Pages

Saturday, September 11, 2010

Kenapa Perempuan Suka Mandi Lama-lama?

Selalu aku dengar mak aku marah abang aku sebab dia selalu mandi lama. Mak aku mesti cakap dia mandi macam perempuan. Aku pun terfikir kenapa laaa perempuan selalu dikaitkan dengan mandi lama-lama. Rupanya sebab nie :

1. Mesti nak belek muka,rambut dan badan dulu. Nak tengok lemak kat mana terkurang dan terlebih, rambut cun ke tak, ada macam Rozita Che Wan tak? muka naik jerawat ke tak, kulit makin cerah ke gelap,makin halus ke tak.Semua ni mesti ambil masa tak kurang dari 5 minit.




2. Shampu rambut. Rambut lelaki bukan sama dengan perempuan ohh. Cuba kalau rambut macam Rozita Che Wan tu (lagi-lagi dia aku sebut) ..Ambil masa juga nak urut-urut kepala,lumur shampu sampai hujung rambut.Kemudian bilas sampai buih betul-betul hilang.

3. Lepas shampu rambut biasanya perempuan suka pakai conditioner. Kalau pakai conditioner tu tahu ajelah kena tunggu berapa lama sebelum bilas. Dalam 10-15 minit kot..

4.Jadi sambil tunggu rambut yang sedang dilumurkan dengan perapi tu, apa yang perempuan akan buat? Haaa.. mestilah nak cuci badan. Mula-mula pakai body wash.Lepas tu kalau ada masa ataupun sekurang-kurangnya seminggu sekali, perempuan mesti nak scrub badan. Scrub tahu tak macam mana? Yang texture dia berpasir untuk gosok kat badan kasi keluar daki segala. Barula lepas tu kulit jadi shining-shining macam Edward Cullen kena cahaya matahari kan.. (ok ni aku hiperbola.heheh..)

*Ni loofah, ni memang favourite perempuan lah.Kalau tengok kat baldi mandi perempuan kat kolej dulu, macam-macam warna ada. Tapi lelaki? Selalunya tak pakai. Ada juga yang siap tanya aku, "weyh benda ni untuk ape?" see.. Itulah yang aku maksudkan.* Benda ni digunakan  untuk gosok badan dengan body wash sampai keluar buih.weeehuuu best woahh!.

*ni contoh scrub.Lelaki pun boleh pakai.Wangi..besttt..nanti kulit jadi lembuttt!* (mestilah korang taknak kan kulit lembut-lembut,macam Awww pulak)


*foot scrubber untuk gosok kaki,celah-celah kuku kaki dan tapak kaki*

5. Ok, lepas dah bilas body wash mahupun scrub tadi atau kedua-duanya sekali boleh lah bilas rambut yang dah letak perapi (conditioner) tadi. Bilas pula kena betul-betul.Ambil masa jugak sebab licin tau bila perapi dilumurkan kat rambut. Jadi kena bilas sampai hilang rasa licin tu.

6. Lepas dah bilas rambut dan badan, cuci muka dan gosok gigi pula. Yang ni depends lah kat perempua lain turutan dia.Ada yang suka first sekali cuci muka. Kalau macam aku,aku biar last.Sebab taknak nanti bilas rambut, air tu lalu kat muka yang dah cuci tadi.

7.Ok,dah bersih pun.Lap badan sampai kering. Lepas tu sapu seluruh badan dengan losyen. Ni siapa yang banyak masa memang rajin la nak lumur 1 badan. Kalau tak pun kat certain parts of body aje.


