annoying) *


4.
Perempuan yang suka memakai baju seksi dan menunjukkan banyak permukaan kulit,tapi berkudis. Maaf lah, aku memang takde masalah kalau kau nak pakai seksi kalau kau memang seksi..kalau cantik aku yang pompuan pun suka tengok. Tapi masalahnya apa lah yang kau nak tunjukkan sangat dengan kudis kau tu? Dan kalau sekadar nasi lemak 5sen kau nak tunjuk lurah dendam kau tu pikirlah sejuta kali. Sebelum kau kena kutuk dengan lelaki dan orang lain lebih baik kau terima nasihat ikhlas aku nih =B Lurah kau belum cukup umph~ untuk didendami, paham?
*tak perlu letak gambar lurah dendam disini*

5.
Orang yang suka cakap besar padahal paling tak boleh diharap. Banyak complaint dalam sesuatu organisasi atau program tapi bila disuruh handle sesuatu perkara banyak aje alasan dia. Orang macam ni kan. Eeee.. eeee! Geram tau! Rasa macam nak tumbuk je bantal tau! 

6.
 Orang yang suka emosional tak tentu pasal. Suka hati dia aje nak layan kita ikut mood dia. Marah kat orang lain, lepaskan kat kita. Pastu sikit-sikit nak merajuk. Merajuk dengan hal yang entah apa-apa pula tu.Macam lagi besar dari masalah dunia pulak rajuknya tuh. Tak brutal langsung. 

7. 
Orang yang suka mencarut dan menengking orang bila marah. Pendek kata orang yang panas baran la. Malas giler nak layan orang macam ni. Buat sakit hati aje. Kalau setiap hari jumpa orang macam ni, aku rasa aku yang rela hati daftar masuk Tanjung Rambutan. 

8.
 Orang yang memakai spek hitam/shades padahal gi Mydin je. Tak pun dalam shopping complex yang penuh dengan lightings. Apakah? Yaa, kalau nak berfikiran positif "ouh,mungkin dia sakit mata tuuu.." Daaa~
Bukan nak kata apa lah tapi Mat Rempit ramai begini. (-_-')

*kalau aku pakai macam ni dalam shopping mall gerenti awek-awek cun pandang aku. Obviously they would. hahah*

9. 
Orang yang dah cantik tapi masih nak obses menjadi cantik. Serius tak paham doh spesies macam kau ni. Rupa tu pinjaman aje. Bila-bila masa boleh ditarik balik.Bersyukur lah sikit. Bila-bila masa boleh disimbah asid. Ops!! Eh tak, tak.Hee mintak dijauhkan.


10.
 Orang yang bangga menceritakan perkara terlarang yang dia dah buat. "wey, semalam aku "main" dengan gadis-gadis hawt. Best dohh!!" "Wey, semalam aku minum Carlsberg 2 botol sampai terkencing dalam kereta. Layaaannnn.." Weyyy! Agak-agak lah. Bangsa lain pun tak kepoh macam kau kalau buat semua tu. Kau yang dah terang-terang beragama Islam pulak yang bangga nih apesal? Pelik bila zaman sekarang bila buat dosa tak rasa malu malah bangga nak canang satu dunia.

11.
Pemandu yang terhegeh-hegeh masa nak keluar dari parking. Kalau taknak keluar dari petak parking kat shopping mall,bagilah isyarat yang kau tak nak keluar lagi. Ni tak, biar je orang menunggu sambil buat muka mengharap ada parking. Lepas tunggu 10 minit rupanya kau sebenarnya taknak keluar pun padahal dah nampak aku menunggu dah.

12.
Perempuan cantik yang suka letak gambar banyak-banyak kat FB dan blog.Especially yang 1 profile picture sampai ratus-ratus muka dia zoom dekat-dekat. (golongan tu yang aku maksudkan) Bila orang curi guna gambar dia buat profile fake nak marah-marah orang pula. Kalau nak inform bagitahu ada fakers aku boleh terima la.Takpela lagi untuk bagitahu yang dia cuma ada satu account aje.  Tapi bila nak hentam maki-maki sedangkan terang-terang lagi kau memang suka mencapap dengan muka ala gojes kau tuh, serius aku tak paham. (-_-') Pendek kata kau ni sama ada kecoh atau nak attention lah.. Dalam tempat pertama, siapa suruh kau kuat mencapap maah.

