Pages

Saturday, May 28, 2011

Suasana Kerja.


*ini bukan pergi kerja ini pergi kenduri daaa*

Sekarang mahu berbicara soal kerjaan pula. Hehe. Hurm, kalau nak kata tentang suasana, aku akui lah firm ni memang besar.. Masa aku baru masuk, aku rasa macam waaah takutnya. Dahla rasa macam tak tahu apa-apa. Tapi nasib baik ada seorang classmate aku kerja kat situ jugak. Dan sebenarnya ramai  ex-UiTM kat firm tuh. Ada yang aku jumpa tu super senior aku, cuma nama tak tahu. Ada juga yang cam aku dan tahu aku junior mereka.

Memandangkan aku masih baru so aku banyak lah bertanya pada orang-orang yang aku kenal, macam mana kerja kat situ ok keh. Kebanyakan dari mereka kata work environment ok walaupun busy gila, tak di spoon feed so kalau kau nak tahu apa-apa kena tanya, rakan sekerja sangat membantu. So lepas sebulan disini kesimpulannya aku rasa aku okey. Cuma tak dinafikan lah memang penat. Tapi aku appreciate lah mereka memang banyak membantu. 

Biasanya lepas Magrib baru aku balik. Kalau banyak kerja aku pernah je balik sampai pukul 11.30 malam sampai buat parents aku risau. Tapi kiranya aku okey lagi la.Selalu aje arkitek kat situ buat kerja sampai pagi, tak tidur. Kadang-kadang rasa scary juga bila tengok arkitek perempuan pun stay up buat kerja padahal dah kahwin dan berkeluarga. Oh takut pula nak jadi arkitek (-_-') Tapi ketua aku kata firm ni memang banyak kerja sebab banyak projek. Firm lain yang dia pernah kerja ok jek.Balik ikut time.


Weekends pun ada orang datang buat kerja. Aku pun nak kena datang esok sebab kerja sangat banyak. Nasib boleh claim OT.huhu. Memandangkan firm ni agak besar, design office ni pun not bad. Aku suka. Macam jakun gila ada benda canggih yang aku tak pernah tengok kat sini. kahkah. Pantry pun lengkap. Nak air apa macam-macam ada. Peti ais ada, microwave ada, mesin buat ais ada. 

Kalau dulu masa belajar,drawings tu boleh lah nak sap sap soi aje buat. Salah pun takpe lagi sebab bukan nak bina betul-betul pun kan..Sekarang semuanya kena detail. Salah sikit habis laaa.. Team aku pulak tempat aku duduk dikeliling lelaki. Ramai laki-laki orang. Memang aku selalu kena usik ah 
(-_-') kesian aku.huhu. Tapi diorang baik jela.Takde masalah sangat pun. Aku harap aku okey menerima cabaran mendatang walaupun secara jujurnya aku sedikit takut.Aku tak takut bila di kolam renang, bila kena mengajar orang berenang tapi untuk bekerja di bidang sendiri rasa macam sedikit cuak, kenapakah? Orang kata kalau start dengan firm kecik lagi banyak benda boleh belajar. Bukan taknak, tapi kerja bukan senang nak dapat sekarang. Mana yang dapat, yang tula yang kita rembat kan?





Tak boleh amek gambar firm dan letak di blog begitu sahaja maah makanya aku ambil gambar ni di website firm tu sahaja. Err tapi tak boleh nak link juga. Pendek kata, tempat aku kerja adalah rahsia. Cewahh..Cuma nak bagi korang feel aje macam mana firm architecture tu. Ni dikira kemas la, aku pernah pergi firm yang bukan sahaja sangat kecil, malah seperti stor. Tapi tak kisah lah. Janji ada projek maah..


23 comments:

  1. waaa,syok plak dengar cite org da keje..tk sabnar nk keje..:)

    ReplyDelete
  2. fuyooooooo, kije dah dia...good job la dear,semoga menjadi pekerja yang berdedikasi auwwww ^__^

    ReplyDelete
  3. wahhh... terbaik... dh keje skang...

    ReplyDelete
  4. Sophie main rahsia2 pulak. selamat bekerja. jangan mengorat laki orang. haha

    ReplyDelete
  5. nama pun architecture firm, design office mesti gempak.

