Okeh. Assalamualaikum para pembaca. Sebelum baca pastikan perut anda dah kenyang okey. Untuk makluman, malam semalam aku telah makan malam bersama pelajar aku di Hotel UiTM Shah Alam.Mereka gelar ni makan malam graduasi (sempena lulus belajar berenang dengan aku) haha.. Comel sungguh. Kalau nak ikutkan, selama aku mengajar kelas renang ni, aku banyak mengajar wanita dewasa golongan akak-akak, mak-mak, pensyarah-pensyarah ataupun budak-budak yang masih kecil dan budak sekolah. Cuma kali ni patutlah aku rasa macam boleh ngam lebih . Sebab student aku bagi group ni semuanya umur lebih kurang aku je. Dan mereka juga merupakan pelajar UiTM Shah Alam jugak.
So inilah diaaaa.. Makan malam di Hotel UiTM. Bayaran RM18. Ada 4 hidangan. Memang berpatutan sebab aku makan lamb grill.heh heh. Siapa tak makan kambing tu rugi satu nikmat dunia. Kahkah.
*ini baru appertizer . Macam pasta tuna ke apa aku tak sure. Yang aku pasti ada rasa tuna*
*haaa nampak tak? aku selaku bos duduk di hujung dan tengah-tengah. muahaha.. Bukti gila kuasa ke apa.*
*Ini besday girl taw*
*memandangkan si Ain tadi tu birthday girl, maka setiap 4 hidangan tu kan, kat pinggan dia ada tulisan "Happy Birthday" best kan?*
*ini pula hidangan kedua.Bun dan butter dan ohya, takde gambar pula. Ada soup cauliflower. First time makan sup kobis kot. Tapi sup tu memang sedap.Rich & creamy rasa dia.
*lamb nyum..nyum.Sedap giler. Sauce boleh mintak banjir.Huahua..kau ingat ni mamak? (-_-') *
*dessert pun ada 3 pilihan, cheese cake, blueberry tart dan fruits. Oh aku dapat buah. Elok sangat lah tu. Dah makan lamb tu kena lah redakan sikit perut aku nih.*
*ini pula cheese cake. Food presentation sangatlah cun*
*waiter nih malu-malu pula nak bergambar.hahahaha. Tak, itu bukan penyerahan plak penghargaan. Tetapi adalah penyerahan BIL. ingat makan free ke? Muka Ain macam muka melayang RM180 ajeee..hahahaha.. Btw, yang jaga jadi waiter segala ni adalah student UiTM. Course Culinary ke apa aku tak sure tapi bidang masak-masak la. Dan mereka tengah praktikal lah ni sebenarnya.
*ecececeee..malu aku diorang nih asyik panggil aku cikgu. Uhuhu..*
*ni gambar bersama chef dan lecturer budak-budak hotel nih.Hee.*
*pencarian Covergirl majalah Renang (memang tak wujud)*
*favourite picture of them =) *
Special thanks to Ain, Ain (ada dua orang bernama Ain), Anim, Tiqah, Mai, Asyiraf, Kak Long, Mira & Afzan.Lepas ni kata nak buat pot luck pula kan? hehee..jangan lupa yeee.. Nak makan masakan Ain sebab dia budak hotel, mesti pandai masak. heheh.
Masa tengah makan tu, aku hampir tersedak bila Afzan cakap pasal blog. Then pasal contest "Owh So Wonderful" la Aku macam "weyh, mana korang tahu? I tak pernah bagitahu korang pun I ada blog" (masa tu rasa cam nak menyorok bawah meja je) Sebab biasanya aku memang tak bagitahu students aku la yang aku ni berblog. Kantoi pula.huhu. (-_-') Ooo..siot aje, dari awal kelas diorang dah tahu aku ni blogger tapi bila dah habis kelas dan buat dinner ni baru diorang bagitahu. Isk3.. Semenjak dua menjak ni selalu orang tegur di pool cakap baca blog aku. Oh serius sepertinya mahu menyelam dalam air dalam-dalam. Honestly aku rasa malu aku pun tak tahu kenapa. hukhuk.
*Bila dah balik rumah kan, baru terfikir. Alaaaa, lupa nak try tudung ala-ala Hana Tajima feat Yuna ni . Huahua..
p/s: Ahaaa...bakal mengumumkan pemenang contest tak lama lagi. Harap bersabar. Peserta telah disenarai pendekkan kepada Top 20 supaya menyenangkan pemilihan pemenang. Aku sendiri pula terasa berdebar. Eheks. Over mak. Maka silalah bersabar ye para peserta. =)