13.
Budak-budak sekolah yang smoke. Especially budak-budak perempuan lah. Waah muka bangga sangat aje sedut & hembus asap rokok tu siap jeling-jeling lagi orang yang tengah pandang mereka.. Mungkin bagi mereka dah habis macho dan style dan up to date lah kan. Tapi meh sini nak ingatkan korang eh bagi perempuan yang smoke. Kalau nak smoke boleh, tapi jangan salahkan orang lain bila ada orang kata kau nampak macam perempuan jalang bila smoke. Eh serius ni, aku tanya pendapat orang tua dan kawan-kawan lelaki, inilah perspektif mereka pada golongan ini. Ha soo, pandai buat pandailah terima pandangan orang terhadap anda.Nanti jangan cakap "hey walaupun I smoke tapi I bukannya jahat tau. Don't judge a book by its cover! Allah lagi tahu." Erkk.. Okey, aku paham but again..PERSPECTIVE.
*"wahh rasa macho giler dan ada class  lah smoke. Apa pandang-pandang? Ada masalah? Elehhhh.. Pandang macam aku ni b***h pulak  apehal?"*
p/s: sayangilah keturunan dan genetik anda.


14. 
Poser juga adalah golongan yang menjengkelkan. Kadang-kadang nampak macam humble tapi dalam diam..Ish..ish..ish.. "eh you tahu tak, I pandai menari. Budak-budak kat Showdown tu, I yang ajar diorang steps." Padahal, bila tengok dia menari, tak semegah mana pun. Takpun mengaku boleh buat itu, boleh buat ini. Bila disuruh buat, ekelehhh.. Jauh satey dari bara api. Menyampah betul la.

*Terer tak steps aku menari? Britney Spears pon kalah ni. Budak-budak Showdown & So You Think You Can Dance tu aku lah yang ajar! Haptuih!*


15.
Oo.. Tak ajak pun! Pernah tak berdepan dengan situasi "ohh tak ajak pun" ni? kadang-kadang bila kau randomly keluar dengan kawan-kawan kau dan kau post gambar kat Facebook ke kan, ada tak kawan-kawan lain yang nak touching sebab tak diajak? Kadang-kadang tak rapat pun, sebab tulah tak ajak. Atau, disebabkan RANDOMLY keluar, maka kau tak terpikir pun nak keluar secara beramai-ramai  atau sebab kau tahu orang tu duduk jauh mesti dia taknak datang ke kan.Atau sebab orang tu kalau keluar suka nak moody-moody ke kan. So yeah, kalau rasa nak keluar sama-sama, bagitahu ajela. Plan la betul-betul. Janganlah anggap kau sangat penting sampai semua orang kena ingat kat kau kalau mereka nak keluar.

16.
Akak-akak kaunter yang suka bergosip walaupun dah tahu orang beratur panjang-panjang. Lagi menyampah bila kita tengah rushing ke kan. Orang macam ni kita patut sound aje "kak, nak bergosip ke nak kena buang kerja?"

17.
Orang yang sangat kuat bergosip dan suka membuat spekulasi sendiri serta mempunyai hobi suka fitnah orang. Bukan nak kata apa lah, tapi memang aku nak kata pun la, perempuan memang ramai dalam golongan ni. Sangat menjengkelkan okey. Kalau awak hot setap pun tapi perangai awak macam ni? Bull dog pun lagi comey dari awak tau.
*hai, saya lah Bull Dog, terimalah hakikat bahawa saya lagi comey dari awak Hot Setap Girl yang kuat bergosip, suka buat spekulasi sendiri dan mempunyai hobi menabur fitnah.Auf! Auf!*


p/s: Sebenarnya banyak je perkara-perkara yang menjengkelkan dalam hidup kita. Aku tak suka pun nak ingat semua perkara-perkara yang menjengkelkan yang pernah terjadi dalam hidup aku tapi kadang-kadang ia selalu berulang. Duniawi kan.Nak heran apa.Sebenarnya juga nak cukupkan sampai 20 tapi rasa macam menjengkelkan bila nak pikir perkara-perkara yang menjengkelkan dan nak menaip tentang perkara tersebut. Ada yang sentap ke baca post nih? kikiki.. 


Sumber gambar: Google semuanya. 










Saturday, May 28, 2011

Suasana Kerja.


*ini bukan pergi kerja ini pergi kenduri daaa*

Sekarang mahu berbicara soal kerjaan pula. Hehe. Hurm, kalau nak kata tentang suasana, aku akui lah firm ni memang besar.. Masa aku baru masuk, aku rasa macam waaah takutnya. Dahla rasa macam tak tahu apa-apa. Tapi nasib baik ada seorang classmate aku kerja kat situ jugak. Dan sebenarnya ramai  ex-UiTM kat firm tuh. Ada yang aku jumpa tu super senior aku, cuma nama tak tahu. Ada juga yang cam aku dan tahu aku junior mereka.

Memandangkan aku masih baru so aku banyak lah bertanya pada orang-orang yang aku kenal, macam mana kerja kat situ ok keh. Kebanyakan dari mereka kata work environment ok walaupun busy gila, tak di spoon feed so kalau kau nak tahu apa-apa kena tanya, rakan sekerja sangat membantu. So lepas sebulan disini kesimpulannya aku rasa aku okey. Cuma tak dinafikan lah memang penat. Tapi aku appreciate lah mereka memang banyak membantu. 