    1st impression is important.

    client tgk pun teruja

    ReplyDelete
  6. as salam..
    hehe~
    baru tau sophie dah dapat keje

    =_="

    baguih! keje elok2 naa~
    naikkan reputasi diri dan juga rakan2 kerja~ ;)

    wah! berahsia aa? saya tada berahsia. haha
    tapi ok la..berbanding dengan jutrutra2 atas pelantar.hari2 ngadap keje. habis kerja, melilau kat tempat yang sama. turun ke darat baru rasa happy.

    jadi arkitek best apa~
    lapar boleh pegi burger king, pegi i-city. kitorang? ah! lepak bilik je la kalau tada keje obertaim.. tu pun kalau bawak laptop. kurangla kebosanan. hehe

    ReplyDelete
  7. wah cool sophie! selamat menjalani alam pekerjaan. tak kisah company besar or kecik yg pntg ko still akan dpt belajar benda baru dan pengalaman. itu yg pntg. gunakan sebaik mngkin dan yes, org baru kena rajin bertanya. gud luck okay!

    ReplyDelete
  8. waah...bestnya. semoga success selalu.
    cuak jugak tengok suasana macam tu..dulu dani pernah kerja kat firm kontraktor kelas A. masa tu freshie lagi. banyak benda kena belajar. hari2 datang kerja mesti rasa cuak.haha

    ReplyDelete
  9. best kan bila apa yang kita minat dah ada dalam gengaman? yana sampai sekarang tak tahu apa yang yana nak sekarang ni... =(

    betul, setuju dengan akak, sekarang nak kerja susah, so apa yang kita dapat, rembat je.. ada rezeki cari yang lebih baik kan... =)

    ReplyDelete
  10. Weeee..bestnye tengok office sophie ;). Mak teh ML citer, kalau dekat pantry die siap ade satu dapur and die boleh masak. Dengan Dato'-Dato' sume die angkut ajak makan sekali.kikiki...

    ReplyDelete
  11. kalo kena balik sampai 11malam tu mmg kesian ar...macam takde life la plak, sbb esok pepagi dah kena pergi kerja blk..pastu weekend pon g jugak..bila nk rehat...hehehe

    ReplyDelete
  12. Xpe sophie, lama2 nnt mesti dah boleh biasa kerja. :) tp jangan lupa swim! ;)

    ReplyDelete
  13. wah..tgk pic cam besar gle je firm tu...standardla company besar mmg kn balik lambat.tp mak sure jgn stay up sbb peganglah prinsip- "kerja takkan pernah habis!" akak dah lalui smua tu n tobat takkan lalui smua tu.skrg balik kerja *tajam* (sharp) kul 7!

    ReplyDelete
  14. nur aisya humaira:
    wahwahwah.. hargailah masa anda sekarang. masa depan penuh dengan cabaran =)

    meaw: heheh.thanks yeah.. =)

    anisa hang tuah: okeh bos! tengkiu!!! =)

    athirah: heheh. a ah..dah kerja..

    miss phoenix: erkkk..hectic ke? hurmm.biaselaaa nak bina bangunan, bukan macam bina lego..huhu..

    ReplyDelete
  15. eesyaheera: erkkk! mcm tahu2 aje ramai arkitek hensem2..kahkah..

    gadis kepastian: terima kasih =)

    delarocha: heheh.. agak laaaa... tp ade jek firm kecik yg sgt bersepah.. xtahu mcmane jumpa client.

    ...: wsalam.. tapi engineer keje kat pelantar gaji masyuk. kitorang starting bukannya dpt banyak mana pun..tapi, alhamdulillah.. =)

    ReplyDelete
  16. hanaahmad: thanks hana. yup, itu yg aku pikirkan. tak kira pergi mana2, semua tuh kan ilmu. yg penting, tahu lah ilmu tu utk kegunaan masa depan =)

    nurdani: best ? huhu.. sama la, cuak gak. kalu tak siap kerja lagi cuak. huhu..

    liyana aziz: wahhh jgn begitu, kelak akan membuang masa kalau xtahu nak buat apa. but all the best yeahhh..

    ML: wahhh..itu lg gempaq tu. tp kat sini xleh lah nak masak2.. banyak sgt kerja..

    puterinuraqilah: heheh. should i say thanks eventhough i'm not the bos? hekhek.. tq.

    nur hidayah isa: well, life is subjective. that is my life i guess.

    ReplyDelete
  17. bash: hahaha..memang2. at least seminggu sekali sophie gi swim.hoho..

    airaniez wirdani: hurmmm.tula kak aira. takpe, mula2 ni kena lah rajin. nanti lama2 nanti leh la kot balik awal skt. hhihihi.. bajet dah senior.

    ReplyDelete
  18. Nmpk cm hebat firm ni. Mana ni? :))

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.