Pages

Saturday, September 11, 2010

Kisah Raya Pertama Saya (2010)

Selamat menyambut Aidilfitri semua! Haaa..apa macam? Ala-ala meriah tak baju raya aku tahun ni? (ish bila memakai pakaian sopan sebegini terasa kekok membahasakan diri sebagai "aku") Tapi takpelah,sebab aku anggap blog ni macam dairi jadi aku tak kisah sebab dalam dairi aku takkan membahasakan diri aku "saya".
Sebenarnya bila dah semakin besar aku tak semangat sangat nak beli baju raya banyak-banyak.Jadi kali ni beli sepasang aje.Beli kat Jakel,tengah sale. Nampak terus try,ok terus beli.Takde nak banyak cekadak sangat nak glamour-glamour bling sana bling sini. Cuma memang aku target nak baju kurung warna cerah.Ni kain cotton ada sulam.tapi mesti lah tak nampak eh sulam dia dalam gambar.

Agaknya bagaimana raya orang lain yer tahun ni? Mesti meriah kan kat kampung? (nada sedih..) Hurmmm..aku tak balik Perak tahun ni.Beraya kat rumah aku aje kat  USJ Subang Jaya ni haa..Sedih gilerrrrr.....Jangan tanya kenapa.




Walaubagaimanapun, aku sangat gembira sebab aku pergi solat sunat Aidilfitri kat surau depan rumah. Hati rasa tersentuh sangat dengar takbir raya. Tersentuh tengok orang-orang Indonesia mengalirkan air mata sebab tak dapat beraya di sana.Bersyukur sekurang-kurangnya aku di rumah sendiri.Aku juga ke kubur pakcik aku yang meninggal dunia 3 tahun lepas sewaktu Ramadhan.Kubur dia dekat rumah aku aje..

Kalau kamu semua nak tahu, bila raya ayah aku pun suka tumpang sekaki nak masak. Mama aku biasanya akan masak masakan tradisional lah macam rendang semua tu. Walid aku pulak suka masak masakan Western. Jadi kali ni..Nyum3..aku mahu berlagak dan nak buat korang meleleh dengan menunjukkan gambar...Trengg teng..tengggg!!!!

Mesti korang ingat ni ayam kan? Haisyh silap besar tuh.Meh aku tunjuk lagi sekali dengan human scale sekali..

Aiyhhh..takkan tak nampak besar kot? Besar tahu tak?? kepak dia sahaja lebih besar dari tapak tangan aku tawu? Ni sebenarnya ialah TURKEY!!! Bukan aku makan negara Turkey tu ok..Jangan konpius..Alaa..takkanlah depan makanan pun nak posing macam tak lapar kan. Nah amek! kembang kempis hidung tahan bau.

 
Weehuuu!!!..sedap ouhh walid I masak.Jangan jeless.. (Adik aku niee..Dia tak tahu ke kita patut buat muka teruja? Spoil emosi eksaited aku betul laaa..)


Aku makan kepak satu. Fuhh,kenyang giler sampai tak larat nak makan benda lain dah. 

Abang aku yang lagi sorang tuh pergi tidur pula lepas semayang raya.Heh apa lagi, kacau jangan tak kacau! Lepas tu menyorok belakang sofa.kikiki..


Bersama saudara yang datang. Lepas singgah dia terus balik kampung Perak.Jeles. T_T


Ni la dia abang sulung  aku.Suka nak ajar benda bukan-bukan kat anak dia.

Heee..cumilnyee Ajen pakai baju melayu lengkap.Macam ni barulah hensemmm...  Comel tak anak buah saya? (dia ada tahi lalat atas bibir.Seriously dia banyak cakap & joyah walaupun lelaki.huhu..mungkin sebab tu kot air liur dia suka meleleh-leleh) Ohya,aku baru ada seorang anak buah. Bila la abang-abang aku yang lain nak kahwin ni. 

Lepas makan di rumah dan rehat sebenatar,kami ke rumah saudara mara kat Gombak.Rumah nenek-nenek saudara sebenarnya. Jumpa lagi dengan cousins yang lain pula.

Kenapaaalaaa aku tak pakai high heels..? (-_-")

Kesimpulannya, raya aku macam biasa aje..makan-makan dan melawat saudara mara. Nah nak tunjuk gambar parents yang kucintai sepenuh hati.

 
Walaupun mama kata jangan letak gambar dia kat internet sebab tudung dia terkelepet-kelepet, tapi aku tak kisah,nak letak jugak.hihihi..Takpeee,mama tak tahu aku ada blog. Yeah kawan-kawan, ni lah ibu saya yang tercaaaannntikkk di alam semesta! Thanks mama sebab dah mengandungkan saya 9 bulan dan bela saya sampai sekarang.


Ni lah dia Walid saya,ayah yang terchomellll di alam semesta. Walid saya hebat whoah! Bukan sahaja seorang prof kimia tetapi juga seorang cheff. Bila tanya kenapa dia pandai masak dia cakap dia chemist,sebab tula boleh agak ingredients nak banyak mana semua tuh. Hurmm...logik jugak eh! Kalau ada sesiapa nak minta tolong ayah kite pasal subjek kimia atau thesis atau advice product  ke apa bolehla email kite/aku/saya.(dah tercampur-campur dah ni kata ganti nama diri dalam entri ni) ;p


My youngest sister. Aipp jangan ngorat budak sekolah ini. Tak cukup umur.

P/S: I love my family so much. Rugi siapa yang tak hargai family.Bukan semua orang berpeluang mempunyai keluarga. (tiba-tiba teringat majalah Mastika kisah anak luar nikah yang membesar tanpa mengetahui asal usul agama,kaum dan nama beliau.sedih taw kalau tak tahu asal usul.)



Nota Kecil Hari Ini :


Semalam aku baru tahu kegunaan Stats di Dashboard blog aku. Terkejut sangat tengok rupanya ramai juga yang view blog aku walaupun follower aku tak ramai.hehe..Adakah itu namanya silent reader? Terima kasih kepada viewers dari Malaysia, Canada,United States,Australia, Indonesia, Singapore,Egypt,India,Japan,Brunei dan lain-lain. Terima kasih sangat-sangat sebab selama ni aku ingatkan aku buat blog ni syok sendiri aje. Dahla susah nak blowalking sebab busy. Jadi lepas ni akan lebih bersemangat kot.chewahhh!!!

7 comments:

  1. kiutnya ko ni.. hahaha..\

    aku da tempek ko pnya banner.. hoho

    ReplyDelete
  2. hahaha.. beraya sensorang?

    apa pun.. selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. err..

    ReplyDelete
  3. kata simple, but still nice ape..
    yg heavy2 watpe, ntah hape ntah sakit mata...

    raya kt usj??
    aku kt KL...
    sedih oo, dah arr sorg2..

    p.s: Selamat hari raya..
    takde open house??

    ReplyDelete
  4. a ah..kat usj.dahla dekat dgn tempat kereta datuk sosilawati dijumpai.

    buat..nape? mau dtg? =)

    ReplyDelete
  5. hamzah ian : ............thanks..huhu..

    asada: takdela sensorg.cuma belum blk kmpung aje..

    ReplyDelete
  6. cUmiL nye tuan umah...salam syawal 1431...hehehe

    ReplyDelete
  7. uiyoo..ayam tu seksila..

    slamat hari raya btw

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.