Biasanya lepas Magrib baru aku balik. Kalau banyak kerja aku pernah je balik sampai pukul 11.30 malam sampai buat parents aku risau. Tapi kiranya aku okey lagi la.Selalu aje arkitek kat situ buat kerja sampai pagi, tak tidur. Kadang-kadang rasa scary juga bila tengok arkitek perempuan pun stay up buat kerja padahal dah kahwin dan berkeluarga. Oh takut pula nak jadi arkitek (-_-') Tapi ketua aku kata firm ni memang banyak kerja sebab banyak projek. Firm lain yang dia pernah kerja ok jek.Balik ikut time.


Weekends pun ada orang datang buat kerja. Aku pun nak kena datang esok sebab kerja sangat banyak. Nasib boleh claim OT.huhu. Memandangkan firm ni agak besar, design office ni pun not bad. Aku suka. Macam jakun gila ada benda canggih yang aku tak pernah tengok kat sini. kahkah. Pantry pun lengkap. Nak air apa macam-macam ada. Peti ais ada, microwave ada, mesin buat ais ada. 

Kalau dulu masa belajar,drawings tu boleh lah nak sap sap soi aje buat. Salah pun takpe lagi sebab bukan nak bina betul-betul pun kan..Sekarang semuanya kena detail. Salah sikit habis laaa.. Team aku pulak tempat aku duduk dikeliling lelaki. Ramai laki-laki orang. Memang aku selalu kena usik ah 
(-_-') kesian aku.huhu. Tapi diorang baik jela.Takde masalah sangat pun. Aku harap aku okey menerima cabaran mendatang walaupun secara jujurnya aku sedikit takut.Aku tak takut bila di kolam renang, bila kena mengajar orang berenang tapi untuk bekerja di bidang sendiri rasa macam sedikit cuak, kenapakah? Orang kata kalau start dengan firm kecik lagi banyak benda boleh belajar. Bukan taknak, tapi kerja bukan senang nak dapat sekarang. Mana yang dapat, yang tula yang kita rembat kan?





Tak boleh amek gambar firm dan letak di blog begitu sahaja maah makanya aku ambil gambar ni di website firm tu sahaja. Err tapi tak boleh nak link juga. Pendek kata, tempat aku kerja adalah rahsia. Cewahh..Cuma nak bagi korang feel aje macam mana firm architecture tu. Ni dikira kemas la, aku pernah pergi firm yang bukan sahaja sangat kecil, malah seperti stor. Tapi tak kisah lah. Janji ada projek maah..


Kalau Selalu Dapat Hangout Macam Ni Kan Best!

Memandangkan dah kerja, kita akan cenderung untuk menghabiskan cuti minggu dengan gembiranya. Release tension lah tu kononnya kan. Begitu juga aku. Sebenarnya kadang-kadang hujung minggu pun kena datang kerja maka kalau ada hari yang terluang tu roger-roger lah kawan. Haha.

Sebenarnya aku banyak aktiviti yang dah dilakukan sebelum ni tapi tak sempat update maka aku akan cuba update apa yang telah berlaku walaupun cerita macam dah basi. kahkah.

Maka hari minggu yakni hari berjimba bersama rakan seperjuangan di UiTM. Punyalah kuno aku ni tak pernah pergi The Curve padahal rumah tak lah jauh mana pun. (-_-') sadisss sekali Sophie ni.


Masa pergi tu tengok wayang cerita Seru. Seriously ending dia macam apa. Geram. Jalan cerita dah ok cuma sebab dia nak buat stail camera Paranormal Activity aku rasa macam tak sesuai bila all the time camera ala-ala shaking. Nak muntah tahu? 

Tapi.. Nasib baik I jumpa dengan Kapten Jack Sparrow.

Dalam pelukan Kapten Jack.Aww~ So romantic.Abang Jack melindungi I. *pengsan*

 
Tapi..kenapa I akhirnya ditembak?? Why Kapten? Why??? T_T Sob..sob..sob..

Oh! Supaya saya bertukar menjadi Kapten Sophie Sparrow! Awek Kapten Jack!! Yahoooo~
Ok serious merepek. Sudah.Sudahhh..


Adakah perempuan memang begini? Sambil jalan, sambil sembang, then stop tiba-tiba sebab excited dengan benda yang disembangkan? Then tiba-tiba menjerit excited. Perlu ke? (-_-')

Lepas tu dalam gambar nak buat aksi lakonan bermesraan. Dahla depan artis. Serius time tu ada Zahid AF dengan Zain Ruffedge. But, like I care..? 

 Sebenarnya The Curve agak best lah aku rasa. Environment dia. Hurm.Atmosphere. Ouh don't let me talk about architecture, you will regret it. Kahkah..

Nampak berapa botol air dalam tangan? Sebotol memang tak cukup. 