*antara jenama kegemaran ramai perempuan*

Ok, itu jelah yang aku boleh pikir. Ni baru bahagian mandi. Belum lagi bila nak manicure ke pedicure ke, nak berdandan ke.Haaa,tu tajuk lain. Setakat ni, ini entri bahagian mandi. Perempuan lain mandi aku tak tahu tapi aku mandi macam ni (bila ada masa jelaa.) Kalau tiap-tiap pagi nak mandi macam ni alamatnya sayonara lah untuk ke kelas pagi ohh.. Kalau kamu lelaki bagaimana kamu mandi yer? Sebab setahu aku lelaki biasanya cukup dengan shampu dan sabun badan.Sabun pun pakai sabun ketul Dettol ke Lux macam tu.



Nota Kecil Hari Ini:
 
Ape kejadahnya aku taip entri di raya kedua ni? tak gi raya ke? Sebenarnya dah pergi siang tadi. Nak cerita tapi pakai camera hp & cable hp tertinggal kat studio.Makanya taip entry lain.Jauh benar menyimpangnye entri kali ni dengan niat awal tadi. Ohya,aku baru balik dari Bukit Pantai,KL.Beraya rumah mak cik.

12 comments:

  1. Salam... Selamat hari raya..hehe...
    mcm tu rupenya pempuan mandi eh...patut la lama..hehe...

    ReplyDelete
  2. azwandy : lama.tp lain perempuan lain la.mungkin ade yg lagi lama.ekeke..

    hamzah ian: ........ape masalah ko nie..pergi terbang tinggi2..

    ReplyDelete
  3. bagus pompuan mandi lama. kalau pompuan yg mandi 3minit, baik i kahwin ngn kambing la! haha

    ReplyDelete
  4. dorg ska mandi lama sbb ni ke? patutlah kakak sy klu dok bilik air berjam2! rupanya sbb ni..

    ReplyDelete
  5. haha, laki pon ade yg mandi lame arr...
    seriously, aku kenal 3 org laki mandi lama...
    hehehe

    ReplyDelete
  6. Tkasub ROzita Che Wan. ahha
    perempuan mandi lama, tapi busuk jgk. lol

    ReplyDelete
  7. ayeem:betul3..tp jgn la kawin dgn kambing pulak.

    nick irfan : huisyh..berjam-jam tu lama betul yer..

    cero : takpayah ckp laa.abg aku pun same.mandi lg lama dr aku..

    fontonk : tak taksub.impress je sbb lawa sgt. (pernah jumpe taw). Erkk! yg busuk tu sbb mandi sekejap xpun kuat peluh kot..

    ReplyDelete
  8. Salam dik, satu nasihat...

    Pertamanya Islam menganjurkan kebersihan tapi ia juga menganjurkan untuk kita tidak membuang masa.

    Bukankah masa mandi yang lama itu lebih baik digunakan untuk ibadah yang lebih tinggi nilai iaitu yang wajib dan sunat.

    Tandas adalah tempat duduk syaitan. masuk dan keluar secepat mungkin. Ia tempat khas untuk menunaikan hajat.

    Kalau sehari kita habiskan sejam mandi pagi dan petang maka kalau kita hidup 60 tahun di muka bumi ini maka kita akan habis 2 tahun hanya untuk mandi.

    Menulis entri sebegini akan hanya menberitahu atau berkempen pada orang lain untuk membuang masa mandi lama-lama.

    Zaman dahulu orang melakukan perkara yang besar dalam masa yang sedikit, zaman sekarang orang melakukan perkara yang kecil dalam masa yang lama...

    Fikir-fikirkanlah.

    Ikhlas,

    Faizal Yusup

    ReplyDelete
  9. terima kasih lah atas nasihat abang faizal yusop ni. Cuma niat sy bukan untuk berkempen,sekadar merungkai persoalan mengapa perempuan mandi lama. Janganlah ambil serius pula. =)
    peaceee!!! (^_^)

    ReplyDelete
  10. suka sangat dengan entri ni.
    tapi saya dikategorikan sebagai wanita yang mandi tak lama.bukan mandi kerbau...huhu.jujur la cakap memang agak la sakit hati kalau tunggu turn mandi bila yang dalam toilet tu mandi lama sangat.masa itu emas.hehehe

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.