Ada lori bomba. Hehehe.. 

Sengalness always.

Sebenarnya tak plan pun nak jumpa. Macam tiba-tiba aje haritu jugak roger-roger dan terus gerak.

Friends, don't ever forget me if you fly to UK this September. Will be missing you girls a lot T_T

Terjumpa kawan sekelas di situ yang membuat preview performance untuk teater Dreamgirls Musical di Istana Budaya nanti. Dia menyanyi. Suara sedap gila! Oh harap sangat-sangat dapat pergi teater tu. Dulu pergi sekali kawan aku ni punya teater lepas tu dah suka & rasa macam nak tengok teater lagi. Paling aku suka tentang teater ialah penghayatan watak. Kalau musical, nyanyi life kot tu yang suka. 


Waktu malam pun sangat cantik. Lampu-lampuan bagai. Ada sikit lah rasa macam bukan kat Malaysia. kahkah. Bajet gila. 



Seperti ibu dan seorang anak yang nakal. Goshh.. gonna miss them a lot!! T_T

Ok, saya mahu pergi UK kalau kawan-kawan saya sambung belajar di sana. Mereka dah dapat tempat, cuma scholarhip tu masih diusahakan. Sesiapa ada advice untuk scholarship sila bagitahu. Nanti  aku sampaikan pada mereka. Aku nak pergi jalan-jalan je kat sana. hahah. boleh tak? Macam banyak duit je..Cheh.

Tuesday, May 24, 2011

Katakan Tidak Pada Kata-kata Itu

Assalamualaikum. =B

Hurmm..aku ingatkan dah beli modem baru bolehlah rajin update. Sekali lambat jugak berupdate. So, maafin sangat-sangat yah. Aku dah kerja. Selalu balik lambat. Bila dah balik sangat penat. Sejam stuck dalam jem dengan memandu kereta manual gear sampai 4 jek. Sadiss. T_T  Sorry juga sebab aku selalu tak sempat dah nak reply comment anda mahupun menjenguk anda kembali. Isk! rasa bersalah sebenarnya. ;(

Jadi harini aku nak bercakap tentang determination sebenarnya. Kesungguhan kamu mendapatkan sesuatu. Aku start dengan cita-cita ok.

Al-kisah, dulu masa sekolah rendah,aku sebenarnya nak jadi doktor. Entah kenapa rasa macam best jek nak merawat orang. Ceh mengaku jelah sebenarnya nak bergaya dengan coat putih tuh.wakaka. Dan waktu tu aku tak pernah tahu arkitek tu apa tambahan pula dalam family,sedara mara aku takde pun yang jadi arkitek.. Bila dah semakin dewasa yakni masuk sekolah menengah, curiosity aku terhadap bangunan semakin menebal.

Cita-cita nak jadi doktor semakin pudar sebab aku rasa aku kureng ke arah sains especially Biology. Aku rasa annoyed bila kena hafal nama-nama sel, nama-nama saintifik kejadah semua tu. Masa sekolah aku suka subjek matematik. Waktu tu aku boleh beat la budak-budak cina kelas aku sebab yela, budak cina kan selalu dikaitkan dengan pandai semua tuh. (eh apa kena mengena nak bagitahu aku suka matematik? nak bajet terer lah tu.huahua..) Tapi memang suka lah sampai kalau exam matematik rasa macam heaven gila tak payah study. Masa form 4, 5 aku masuk kelas Sains Tulen. Tapi aku tambah subjek Pendidikan Seni.

Orang kata kalau nak dapat kos senibina (architecture) kena ada Lukisan Kejuruteraan (LK), tapi sebenarnya janganlah percaya. hehe. Sebab aku tak amek LK pun dulu. Lepas SPM, aku memang target nak belajar architecture. Aku taknak kos lain. Kalau ada 8 pilihan lapan-lapan lah aku pilih architecture. Memang target utama aku nak masuk UiTM untuk architecture. Sebab kalau korang nak belajar sesuatu kos tu, pilihlah tempat terbaik yang menawarkan kos yang anda nak. Aku pilih UiTM sebab aku buat research aku sendiri. UiTM antara tempat terbaik dalam negara untuk belajar architecture selain UTM dan U lain. Tambahan pula aku ada lihat graf bahawasanya UiTM telah melahirkan paling ramai registered architect. Tapi tak tahulah kalau graf dah berubah. Paling best, yuran sangat murah. RM490 satu sem. Mana nak dapat kat tempat lain? Program pulak memang bagus.

Lepas habis SPM, aku tak dapat matrik.Ke aku tak apply entah. Aku pun lupa tapi memang aku TAK NAK masuk matrik. Ayah aku seorang pensyarah pun tak menggalakkan masuk matrik. So aku tunggu jelah. Aku dapat interview di UiTM untuk kos architecture. Tapi aku tak diterima masuk. Sadis. Yer, kos senibina ada interview.Kalau takde interview tu agak pelik la. Bila aku tak dapat kos senibina, aku tak putus asa. Sebab aku nak jugak. Aku tak apply untuk kos lain. Aku tunggu lagi satu sem dan mohon kembali. Sementara tu aku kerja la. Macam-macam tempat la aku kerja. Masa tu sedih gak la sebab kawan-kawan sebaya semua dah sambung belajar. Tapi aku pujuk hati sendiri. Aku percaya kalau kita tak dapat apa yang kita nak, kalau kita sabar, satu hari nanti Allah akan bagi sesuatu yang lebih baik.

Maka aku dapat pergi interview kedua. Ohya, interview nak masuk kos ni ada ujian melukis tau. Aku dah tahu kat mana kesalahan lukisan aku masa pergi interview pertama dulu jadi aku tak ulang kesilapan yang sama. Plus, aku buat interview dengan lebih confident kot. haha. Dan yeahh! Aku berjaya!!! Aku ditawarkan kos yang aku nak tak lama lepas tuh! =8) hidung mesti mau kembang!

Masa tu aku masuk satu sem lambat la berbanding kawan-kawan sekolah aku dulu dah sem dua dah. Dahlah kos aku ni 4 tahun straight. Orang lain amek Diploma 3 tahun je mostly. Masa aku baru masuk senibina, kos aku masih Diploma. Masa aku  tahun ke berapa entah, program aku ditukarkan dari Diploma ke Degree. Haaa.. Masyuk tak?? Rasa happy sangat-sangat. Maka betullah aku pujuk hati aku dulu, kalau kita tak dapat apa yang kita nak dan kita bersabar, Allah akan bagi sesuatu yang lebih baik. Nah, akhirnya aku grad dengan degree dulu berbanding kawan-kawan sekolah yang masuk U lebih awal. Dan aku jump dari SPM ke Degree terus tanpa diploma mahupun matrik mahupun STPM.

Masa aku sampaikan hasrat aku nak belajar architecture, ramai yang macam bagi kata-kata yang agak negatif la bagi aku. Macam "tahu tak, kalau kau amek archi, nanti hari-hari tidur lambat pukul 3,4 pagi." "nanti kan, kau jadi macam zombie. nanti kan, kau tak cantik sebab pucat hari-hari kurang rest, architecture sesuai untuk lelaki lah tak sesuai untuk perempuan" dan macam-macam lagilah. Dalam family aku pulak aku selalu digelar si lembik oleh abang-abang aku.(jahat kan? ;p ) Tapi semua tu aku tolak tepi. Aku yakin dengan pilihan aku. Aku percaya dengan keupayaan aku. Akhirnya 4 tahun berlalu. Aku berjaya melalui segala pahit manis sepanjang bergelar student architecture. Alhamdulillah aku berjaya grad on time tanpa extend. Tak perlu jadi best student. Tak extend pun aku dah sangat-sangat bersyukur tau. =)

Total course aku 6 tahun sebenarnya kalau study di UiTM. Kalau U lain macam UTM, 5 tahun tapi diserap dari matrik atau STPM la bukan dari SPM. Kalau nak diikutkan, aku masih ada lagi 2 tahun untuk complete studies aku. Part 2 untuk diiktiraf sebagai arkitek. Tapi takpe, aku nak kerja dulu. Aku taknak sambung terus sebab aku tak suka kalau keluar terus jadi arkitek nanti tak tahu apa-apa pasal kerja. Again, ada aje kata-kata negatif macam " sure ke boleh sambung balik? nanti dah pegang duit tak nak sambung dah, atau nanti kalau nak kahwin dah susah nak sambung dah" yeah like whatever lah orang nak kata apa kan. Talk to the hand! ;p

So kepada adik-adik di luar sana yang masih sekolah, yang ragu-ragu lagi, tetapkan apa yang anda mahu. Tak kira lah apa sahaja yang anda nak belajar, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. (Sebenarnya tadi nak taip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai jadi abu. nasib baik tanya adik aku dulu betul ke peribahasa aku.kahkah. )Biar habis apa yang anda mulakan. Jangan anggap apa yang kamu lalui seharian adalah beban. Kadang-kadang macam takde kena mengena pun apa yang kita buat seharian dengan apa yang kita nak untuk masa depan. Tapi percayalah, semua yang anda lalui harini adalah ilmu untuk anda berdepan dengan masa depan. Do take my words okey. I learn from my experiences. =)

p/s: kalau nak tahu serba sedikit bagaimana belajar architecture boleh klik entri lama Monolog Dalaman Pelajar Architecture Macam Aku.

Monday, May 16, 2011

Yes!! Akhirnya, Akan Aktif Berblogging Kembali!

Yesss.. Yes.. Yesss.. I know.

Kalau ada sesiapa yang jadi pembaca setia blog ni (uh, ade kew?) mesti perasan aku dah lama tak update. Bagi aku lama laa weyh. Update pun macam tak ikhlas je sebab kena taip laju-laju & rasa macam curik-curik. Tapi sekarang tidak lagi. Muahaha..Nak gelak kejam. Sebab dah beli modem baru untuk rumah makanya boleh lah update rajin sikit.

So disebabkan aku kena tidur awal sekarang sebab kerja esok maka aku harus kumpul-kumpul sedikit cerita dan muatkan dalam entri kali ni.

Pagi-pagi aku akan gerak ke tempat kerja awal. Sebab macam biasak lah, jalan jemm. (macam manakah nak eja jemm? jam?) Aku akan gerak kalau boleh sebelum 7am. Paling lambat 7 am lah. Aku sampai pukul 8am selalunya. Padahal kerja start pukul 9. Cehh bajet pekerja berhemah. Sebab kalau gerak lagi lambat daripada tu.. Aiyoooo..Paham-paham jelah.



Setiap hari harus mulakan hari anda dengan senyuman. Supaya tetibak je anda happy walaupun semalam rasa macam menangis dalam selimut ke apa  ke kan. 


Sewaktu memandu harus berhemah. Lagi serius. Ceh padahal bajet serius. Tahu tak best betul dengar radio pagi-pagi. Aku suka dengar Fly.fm. heheh. DJ dia best. Selalu buat aku tergelak sorang-sorang. Mungkin orang yang drive kat sebelah pun pikir aku ni mereng ke apa gelak sorang-sorang padahal takde orang kat tepi pun. huh.


Lepas tu aku nak cerita pasal lunch box aku yang paling comel di alam semesta! Yeahhh. Ni gara-gara Nurain la ni yang suka buat Bento box comel-comel tu.Aku beli kat Daiso weh. Kat IOI Mall Puchong ada. Semua barang dia RM5. Unsangkarable. Sebab lunch box kat Mydin pun lagi mahal. huhuh. 

Disebabkan comel sangat lagi mempunai warna yang menarik aku dengan tamaknya membeli dua. huhu. (-_-') tapi takpe, sebab aku memang guna.

Siap beli insulation bag lagi. Macam beg la. Boleh angkut tanpa biarkan bekalan makanan tertumpah.Tengok! Tengok! Comel kan bila dua-dua duduk dalam insulation bag ni? Eksaited giler sampai adik aku tegur " kak, kau ni nak makan makanan ke nak makan bekas?" erk.huhu.. 

Ni pulak bekas beli kat Mydin. Eee..macam budak-budak kan? Dulu-dulu kenapa aku tak rasa lunch box adalah spesis yang comel eh?

Tadaaaa! Siap packing boleh angkat laaa.. 

Kadang-kadang kalau aku tak sempat siapkan lunch box, Mama aku yang siapkan. Sweet tak? T_T terharu. Rasa macam pergi sekolah rendah. Tapi masih tak sedar diri sebenarnya nak pergi ofis. Uhuks!!

Kadang-kadang bawa sandwich. Sebenarnya aku memang tak sempat breakfast di rumah la. Aku breakfast di ofis je. Aku suka bawa bekal sebab selain berjimat, makanan dari rumah lagi bersih dan kurang MSG. kadang-kadang tak suka makanan luar sebab banyak MSG dan kotor. 



Nama pun firm architecture kan, so memang banyak lah drawings bergulung-gulung. Lukisan besar-besar. Tapi kerja aku banyak pakai computer la. Sekarang kan dah maju. Mana buat drafting pakai tangan dah kan. Semua pakai software je maah. 

Dan terpaksa jadi Miss McGyver kadang-kadang. Sebab cuba teka macam mana aku lukis bulatan tuh tanpa alat geometri? Aku bengkokkan klip kertas tu. Lukis dengan cara putarkan klip pakai pensel di hujung klip. Hujung lagi tahan dengan pen lain. Ala, paham-paham jelah kan camne uhuhu..Masa tu aku terpaksa sangat. Iskk! Sebab kena buat bulatan radius 30000mm dengan skala 1:500.
Bilakah aku akan sambung belajar dan dapat jadi arkitek ni? Buat masa ni aku nak kerja dulu, cari pengalaman, mantapkan skill dan ilmu. Supaya bila aku betul-betul dah complete course aku, aku dapat jadi seorang arkitek yang smart dan takkan dibuli oleh sesiapa dalam construction industry walaupun aku seorang perempuan.


Ohhh!! Tapi, di hujung minggu juga harus pergi berenang, mengajar berenang. Dan tak dilupakan juga.. Berjimba bersama kawan-kawan!!! Ha, ni yang nak gosip ni. Jangan tengok movie Seru dengan Senjakala. Bapak menyampah ending dia. Rasa macam nak mintak balik jek duit akuh!

Okehh!! Habis sudah entri kali ni. Haaaa..Buat masa ni aktiviti aku macam apa yang aku ceritakan dari awal la. Macam biasa-biasa je. Tapi entahlah, rasa macam semakin matang bila dah masuk alam pekerjaan. Oh Nooo..Tak percaya dah makin tua. T_T huwaaaa!!

























Tuesday, May 10, 2011

Saya okey!

Assalamualaikum.

Wahhh. Akhirnya aku sempat update walaupun sekejap aje. Again, tak sempat letak gambar, tak bawak cable segala. Hurmm.. mungkinkah kena pakai smart phone sekarang? huhu.

Dah seminggu dah aku kerja. Ni minggu kedua. Ramai pekerja kat firm ni. Aku kena belajar software baru iaitu Vectorworks sebagai menggantikan Autocad. Sini senyap aje takde bunyi ketak-ketak kalau pakai autocad sebab asyik kena tekan tab aje. haha. Dan aku kena biasakan memakai computer Apple sebab semua computer kat sini pakai iMac. Serius tak biasa. Tapi kena biasakan lah.

So far, environment okey aje. Work load tak banyak lagi memandangkan aku masih baru. So far aku happy aje =) =) =)

Tapi risau juga kalau lepas ni jadi =( =( =(  hehe.. tapi takpe, aku mesti boleh go through semua nih!

Yang kelakarnya..

Hari pertama nak isi minyak di Caltex dekat dengan rumah tempat aku selalu pergi:


Mat Bangladesh di kaunter: Kak, boleh mintak number hp? (dalam loghat dia)
Aku: Ehhh..mana bolehh.Nak buat apa?
Mat Bangladesh di kaunter: Mau beritahu sesuatu.
Aku: (Erkk) Takpeeelah---> cepat-cepat blah dari situ.


Kejadian kedua: 


Nak bayar makanan kat Restoran mamak sebab breakfast kat situ:


Ane kat kaunter bagi aku harga murah daripada yang sepatutnya.
Ane: Ini harga darling, untuk adik manis.
Aku: (senyum je) <--harga darling????? pun boleyhhh..



Kejadian ketiga:
Aku nak slot in coins kat mesin tiket tempat parking tu lepas lunch. Alahai, ada orang selit notes pula kat handle buka pintu. Notes berbunyi:


Hai, boleh berkenalan? kalau sudila. Kebetulan ternampak awak tadi. Num 012-*******

Weyyhhh..weyyyy. Apa scary sangat nih minggu first nih? Dahla baru lepas terkena dengan mamat mental. Memang lepas ni aku akan lebih berhati-hati lah. Nanti aku dapat online betul-betul aku masukkan gambar eh. Ni macam curi-curi online kat ofis.huhu.

Monday, May 2, 2011

Walaupun Tak Suka Bergosip Dalam Blog Tapi Kali Ni Nak Bergosip Jugak.

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua yang datang blog ni, aku ucapkan terima kasih. Tapi aku rasa menyedihkan sebab kat tempat aku ni hari-hari hujan. Modem internet rosak. Aku rasa nak tunggu musim hujan ni reda sikit baru beli modem baru. Maka sebab itulah aku tak dapat nak reply komen korang mahupun terjahan dari korang. Ni pun aku update di Cyber Cafe je. T_T maka tiada gambar untuk entri ni.

Jadi aku nak khabarkan berita yang tak baik dan tak baik ni. Hehehuhuhihihiheeeeee... =B =B =B

Ingat lagi tak mamat Mr.X yang aku ceritakan dalam entri INI? Dia masih kerap menganggu sampai satu tahap aku rasa sangat tak selesa dengan dia. Sebab aku ada pergi interview di architecture firm tempat dia kerja. Tapi aku sangat berharap aku tak dapat kerja kat firm tu sebab kalau dapat, aku akan kerja dengan dia. Macam yuckk~ Ok kenapa aku cakap yuck? Sebab memandangkan aku rasa was-was dengan perangai pelik dia aku contact seorang senior aku yang sekarang study di UK. Mr.X ni kata dia kenal senior aku ni. (yela, senior aku ni cantik mestilah dia ingat kan) Katanya dia yang train senior aku masa di sebuah firm di Shah Alam. Aku tanya pendapat senior aku tentang lelaki tu. Dia terus kata be careful with that man. He's having mental prob and was fired from that company (company yang diorang kerja sekali)

Owh lepas aku chat dengan senior aku, menggigil juga badan aku ni sebab tahu yang dia tak berapa betul. Sebab hari yang aku interview tu, dia kutuk aku di FB, tapi malam tu nak call-call aku pula apehal doh?Pelik kan? So to that man,  in case you are reading this. I felt sorry for you.

Mengatakan dirinya grad architecture UiTM Shah Alam sedangkan grad sijil dari Poli. (serious aku tak pandang rendah budak poli sebab aku tahu budak poli ada skill yang not bad..  Tapi cara dia yang berlagak buatkan aku tak suka.)


Mengatakan kawan-kawan dia kata dia  hensem, ada kereta besar harta. Erkk.sebenarnya awak tak hensem tau. Awak boleh tak jangan suka perasan?


Mengatakan walaupun dirinya Assistant Architect tapi kerja dia dah macam arkitek. So dia tak tahu nak kata dia berpangkat apa kat firm tu. (urghh..daaaaa..*rolling eyes* )


Mengatakan dia pun suka swim dan ajak aku teman ( eeeee.. kau ingat kau sapa? geli lahhh..) 


Dan senior aku kata masa diorang kerja sekali, mamat ni suka berangan ada kereta mewah dan rumah besar tapi sebenarnya naik motor kapcai. (eh aku tak pandang rendah jugak tau orang yang naik motor kapcai tapi tak suka dia berlagak)

Macam-macam lagi lah yang senior aku cakap pasal mamat tuh yang rasa macam menjengkelkan giler. tapi tak payah lah cerita lebih-lebih. Cuma nak ingatkan korang kalau rasa was-was dengan seseorang, siasat je terus.

So nak tahu apa yang dia kutuk aku? Dia post kat status FB:
"ni yang fed up interview budak yang tak boleh buat kerja. Bagi drawing 20 minit pun tak siap-siap. Lepas ni malas nak rekemen ah" (aku tahu dia maksudkan aku sebab haritu aku sorang aje yang diinterview. Dan dia kata dia rekemen aku sorang je.) Aku like status dia. Cakap thanks. Dan remove terus. 20 minit untuk working drawing layout rumah? Bagi draftsman berpengalaman boleh la. Aku dah 5 bulan tak buat drawing ni terkial-kial dan nervous. Takpelah kalau taknak bagi peluang. Tapi masalahnya kau tu bukan arkitek yang interview aku weh. Plus, kau bukan sape-sape dalam company tu untuk interview aku. Aku dah check kau baru kerja situ 5 bulan sedangkan kau cakap dah 2 tahun? Pfttt!! Tahi kerbau.

Oh lepas tu aku remove dia terus. Sedih tau dipandang rendah sebegitu rupa. Aku post :
Hidup tak boleh pandang rendah orang lain. Kita tak tahu kalau satu hari nanti dia akan lebih berjaya daripada kita. Oh lagi satu, tak perlu hipokrit, tak baik untuk kesihatan.

Aku bersyukur sebab sebelum pergi interview kat company tu aku doa banyak-banyak siap buat solat sunat hajat. Aku minta kalau tempat tu bagus untuk aku belajar, bagilah aku dapat kerja situ, kalau tak bagus untuk aku, biarlah aku buat dengan teruk untuk interview tu. Personally aku rasa interview tu agak ok. Cuma part test drawing tu rasa macam nervous giler tak dapat buat sedangkan 4 tahun belajar ni guna je Autocadd. Jadi aku rasa doa aku terjawab selepas aku tahu hal sebenar tentang mamat mental tu.

So good news nya, baru-baru ni aku pergi interview kerja lagi di tempat lain.2nd interview lah kira. AKU DAPAT KERJA WEHH. Position sama dengan Mr.X tuh. Tula, nak berlagak sangat. Tengok, kita dah sama taraf. Tapi aku lebih sikit la sebab aku ada degree dan umur aku 23 tahun. Kau ada sijil dan umur kau 26 tahun. So?? Lain kali jangan berlagak dan pandang rendah orang lain.

p/s: Sebenarnya sangat takut untuk mulakan pekerjaan. Yelah, aku ni fresh graduate. Company tu besar dan agak well known lah untuk bidang archi. Aku kata "Tuan, kalau dapat gaji ciput pun takpelah, saya tahu saya fresh graduate,banyak benda tak tahu, anggap macam internship pun takpe janji saya nak belajar." Tuan tu senyum je & kata kat situ ada tangga gaji, dia akan bagi ikut kelayakan. Dia browse through portfolio aku. Dia kata dia yakin aku boleh buat kerja. Alhamdulillah =) Semoga aku perform dan tak mengecewakan dia. Probation 3 bulan. Chayok2!!!! Nak beli kereta! Chayok2!!!


Aku tak tahu apa nasib blog ni tapi aku akan cuba update selagi boleh. Asalkan masih ada yang sudi baca. Err tapi kalau tak sudi pun apa salahnya aku syok sendiri kan menulis. hehehe..


Satu bulan lagi dari tarikh aku post entry ni ialah hari jadi aku. Eh tak paham-paham lagi ke aku bagi hint nih? =8)  hidung kembang kempis tunggu hadiah.lalala..

btw, minta tolong ke LINK ni dan vote kawan saya yang cantik molek nih.Kena like blogshop tu dulu baru boleh tekan like untuk contestant.TQ!!!!!